"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Belajar bahasa Si abang

Oleh kerana saya berada dalam komuniti yang berbeza daripada kampung saya... saya perlula belajar bahasa mereka supaya senang untuk berbual berborak.. dan tidak diumpat2 heeeeeee dalam masa yang sama saya selitkan bahasa sendiri supaya tidak dilupakan  .....Kita akan belajar bahasa bajau/sama dan Dusun.... Ok hari pelajaran hanya yang asas sahaja....

>>(BM)Pandai kau cakap bajau? (BD) Kailo ko monimboros bajau? (BS)Pandei ko ngarib sama?
>>(BM)Kawan kau itu, orang bajau ka? (BD)Tulun bajau ilo tambalut nu lo? (BS)Sae' nu ea, sama ko?

Sebuah perbualan...

>>(BM)Apa khabar?  (BD) Nunu abar?  (BS) Iyen abar?
>>(BM)Khabar baik. (BD)Osonong.. (BS)Abar alap.
>>(BM)Kau datang seorang saja ka? (BD)Iso ko no? (BS)Teko endangan jo ko?
>>(BM)Iya, sorang saja ni,isteri saya pergi rumah Mak Limah. (BD)ya,sogulun dahai tei,koruhang ku moi hilod walai Mak Limah. (BS)A'a, endangan jo,endo ku ngongo mosoduo ruma' Mak Limah.
>>(BM)Kau tidak mahu makan? (BD)Amu ko moi akan? (BS)Nga' ko ingin mangan?
>>(BM)Tidaklah, sudah saya makan di restaurant sebelah kedai buku Harun tu. (BD)Amu, nakakan no hilod kedai miampaping id kadai buuk id Harun. (BS)Nya'nu,bau jo mangan buas ta' restauran dembila kadei buk Harun.

Perkataan-perkataan....
  • (BM)Makan (BD)akan (BS) mangan
  • (BM)Minum (BD)moginum (BS) nginum
  • (BM)Masak (BD)mogonsok (BS) mapi
  • (BM)Manis (BD)Oumis (BS) mamis
  • (BM))Ikan (BD)sada (BS) Daing
  • (BM)Sayur (BD)Rapaon (BS) Rapa
  • (BM)Asam (BD)Ounsom (BS) Osom
  • (BM)Tidur (BD)Modop (BS)Turi
  • (BM)Jalan (BD)mamanau (BS) Lemaan
  • (BM)Lari (BD)Tumangkus (BS)Lelai
  • (BM)Lelaki (BD)Kusai (BS)Dela
  • (BM)Perempuan (BD)Tondu (BS)Denda
  • (BM)Ayam (BD)manuk (BS) manuk
  • (BM)Air (BD)waig (BS) Buwek
  • (BM)Tinggal (BD)Todopon (BS) Temban
  • (BM)Pergi (BD)mongoi (BS) ngongo/ogo
  • (BM)Di mana (BD)honggo (BS) mingo/enggo
  • (BM)kenapa (BD)nokuro (BS) ngenei
  • (BM)Apa (BD)Nu (BS) Iyen
  • (BM)Siapa (BD)Isai (BS) Sian
  • (BM)kaki (BD)gakod (BS) betis
  • (BM)Marah (BD)Otogod (BS) manas
  • (BM)Ketawa (BD)Mongirak (BS)tetooh
  • (BM) Baju  (BD)rasuk (BS) beju'

*(BM) =bahasa melayu  (BD)=bahasa dusun  (BS)=bahasa sama/bajau

p/s=kadang kala bahasa sendiri pun kita tidak mahir... heeee harap kita dapat perbaiki bahasa kita sendiri la hehe

Ubati penyakit Gastrik/Dugal

Petua warisan kita - apa petua kali ni.. masih lagi berkisar dlm kesihatan... ada 3 petua yang sy hendak kongsikan bersama.. mungkin anda tidak suka makan ubat dan lebih suka cara traditional.. anda boleh ikuti petua2 yang ada dikongsikan ini..
1-Demam denggi-demam ini amat bahaya kalau tak diubati boleh membawa maut juga-ubatnya, sehelai daun betik di blender sehingga lumat dan hancur, ambil air patinya, minum sesudu teh setiap hari sehingga sembuh.
2-kencing batu-maybe penyakit ini yg susah nak kencing-ubatnya, teras jagung dr 6 tongkol jagung,direbus campur air 5 gelas.minumlah air rebusan 3 kali sehari sbyk 3/4 gelas tersebut.
3-gastrik/dugal-selalu org alami,ubatnya, ubi kayu yg segar dan muda di bersihkan dipotong 5 cm. sehari 3 potong di makan.pd waktu pagi makan nasi sebelum makan ubi tersebut.



P/s: nak tahu lebih lanjut sila brhubung dgn penulis blog heheeee

FACEBOOK!!!

Macam-macam boleh berlaku pasal facebook ni... anda sendiri alaminyakan hehe... semua orang sibuk pasal facebook... kalau tak seminit dalam sehari tak buka facebook tak sah... kalau kat ym ka kat tempat chat yang lain mesti tanya facebook.. bukan tanya email lagi sekarang ni hehe....
time saya round2 kat facebook kawan saya ni.. mencari informasi yang di mahukan... saya terjumpa satu puisi pasal facebook ni... mari saya share kan dengan anda... anda juga boleh tekan link ini Puisi Facebook...


"KERANA FACEBOOK......" 

Kerana Facebook ada orang jatuh cinta...
Kerana Facebook ada orang putus cinta...

Kerana Facebook ada orang tidak dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran..
Kerana Facebook ada orang tidak dapat bekerja dengan prestasi yang cemerlang..

TAPI...................  Adanya Facebook dapat mencari jodoh
                           Adanya Facebook dapat mencari maklumat
                           Adanya Facebook dapat mempromosikan perniagaan
dan macam2 lagi...  ada yg mengurat ada yang mengusik ada yang membosankan...."whateVer~~.."

Jom anda kongsikan PENGALAMAN yang menarik dalam pada anda mempunyai FACEBOOK...
Ceritakan kenangan manis,pahit lucu dan sebagainya disini...

p/s: macam2 boleh terjadi hehe...... sampai orang kreative mendapat ilham dari facebook... :)

H/P baru

Huuuuuu.... hp saya rosak la... tak ada lampu plak... susah la nak tengok screen... hmmm tapi hari tu dah beli baru hehe... pada hari isnin yang lalu... Si abang rancang nak beli kasut badmintonnya... tapi dia tengok kasut bola plak... kasut bola yang lama belum rosak dan lama dia tak guna... kasut badmintonnya boleh guna lagi.. cuma kena gam2 jer...sementara mencari2 tu kami bincang2 la juga.. heeee yang sy ni asyik kata kat rumah boleh pakai lagi... sampai si abang tak jadi beli kasut hehe..... tapi memang betul juga.. lepas tu kami berpusing2 plak di kedai tepon.. cari2  kono tepon ni... mula2 tengok tepon brand sony ericson... tapi napa ya sy tak suka sony ni... so tengok la plak nokia... ya kat rumah kebanyakn guna nokia.. so kalau nak charge tepon senang jak heheeee... cari2 tepon yg second hand ... akhirnya dapat.. tepon nokia N95...

Hp saya sebijik mcm gambar di atas... warnanya pun sama jak hehe..... kelebihan hp ni.. boleh detect wifi... boleh install programe didalamnya... cuma perlukan memory card.. bab teda memory card di dalam... harga second hand ni pun boleh tahan juga mahalnya RM290 huuuuuu.... sayang jg duit tu hee tp apa leh buat... ni pun 1st time beli hp sendiri... heeeee nak tahu lebih banyak fungsi hp ni cari la sendiri kat tenet ....

Korean Drama The Thorn Bird...

The Thorn Bird.... siok jg ni drama... kisahnya bermula ketika mereka berada di sekolah rendah... kisah dua orang perempuan yang bersahabat baik pada mulanya... namun bila salah seorang tidak lagi mempercayai.. runtuh la persahabatan mereka... oleh kerana nama mereka ni susah nak disebut saya gelarkan si mata bulat dan si baik jak heee sebab yg jahat tu bermata bulat dan sorang lg tu memang baikla orangnya.... ceritanya bermula begini.. masa kecik mereka berkawan baik si baik ni berada di rumah anak yatim dan si mata bulat berada di rumah keluarga angkat tapi dia tidak tahu yang dia ini anak angkat yang dibayar sahaja.... sampai lah satu hari dia dengar perbualan mak angkatnya bertelefon dengan ibu kandungnya... memang kesian la juga.. tapi yang sorang lagi kesian.. si baik ni berabis mahu tahu ibu kandungnya.. namun smapai besar dia tak tahu siapa... selepas kejadian si mata bulat tu tahu yg sebenarnya dia hanya anak angkat.. dia membenci si baik.. katanya si baik beritahu satu sekolah dia tu hanya la anak angkat... dan pada masa itu juga dia kena transfer sekolah atas kekerasan dia dengan pelajar lain... next episode.. mereka dah besar dan ada kerjaya masing2.. si baik ingin jadi pelakon untuk mencari ibunya... itupun bermula dengan pelakon tambahan sahaja... dan si mata bulat pula sebagai penerbit ertinya bekerja di company yang menguruskan pelakon2 ni.. dan ibu kandungnya itu adalah seorang pelakon terkenal...
 Saya memang tak suka perangai si mata bulat tu.. masa dia bertemu si baik masa dah dewasa ni... dia buat macam tak kenal... lepas tu dia rampas kekasih si baik.. kekasih yang pernah bertemu masa kecik dahulu..  pastu si mata bulat mengandung anak lelaki tu plak.. yang bikin girigitan lagi tu.. dia putus kan hubungan ngan lelaki tu masa lelaki tu nak melamar aduhhhh.. dia tak tahu lagi tu dia  dah ada anak.. ada lagi membuatkan hati saya panas tengok drama ni.. masa si mata bulat melahirkan anaknya.. dia daftarkan nama mak anak tu ngan si baik.. dan beritahu anak pelakon terkenal itu adalah si baik.. padahal itu adalah mak dia... punya la banyak masalah... drama ini di mainkan di channel 391 setiap hari isnin hingga jumaat jam 9:00 malam lepas berita... kalau saya tidur awal tak la nampak.. tapi kat youtube ada heee ..... selalu drama macam ni saya hanya akan download sahaja... namun pada hujung minggu akan ada ulangan drama ni.. bersambung2 lagi tanpa iklan yang lama heeee syok tengok masa tu... nak tahu cerita mereka lebih lanjut yang memang buatkan anda panas hati.. tengok la sendiri heheee...

Suatu petang di Terminal

Di ruang legar terminal
Keciknya kaki.......heheee sebahagian kaki ditutupi seluar...
Pengalaman menaiki bas balik dari kerja memang perkara biasa bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.. kereta mahupun motorcycle.... kadang ada juga orang menumpang kereta keluarga atau pun kawan-kawan mereka.. untuk senang la katakan.. saya juga begitu.. saya dan Si abang menumpang adik kepada Siabang pergi kerja dan balik dari kerja setiap hari... namun apabila si ipar saya itu masih belum mahu balik maybe ada overtime ataupun berjalan-jalan bersama kawannya ataupun bermain bola... terpaksa la kami menaiki bas balik.. kalau kami berjalan-jalan kat bandar.. kami tumpang juga balik jika si ipar balik lamabat... Hari ini saya nak ceritakan betapa meriahnya terminal wawasan kita ni.. apalagi jika cuacanya hujan.. berduyun-duyun la orang diterminal... sementara menunggu Si abang di terminal.. saya suka melihat gelagat orang yang lalu lalang ... lelaki tak la dipandang.. nanti perasan plak mereka.. hehe... saya tengok yang perempuan hmmm pelbagai fesyen baju yang mereka pakai... kadang saya akan bandingkan dengan diri saya.. adakah saya sesuai untuk memakai baju demikian.. kalau saya nampak yang berbaju kurung pula.. saya akan lihat design bajunya.. cantik juga design baju kurung yang dia pakai ni.. boleh ka saya pakai begitu.. semuanya itu dalam hati sahaja... sudah banyak baju kurung kat almari tu.. tapi satu pun teda yang berdesign2 ni heheh... 
ini la sebahagian daripada situasi di terminal tersebut..ada yang menunggu teman.. ada yang menunggu bas sampai.. ada yang memilih bas... tau2 la kan.. ada orang ni tak suka berebut bas.. so dia tunggu sampai sedikit orang naiki bas tersebut baru la dia nak naik.. kalau gitu makin lambat la balik kan... kalau saya.. selagi ada kosong saya akan terus naik bas tersebut.. tapi jika balik bersama Si abang... kami akan memilih tempat duduk berdekatan supaya senang nak lentokkan kepala hehhe..

Ni pula aktiviti wajib bagi pemandu2 bas... di terminal ni kena la tunggu giliran mereka untuk bawa penumpang.. sebab mereka ini berada dalam syarikat pengangkutan so mereka ada rules tersendiri...hanya mereka yang tahu... apa yang mereka buat tu (dalam gambar di atas).. ha!!!! mereka main dam bertapakkan papan buatan sendiri.. buahnya pula tutup botol berwarna putih dan biru... macam mana nak bezakan bila dah jadi raja? hehe.. terbalikan la tutup botol tu...itu la kerja mereka dari pagi sampai la petang.. orang yang main bukannya sama setiap masa.. mereka akan bertukar ganti... sebab mereka akan menjalankan tugas mereka sebagai pemandu.. semoga mereka bersabar dengan karenah penumpang2 yang bermasalah hehe....
Itu baru sebahagian telatah-telatah orang kat terminal... kalau nak di muatkan dalam buku.. mungkin boleh sampai seratus muka surat juga tu hehe..... 101 telatah di terminal wawasan... boleh ka buat judul buku macam tu... hahaha boleh bakan... hanya usaha untuk mengkaji sahaja yang diperlukan.. 



ni video pula diambil melalui hanphone... hahah lihat la macam mana keadaan ketika itu... selamat berhibur eh betul ka tu heeee


NILAI-NILAI MURNI

Laman Sembang Dan Radio Online Kinabalu fm: NILAI-NILAI MURNI: "1. BAIK HATI 1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan ora..."

*Klik link di atas untuk membaca lebih lanjut...

Lukisan Ular dalam mimpi

Di bawah adalah lukisan ular telah saya mimpikan semalam.. rasa ketakutan masih lagi terasa.. uihhhhh... harap perkara baik yang muncul.... heeee lukisan ni pun tidak la secantik mana.. sebab mana la saya ada belajar seni lukis di sekolah dulu... baca2 buku teks lukisan ada la.... boleh bagi orang yang macam saya ni melukis-lukis hehehehe.... ba tengok la lukisan saya tu... kalau bida jangan kasi ketawa ya... inda lawa tu....
tengok la tu lukisan... macam ular ka tu hahahhaha saya pun inda pasti.. tapi ular dalam mimpi saya tu lebih kurang la macam ni lukisan..... buat orang takut jak... mengejar lagi tu.....benci saya ni hehehee

Hari Kamaatan di Tamparuli..

Baru2 ni masa balik kampung.. di Tamparuli ada event besar.. hari pelancaran Kaamatan pertama kalinya di Tamparuli... banyak juga khemah.. ya sudah saya kasi cerita sebelum ni.. kali ni saya nak kongsikan bersama dengan anda... gambar yang diambil ketika itu.. tak banyak gambar.. gambar Si abang pegang senapang kat khemah Askar Wataniah heheeee.... mari kita tengok..!!!



 cool kan Si abang pegang senapang tu hehhehe... inda jadi seorang askar... merasa pegang senapang tu pun boleh la... selalu main kat game komputer jak.. apa nama tu counter striker ka haaaa hahahah.. saya tak ada gambar masa tu.. tak besa la bergambar2 ni hehhe... ok la ada gambar2 yang menarik lagi.. akan di kong sikan bersama...

Jalan-jalan bersama teman KFM

wahhhhhhh dah lama tak berjalan-jalan bersama mereka ini.....hari ada janji juga nak jumpa dorang.. tapi asyik saya jak yang memungkiri janji... hehheee.. kali ini saya tak lepaskan peluang... nak berjumpa juga dengan dorang.. lagipun si Kay dari Sandakan berkursus anjuran MKM dan menginap di Hotel Tang Dynasty KK..  tapi dalam hati ni tak senang mahu berjalan.. sebab kat rumah si abang tengah demam.. huhuuuu kesiannya.. belikan saja ole2 untuk dia nanti...
Petang kelmarin... masalah dah timbul sebelum berjumpa kat dorang tu... habis batery handphone saya huaa huaaa.. dah la tak ada bawa charger huhuhuuuu.. nasib baik ada  Chat box KinabaluFM boleh juga berplan2 dengan dorang... namun Si abang No.1 perlu tahu rancangan ini.... kalau tak isteri derhaka tau... sebelum balik dari opis.. saya telepon  si Kay dan Si abang guna phone opis... sesampai kat Wawasan saya tepon Kay untuk confirmkan di mana dia kemudian baru saya tepon Si abang di mana saya dan apa saya buat... dalam perjalanan pergi bilik si Kay.. saya mencari2 batery tepon yang murah.. boleh la RM35 sebijik selepas minta dikurangkan.. So jumpa la si Kay ni.. Bilik 808 heheeee.. dia buka pintu jak terus teriak... dah lama tak jumpa katakan.. pikir dia sorang jak.. rupanya ada lagi kawan2 dia yang lain...tidak lama selepas itu si Sinta plak yang sampai... dari jauh saya lambai dia.. " Saya duluan sampai" terus dia ketawa.. hehee pa tidaknya dia dekat sahaja.. kat bangunan MAA tu... so menunggu lagi ni... menunggu si Ct.... dalam si Sinta brsms si Ct.. adalah cerita keluar main air la.. main tapuk2 la hahahah.. lucu la... ya saya menumpang charge tepon saya dengan si Kay juga time ni.. heee.. dapat juga saya tepon si abang...
Setelah confirm si Ct akan tunggu di cp.. so kamipun berjalan kaki ke cp.. masa ni saya tepon lagi Si abang.. nak lapor diri ni heheee..mesti la.. risau nanti dia.. then berjumpa la kami 4 orang.. dengan tidak membuang masa... kami ke Kbox kat tingkat lapan Family Kbox.. si Ct dan Sinta yang bayar.. Rm20 satu sesi... terlupa saya mahu bayar dengan dia.. berabis juga la berkaraoke masa tu hahah saya la tukang sumbangsih kan lagu... habis hancur lagu oleh saya... hahahahahhah... ada juga saya rakam guna MP4 Si abang tapi tak jelas..... tak apa la yang penting kenangan... masa nak snap Ct tu guna kamera tepon... Si abang tepon... rupanya dia pergi main badminton... ok la tu boleh juga keluarkan peluh... sesudah habis berteriak kat Kbox tu.. kami pergi la cari makan.. pada jam 8 mlm .. huuu tak besa makan time ni.. tapi apa leh buat... saya ambik setengah nasi sayur peria, rebung dan tempe.. RM4.00.... time makan Si abang tepon lagi belikan kek untuk sarapan dorang(adik2 jin teman mak bapa Si abang) tu..... setelah selesai makan dan dah belikan kek dan cup cake untuk Si abang... kami pun menaiki kereta si Ct untuk balik.. pertama kali saya ikut hantar si Sinta sampai depan rumahnya.. ok jugala rumah sewa si Sinta... dan pertama kali juga la si Ct hantar saya balik sampai kat depan rumah.. so tahu la si Ct mana saya tinggal....

p/s: kenangan yang tak dapat dilupakan... merosakkan lagu orang hahhaha

Bermimpikan Ular!!!!

Ular??? itu binatang paling ditakuti oleh orang.. kerana ianya berbisa.. boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.. kalau ular kat zoo tu.. bisa nya dah di keluarkan dan boleh la dikatakan sudah dijinakkan oleh petugas zoo... pernah juga saya memegang dan meletakkan ular kat leher ni hehhehe... takut tu memang ada.. tapi nak mencuba..apa salahnya kan..bau hanyirnya tu yang saya tak suka.. melekat ke tudung.. ya saya ingat lagi masa tu .. saya dan abang saya yang sulung bersama bininya dan anaknya pergi zoo kat Johor.. entah mana hilangnya gambar tu..

Ok berbalik pada tittle... semalam saya bermimpi kan ular.. ularnya hitam.. tak la panjang sangat.. tapi gempal .. kepala nya macam kepala ular tedung... dalam mimpi saya tu... saya ternampak ular tu didalam parit.. entah tiba2 saja ular tu nampak saya dan ikut2 saya... saya apa lagi berlari la.. sampai satu tempat ada wakid (tempat barang yang diperbuatkan dari buluh dan di galas-barang2 kadazandusun) .. saya berpusing2 di wakid tersebut.. saya sangat la takut kalau ular itu melompat kat atas.. dalam khayalan saya tu.. tiba2 ular itu dapat kejar dari sebelah tepi... terus ular itu menerkam untuk mematuk saya... tiba2 saya terbangun... jantung saya berbunyi sangat kuat..mata yang kabur masih terbayang ular depan mata.. selepas saya menggosok mata bebrapa kali baru la hilang banyangan tersebut... tapi kan perasaan takut tu masih ada lagi.. so saya melihat sekeliling bilik jika ada ular.. terus saya selimutkan badan saya.. susah juga nak tidur balik... peluk si abang baru la dapat tidur ... huuuuuuuuuu.....

Si abang pernah berkata... jikalau bermimpi kan ular... kita akan bertemu dengan seseorang.. atau akan dimiliki seseorang yang istimewa... namun dalam kes saya ni... saya dah ada si abang... kenapa lagi saya bermimpikan ular yang amat menakutkan itu..... sampai sekarang saya terasa demam... namun boleh la tahan.. dapat juga pergi kat opis... sekarang ni si abang plak yang masih sakit.. 2 hari MC dari kelmarin.. ni sebab perubahan cuaca di kampung hari tu... hari selasa yang lalu plak... saya yang sakit... teruk sangat saya rasa... tapi pergi opis juga... alhamdulillah tidak berlarutan sakit hari tu... sebab saya minum air dengan banyak dan makan ubat penadol....

p/s: apa ba tafsiran mimpi saya ni... sampai sekarang perasaan takut tu masih ada lagi...

Yeahhhh Balik kampung...

wahhh terasa tul la balik kampung ni... hampir 2 bulan sudah tak pi kampung di Tamparuli ni.. macam mana lagi .. ikut schedule si abang.... hmmm nasib baik hari senin cuti-cuti pekerja.. so boleh lama sikit kat kampung tu... kami memulakan perjalanan pada tengahari hari sabtu.. ni disebabkan si abang masih kerja setengah hari pada hari tersebut.. dalam perjalanan dalam bas.. si abang asyik tidur jer... nasib baik dia tak leh driving.. kalau tak macam mana la dia nak tidor tu hehe.. sesampai kat likas.. ada roadblock jalan masuk ke bandar KK... punya la panjang jem tu... tak lama selepas tu jem pulak jalan ke Tuaran-Tamparuli ni...bermula dari perumahan Bandar Saera tu...pikir jem disebabkan Tamu besar kat Tamparuli tu... sesampai jak dekat Telipok tu.. ada plak roadblock.. tapi disebabkan hujan lebat.. petugas-petugas trafik tidak dapat jalankan tugas mereka.. kesian juga kan.. yang lucunya.. banyak lori-lori dan kereta berhenti di tepi jalan.. hahhaha ni mesti ada masalah ni.. takut kena saman...

Aktiviti di kampung pula... yang pertama bermain dengan si miau2 la.... hahhaha memang rindu sangat la dengan dorang.. lepas tu tengok2 bapa saya buatkan katil untuk abang sulung saya.. hmmm. lawa la bapa buat tu katil.. kukuh lagi.. si Aien kakak sy tu kena buat katil.. jeles ni... katil kat rumah tu bermasalah la.. kayunya pandai termiss2 hehehhe... nanti la minta tolong bapa buatkan.. jadi jakun juga saya balik hari tu.. pintu dah ada kunci.. ada lampu tidur lagi...television pun dah besar heheeee.. hari pertama tak banyak nak buat... just melihat-lihat alam sahaja...

Hari kedua pula rancangan kami pi Tamu... hmmm tamu tu dorang buat macam Sueheboh TV3 tu.. tapi tak la besar sangat.. tapi bagi orang-orang Tamparuli boleh la tahan.. pelbagai khemah2 .. ada dari kementerian-kementerian.. ada dari persendirian.. biasanya pakaian-pakaian dan makanan .. ada juga funfair .. tapi funfair game kecik-kecik jak.. just throw and win.. ada lah guna bola.. dart.. gegelang ... gores-gores pun ada kali.. hhmmm.. si abang main yang gegelang tu.. hadiahnya boleh tahan I-phone.. Ipod ooo.. RM5 habis main .. tak juga dapat hehee... pikir nak sekejap jak kat tamu tu.. entah berapa kali kami berpusing-pusing.. padahal tak ada yang mau dibeli.. cuma nak cari mentol lampu jak.. dah dapat mentol tu.. nak cari tandas plak.. nasib baik tandas awam yang bersih ada.. sekali masuk 30 sen.. tisu 50 sen satu wahhhh upgrade nampak dari di CP hahah... jam 10 pagi.. dah lapar.. si abang cari burger.. ni la pertama kali ada burger berjualan di tamparuli.. memang laku la tu hehee.. saya plak cari pau.. pau tausa jak la... nak cari tempat duduk.. pusing lagi seluruh tamu cari restaurant melayu.. lenguh juga berjalan... semua kedai makan plak penuh .. tu baru jam 10:30 pagi.. dah orang pi makan... jumpa tempat duduk kat sebuah restaurant melayu kecik.. order minuman saja.. itu pun orang pi duduk kongsi-kongsi.. hmmmm diam-diam jak la heheee... dah habis makan nak cari dorang kak Bie.. kakak saya.. bila dorang nak balik..call2.. akan berjumpa kat kedai Thai Ann.. tu pun baru jam 11 pagi dah penat.. tunggu punya tunggu.. sampai jam 12 lebih di tengahari juga la baru dapat kereta.. sampai kami makan kuaci lagi ditepi-tepi jalan hahhaha.. lucu la

dah sampai kat rumah plak.. terus saya masak untuk tengahari.. kasi makan semua itu miau2 kesian teda makan... saya nak masak ikan hampap... tapi teda plak cili boh.. kasi rebud kunyit jak la... pastu sayur masak lemak plak... hehhe... dah siap pi tidur la hehheee....petang plak tak der aktiviti yang syok.. cuma tengok kazen-kazen bermain sahaja... dan transfer kartun pi komputer kakak lagi... malamnya pula tengok Maharaja Lawak.. kat rumah ada channel astro warna.. so boleh la tengok rancangan tu.. heheee tertinguk juga akhirnya.. hmmm apa yang kami sekeluarga dapat di tamu tu... saya tak der apa2 kecuali mentol lampu dan makanan sahaja.. kak Bie.. pi tanya tepon Blackberry yang dia beli pada hari jumaat lalu... dan makanan-makanan la... mak plak dapat tempat makanan steel.. 6 buah bersama tutup hanya RM103 jak.. wahhh murah kan... yang lain tu makanan juga hmmmm.. menghabiskan duit sahaja la... Bila balik pi Petagas awl pagi isnin.. sampai jak tukar baju terus tidur.. apa taknya.. bangun jam 5 pagi.. mandi jam 6:30 pagi.. jalan jam 7 lebih.. sampai kat rumah jam 9 pagi huuuuuu awal lagi tu... terus tido.. sampai jam 11 lebih.. bangun terus masak untuk tengahari... huuu penat sungguh... sampai sekarang rasa penatnya.. demam-demam pi opis ni hehee

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news