"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Kerja Oh! Kerja

"Hello, Fiza can you find ******* Sdn. Bhd. Trading License, and when the expired date?" Said the boss.

"Ok sir," "Sir the expired date on december 2011."

"Ok, please looking for the original trading license, far as I have already given to you." Said the boss again.

"Ok sir," but after a few day I told the boss that the document not in office, every file I seek, every desk I open to find it, but it's not there. So I call the boss to tell about it. But i don't like the answers.

"I was told the document is not there with me, whether you are looking for, often you do not put the document in the proper place, try your search again," the voice so soft but in angry mood.

I told that I have come across and continue to search but not found it. He shouting me on the phone.

The next day, Amir our Project Manager come with the document... oh!!! that from our boss why he shouting me if the document with him... my heart so hot...

Actually, incident like this was happened with my fellow work.

Cuti umum bagi Sabah Sepanjang tahun 2012

Mesti semua orang ingin mengetahui bila cuti-cuti umum terutama yang menetap di Sabah dan juga sedang bekerja... Namun yang suri rumah juga perlu ketahui bila cuti-cuti umum ini, kerana mereka boleh membuat sebarang perancangan terutamanya bila ingin berurusan dengan mana-mana syarikat kerajaan mahupun swasta... Bagi yang bekerja sudah tentu mahukan cuti-cuti umum ini untuk menyelesaikan tugas sebelum atau merancang sesuatu tugas pada cuti-cuti seperti ini.. ada juga kawan-kawan kita melihat cuti-cuti ini sebagai hari pergi membeli belah.. kenapa??? hmmm.... sebabnya.. sebelum hari tersebut terdapat banyak jualan-jualan dan diskaun.. ok!!! dengan tidak membuang masa saya akan berikan anda senarai cuti umum bagi Sabah pada tahun 2012 ini...

TAHUN BARU DAN HARI GANTIAN  : 1hb & 2hb Januari                          : 2 hari

TAHUN BARU CINA   : 23hb & 24hb Januari                      : 2 hari

MAULIDUR RASUL & HARI GANTIAN  : 5hb & 6hb Februari           : 2 hari

GOOD FRIDAY   : 6hb April            : 1 hari

HARI PEKERJA  : 1hb Mei              : 1 hari

HARI WESAK  : 5hb Mei            : 1 hari

HARI KAAMATAN  : 30hb & 31hb Mei             :1 hari

HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YG DI-PERTUAN AGONG :2hb Jun   :1 hari

HARI RAYA PUASA DAN HARI GANTIAN        :19hb & 20hb & 21hb Ogos           :3 hari

HARI KEMERDEKAAN     : 31hb Ogos             : 1 hari

HARI MALAYSIA DAN HARI GANTIAN   : 16hb & 17hb September        : 2 hari

HARI JADI TYT   : 6th Oktober             : 1 hari

HARI RAYA HAJI    : 26th Oktober          : 1 hari

HARI DEEPAVALI   : 13th November         : 1 hari

AWAL MUHARRAM     : 15hb November      : 1 hari

HARI KRISMAS   : 25hb December            : 1 hari


JUMLAH CUTI UMUM KESELURUHAN :  23 HARI


Kepada yang sudah mempunyai rancangan-rancangan pada tahun ini, harap rancangan anda bersesuaian dengan tarikhnya dan tidak bertindih dengan rancangan yang lain... akhir kata.. selamat bercuti-cuti hehe...

Kelebihan Pekerja Kerajaan

Kepada pekerja yang bekerja di sektor kerajaan, mereka sudah sedia maklum akan kelebihan yang mereka akan dapat. Kalau mahu di senarai kan memang berjela-jela panjangnya... jika kamu hendak lihat sendiri, lihat lah keluarga yang terdekat dengan anda yang sedang bekerja di sektor itu.. antara kelebihan yang mereka akan dapat ialah dalam membuat pinjaman di bank.. bank akan berikan persen yang kurang daripada peminjam-peminjam biasa ( pekerja sektor swasta atau bekerja sendiri). Seperti meminjam wang untuk membeli kereta, rumah dan melanjutkan pelajaran. Mengenai meminjam wang untuk membeli rumah pula bagi pekerja di sektor kerajaan, mereka perlu tahu cara-cara yang betul... seperti teman saya ini dia telah dan sedang menguruskan proses meminjam wang untuk pembelian rumah. Anda boleh melayari atau klik link ini sahaja untuk melihat dan bertanya apa yang telah dia lakukan. Oleh demikian anda tidak perlu bersusah payah untuk berhempas pulas ke sana ke mari untuk bertanya sahaja. Semoga segala urusan anda berjaya dan mendapat apa yang anda inginkan. Sekian.....

Ekspidisi Pendakian Ke Puncak Gunung Kinabalu

Assalamaualaikum wbt dan salam sejahtera kawan-kawan... terlebih dahulu ku ucapkan selamat tahun baru 2012... selamat tinggal 2011 dalam ingatan sebagai kenangan dan pengajaran segala kisah-kisah... setiap penghujung tahun dan permulaan tahun mesti topik yang sama kita akan dengar...APA AZAM BARU, APA KENANGAN ANDA TAHUN LEPAS, DAH TERTUNAIKAH AZAM TAHUN LEPAS... begitulah manusia.. sering ingat mengingati apa yang telah, belum dan akan dilakukan... bagus juga tu kan... ok lah berbalik pada asal... iaitu pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada tahun baru 2012... memang seronok... walaupun kami memandu sendiri (berkongsi kereta-3 buah kereta utk 12 orang) ke Park dan kami mengambil masa 4 hari dan 3 malam untuk menikmati pendakian ini... namun pelbagai kenangan yang tak dapat dilupakan...

Bermulanya ekspidisi kami ini dengan rancangan dari pejabat suami saya bekerja.. saya sebagai isteri dan teman-teman mereka mengikuti secara rasmi ekspidisi ini.. walaupun terdapat beberapa masalah kewangan dan masalah lain namun ekspidisi ini berjalan dengan lancar...

Ekspidisi ini di anggotai seramai 12 orang....

1- Mat Oming (Kawan sekerja suami saya)
2- Messeh (Kawan sekerja suami saya)
3- Andy (Suami saya)
4- Katty (Kawan sekerja suami saya)
5- Chin (Bekas kawan sekerja suami saya)
6- Fieza (saya)
7- Ct (Kawan saya)
8- Wan (bekas kawan sekerja suami saya)
9- (Isteri Mat Oming)
10- Susan (kawan isteri Mat Oming)
11- Raymon (kawan sekerja Chin)
12- Dey (Kawan Mat Oming aka juruphoto dan juruvideo)

Ekspedisi bermula pada....
31 hb December 2011
- Sebulan, seminggu, sehari sebelum persedian dilakukan.. barang-barang dibeli.. joging memantapkan otot-otot kaki... pagi hari sabtu ikut suami pergi kerja diwaktu pagi.. barang-barang diangkut terus... [jam 10 pagi] berangkat ke rumah teman bernama Wan  di K.K. dan terus singgah lagi rumah si Ct di Telipok.. namun pada hari ini perasaan saya amat takut sekali kerana awal pagi saya sudah demam, mungkin semalam perasaan takut menaiki gunung telah kuasai diri kot... hehe.. dan masalah cirit birit hmmm hanya sebiji penadol penahan diri...[jam 12.30 thgari] sampai di kinabalu park restaurant terus ke tandas membuang.. sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu suami saya pertama kalinya memandu keretanya sejauh itu.. saya menahan kesakitan... Ct menahan kencing.. Wan menahan kelaparan yang belum menjamah apa-apa makanan sejak bangun pagi...
Selasai menunaikan hajat.. terus manjamah selera sambil menunggu rombongan satu lagi.. [jam 1;30 ptg] rombongan kedua sampai (rombongan Mat Oming) mereka juga menjamu selera dan kami terus ke penginapan pertama D'Villa Lodge.. selesai check in, pilih bilik dan menikmati keindahan alam dan juga tidak dilupakan menunaikan hajat sekali lagi.. setiap lodge terdapat 2 bilik.. 1 bilik katil quen size, bilik satu lagi  single size  tapi 2 katil...hanya 3  lodge diperlukan... bilik saya dan berkongsi dengan Ct mempunyai kakilima.. sepatutnya itu untuk lelaki hehe... untuk mereka merokok... setelah merehatkan badan dan mandi dan makan malam di sana.. kami pun tidur awal lebih kurang jam 9-10 malam untuk menyimpan tenaga.. bunyi mercun menandakan tahun baru hanya sayup-sayup didengar...

1hb Januari 2012
-[jam 5 pagi] Bangun awal untuk membersihkan diri... (awal mandi nanti kehabisan air panas hehe).. setelah mandi dan menguruskan diri dan bilik .. bersedia untuk bersarapan percuma di lodge ini... bersarapan 3 keping roti, sebijik telur masak mata kerbau separuh masak, sebijik sausage, semangkuk kecil kekacang hijau, sedikit majerin dan mentega... air minuman layan diri... tea dan neskafe... setelah selesai kami pun ke Kinabalu Park. [jam 8 pagi] Pendaftaran dan perkenalan dengan  guide kami... oleh kerana kami hanya ada 12 orang, kami ada 2 orang guide.. Elson dan John... dorang ini orang tempatan ya hehe....selesai urusan di Kinabalu Park dengan berbekalkan makan tengahari sandwich 4 keping, 2 biji epal, 2 biji telur dan sebotol air... kami menaiki bas ke Timpohon gate... dan bermula lah pendakian sepanjang 6 km ke Laban Rata.. setiap kilometer terdapat perhentian dan tandas.. dan perkhidmatan itu saya gunakan sebaiknya.. tahu saja lah... sakit perut masih lagi kuasi diri ini.. memang seksa.. mendaki gunung dalam keadaan sakit perut.. hanya semangat saja yang membawa saya ke puncak...kilometer pertama berjalan dengan lancar.. dikuti kilometer 2, 3 dan 4... perjalanan dari pondok kilometer 4 ke 6 (Laban Rata) adalah yang paling mencabar.. keadaan sejuk dan hujan sekejap-sekejap..nasib baik kasut dan baju tidak basah... kami mengambil masa hampir 8 jam untuk mendaki setinggi 6 km ini..sepanjang perjalan kami bertemu dengan mereka yang menuruni gunung (baru sampai di puncak).. dan dalam kepayahan dan kepenatan kami diucap dan ucap salam new year dengan mereka....[jam 5 petang] Tiba di Laban Rata... terus mencari tempat duduk dan ke tandas lagi... selepas itu mengisi perut... waduh!!!!! ketika ini hanya mereka yang mendaki dan diriku dan tuhan saja yang tahu bagaimana rasa menelan makanan.. walaupun perkhidmatan makanan di sana dikatakan 5 star.. namun untuk menelan makanan dalam keadaan penat amat menyeksakan.. ketika itu dalam fikiran saya hanya lah tenaga untuk esok hari... makanan di sana disediakan secara buffey... untuk menyenangkan pengunjung untuk menambah lagi.. namun maacam mana mahu menambah kalau tidak dapat menelan makanan itu...huh...hanya sup penolong untuk menelan makanan ketika itu... jika anda berpeluang ke sana nanti.. ambillah makanan yang senang ditelan... setelah selesai makan.. kami pun bertolak lagi ke penginapan Gunting lodge.. disini sebuah bilik mempunyai 4 katil...dapur disediakan..tandas perempuan dan lelaki... tiada water heater namun dengan inisiatif teman-teman mereka menggunakan tong sampah kecil dijadikan baldi. Mereka memasak air panas dan dengan menggunakan "baldi" tersebut mereka pun mandi :) .... [jam 9 malam] Pada masa ini, kami selesai membersihkan diri masing-masing dan siap sedia untuk tidur merehatkan badan yang kepenatan menaik gunung.. namun dengan selimut yang tebal itu kami kesejukan, kenapa? ya kenapa, sebab selimut itu memerangkap haba sejuk dan kami dengan berselimut dalam kesejukan. Tidur pun tidak nyenyak, kalau boleh mahu sahaja berjaga sampai pagi. Sebelum saya sambung tidur, sempat lagi saya menguyah coklet hehe...

2hb Januari 2012
[jam 1 pagi] Oleh kerana tidak nyenyak tidur, saya pun terbangun pada jam 1 pagi dan memakan coklet dan juga epal dan meminum air tea. Setelah itu saya mengejutkan suami saya yang tidur di bilik lain untuk siap sedia kerana kami akan memulakan perjalanan pada jam 2 nanti. Barang-barang yang perlu dibawa disediakan untuk bekal ke puncak nanti. [jam 2;30 pagi] Taklimat pagi dilakukan, sepanjang perjalanan akan diharungi dengan gelap gelita, oleh itu lampu perlu ada, dan kurangnya oksigen ketika pendakian, dan juga hanya satu pondok yang dinamakan "Sayat-sayat checkpoint" untuk ke tandas. Tidak dilupakan terdapat perjalanan bertali sepanjang perjalanan sehingga ke punjak, wajib untuk mengikutinya kerana anda akan sesat. Apa yang di beri taklimat semuanya benar. Dalam taklimat juga mengatakan, jika anda rasa pening-pening dan ingin muntah itu tandanya anda kekurangan oksigen, dan sesiapa yang tidak dapat daki lagi perlulah kembali ke pondok tempat tidur. Namun dengan semangat juang saya dan kawan-kawan yang lain akhirnya kami sampai juga ke puncak. Daripada 12 orang dalam kumpulan kami dan berbekalkan 2 orang penjaga, 9 orang telah sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada jam 7:30 pagi. Dan kenangan-kenangan kami diabadikan dalam gambar (akan di tampilkan kemudian) dan juga video yang diambil oleh teman bernama Dey. hehe terdapat kenangan yang tidak dapat dilupakan diantara saya dan juga suami saya ketika mencapai ke KM 8 Gunung Kinabalu... ceritanya bermula begini, si suami pada mulanya mendahului saya ketika pendakian jam 2:30 pagi, sehingga pada pendakian bertali dan juga checkpoint tidak kelihatan, namun dengan semangat juang saya terus kan perjalanan seorang diri yang banyak kali di limpas (bahasa sabah) oleh orang-orang korea, china, jepun, orang putih yang memang tidak ku kenali lah, ketika menghampiri KM 8 saya ternampak bayang-bayang teman yang lain, semakin dekat semakin jelas suara mereka, saya ternampak suami saya duduk berehat di batu-batu, dan saya pun berhenti berehat dihadapannya, tiba-tiba dia bersuara "Palan-palan ya" saya pun menjawap "ya" dalam fikiran saya ooo dia tahu siapa berdiri depan dia.. lalu tiba-tiba dia bertanya lagi "laki-laki ka perempuan ni... mesti perempuan ni kan" saya kebingungan, dan suami saya berdiri dan berjalan tempat teman yang lain berehat. Disana mereka bercerita lagi, suami saya berkata dengan mereka "tengok tu orang saturang dia jalan... perempuan lagi tu.." ketika ini saya menuju ke tempat mereka... sebenarnya saya ada teriak memanggil dorang, tapi mungkin tidak didengari... sesampai sahaja ke tempat mereka tiba-tiba suami saya bercakap "Oh... bini aku rupanya ni.." kawan-kawan yang lain terus ketawa dalam kepenatan hehe... itu lah kenangan paling tidak dapat dilupakan... dalam pendakian bertali ini juga angin kencang bertiup dan mengeringkan tekak.. air dalam botol pun tidak mencukupi dan angin tersebut telah menerbangkan snowcap saya huhu... setelah perjumpaan yang melucukan diantara kami berdua.. maka kami sepasang sejoli ini pun perlahan-lahan mendaki sehingga ke puncak walaupun dalam kepayahan hehe... [jam 7:30 pagi] diPuncak Gunung Kinabalu... dalam sejarah hidupku... disini lah aku berdiri.. tertinggi di Asia Tenggara... setelah selesai ambil gambar dan video... kami pun memulakan perjalanan menuruni Gunung yang kami daki...kami tiba di laban rata pada jam hampir 11 pagi bersarapan dan rehat (sepatutnya pakej sarapan hanya sampai jam 10:30 pagi namun dengan bakti teman-teman mereka telah tapaukan sarapan untuk kami). [jam 12 tenghari] kami memulakan perjalanan menuruni gunung dari Laban Rata ke Timpohon  gate, pada ketika ini suami saya demam dan perjalanannya perlahan.. setelah makan ubat dan berehat di pondok pertama dari Laban Rata.. (sempat lagi tidur hehe...) dia pun mendapat tenaga untuk meneruskan jalan.. pada ketika ini juga kaki saya yang sakit dari perjalanan menuruni dari puncak ke Laban Rata telah sihat dan tongkat telah ku berikan kepada suami saya... namun setelah sampai ke KM 1 kaki saya terasa longgar dan hampir tidak dapat berjalan, dan ku pinjam balik tongkat tersebut... kenapa? hehe.. tangga-tangga yang tinggi-tinggi telah merosakkan perjalanan dan melambatkan perjalanan kami... [Jam 5 petang] Kami sampai di Timpohon dan terus menaiki bas ke Kinabalu Park.. kami terpaksa membayar RM10 seorang untuk bas tersebut kerana kami lambat, sepatutnya kami perlu ada di Kinabalu Park sebelum jam 4:30 petang.... setelah kami mengambil segala barang-barang kami, kami pun berangkat ke penginapan yang bernama J.Resident... disana saya membersihkan diri lagi... sebelum itu saya mengisi perut yang kosong.. huh punya berselera ketika itu.. di sini saya berkongsi bilik dengan Ct lagi yeahhh... namun yang membuatkan saya tidak puas hati kemudahan amat kurang dan waterheater tidak berfungsi... dengan kesejukan saya mandi... tidak apa besok akan pergi ke Hot spring... setelah membersihkan diri, saya berehat sambil menonton CD yang disediakan, dalam ketidak sedaran saya pun tertidur... sehingga jam menunjukkan jam 5 pagi saya terbangun dan tidak dapat melelapkan mata lagi disebabkan kesakitan kaki :)

3hb Januari 2011
[jam 7 pagi] Saya membuat massage dan hantar ke  my bos bahawasanya saya ingin bercuti selama seminggu.. tahu je la kan kaki masih sakit dan saya pun masih di Kundasang dan akan ke Ranau sebentar lagi... sebelum ke Air Panas poring.. kami singgah di Ranau untuk menjamu selera... sesampai  sahaja di Poring kami pun dengan tidak membuang masa memilih tempat dan juga bermandi manda.. yang membuatkan rasa kurang selesa.. hujan mencurah-curah...[jam 5 petang] Perjalanan kembali ke rumah telah bermula... kali ini teman bernama Raymond yang memandu kereta suami kerana ketika itu suami saya juga kesakitan kaki, sepanjang pemanduannya saya tidak dapat melelapkan mata kerana pemanduannya menakutkan saya.. ketika itu sesiapa didalam kereta dan tuhan saja yang tahu akan perasaan ini..[jam 8:15 malam] Singgah di kedai mamak di Kepayan untuk makan malam... makan sup panas.. semua orang tengok sebab kami berjalan terincut-incut hehe lucu pun ada juga...[Jam 8:50 malam] tiba dirumah Petagas... simpan baju dalam baldi.. naik kebilik tukar baju dan tidur.................


p/s: Gambar-gambar dan video kenangan akan ditampilkan kemudian di post yang lain.. :)

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news