"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

B-Complex Shaklee

Antara vitamin B yang terkandung dalam B-Complex Shaklee dan fungsinya.

# Vitamin B1

Berfungsi sebagai mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, menigkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma badan.

# Vitamin B2

Berfungsi sebagai mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan  vitamin B6 dan asid folik dalam makanan.

# Vitamin B3

Berfungsi untuk mengurangkan pengaliran kolesterol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelak daripada depresi.

# Vitamin B5

Berfungsi sebagai mengurang stress fizikal dan mental, ia juga membantu mengurangkan penuaan pramatang.

# Vitamin B6

Vitamin ini penting dalam proses asid amino, di mana asid ini mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), ia juga mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

# Vitamin B12

Berfungsi sebagai peningkat selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual.

# Asid Folik atau dikenali sebagai Vitamin B9

Berfunsi sebagai menjaga kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser servik, anemia, stress, ulser mulut dan sebagainya.

Untuk info lebih terperinci bolehlah hubungi saya di nombor tertera.
FIEza
+60168364486
(WhatsApp/Line/WeChat)

Stress oh stress!!

Kerja mana yang tidak ada istilah stress!!!!! Sedangkan kerja sendiri pun sakit kepala bila mahu dapat untung. Apalagi kalau perniagaan rugi, memang STRESS!! Sesetengah orang ingin mengelak stress dengan tidak mahu bekerja. Tapi kalau tinggal di rumah tanpa buat apa-apa pun ada stress juga tau, kalau ada keluarga yang prihatin tentu si kawan ni kena bebel. Selain tu, kalau asyik terperap saja, otak beku, tiba-tiba kalau mahu keluar bercerita dengan kawan-kawan lain, macam mana? mahu cerita apa? cerita pasal rancangan TV? tidak ke stress mahu di pikir tu.

Untuk mengelak dari STRESS!! memang tidak dapat la. Tapi untuk kurangkan stress tu ada. Dengan adanya B-Complex dari Shaklee, segala pening lalat yang di sebabkan kerja akan berkurang dan kerja yang bertimbun dapat di selesaikan dengan mudah.

Apa itu B-Complex Shaklee?

B-Complex adalah gabungan bagi 8 jenis vitamin B; B1(thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (pantothenic acid), B6, B7 (biotin), B9 (folate) dan B12. Semua vitamin ini akan melancarkan segala urusan pekerjaan yang kita lakukan setiap hari. Suplemen ini berfungsi menukarkan makanan yang kita makan kepada sel darah merah dan tenaga.

Vitamin B boleh didapati hampir ke semua makanan. Diantaranya:-
~ cereals and whole grains - mengandungi B1, B2 dan B3
~ green leafy vegetables - mengandungi B2 dan B9
~ eggs - mengandungi B7 dan B12
~ chicken - mengandungi B3, B6 dan B12
~ citrus fruits - mengandungi B9
~ nuts - mengandungi B3 dan B9
~ kidney beans - mengandungi B1 dan B2
~ banana - mengandungi B6 dan B7
~ vitamin B5 kebanyakan ada di kesemua makanan

TAPI adakah kita dapat kesemua vitamin ini dalam sehari? Kalau tidak dari B-Complex, hanya sebiji sehari sahaja.

Antara manfaat B- Complex?

- Dapat mengurangkan rasa bimbang.
- Mengelak daripada mendapat penyakit kemurungan.
- Sebagai penambah tenaga, kerana suplemen ini menukarkan makanan kepada tenaga.
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
- Menyihatkan otot, saraf dan jantung.
- Mengawal sistem saraf dan penghadaman.
- Menambah sistem imunisasi.
- Menghalang migrain
- Mengurangkan paras kolesterol
- Melegakan gejala PMS dan meringankan rasa loya ketika hamil.
- Mengurangkan risiko mendapat kanser dan daripada mendapat anak yang cacat.

Jika inginkan info lebih lanjut boleh hubungi saya.
Komen di sini pun boleh.
Atau boleh direct ke nombor telepon sahaja.
+60168364486
(WhatsApp/Line/Wechat)

Oh My Family

Orang kata, lelaki yang bertuah adalah mendapat seorang isteri yang menyangi ibu si lelaki (ibu mentua). Tetapi jika kita sering di sakiti hati oleh mentua, macam mana pula kesnya. Si laki pula kurang supportive dalam hal ini. Ya Allah, Tabahkan lah hati hamba Mu. Saya sebenarnya suka dengan mentua saya ini. Dia seorang yang pembersih dan teratur, cuma tahun ni umurnya sudah mencecah 67 tahun sudah. Alhamdulillah, syukur dia masih sihat. Saya juga mengerti kenapa dia selalu komplen-komplen, bukan sebab apa, dia cuma penat sahaja. Yang saya tidak puas hati, laki tidak beritahu perkara yang sebenar, kalau beritahu pun seperti mahu bergaduh-gaduh.

Kelmarin, bila mentua beritahu dia susah mahu kasi mandi anak saya sebab tidak duduk diam-diam, saya pun menjawap lah, yang anak tu aktif. Bukan niat mahu melawan cakap, cuma ingin beritahu perkara yang sebenar sahaja. Itu pun laki saya 'shut up' sama saya. Kalau saya cakap, 'macam mana lagi, tak kan mau ikat dia' hah! itu barulah melawan cakap.

Sebelum ini, apa sahaja komen dari mentua dari mentua saya, saya diam sahaja. Tunggu respon dari laki saya. Tapi baru kelmarin saya 'balas' komen mentua saya, saya pula yang kena 'tiau' oleh laki. hmm.... kehidupan... kehidupan.....

Yang saya tidak berapa suka dengan mentua pasal dia suka memaki-maki. Pernah dulu masa dia jaga cucu dia yang sulung,cucu dia seorang ni tidak suka susu botol, hanya susu gantung sahaja. So satu hari ni, ibunya kerja petang (cikgu) balik lambat pasal jem di jalan Kota Kinabalu, mentua marah-marah. Kalau setakat marah-marah ok la, tapi sampai memaki-maki, sumpah-sumpah. Saya yang sakit hati mendengar. Sekarang ini takut saja dia maki anak saya la, biar dia maki-maki sama saya. Untuk elakkan, senangkan hati dia. Balik awal. Semoga Allah menjaga Irfan di rumah sana huh huhuuh.

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang dari Shaklee
Credit to: Master Laura

Set ini terdiri daripada suplemen-suplemen yang berikut:

1 - ESP
 ESP ini berfungsi sebagai enegy booster dan memekatkan air susu badan.
 Cara pengambilan:- Bancuh dengan air kegemaran (minuman berkafein seperti nescafe dan teh tidak digalakkan). Maximum 3 sudu makan sehari (sekali minum boleh sesudu atau 2 sudu, boleh juga tiga sudu sekaligus).

2 - B-complex
 B-complex adalah kaya dengan asid folic dan berfungsi sebagai pelancar peredaran darah, menghasil sel darah, mengurangkan  stress dan mengelak kulit muka kusam.
 Cara pengambilan:- Sebiji sehari selepas makan. Sebotol boleh tahan untuk 4 bulan.

3 - Vita-C
 Vita -C berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan.
 Cara pengambilan:- Sebiji sehari sebelum makan. Sebotol boleh tahan untuk 6 bulan.

4 - Ostematrix
 Ostematrix berfungsi untuk menyihatkan tulang dan gigi. Ia juga mengatasi sembelit.
 Cara pengambilan:-  Ambil 2 hingga 4 biji sehari. Sebelum tidur.  Sebotol boleh tahan sehingga 2 atau 4 bulan.

5 - Vita-Lea
 Vita-Lea adalah multivitamin yang kaya dengan iron.
 Cara pengambilan:- Ambil 1 hingga 2 biji sehari. Selepas makan. Sebotol boleh tahan sehingga 2 atau 4 bulan.

6 - Zinc Complex
 Zinc complex berfungsi mempercepatkan penyembuhan  luka.
 Cara pengambilan:- Sebiji Sehari.

Jumlah harga (bukan ahli) RM477, tidak termasuk postage. kos sehari ialah RM8 sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk menikmati harga ahli (diskaun 20%), anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Pendaftaran adalah PERCUMA jika anda membuat pembelian sekurang-kurangnya DN650 (harga ahli) iaitu 200UV dalam satu resit.

Kerja oh kerja!

Oh... sudah lama tidak update pasal kehidupan sendiri. Asyik entri Shaklee sahaja. Tidak apalah, walaupun tiada lagi yang berminat. Semoga dapat juga nanti, YANG PENTING USAHA. hiiiiiii..... Kali ni pula pasal kerja. Saya memang sudah rasa keboringan dengan kerja dengan bos 'butak' sekarang ni. Tiada projek sudah yang mahu dijalankan dalam 2 tahun ni. Gaji pun macam ada tidak ada saja. Sekarang saya sudah sain surat resign di kompeni kontraktor dia ni. Tapi masih kena buat kerja-kerja dia juga, TANPA BAYARAN YA!. Di masa yang sama, saya bekerja sebagai  part time di kompeni pusat bahasa dia pula (malas saya mo  mention nama kompeni dorang sini, nanti entri saya ni kedapatan pula oleh dorang, biarlah kalau dorang baca pun dorang rasa macam makan cili).

Dalam menunggu surat perlantikan (letter appointment) dari 2 orang bos ini, saya masih buat kerja2 dari 2 kompeni ini. Akhirnya penantian saya berakhir kelmarin. Bukan penantian yang mengembirakan, tapi separuh-separuh lah. Kenapa? Sebab, Saya telah dilantik sebagai PART TIME SAHAJA di pusat bahasa dia ni dan di kontraktor tiada infomasi langsung (macam buat kerja free saja). Gaji pula RM800 sebulan dan kerja dari hari selasa hingga jumaat bermula kelmarin. Ini buat saya gembira sebab sebelum ni kerja dari hari selasa sehingga ke ahad. Sehingga saya terpaksa bawa Irfan pi opis hari minggu. Dapat juga bersama keluarga. Saya ini pentingkan keluarga dan kerja numbur 2, lakikan ada untuk cari nafkah, kita sebagai isteri hanya membantu sahaja. Kalau dapat tambahkan lagi apa salahkan, itu sebabnya saya ikut Shaklee.

Sekarang saya kerja macam kerja makan gaji buta pula. Malas mau buat kerja. Tapi buat juga... lambat la. Yang dorang bos ni pun satu, hal yang  due date sudah baru mau bagi atau mau minta. Banyak kali juga. Lepas tu pula, kalau time mau balik sana la mau tu dokumen-dokumen. Suatu hari tu, time bulan puasa, hari minggu lagi, lepas tu anak di kampung Tamparuli lagi, ya saya buat kerja dari pagi, sampai jam 1:30 petang masa balik, komputer sudah tutup, tiba-tiba si bos ni minta dokumen-dokumen, kalau dari fail ok juga, ini ada mo  edit  lagi. Saya yang puasa ini, cakap lah dengan bos, saya sudah tutup komputer dan tulis apa yang si bos mau ini dan saya akan email nanti semua dokumen-dokumen tu. Yang dorang tu tidak puasa, lepas tu merajuk pula. Hari selasa nya, si kawan opis bagi tau dorang bos marah-marah saya buat begitu. Hari rabunya saya berjumpa depan mata dengan bos. Dalam hati siapa suruh minta masa orang mau balik masa bukan kerja, masa masuk kerja tidak diminta. Kelmarin pun sama juga, sudah jam 5:30 petang, sudah la jem jalan sini jalan Lintas, di minta lagi cek untuk bayar kereta. Komputer pula sudah tutup. Tanya mau hari ni juga, ya bos cakap. Sekali hari ini, saya masih nampak lagi tu cek di atas meja dia huh! betul la.

Additional, saya rasa sudah tidak selesa bekerja dengan majikan sekarang. Terlalu banyak cerita peribadi yang saya tahu mengenai mereka. Jika cerita yang baik-baik saya ok saja, tapi ini cerita yang kita sepatutnya perlu tegur kerana ia melibatkan dosa. Macam saya ini bersubahat pula apa yang dorang buat tu. Hanya doa sahaja yang mampu saya lakukan. Ya Allah ampunilah dosa hamba Mu ini. Dan sedarkan lah majikan ku dari kekilafan mereka itu.

Ada lagi satu masalah ini, pasal EPF, saya terima surat bahawa EPF di kompeni kontraktor sudah tutup pada bulan mei. Tapi gaji saya pada bulan april, mei dan jun telah di tolak EPF dan SOCSO. macam mana la ni, boleh kah di buat komplen. Sebelum buat komplen saya perlu minta dengan si bos 'butak' luk, bayar ganti dengan saya tidak perlu buat pembayaran ke EPF dan SOCSO. Kalau dia tidak mahu juga, perlulah kan saya buat aduan. Tapi adu pigi mana EPF/SOCSO ka.. atau pejabat buruh?

Shaklee Promo Ogos GLA Complex

Apa itu GLA Complex dari Shaklee?

GLA Complex Shaklee adalah kombinasi daripada minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Kebiasaannya GLA digunakan untuk membetulkan kitaran haid, kurangkan atau hilangkan simptom PMS, mengelak dari sakit kepala yang kerap dan sesuai untuk mereka yang hampir kepada monopous.
Selain dari itu, GLA Complex dari Shaklee ini amat sesuai untuk mereka yang inginkan kulit mereka cantik kerana ianya membuat kulit lebih sekata, membaiki sel-sel kulit dan menceriakan kulit kita. 

Antara Kebaikan yang boleh kita dapat jika kita consume GLA Complex dari Shaklee ini adalah:-

~ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
~ Menignkatkan kesuburan.
~ Melegakan PMS (Pre-menstuatation syndrome)
~ Membantu dalam menangi monopous.
~ Menguatkan rambut dan kuku.
~ Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
~ Mambantu menangani ekzema.
~ Melegakan symtom akibat Rhematoid Artritis.
~ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
~ Menguatkan immuniti badan.
~ Memperlahankan proses penuaan.
~ Mengurangkan "blood clot" yang menyebabkan serangan jantung.
~ Mengawal kencing manis.
~ Mengawal kolesterol.
~ Bagus untuk saraf.

Ini adalah Testimoni yang saya boleh kongsikan untuk anda... mungkin adalah lagi..anda boleh cari sahaja di google search. *Credit: kepada yang sharing testimoni...


GLA Complex ini bukan sahaja untuk wanita, lelaki juga boleh ambil sebagai suplemen seharian untuk kuatkan imunisasi badan, melambatkan penuaan, kawal kencing manis, kolesterol dan banyak lagi (refer kebaikan di atas). Gla juga amat membantu kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat, menstrual, monopous syndrom, darah tinggi dan kencing manis pada peringkat awal (jika peringkat yang lewat sila minta nasihat doktor anda terlebih dahulu). Vitamin E yang terkandung dalam GLA Shaklee ini adlah asli. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kepala berkerak, berkuping atau bersisik, boleh lah anda ambil GLA untuk memparbaiki sel-sel kulit anda.

p/s: Jangan lupa minum air 3 kali sehari. Jika ada masalah, boleh lah rujuk kepada saya.

DN RM73.00: harga ahli
RP RM91.25:harga bukan  ahli

Sekiranya anda berminat untuk menikmati harga ahli (DN) iaitu discount 20%, anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Pendaftaran adalah percuma jika anda membuat pembelian sekurang-kurangnya DN650 iaitu 200UV dalam satu resit.

Bulan Ogos 2014 ini adalah promosi utnuk GLA Complex dari Shaklee Beli 6 percuma 1 botol.


Info lanjut boleh hubungi
FIEza
+60168364486
(WhatsApp/Line/WeChat)

Running Man Di Malaysia

Wah!!!!!! sungguh tidak percaya.... Orang Running Man (Korea) akan berada di Malaysia. Tapi, hanya 4 orang sahaja, yang akan ada nanti adalah Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Haha dan Jee Seok Jin. Ada tetamu jemputan ka? Siapa dia? artis Korea atau dari Malaysia? atau si Jehan Miskin yang kawin orang Korea tu? hmmmm... semua belum ada kepastian lagi. Dorang ini akan muncul di Malaysia pada 1hb November 2014 dan bertempat di Stadium Negara. Apa yang dorang akan buat? Menyanyi, menari, buat konsert atau aktiviti running dorang tu. Dari sumber yang lain, ada tiket masuk lagi... kononnya tiket akan berharga RM729 untuk VIP, RM499 CAT1, RM429 CAT2, RM299 CAT3 dan RM199 CAT4, tiket-tiket ini akan dijual tidak lama lagi. Kalau orang Sabah dan Sarawak pula lagi bertambah-tambah kos pergi sana. Harap pihak RTM atau Astro dapat siarkan secara LIVE kan masa tu.. jimat juga kita hiiii...

running man

Jadual Shaklee pada bulan Ogos

Saya mahu share dengan kamurang semua... harap sesiapa yang ada masa dan waktu yang lapang boleh hadirkan diri untuk kelas dan event Shaklee boleh la  refer jadual yang saya  share  ini dan tandakan di kalender. Kalau ada calender application+reminder  di komputer lagi bagus... secara automatik jadi pengingat.


Kelas dan event  terbuka kepada ahli sahaja... sesiapa yang ingin sertainya bolehlah berdaftar dengan Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran untuk seumur hidup. Anda boleh lah hubungi saya di +6016836444 (WhatsApp/Line/Wechat) untuk info lanjut.

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news