"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Hari ini saya nak kongsikan kebaikan-kebaikan mengambil ESP. Sebelum ini saya ada ceritakan apa itu Protin dan tanda-tanda kekurangan protin dalam badan kita....

Kebaikan ESP pada kita amat banyak.. bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan kita, malah benefit pada mereka yang mementingkan kecantikan. Cerita pasal cantik, siapa yang tidak mau cantik kan. Orang yang sudah berkahwin pun mau cantik supaya laki makin melekat. Orang yang berkerjaya lagi lah inginkan kecantikan. Daripada pigi cucuk sana sini.. pakai bomoh segala.. bagus lagi kemurang ambil ni ESP.. lagi murah.. boleh tahan sampai 3 bulan (kalau sorang jak penggunanya).

Kebaikan ESP untuk kesihatan:-
 - Mencegah insomnia dan tekanan
 - Baik untuk prostat
 - Mencegah migrain
 - Membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
 - Mengurangkan gastrik
 - Mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
 - Membekalkan tenaga
 - Baik untuk hormon

Kebaikan ESP untuk kecantikan dan lain2:-
- Membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
- Membaiki memori
- Sebagai agen anti-penuaan
-  Mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
- Membaiki masalah keguguran rambut
- Mendorong seksual dan rangsangan
- Membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain2...
- Membaiki masalah rambut daripada beruban
- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot


Di sini saya juga ingin kongsikan bersama anda... set-set bersama ESP untuk masalah2 tertentu...

ESP's sets

Jika anda inginkan konsultasi atau masalah lain dari yang tertera boleh lah hubungi saya...

FIEza
0168364486
(WhatsApp/Line pun ok)


Herbal Blend Shaklee Testimoni

Hari ini saya mahu kongsi dengan anda yang sangat pentingkan kesihatan, terutama kulit. Kulit amat penting untuk kecantikan luaran. Bekas-bekas kudis, pigmentasi, bekas-bekas jerawat dan macam-macam lagi  yang mencelakan kecantikan kulit boleh di atasi. Bagaimana? sekarang pelbagai krim-krim di jual. Tapi anda perlu tahu isi kandungan krim tersebut, sebab krim tiruan boleh merosakkan lagi kulit. 

Saya mahu kongsikan anda dengan produk Shaklee yang paling hot!!! iaitu Herbal Blend Krim...

Apakah isi kandungan yang terdapat dalam Herbal Blend ini?

Isi kandungannya terdiri daripada herba alam semulajadi.... iaitu..
- Sage
- Horse Chestnut
- Yarrow
- Rosemary


Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni?
1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit seranggaSaya mesti letak krim ni untuk anak saya Irfan jika digigit nyamuk. Kesian anak2 kan tidak tahu apa2. Mcm mn nak minta ubat atau mcm mn dorg bagitau kena gigit nyamuk. So sebagai ibu saya selalu perhati dia, dan jika dia merengek pasti ada sesuatu.2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecahPecah2 pada kaki ni memangperkara biasa bagi ibu2. Saya juga mengalami situasi yang sama. So herbal blend ni sentiasa disapu sana sini.3. Ubat luka / lecurKalau menggoreng tu pasti terpercik minyak panas tu kan... apa lagi kalau goreng sotong.... so siap sedia di tepi Herbal blend!!!4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusuHerbal blend pasti membantu ibu2 yg mengalami luka2 di puting semasa hendak menyusukan bayi.. terutama jika bayi mereka sudah tumbuh gigi... tapi hanya jika mereka tidak menyusu baru sapukan.5. Menghilangkan parutAnak saya sekarang tengah alami campak... memang licin lepas sapu herbal blend ni beberapa kali.. rekahan pada perut ibu juga boleh hilang jika diamalkan selalu.6. Ruam pada bayiruam dan bayi tidak akan berpisah, apalagi jika anak itu sensitif. Ruam peluh perlu di lapkan dahulu peluhnya dengan kain basah kemudian yang kering, selepas itu baru lah sapu kan Herbal Blend krim. Ruam lampin juga begitu, bersihkan dahulu kemudian sapukan krim.7. Losyen harianBoleh juga gunakan sebagai losyen harian, gantikan yg lama gunakan yg baru dan dipercayai :)


Testimoni Herbal Blend Shaklee

Di sini saya mahu kongsikan testimoni saya sendiri (anak saya) kepada anda semua... semoga dengan testimoni ini boleh membantu kepercayaan anda pada produk ini.. 


Irfan terkena campak!

Untuk info lebih lanjut atau inginkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya terus :)

Fieza SID1149184
+0168364486
(WhatsApp/Line)

Gerhana Bulan 8th Oktober 2014

Sebentar tadi office mate tanya di mana boleh nampak gerhana berdarah ni? Eh gerhana lagi ka? bukan sudah ka yang awal tahun hari tu? saya dengan pantasnya cek google... ya ramai yang post entry akan berlaku hari ni.. malam ni.. starting petang la... 

Di Sabah, di manakah tempat sight seeing untuk nampak dengan jelas fenomena ini?
- Pertama - tempat  yang lapang la... tidak dilindungi oleh bangunan tinggi2 dan pokok2..
- Kedua - tempat yang tinggi dari tempat lain... seperti puncak bukit.. menara2...
- Ketiga - tempat tengok anak bulan syawal (tengok anak bulan hari raya)...



Bagaimana Gerhana Bulan Terjadi?



Gerhana bulan terjadi apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya

Jenis Gerhana Bulan



Gerhana bulan penuh - Pada gerhana ini, bulan akan tepat berada pada daerah umbra.

Gerhana bulan sebahagian - Pada gerhana ini, tidak seluruh bahagian bulan terhalang dari Matahari oleh bumi. Sedangkan sebahagian permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra. Sehingga masih ada sebagian sinar Matahari yang sampai ke permukaan bulan.

Gerhana bulan penumbra - Pada gerhana ini, seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra. Sehingga bulan masih dapat terlihat dengan warna yang suram.

Gerhana Bulan pada 8 Oktober 2014




Berikut maklumat mengenai gerhana bulan tersebut:

Gerhana Penumbra bermula                  :           4.15 petang
Gerhana Bulan Penuh bermula               :           6.25 petang
Kemuncak Gerhana Penuh                     :           6.55 petang
Gerhana Bulan Penuh tamat                   :           7.23 malam
Gerhana Bulan Penuh tamat (umbra)      :           8.34 malam
Gerhana Penumbra tamat                      :           9.33 malam

Solat Sunat Gerhana

Sebagai seorang Muslim, apa yang kita boleh lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Seluruh umat Islam adalah digalakkan (sunat muakkad) menunaikan solat sunat gerhana beserta khutbah gerhana di antara jam 7.30 malam hingga 8.34 malam. Selain itu, kita juga digalakkan untuk bersedekah dan berzikir.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bacaan bagi gerhana bulan juga hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Solat gerhana bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

(Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua).

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Cara Solat Sunat Gerhana

1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
 " الص ـلة جامـ عة " 
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana:
    Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya)

CATATAN :
  1. Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
  2. Tidak perlu Iqamah cukup sekadar ucapan: " الص ـلة جامـ عة "
  3. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
  4. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر)
  5. Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

Tanda-tanda kekurangan protin dalam badan.

Protin amat penting untuk badan kita sebagai pengukuhan dan penganti sel-sel yang sudah mati akibat pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda apakah tanda-tanda jika protin kurang dalam badan kita.

Tanda-tanda kekurangan protin;-

@ Edema (bengkak badan) -  edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Orang mengandung di trimester akhir selalunya menghadapi masalah ini. Selalunya ia berlaku di bahagian kaki, buku lali, tapak tangan atau di bahagian lain. Fungsi protin adalah amat penting untuk imbangi air dalam badan kita.

@ Turun berat secara mendadak! dan melampau! - wah.... turun berat badan pun tidak sihat ka! Jangan silap, hanya untuk penurunan berat secara mendadak dan melampau sahaja diutamakan. Kenapa? Kerana protin dalam badan sudah kurang di sebabkan diet. Walaupun kita diet kita perlu ambil protin untuk nutrisi semasa. Jika kita tidak ambil protin, badan yang kurang protin akan mengambil dari bahagian lain dalam anggota badan kita seperti otot. Bila otot pun sudah tiada protin, apa akan jadi.... macam sotong la, badan hanya nampak tulang belulang.. eiiiiii....

@ Rambut gugur - rambut akan gugur dan menjadi kasar jika kekurangan protin. rambut juga perlukan protin untuk nampak sihat dan berkilat. Jika kita lihat orang yang terlampau kurus, kita lihat rambut mereka, lebat atau nipis. Kalau lebat adalah ianya fake! atau real.

@ Kuku merekah - bagaimana hendak pastikan kuku kita sihat? kuku yang sihat nampak halus dan berkilat walaupun tidak menggunakan pengilat kuku. Garis-garis yang halus pada kuku adalah tidak sihat dan ianya kekurangan protin. Kuku perlukan protin untuk tumbuh. itu lah sebab kenapa protin itu penting kerana protin menghasilkan sel-sel baru yang sihat. Kuku yang sentiasa tumbuh, akan menggantikan yang lama. Jika yang tumbuh itu kekurangan nutrisi, maka ianya tidak sihat.

@ Pucat - Kulit pucat dan cepat gelap adalah tanda kekurangan zat besi dan protin. Kulit pucat (kulit yg kelihatan kusam dan pudar) dan cepat gelap bila terkena cahaya matahari adalah amat ditakuti terutama remaja masa kini. Oleh itu pengambilan protin dari awal usia amat diperlukan dan pengambilan secara berterusan adalah di galakkan.

@ Ruam kulit - kulit kemerah-merahan seperti elergik dan berkuping seperti kekurangan air adalah tanda kekurangan protin yang melampau. Bila diet dan protin tidak diperolehi dari sumber makanan, badan akan ambil sumber protin dari badan yang lain seperti kulit kita. Protin juga berfungsi mencantikkan kulit dan menghilangkan pigmentasi kerana sel-sel baru terhasil dari protin yang di ambil.

@ Rasa letih dan lesu - rasa letih dan lesu disebabkan kurangnya protin dalam badan. Selain itu, badan juga sedang tarik sumber protin dari anggota badan lain.

@ Luka lambat sembuh - luka yang kecil berminggu2 mahu sembuh adalah tanda kurangnya protin dalam badan (jika luka semakin teruk, harap konsult dengan doktor terlebih dahulu). Protin yang berfungsi sebagai penghasil sel baru amat diperlukan ketika ini.

@ Susah tidur - masalah susah tidur di sebabkan kurangnya hormon serotonin dalam badan. Hormon serotonin adalah antara kandungan dalam asid amino. Asid amino pula di hasilkan dari protin yang dicernakan. Secara amnya, masalah susah tidur juga perlu protin.

@ Sakit kepala - sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktornya adalah kekurangan protin. Bagaiman protin boleh sebabkan sakit kepala? kurang protin darah pun kurang, kurang darah ke kepala (otak) akan kurangnya oksigen dalam otak, ini akan sebabkan sakit kepala. Kurang protin akan kurangkan paras gula dalam badan dan kurangkan gula ke otak untuk pengembangan otak, ini akan sebabkan sakit kepala ketika memikir perkara yang banyak.

@ Pengsan - kenapa dengan pengsan? apa penyebabnya? pengsan disebabkan kurang kandungan gula dalam badan atau protin yang terdapat dalam badan sedang diperlukan di semua bahagian badan, protin yang sedikit jumlahnya akan di ambil dari sumber anggota lain seperti otot2. Apabila protin di otot dicerna maka badan rasa lemah dan menyebabkan pengsan.

@ tanda-tanda dalam bentuk emosi - mudah tersinggung, murung, tekanan yang melampau, kebimbangan, kurang bertenaga.

OLEH KERANA ITU, PROTIN amat diperlukan oleh badan kita. Protin tidak mencukupi dari sumber makanan biasa kerana faktor cara penyediaan yang tidak sesuai. OLEH ITU, ESP dan MEAL SHAKE amat di sarankan oleh Shaklee yang kaya dengan PROTIN.

Hunbungi saya jika anda mahukan hidup yang sihat dan bahagia...
Fieza
+60168364486
WhatsApp/Line


Apa itu Protin?

Apa itu PROTIN?

Hari ni saya mau kongsi mengenai Protin dan tanda-tanda kekurangannya.

Menurut Wikipedia, protin adalah terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen. Sebahagian protin mengandungi unsur fosforus dan sulfur.

Makanan seperti ikan, susu, daging, kekacang (terutamanya kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur adalah kaya dengan protin.

Fungsi utama protin adalah membina tisu badan, enzim dan hormon. Protin membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protin dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Terdapat dua jenis protin:-
1- Protin fibrous - Jenis ini banyak bergantung kepada struktur sekunder dimana bentuk protin ini boleh diulang.
2- Protin globular (enzim dan antibodi) yang banyak bergantung kepada interaksi struktur tertiar. Terdapat 20 jenis asid amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protin) fungsi, bentuk, saiz dan jenis protin akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.

Pencantuman beberapa asid amino dinamakan tindak balas kondensasi dengan dicirikan berlakunya pembentukan ikatan peptida dan pembentukan molekul air. Pencantuman ini akan menghasilkan rantaian paptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempuanyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.

Di akhirnya yang mempunyai kumpulan amino sebagai terminal N (amino) dan di akhirnya yang mempunyai kumpulan karboksil dikenali terminal N. Penyambungan rantaian asid amino ini memerlukan tenaga yang tinggi dan ketepatan turutan asid amino dalam rantaian ini pula bergantung kepada koordinasi di antara mRNA dan tRNA.

Protin yang dibentuk dengan hanya menggunakan satu polipeptida dinamakan sebagai protin monomerik yang dibentuk oleh beberapa polipeptida contohnya hemoglobin pula dikenali sebagai protin multimerik.

Dengan Shaklee protin didapati dalam ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER dan MEAL SHAKE.

Pada bulan ini (October 2014), ESP dan MEAL SHAKE adakan PROMO hebat...

ESP Promo beli 6 percuma 1 - Kebanyakan orang dewasa mengambil ESP. Kanak-kanak boleh juga ambil.



Meal Shake Promo beli 3 percuma 1 - Khas untuk anak-anak berumur setahun keatas sehingga darjah 6 (selepas itu digalakkan ambil ESP).


Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news