"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

TIPS HENDAK HAMIL

Di dalam perkiraan kalender sejak hari terakhir saya datang haid, hari ini masuk ke sembilan minggu. Dan kesembilan minggu juga la baby berada didalam. Namun belum juga kami daftarkan ke klinik, kerana temu janji dengan doktor yang ada hanya pada 30hb Ogos. Ketika pendaftaran pertama kali, yang diperlukan adalah, salinan IC kedua bakal ibu dan bapa, salinan Sijil Perkahwinan dan 2 keping gambar keduanya.
Saya menunggu hampir tiga tahun untuk mendapatkan zuriat. Banyak usaha yang dilakukan. Tapi yang penting, usaha perlu diteruskan, janganlah berputus asa. Kerana terdapat banyak cara yang ada di zaman moden ini. Jika keadaan anda sekarang dalam keadaan dan harapan yang amat tipis sekali, anda bolehlah mencuba rawatan IUI, tapi ianya rawatan yang memerlukan kos yang lebih daripada yang biasa tapi hasilnya lebih memuaskan. Ada diantara mereka yang menggunakan rawatan ini mendapat kembar dan ada yang hendak mendapatkan jantina anak. Tapi bagi saya mungkin saya akan menggunakan rawatan ini jika perkahwinan saya sudah mencapai 10 tahun atau lebih.
Apa yang saya dan suami telah lakukan sehingga kini baru saya hamil? ok, jom ikuti tips di bawah ini, mungkin ianya membantu anda dalam merancang untuk mendapatkan anak pula.
- Saya tidak mengambil sebarang ubat untuk merancang kehamilan, ketika kahwin dahulu, jika terus ada anak, itu adalah rezeki tuhan yang amat berharga. Lagipun memang kamahuan demikian hiihih.... Setelah enam bulan usia perkahwinan, hati ini mula risau, apakah sebabnya. Maka saya pun mula bertanya pada teman-teman. Pertama yang saya lakukan adalah stamina, joging sana, joging sini, lagipun masa itu ada perancangan mahu mendaki gunung.
- Setelah pendakian gunung selesai, saya pun memperkasakan lagi usaha, seperti minum jamu mbak @ inodn (jamu kunyit untuk buang angin dalam badan).
- Kemudian melakukan urutan rahim, sampai setakat ini saya lakukan 4 kali urutan, itupun lebih kurang 3 ke 4 bulan sekali. Kata orang yang berpengalaman, selepas mengurut, kena rehat seminggu ke sebulan sebelum bersama dengan suami. Tapi belum sempat saya mempraktikkan, saya sudah disahkan pregnant hiiii....
- Saya juga ada menggunakan krim sapuan untuk hamil, setakat ini 2 botol, krim tersebut adalah berjenama LuminGlow. Suami saya juga menggunakan krim ini. Anda boleh cari ini krim ini dan info lanjut mengenainya melalui facebook Senang Hamil.
- Selain itu saya memakan pil kesuburan dari indon. Saya sudah makan pil ini sebanyak 4 kotak. Pil ini boleh didapati di pasar-pasar di mana jamu dijual. Untuk lelaki pun ada juga. Suami saya ambil pil untuk lelaki, dan telah minum segelas air jamu khas untuk lelaki.
- Tidak dilupakan, saya pergi menjalani ujian pemeriksaan di klinik perancang keluarga dekat dengan Hospital Queen. Bukan saya seorang sahaja yang buat pemeriksaan, suami pun buat juga. Selepas pemeriksaan di sana, saya telah diberi pil asid folic dan suami pil Tribestan dan pil penambah tenaga lelaki (lupa sudah namanya, kalau di farmasi kotaknya berwarna hijau, suami saya sudah 3 kotak makan pil ini, dan masih lagi makan sampai sekarang untuk kecergasan bermain badminton katanya).
- Dan tips yang tidak perlukan duit ada juga, seperti, selepas melakukan hubungan, jangan terus ke tandas, kencing, sebab kencing itu mematikan sperma.
- Selain itu, semasa melakukan itu, tinggi kan punggung supaya sperma masuk terus.
- Bagi si suami pula, kalau hendak kencing kena habiskan, kena bunyi kan 'eheemm...' utk keluarkan semua kencing. Kerana jika tidak habis kencing itu akan keluar ketika hendak pancut, dan ianya akan mematikan sperma.
- Dan yang penting sekali, keduanya kenalah serentak, puas dan pancut. Kata tukang urut indon tu, semasa si isteri pancut dan puas, masa itulah pintu rahimnya terbuka luas. Dan jika si suami pancut ketika itu, ia akan menjadi.
Jika tips di atas ini masih tidak membantu anda, anda mungkin perlu tingkatkan lagi usaha. Jika anda menghampiri kepada putus asa, jangan lah lupa mencuba rawatan IUI iaitu pemanian di luar rahim. Kepada anda yang ingin sangat zuriat, selamat mencuba semoga anda berjaya di suatu hari nanti. Amin......

Azamku

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah lama saya tidak mencoretkan sebarang cerita dalam blog saya ini. Hampir empat ke lima bulan rasanya. Mungkin disebabkan sibuk bekerja, ditambah lagi bulan kita berpuasa dan sambutan hari raya. Hari ini, saya mengambil sedikit kesempatan sebelum memulakan pekerjaan saya setelah bercuti hari raya, saya ingin menyambung cerita mengenai azam yang telah saya azamkan pada akhir tahun lalu. Hampir kesemua azam saya tertunai, azam untuk sambung pelajaran sedang berjalan. Belajar bahagian akaun, iaitu LCCI Book-keeping Level1, setiap malam hari isnin, di AMC College, Likas. Setakat ini, pemahaman boleh tahan la, tapi masih banyak lagi mahu di ulangkaji, apa lagi kalau banyak kelas asyik ponteng. Kalau azam mahu kempiskan perut tu dah tak boleh lah sekarang hihiih sebab azam yang satu lagi ni dah nak tertunai, azam mahukan seorang zuriat, alhamdulillah. Azam zuriat kali ni tertunai, hari ini masuk minggu yang ketujuh. Pada malam hari besoknya hari terakhir puasa, saya cek kencing UPT sekali malam sekali lagi pagi (masa sahur), alhamdulillah, 2 line terang lagi tu. Patut lah time puasa kali ini penat yang sesangat, namun ku masih tabah juga sehingga penuh puasa ku tahun ini, alhamdulillah. Hampir setiap hari, balik dari kerja, kalau sempat masak, masak, kadang makan di luar sahaja. Selepas itu, kalau sempat mandi tu, mandi lah, kalau dah tak tertahan atau sejuk sangat, kadang hujan kan siang ke malam, kemudian tidur seawal 8.30 malam, paling lewat pun jam 10 malam. Pada hari terakhir puasa, saya ke klinik swasta scan perut (rahim), kata doktor dah enam minggu, syukur alhamdulillah. Berita gembira ini diketahui mentua dahulu, masa malam raya pertama, keluarga baru tahukehamilan ini. Masa raya ini la banyak bertanya pada yang dah ada anak, dah ada baby, dah merasa pengalaman. Di mana? Apa? dan Bagaimana? segalanya perlu ditanya. Betul kan. Oleh itu, kami ke klinik mahu buat buku, kata mereka, kalau lambat buat, kena marah oleh doktor. Kami ke klinik desa Kampung Petagas sahaja, dekat dengan rumah mentua, jalan kaki sahaja. Orang dalam klinik tu tidak lah ramai sangat, tapi jururawat tu kata mahu buat temu janji. Temu janji kosong pada bulan ini hanya kosong pada pagi jumaat 30hb sahaja. Kena tunggu lagi kan. Sabar sahaja lah, mudah-mudahan tidak ada apa-apa berlaku sebelum itu. Sekian sahaja mengenai azamku pada hari ini.

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news