"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Astro 130 free Channel

Wah...... sungguh saya terkejut yang dalam kepura-puraan... hihi... wah syoknya boleh tengok movie sepuas-puasnya di astro.. Astro telah berikan secara percuma channelnya sebanyak 130 channel. Tapi apa channel yang percuma ini dan sampai bilakah. Untuk mengetahui apa channel yang percuma, anda boleh lihat sendiri di astro anda, gambar di bawah adalah panduan untuk anda mencari apa channel yang telah di berikan. Astro memberikan secara percuma untuk tontonan ramai hanya untuk 10 hari sahaja bermula pada hari ini, 27hb April 2012 sehingga 6th May 2012. Kenapa pula astro ni baik hati sangat ya? hairan juga kan, ha.... jawapannya adalah baru-baru ini astro telah menerima anugerah pilihan pelanggan, kerana itulah mereka sangat baik hati. Ini salah satu taktik dorang juga, taktik untuk pelanggan untuk melanggan lagi banyak channel hihi.. Sebelum ini channel Indon diberi secara percuma dalam beberapa hari, setelah habis tempohnya, pelanggan di wajibkan bayar jika ingin menonton channel tersebut. Begitulah juga hari ini dan seterusnya.. Tanpa menaip lebih banyak lagi.. baik layan astro kan hihi.. jom!!!!!!

Astro guide channel

Astro guide channel

Aku Bersyukur

Syukur Alhamdulillah atas hidayah yang telah Engkau berikan kepada suamiku dan diriku. Kini kami sentiasa akan mensyukuri dan berterima kasih keatas apa yang telah Engkau sampaikan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kepada hamba Mu ini. Namun setakat ini, hanya sedikit sahaja yang kami dapat lakukan dan ianya tidak sesempurna apa yang dikehendaki. Kami suami isteri berusaha untuk mendapat kebahagian akhiriah kami disamping kebahagian di duniawi yang penuh dengan pancaroba. Bantulah kami untuk menjadi yang labih baik lagi. Ya Allah, Ya Tuhan Ku, hanya Engkaulah kami berserah, hanya Engkau yang Maha Agung. Amin.....

Kerja Pejabat!

Di tengah kesibukan membuat kerja, sempat juga mengisi entri sini. Sebenar sudah pening kepala ini dan sedang dalam kebingungan. Kerja memang bertimbun tapi kebanyakannya kerja-kerja seorang akauntan. oh!!!!!!!!! saya tidak pernah belajar secara mendalam mengenai akaun.

Di sekolah ada perdagangan dan ekonomi asas sahaja. Di kolej pula ada akaun asas sahaja, itu pun hanya membuat penyelesaian masalah dan semuanya secara manual. Di pejabat pula, dari seorang jurujual ke bahagian penolong akaun yang hanya tolong bayar sana sini. Dan sekarang kerja-kerja seorang akauntan di letakkan sepenuhnya kepada saya. Sebelum ini, saya hanya diajar membuat "payment voucher' menggunakan software akaun. Sekarang dalam urusan akaun ni semua saya perlu buat, nasib baik ada expert software ini tolong ajar macam mana mahu masukkan data.

Tapi yang membuatkan saya bertambah pening, kalau ada masalah baru dalam akauntan bahagian mana data tersebut saya perlu masukkan. Selain itu, data akaun tahun-tahun sebelum ini, dari tahun 2009 sehingga 2011 saya perlu menganalisis dan memasukan data kembali setelah akauntan kami berhenti kerja. Memang membingunkan.

Jika sesiapa yang mempunyai kelayakan (sijil/diploma) akauntan dengan level 1 atau ke atas dan ada pengetahuan dalam SQL Accounting software, boleh lah memohon di pejabat, hanya perlu menghantar email ke hijaug@gmail.com. Memang tidak ada jawatan kosong di maklumkan, namun dengan kepandaian anda, pengetahuan anda tersebut boleh mengurangkan beban saya dan pengurusan dalam akaun pejabat ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

Battleship April 2012

Banner of movie Battleship 2012

Hujung minggu yang lalu, secara tidak segaja dan disegajakan juga, saya dan suamiku yang ku panggil darling pergi menonton wayang. Wayang ini baru saja keluar di pawagam pada bulan April ini, jalan cerita memang syok sangat. Pengarah untuk movie ini pula adalah orang yang sama mengarah movie "Transformer". Jadi segala efek dan pengambarannya hampir sama dengan movie sebelum ini. Termasuklah sound dam muziknya, cuma terdapat beberapa tambahan dan perbezaan dan cara mereka adaptasikan muzik tu dalam movie baru ini.

Sesiapa belum pernah tengok movie ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmatinya. Hari tu kami tengok ala 2D saja, kalau 3D lagi gempak. Kalau mahu tahu macam mana gempaknya, pergi la panggung wayang hihi....

Wayang ini juga seperti permainan game battleship di handphone dan di pc.. saya pernah main game ni.. jadi kegairahan ketika menonton tu memang tinggi la hihi... mulut ni pun pandai jadi mulut murai, asyik mahu bercakap saja.

Di sini saya ceritakan sedikit mengenai movie ini.. orang bilang sinopsis la kan. Cerita ini bermula ketika adik kepada kapten kapal laut mengurat kepada jeneral kepada abangnya. Hanya kerana Burito (makanan barat) dia sanggup menggadai nyawa dia demi untuk mendapatkan cinta perempuan itu. Kerana masalah yang di timbulkan oleh Hopper (adik kapten), dia terpaksa ikut serta menjadi seorang navy the sailorman (hihi macam popoye pula kan). Si Hopper ini memang pandai dan terror dari serba serbi, cuma amat cuai dan dari segi leadership dia tidak dapat handle. Terjadi lah cerita perang ini di sebabkan alien datang ke bumi untuk mencari tempat baru mereka. Dengan kecanggihan kapal alien ini, berlakulah beberapa scene perang di laut. Yang membuatkan kami lebih teruja, kapal laut yang mereka ada hancur, dan mereka menggunakan kapal laut lama dimana kapal tu sudah menjadi muzium dan cara penggunaan kapal itu pun dari zaman sebelumnya, nasib baik ada askar tua berpencen yang menjaga muzium kapal tu. Di tempat perempuan pula (kekasih si Hopper a.k.a anak Jeneral) sedang membawa askar yang kudung berjalan di gunung, di mana tempat tu adalah tempat mereka berkomunikasi dengan dunia luar. Ketika mereka berjalan, alien itu menawan tempat itu untuk berhubung dengan markas mereka. Maka terjadi lah scene yang mendebarkan dan tidak lupa juga melucukan hihi...

Kalau boleh mahu pergi menonton lagi movie ni, tapi masa kena la bersesuaian. Kalau downloadnya sudah ada, tengok di rumah saja hihi..

Tidak dilupakan, pengalaman berada dalam panggung wayang yang berkeadaan cemas. Tiba-tiba saja wayang terberhenti, masa tengah serang menyerang lagi tu hishhh orang tengah high mood ini tiba-tiba pula buat masalah. Mula-mula kami pikir tiada karen, tapi penjaga wayang tu tidak muncul depan kami. Rupanya filem bermasalah, ketika menunggu filem tu disambungkan balik, ada orang lain di sebelah saya menyampuk, dia kata "ada disk 2 tu, baru dia mau tukar".. lucu juga tu kenyataan hahhaahh ...

Apapun yang saya kongsikan di sini dapat menghiburkan anda, untuk lebih lagi hiburan pergi la tengok wayang ya.....

Sex is important in marriage, but not in relationship


Hari ini tajuk post saya dengan bahasa orang putih, tapi isinya pasti lah melayu juga sebab saya ini kurang master untuk mengarang dalam bahasa english ni. Kenapa saya guna tajuk demikian? tentulah hasil pembacaan saya di internet ni. Sepertimana gambar di atas, apa yang saya ingin share di disini adalah mengenai hubungan suami isteri terutamanya. Kerana sebagai suami isteri yang sah sahaja boleh melakukan sex ini. Dan didalam gambar tersebut ianya mengatakan bagaimana sex boleh di gunakan oleh si suami terhadap isterinya. Mungkin gambar tersebut kabur buat anda, anda boleh mendownload atau mencari tajuk ini "Guys, here's your chance to know the seven sex secrets women wish their partner knew".

Diantara ketujuh-tujuh perkara diatas, satu perkara amat saya tertarik, iaitu "sex need not be a serious act" dan ianya berkaitan dengan tajuk saya pada kali ini "Sex is important in marriage, but not so important in relationship". Apa yang saya mahu katakan ialah sebagai suami isteri dalam alam perkahwinan bukanlah mementingkan sex sahaja sedangkan ada perkara lain yang boleh membuatkan kehidupan itu lebih ceria. Jikalau sex yang di pentingkan, ia akan mengurangkan dalam perkara-perkara yang lain. Jika saya, biarlah melakukan sex itu jarang-jarang, kalau boleh kadang-kadang, dan bila melakukannya nikmat dan bahagia yang terasa.

Apa pula perkara-perkara yang lain yang boleh mengeratkan sesuatu perhubungan selain daripada melakukan sex ini. Ini kita boleh dapati di dalam post saya sebelum ini, di mana saya postkan video dari sebuah rancangan bertajuk "Anjakan Paradigma" yang telah di hostkan oleh Dr. Fadhilah Kamsah yang membincangkan tajuknya "Makin Lama Makin Sayang". Tidak dilupakan tetamu khas beliau iaitu pelakon suami isteri yang terkenal Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Banyak perkara yang mereka kongsikan, bagaimana seorang suami menolong isterinya, bagaimana si isteri ceriakan suaminya yang tertekan dan banyak lagi.

Harap apa  yang saya katakan disini tidak melukakan hati sesiapa, kerana saya ingin kongsikan pendapat dan pandangan. Selain itu, perkara diatas adalah sebahagian apa yang saya rasai. Jika saya salah tolong betulkan. :)

Anjakan Paradigma - Makin Lama Makin Sayang



Ini adalah Video yang saya maksudkan dalam post sebelum ini dalam rancangan Anjakan Paradigma yg telah di hostkan oleh Prof. Dr. Fadhilah Kamsah..

Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran dari video ini..dan jangan lupa praktikkan pula ... insyallah...

Hatiku

Kehidupan suami isteri memang penuh dengan cabarannya, apa lagi kalau sesuatu kehidupan itu terdapatnya kekurangan dan berwarna kelabu sahaja. Berwarna kelabu? dalam fikiran kamu apa yang terlintas... kelabu adalah campuran hitam dan putih, ianya seperti pandangan yang kabur dan suram, tidak ada penyerinya. Begitu juga kehidupan yang saya alami sekarang. Setiap hari perkara yang sama saya lalui, setiap hari tidak ada yang istimewa atau kejutan yang saya dapat. Walaupun di hari ulang tahun kelahiran yang lepas, tidak ada apa-apa yang terjadi. Memang seorang suami bertanggungjawap mencari rezeki, namun bagi kehidupan berkeluarga tidakkah dia bertanggungjawap mewarnainya juga.

Di hujung minggu yang lalu, sambil menonton televisyen, saya round channel astro tiba-tiba saya ternampak satu channel ni, rancangannya bagus untuk kaum wanita dan juga lelaki untuk menyedari kesilapan mereka terhadap wanita. Rancangan ini bertajuk "Dilema wanita"... naa ngam la dengan situasi saya sekarang hihi... Dalam cerita kali ini, si isteri makan hati dengan perangai suaminya yang tidak menunaikan puasa, katanya sakit gastrik tapi kalau di rumah mentua dapat puasa pula. Anak mereka lebih tahan berpuasa dari ayahnya. Banyak perkara yang dapat diambil iktibar dalam cerita tersebut. Dr. Fadhilah Kamsah sebagai pengulas cerita akan menasihati dan memberi petunjuk sesiapa yang menonton cerita tersebut. Kata beliau, jika mahu mengajar anak untuk membuat kebaikan, kenalah ibu bapa sebagai role model.. ibu bapa perlu lakukan perbuatan tersebut baru lah anak boleh percaya perkara itu baik. Begitu lah sebaliknya, jika si ibu atau bapa melarang anaknya melakukan sesuatu perkara seperti merokok, jangan ibu bapa tersebut merokok. Jikalau tidak dapat menahan dari merokok, jangan lah ada kotak rokok atau pun merokok depan anak.

Dalam rancangan lain pula yang di host kan oleh Dr. Fadhilah Kamsah di dalam sebuah rancangan talk show atau ceramah bebas, beliau menceritakan kehidupan suami dan isteri. Rancangan tersebut bernama Anjakan Paradigma, rancangan ini membincangkan isu semasa dalam konteks islam, dan cara penyampaian beliau amat santai dan dekat di hati. Namun masa saya buka channel tersebut, rancangan yang saya maksudkan tadi berada di akhir sudah, hanya ulasan dan kata-kata nasihat yang dapat saya lihat dan dengar. Apa yang saya dapat? Kata beliau, jika hendak berjalan berpeganglah tangan (suami dan isteri), begitu juga jika hendak tidur bersentuhanlah jika boleh berpeganglah juga tangan, kerana jika kita berpegangan tangan dengan suami atau isteri kita, gugurnya segala dosa di celah-celah jari ini..Subhanallah.... Selain itu, jika si isteri ingin lakukan sesuatu perkara untuk memperbaiki dirinya seperti ingin belajar memasak, kata beliau sokong lah berilah semangat berilah bantuan, bukannya melemahkan akan kehendaknya... dan begitulah yang terjadi pada diri ini.. bila saya katakan mahu senam aerobik berbayar untuk kesihatan badan dan dia ke gimnasium.. tiada kata yang keluar darinya tiada tindakan yang berlaku..

Saya bukan sendirian ketika mononton dua rancangan tadi, my darling jauh nun sofa yang satu lagi. Dalam hati memang segaja mahu lihatkan dia apa yang sepatutnya dia perlu tahu dan perlu buat. Kalau katakan saya tak pernah menasihati atau mengingati, mungkin saya sudah puas kalau boleh mahu naik angin dah. Tapi ada cara lain lagi, seperti yang saya lakukan hari itu, menonton rancangan-rancangan yang membuka minda. Dalam hati saya juga, saya memang suka menonton rancangan-rancangan seperti itu, dan saya rindukannya sepertimana saya rindu membaca zikir munajat. Hal-hal tersebut sudah tertanam dalam diri ini, tapi kadang tidak di sokong dan tidak diambil peduli.. hanya Tuhan saja yang tahu....

Menguap ketika Membaca Ayat Kursi


Bismillahir Rahmaan Nirrahiim


Ayat Kursi


Adakah anda selalu membaca Al-Quran Al-Karim, syukur lah jika anda selalu mendekati Allah s.w.t dengan membaca kitab-Nya.

Adakah anda jarang mendekati-Nya, dan apabila anda membaca Ayat Kursi ini atau ayat-ayat Al-Quran yang lain anda akan menguap?? kenapa ianya terjadi. Tidakkah anda terfikir bahawa anda sudah lama tidak mendekati-Nya. Setelah sekian lama syaitan itu terperuk di dalam badan, tiba-tiba anda hujani mereka dengan membaca Ayat Kursi di atas. Maka syaitan-syaitan itu pun kepanasan dan ingin keluar dari badan. Dengan itu terjadinya kelakuan yang tidak menyenangkan dan tidak beradab di depan orang, iaitu "menguap". Itu baru sekali anda membaca ayat tersebut, macam mana pula jikalau anda membaca ayat-ayat yang lain. Mungkin setiap hari, kalau boleh setiap masa. Syaitan-syaitan yang bermaharajalela di dalam badan pun keluar meninggalkan kita, yang ada hanya malaikat pencatit segala keburukan dan kebaikan kita. Boleh kah kita melakukan sedemikian, insyallah, semua itu atas usaha diri kita sendiri bukan...

Rajin-rajinlah membaca Ayat kursi ini.


Top Blogger

Tadi pagi ketika dalam perjalanan pergi kerja saya terdengar berita di radio mengatakan pasukan bola Kelantan akan ditolak 14 mata. Namun saya tidak mendengar dengan jelas. Sesampai di pejabat, sedang saya melayari internet, saya teringat akan berita tadi pagi dan saya terus memulakan pencarian. Bermula dengan google, kemudian Utusan online. Oleh kerana saya tidak dapat mencari berita itu, saya pun abaikan sahaja.

Kalau saya sudah memasuki website Utusan ini, saya akan memasuki setiap sub topik yang ada didalamnya. Bermula dengan berita utama, wilayah, jenayah, keluarga, hiburan, kesihatan dan feminin. Kadang kala, jika saya rajin membaca saya akan memasuki laman saji online dan mangga online. Semuanya tersenarai di sebelah kiri anda, anda hanya pilih dan klik menggunakan tetikus yang ada di sebelah kanan.

Ketika saya memasuki laman feminin hari ini, saya terbaca satu cerita mengenai seorang blogger. Katanya blogger ini salah seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia membuat blog sebagai diarinya, macam kita juga kan hihi... Namun yang menarik lagi perhatian saya, walaupun dia menulis entri dalam blogger dia seperti kita, dia mendapat award. Sungguh mengejutkan. Jikalau anda ingin tahu lebih lanjut, saya akan share kan link untuk anda... link ini saya petik dari Utusan online. Anda hanya perlu klik Utusan Online - Blogger ini.

Sementara saya menulis entri ini, sempat lagi saya meninjau-ninjau si blogger yang saya maksudkan diatas blognya bernama http://honeykoyuki.blogspot.com anda boleh juga melihat blog dia ni. Memang ringkas kata-kata yang dia gunakan, tapi bercampur baur dengan english. Hmmmm kalau saya nak tulis apa-apa entri dalam blog saya ni, boleh ka campur bahasa Sabah, bahasa tempatan saya hihi.. takut nanti orang tak terbaca pula kan. Berbalik pada blog si kawan, dalam entri bulan lalu, dia ada post mengenai anugerah yang dia dapat dan ada pelbagai anugerah lagi. Saya pun tidak dapat senaraikan di sini, kalau kamu mahu tahu, boleh singgah sekejap di link ini anugerah blogger. Setelah anda membacanya tentu anda berusaha untuk mendapatkan salah satu anugerah tersebut, begitu juga saya hihi...

Selamat membaca dan selamat berblogger semua >.<

11hb April 2012 cuti umum



PENGUMUMAN HARI KELEPASAN AM

Adalah disiarkan untuk makluman umum bahawa Tuan Yang Terutama Yang 
di-Pertua Negeri bersetuju mengisytiharkan 11 April 2012 (Rabu) sebagai 
hari kelepasan am tambahan bagi negeri Sabah sempena Hari Istiadat 
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV selaras dengan 
seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

26 Mac 2012

*Kenyataan di atas di ambil dari link di bawah ini. Oleh demikian jangan lah rakyat Sabah meragui bahawa kita tidak bercuti.



Senang dalam penulisan jawi

Anda boleh memasuki link ini tukar tulisan jawi, hanya copy dan paste sahaja, tulisan rumi ke jawi dan sebaliknya akan terjadi. Tidak percaya? cubalah!

اندا بوليه مماسوقي ليڠ اين توکر تولسنجاوي ، هاڽ چوڤي دان ڤاست سهاج، تولسن رومي ک جاوي دان سباليقڽ اکن ترجادي!تيدق ڤرچاي؟ چوباله

Cuti-cuti hujung minggu

..Diari...

06hb April 2012, Jumaat.

Bangun pagi seperti biasa, bangunkan suami sarapan pagi. Selesai sarapan, cuci kereta yang di cat oleh tahi burung. Mengemas sekejap untuk balik kampung kemudian masak untuk makan tengahari. Suami pula bersihkan diri dan ke masjid tunaikan solah jumaat. Makan tengahari dan bertolak balik kampung. Di pertengahan jalan hujan lebat sekejap-sekejap. Sampai pekan Tamparuli singgah pasar beli sayur. Perjalanan masuk kampung lancar kerana mereka tambah batu dan tar jalan raya, tapi baru separuh. Sampai rumah seperti biasa tawaf satu rumah, kucing dan akhir sekali masak untuk makan malam.

07hb April 2012, Sabtu.

Bangun pagi agak lewat sedikit sebab nyaman tidur dalam kesejukan. Masak mee goreng sarapan pagi. Sarapan dan cuci kain, tidak dilupakan cadar, selimut. Selesai kerja, berehat seketika. Kira-kira jam 3 petang, bertolak ke pekan Tamparuli, singgah di kedai komputer (Computer Cafe) cek email, dan buka facebook. Sedihnya suami baru tahu  my birthday hari ini. Sudah tahu, tapi tiada yang istimewa, harap istimewa itu di hari yang lain (peace). Sudah puas berinternet, bertolak ke G-Mart (supermarket). Round the world di sana, dapat la beberapa barang. Semasa buat pembayaran, hujan lebat turun selebatnya. Kami pun kehujanan ketika ke parkir kereta. Dalam perjalanan balik, suasa amat berkabus oleh hujan itu. Kerja-kerja memperbaiki jalan raya pun terbengkalai. Sesampai di rumah masih hujan sehingga jam 7 malam. Malam tersebut, masak untuk rumah dan makan ala kadar sahaja, maggi tomyam campur telur.

08hb April 2012, Ahad.

Bangun lewat lagi. Kakak dah masak sarapan, saya buat air  minuman. Makan sarapan pagi, dan mengemas barang-barang untuk dibawa balik. Jam 11 pagi, mandi dan bersiap ke rumah sedara, ada majlis kahwin. Setelah menyampaikan buah tangan, makan tengahari bersama kakak. Tidak lama kemudian kompang dipalu, gong dibunyikan, rombongan dah sampai? oh tidak! YB Jahid Jahim dah sampai pula. Kira-kira jam 2 barulah rombongan pihak lelaki sampai. Acara bergambar dimulakan. Sementara menunggu jurugambar siap menunaikan tugasnya. Kami di luar bercerita dengan saudara-mara. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, macam mana hendak balik rumah? Si Ramadhan jadi mangsa suruhan ambil payung di rumah. Sesampai saja dia, berbagi-bagi payung, wah! seorang satu payung di bawakannya, kami ada 7 orang, jadi 7 payung dia bawa hihi. Perjalanan balik ke rumah tidak ikut jalan yang sama ketika ke rumah pengantin tadi. Kali ini kami menaiki bukit sedikit, melalui tangga buatan, melalui masjid kampung dan rumah orang sehingga ke jalan bersemen. Kelmarin kena hujan kali ini pun kena lagi, harap tidak demam esoknya. Sesampai di rumah, masuk bilik dan tidur. Kira-kira jam 5 petang kami bertolak ke Kota Kinabalu dan makan malam di Plaza Tanjung Aru  food court,  sup tomyam lagi.

Kenapa?

Hari ini hari selasa.. tapi rasa seperti hari isnin.. rasa malas.. kenapa???? mungkin kurang tidur semalam. Tidak juga.. Bagaimana hendak di segarkan diri??? anda tahu??? mungkin anda ada tips untuk saya, boleh kongsikan bersama di sini.. mungkin saya tidak banyak beraktiviti atau bergerak. Mungkin juga. Mungkin saya perlu memulakan kembali aktiviti bersenam di waktu petang. Tapi??? alasan dah keluar..hmmm... setiap petang saya perlu masak untuk rumah.. kalau tinggal bersendirian, masa masak dan masa makan boleh diubah. Tak boleh pentingkan diri!!! tapi diri sendiri tidak dapat diurus...

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news