"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Perjalanan minggu lalu.....

Salam bulan March.. heheheh... bulan ni mesti ramai kenduri kawin kan.. apa lagi kalau cuti2 sekolah nanti... bulan mac ni pun kakak saya akan langsung pernikahannya.. namun majlis bersanding akan diadakan pada bulan 12 nanti.. insyallah.. moga majlis dan perancangan mereka berjalan dengan lancar... ya pada hari ini saya nak cerita kan perkara yang berkalu pada minggu lalu... ya minggu lalu tidak banyak perkara yang berlaku cuma saya dan hubby tinggal kat hotel selama 3 malam heheh secara free.... tapi kami tak berdua jer... ada mak mentua.. iya la kan nama bilik tu under mak mentua... nak jelaskan lebih terperinci sebenarnya mak mentua saya ni ikut kursus di bawah pengurusan KMK, suatu persatuan koperasi yang terletak pejabat mereka di MAA.. oleh kerana mak mentua saya ni tidur seorang diri kat bilik tu so dia mahu ditemankan.. pada malam isnin ...(esoknya hari isnin).. kata bapa mertua dia yang pergi temankan, namun kerja bapa ni kena jalan awal pagi besa la kan kerja kat stesen keretapi.. awal pagi dah jalan... so dia tak jadi nak temankan.. dia nak suruh yang bongsu pergi, tak ada tempat parking keta plak nanti.. nak suruh abangnya yang baru kawin tu... bininya dah ada, kerja nurse plak tu... so terpaksala kami yang pi.. kerna tmpt kerja kami dekat ja.. senang ulang alik....

Pada malam pertama.. eh macam malam pertama bersama2 plak hehe... pada malam isnin tu kami dah makan dari rumah baru ke hotel tu... so sampai hotel tak banyak nak buat.. hanya tengok tv jer.. sempat la tengok merlin episod baru... wah syok juga.. namun yang buat maslah... saya datang period plak malam tu.. kena la pi 7E beli itu pampers... heheh sambil2 beli la meggi cup dan bun untuk sarapan pagi.... awal pagi isnin dah bersiap2 so dengan selambanya kami berdua berjalan keluar hotel tu pi kerja hehehheh lucu la plak.. macam orang brduit tidur kat hotel ni hahahah....

Petang balik dari kerja.. terus masuk hotel... dan dengan selambanya juga kami terus ke lift naik pi bilik.... hahhaha.. selambanya ja pi hotel kan... lepas mandi manda ... tengok tv.. bapa mertua pun datang.. datang bawa kiriman mak mentua.. kiriman kerepek rempeye.. sapa tau kerepek ni memang sedap dimakan... ianya terkenal di bahagian papar.. paling senang nak cari kat MUIS sana... kerepek ni dibuat oleh mak kepada isteri abang ipar saya yang baru kawin tu...maknya tu supplier (pengedar) bermacam2 kerepek di MUIS sana.... cakap ja dari papar.. dorang tau tu sapa empunya kerepek tersebut. Bapa mertua tu tak lama kat hotel tu, hantar barang, minum2 dan balik kejap ja.. penat kali bapa tu.. kan sekarang ni keretapi sibuk.. bagi free tambang lagi tu.. last dorang bagi free tambang kelmarin 28hb feb.

Masuk malam ketiga.. malam rabu.. pada siang hari selasa tu sakit perut dah memulas mulas... so kira nak balik rumah la ni...lagipun mak mentua kata... malam ni ada orang akan temankan dia...sebelum naik kami pi makan kfc.. uik sempat lagi ye heheheh...so kira nak tunggu kawan sebilik mak la ni.. bab mak kata teman tu masih muda lagi, ada boyfriend ikut2, dan dia kata dia menetap kat menggatal... lagipun teman tu langsung tak tinggalkan benda2 atau barang2 dia kat bilik tu... sementara makan kfc dan menunggu ni.. kakak saya plak tepon.. apa lagi nak tanya pasal borang tu la.. ok la tolong2 la ni kan selesaikan maslah dia ni.. tapi yang saya tak puas hati dia tak beritahu dia tu tunang kawin.. dia bagitau tunang jer... so saya kata lambat2 nak hantar tu borang pun tak apa.. tak lama lepas tu dia salahkan saya plak... kata itu tak perlu ini tak perlu.. saya kata memang pun tak perlu kalau dia bukan nikah time tu... dekat nikah baru nak hantar.... saya rasa dia yang salah faham... informasi yang dia bagi kat saya tak sempurna.. memang sakit hati juga la.. kalau dia tak marah tak apa ni dia marah2... huaaaa... eh tersasar plak cerita ni heeee... sambung cerita... dah kami habis makan kfc.. kami pun naik la ke bilik hotel... nak tunggu juga ni orang tu ke hotel tapi tak sampai-sampai juga...dah siap mandi... tak sampai juga... bapa mentua datang ke bilik... kali ni dia bawa kan kerepek tu juga.. mama kirim heheh.. dan bawa tapau.. wahhh hahah macam kat hospital plak.. ngam time tu sakit berselimut kesejukan macam orang sakit jer hahahha... so tapau tu berisi nasi ikan goreng dan bubuk segar yang digoreng.. kata bapa.. bubuk tu kena goreng masih hidup2 lagi wahhh... saya makan juga tapau tu tapi hanya 3 suap jer tak der selera plak... yang berselera sangat my hubby la... habis setengah nasi tu dia makan heheeheh..... mak pula makan bubuk tu jer... kira nak ikut bapa balik rumah boleh tidur kat rumah... tapi oleh kerana kesian kan mak ni tinggal sorang2 kat hotel tu dah la bilik hotel tu ada pintu dalam bili untuk sambung ke bilik sebelah.. wahhh menyeramkan kalau sorang2 tidur kat sana.. nanti tiba2 orang sebelah masuk dari pintu tu.. wahhhhh lariiiii heheheh... so kami pun teruskan sahaja tidur kat sana... sampai ke pagi....

hari seterusnya.. kursus mak pun dah habis... kami pun dah tak tahan tidur kat hotel tu... yang tak ada nak buat apa2.. cuma makan. tengok tv, dan tidur jer tau... maka petang hari rabu kami pun berangkat balik selepas balik dari kerja.... sekian cerita hotel saya denga cerita selitan2... heheee

2 ulasan:

  1. hahaaha suka ati ko fie buat hotel tu macam rumah sendiri.

    BalasPadam
  2. iya ba ct... hahahahah apa leh buat... kasi teman mak mentua tidur sana... heeeee

    BalasPadam

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news