"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Sepanjang kehamilan sehingga ke minggu 27

Assalammulaikum wbt... lama tidak update blog ni, maklumlah busy dengan kerja dan ke klinik checking review. Sudah masuk bulan ke-6 ni, saya ke klinik  2 kali sebulan. Itu belum termasuk lagi semasa nurse suspect  saya tinggi darah di sebabkan kenaikan berat badan. Semasa saya di suspect tinggi darah tu, saya banyak minum sebelum ke tandas, kemudian timbang badan sebelum ke tandas. Lagipun, timbangan di klinik tu macam rosak. Bukan apa, kanak-kanak selalu bermain di timbangan tu. Apa lagi, setiap dua hari sekali saya kena ke klinik check tekanan darah. Tapi, setiap kali check, nurse cakap normal saja, saya makan ubat bikin kurang tekanan darah ka? tu nurse tanya. Saya bilang tidak juga. Tapi, selepas saya kena suspect  tu terus saya beli bunga betik buat sayur dan makan sayur peria banyak-banyak.

Itu baru cerita pertama sepanjang kehamilan saya setakat ini. Cerita kedua pula mengenai checking diabetes (cek gula dalam badan). Pertama kali ketika bulan ke-5, buat checking  di Klinik Kesihatan Putatan. Sebelum buat tu, kena puasa dari jam 7 malam sehingga di ambil darah. Saya hanya di beri tahu hanya minum air gula tu sahaja. Setelah ambil darah pertama, dan saya perlu minum air gula. Pikirkan dah habis procedure, rupanya kena tunggu 2 jam lagi dan kena puasa lagi. Husband saya pun terpaksa ambil cuti setengah hari. Kali kedua ambil darah ok sahaja, tapi dorang ambil hampir di tempat yang sama juga, apa tidak longlai terus tangan sebelah hihihi. Result yang ini ok, so kena suruh check  lagi untuk bulan yang ke-7. Kelmarin, saya ke klinik swasta buat checking tu, tapi service di sana memang kureng  la orang bilang. Masuk daftar, kena tunggu doktor yang tidak tahu jam berapa sampai. Tidak lama lepas tu, pembantu panggil ambil darah, dan minum air gula. Saya pun hairan, dorang hanya ambil darah macam cek HB saja. Tapi mungkin itu cara dorang. Lepas tu, tunggu 2 jam dan balik ke klinik tu. Lepas bayar bil, tanya result, minta result, dorang hanya tulis sahaja. Sekali tanya nurse di tempat review selalu, tidak di terima pula. Ini pun silap dorang  nurse2 sana juga, communication kureng, bilang Health Care tu di Asia City. So, saya cari la di Asia City, yang saya jumpa yang swasta saja, mungkin yang itu la kali. Tadi pagi, check tekanan darah, tanya la sama si nurse, ok ka klu result begini, dia kata 'tidak'. Terpaksa la buat sekali lagi besok huhuuhhu... Kali ni tanya dengan nurse betul2, di mana tu Health Care, rupanya di bangunan pertama Sinsuran dari Centre Point huh! Sudah la kelmarin cirit birit pasal air gula tu, ni besok kena lagi minum air gula tu uweekkkkkkkk!!!!!!!! tapi inda apa la.. kerana kesihatan mu my baby, mummy will do everything for you. Tidak sabar pula baby ni keluar hiii.

Kedua, masalah orang rumah, huh! memang tidak habis-habis pasal orang rumah. Kalau memang tidak di suka tu apa boleh buat kan. Sebelum kahwin tu pernah ke rumah, tapi keluarga ok saja. Itu mungkin luaran saja kali. Sekali dah kahwin ini, kerja, sibuk. Macam-macam perangai pula. Husband memang tidak mau bawa bergaduh, tapi kadang kami yang gaduh. Saya memang tidak mahu jadi punca pergaduhan, tapi kalau memang bukan salah saya, macam mana juga. Husband  pun kadang tidak memberitahu perkara sebenar, dan terangkan secara baik-baik huh!.. (banyak betul keluhan ni hiii). Mungkin sebab saya tidak tolong kemaskan rumah, tapi sebelum ini saya tidak disuruh, sebab ada maid yang bersihkan. Kalau hujung minggu tu, kalau tiada maid, saya memang tolong apa yang mampu. Atau, mungkin kerana husband dan saya tidak bagi duit dapur? saya pun tidak faham sebenarnya hmmmmm... Sekarang ini tengah mengandung, kurang pergerakan, kena banyak rehat. Tidak boleh ini, tidak boleh itu. Tapi kalau terlalu rehat pun tidak bagus juga, nanti orang bilang cepat dapat penyakit obisiti dan sebagainya. Masa mengandung ni pun kena marah-marah, saya memang tidak puas hati, salahkah saya mengandung. Sampai saya cakap dengan husband,  beranak balik kampung. Berpantang di sana. Tapi saya pula kesian tiada tolong masak-masak,  husband pula kena pergi kerja dengan perjalanan yang jauh setiap hari. Pernah sekali, ketika baru sampai dari kerja, kami baru melangkah masuk pintu rumah. Tiba-tiba, di marah. Husband dan saya yang kepenatan ni terkejut, apa lagi salahku! itu la yang bermain difikiran. Saya pun tidak tahu apa puncanya, apa penyebabnya. Sekarang ini, saya hanya berserah kepada-Mu Ilahi. Kepada engkau aku mohon kesabaran atas segala dugaan yang menimpa.

Cukup dengan perasaan tidak enak ini. Beralih la kita ke cerita preggy. Di office, facebook atau terjumpa kawan-kawan, mesti bercerita mengenai preggy. Banyak informasi yang saya dapat. Dari segi penjagaan ketika hamil sehingga beranak. Tapi sekarang ini saya sangat memerlukan majalah PAQMA keluaran bulan Mei. Semua mengenai preggy ada di sana. Siapa yang ada atau ternampak tolong inform  ya! Cerita mengenai preggy ni, saya terbaca di laman facebook. Bayi boleh meninggal dalam kandungan walaupun sudah ke-8 bulan. Punca-puncanya, disebabkan tekanan darah yang tinggi, kencing manis yang tinggi, dan kekurangan air ketuban. Ada kawan-kawan kena paksa beranak sebelum masanya, takut bayi meninggal dalam kandungan. Dalam facebook  tu pula, ada dua tiga  ibu yang sudah mengalami kejadian seperti ini. Hanya tinggal hari lagi melahirkan, tapi tidak kesampaian. Kesian kan. Saya pula sekarang kerisauan, tekut kejadian menimpa diri, sekarang tekanan darah memang di jaga. Sugar Level pun kena check besok. Kalau mengenai air ketuban tu, saya minum air banyak-banyak dan air kelapa sahaja buat masa ini. Itu informasi semasa mengandung. Selepas melahirkan pula mengenai kekuningan anak. Kata kawan, susu kambing kurangkan kuning. Mungkin betul juga. Sebab dari pembacaan saya, isteri Nabil si pelawak dan blog-blog lain memang betul. Mereka banyak minum air susu kambing segar dan makan kurma. Kalau di Sabah memang susah mahu cari air susu kambing segar. Yang dijual pun, yang di awet. Baru-baru ni pula, saya terjumpa di Servay, jenama Good Goat, product of Sabahan. Ladangnya terletak di penampang.  Itu pun baru sekali terbeli. Lagi satu untuk kurangkan kuning bayi, ialah jangan makan jamu, halia dan kunyit ketika berpantang. Ini pernah terjadi dengan kakak saya sendiri. Dia pun first baby, tidak tahu apa-apa. Tapi yang saya hairan lakinya dulu duda beranak dua tak kan tidak tahu. Kakak saya makan jamu, kalau memasak tu halia besar-besar. Kata kawan saya halia tu yang buatkan kuning sebab panas. So, saya pun dengan segeranya buang halia tu, Dan kakak saya terpaksa bagi bayi minum susu tepung dalam usia baru beberapa hari. Sebab dia makan jamu dan bayi tu terkena kuning sehingga ke 200++. Saya ni walaupun banyak informasi pasal ibu dan bayi takut nak inform kakak saya. Difikirnya saya ni apa nanti, sebab sy masih mengandung first baby. Saya hanya dapat bercerita sedikit sahaja informasi dengan dia. Kalau dia bertanya, baru saya beritahu hiiii.....

Hmmm... saya belum habis lagi bercerita ini. mengenai dugaan-dugaan ini, bukan setakat di rumah sahaja. Di pejabat pun ada juga. Pejabat the big boss tu bukannya selangkah dua sahaja, kalau dia minta dokumen-dokumen tu bukan sekali perlu berjalan, berkali-kali. Nasib baiklah ada kawan pejabat yang boleh minta pertolongan. Kalau tidak, sampai rumah ampai-ampai. Sudahlah gaji bulan lalu dengan bulan ni masih belum diberi. Mahu beli baju preggy pun susah. Apa lagi baju baby. Takut nanti bayi keluar awal. Sebagai persediaan, dah masuk ke-7 bulan ni macam-macam boleh terjadi. Sekarang ni pun, bayi pula sangat aktif bergerak. Si mummy  pula keletihan menjaga pergerakan si bayi. Apapun, harap si bayi sihat walafiat didalam sana. Aminnnnn....

Setakat ini sahaja buat masa ini. Pada yang telah melahirkan, ku ucapkan selamat berpantang dan selamat mendidik anak anda. Jangan lupa jaga kesihatan. Pada yang baru berkahwin, selamat melayari bahtera, semoga dikurniakan anak secepat mungkin. Aminn....

Eh... lupa pula... saya belum tahu lagi jantina anak dalam kandungan ini. Tapi 8hb Januari 2014 nanti saya akan buat scan 3D. Bukan setakat mahu lihat jantina. Tapi keadaan bayi sekarang macam mana sudah. Adakah tembuni saya masih di bawah atau kepala bayi di atas. Nama yang bakal dikurniakan kepada si bayi pula ialah, jika lelaki, Mohd Noor Irfan (Noor itu ikut ayahnya hiii...). Jika perempuan pula, Nurhana Delisha. Harap nama ini membawa makna pada hidup mereka seperti mana erti pada nama itu. Aminn.....

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news