"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Azam Tertangguh

Bila sudah ada matlamat yang hendak di capai ini.. banyak pula dugaan mendatang.. begitu juga dengan perjalanan (proses) azam saya ini.. Di bawah adalah perkara yang telah berlaku sepanjang sebulan lebih ini..

Pertama mengenai mendapatkan zuriat... bermula apabila saya membeli Asid Folic (Obimin jenamanya) di farmasi.. kemudian pada bulan November yang lalu.. haid saya tiada langsung sehingga la ke hari ini... apa yang telah saya lakukan.. saya beli 2 UPT (Urine Pregnant Test).. 2 kali buat ujian sendiri setelah 10 hari lewat haid.. saya ke klinik perancang keluarga untuk pengesahan... di sana, saya berjumpa doktor dan membuat scan rahim... keputusannya masih lagi negetif.. doktor kata datang lagi 2 minggu akan datang dan memberi ubat Asid Folic untuk kesihatan rahim.... 2 minggu kemudian... saya dan suami pergi ke klinik itu lagi.. kali ini doktornya bertukar namun rekod sudah ada dalam fail... kali ini saya scan sekali lagi dan buat ujian UPT... keputusannya masih lagi mengecewakan ..negetif... doktor tu kata.. kalau awal kandungan garisan kedua ada tapi samar-samar.. tapi ujian saya tu hanya satu garisan sahaja... untuk pengesahan yang lebih pasti lagi.. suami aka laki aka husband aka Si abang pun buat ujian.. tapi kalau dorang lain.. dorang keluarkan benih itu untuk lihat adakah dia sihat? banyak? atau sebaliknya... hujung minggu ni keputusan ujian akan keluar...

Kedua, mengenai sambung belajar... apabila dibincang bersama,kami memutuskan akan beljar di AMC sahaja.. ambil LCCI class... ini pun untuk menambah pengetahuan dan sijil yang sedia ada hihi.. Insyallah akan terlaksana pada awal tahun hadapan..

Ketiga, untuk menguruskan atau mengurangkan berat badan ini memang perlu komitmen yang tinggi, bila datang penyakit malas, di sana lah usaha terhenti... buat masa ini.. apa yang saya lakukan adalah minum susu dan makan biskut pada waktu makan tengahari..

Semoga segala usaha yang telah dilakukan mendapat berkat, dan rancangan akan datang terlaksana .. InsyaAllah... Amin...

Pemeriksaan Rahim

Hari ini, saya dan suami pergi ke Klinik Perancangan Keluarga. Last kami ke sana pada awal tahun untuk melihat jika saya mengalami sebarang penyakit rahim (Pap Smear) . Namun, pada kali ini kami mahu memastikan adakah saya hamil atau tidak. Sebabnya kali terakhir saya alami haid pada bulan lepas, dan tarikh sepatutnya pada bulan ini telah berlalu lebih dari 10 hari.
Setelah membuat pendaftaran, dan diberi minum air (jika anda mahu scan, mereka akan suruh minum dahulu), saya pun menunggu sehingga nama dipanggil.
Maka tibalah giliran, bermula soal jawap...

Bila last period? pertengahan bulan 10.
Ada muntah-muntah? tiada.
Kuat makan? hmmm... hari-hari kuat makan ^_^ (doktor senyum).
Ada cek UPT? ada 2 kali, negetif dua-dua.
OK kita scan dulu....

Semasa scanning, langsung tiada ketul-ketul. Rasa kecewa.

OK lepas dua minggu datang balik mau cek jika masih tiada period lagi.
Jika ada period nanti, pada 2nd day, datang untuk pemeriksaan darah. Lelaki juga perlu buat pemeriksaan sperma jika mahu isteri hamil ^_^.

Pada 15hb nanti akan jumpa doktor lagi... moga apa yang di impikan tercapai.. amin....

Perjalanan azamku

Hari ini akhir bulan Oktober.. Perlaksanaan mencapai azam adalah dalam proses. Permasalahan itu tetap ada setiap melakukan sesuatu, namun adakah di abaikan begitu sahaja atau di harungi? Bagi saya mesti lah di harungi segala cabaran yang mendatang. Saya juga telah membincangkan azam ini bersama dengan suami tersayang, mesti lah, dia kan pendamping dan penasihat nombor satu. Di bawah adalah perkara yang telah saya lakukan untuk azam akhir tahun ini.

Azam pertama : kurangkan kebuncitan perut
1- Mengurangkan jumlah pengambilan makanan.
2- Menggunakan Losyen Mustajab Halia (tidak lama lagi nak habis,  so nak cari yang ada pewangi pula)


Azam kedua : Melanjutkan pembelajaran
1- Tertangguh atas sebab-sebab tertentu (telah berbincang dengan suami, namun akan dipertimbangkan kemudian)


Azam ketiga : Mendapatkan zuriat
1- Selepas Aidiladha hari tu, kami ke rumah mak cik (bidan di klinik Tamparuli), beraya sambil berurut.
2- Memakan ubat Asid Folic yang dibeli dari farmasi.



Masalah Laptop tidak dapat dihidupkan

Syukur Alhamdulillah... laptop saya yang telah tersadai selama setengah tahun kembali berfungsi. Masalah utama tidak di ketahui, namun yang pasti laptop saya tidak dapat di hidupkan kembali. Setelah sekian lama mencari jalan penyelesaiannya, maka  my hubby terjumpa satu video di youtube, masalah yang sama juga mereka hadapi. Bila saya melihat komen-komen mereka, saya dengan hati yang dalam keadaan excited pulang ke rumah, ambil laptop, perbaiki mengikut dalam video. Percubaan pertama, tidak menjadi, kedua, ketiga dan keempat juga begitu. Saya cuba cara yang sama, cuma apabila menekan button start tersebut saya panjangkan masanya. Dan akhirnya... laptop saya kembali berfungsi. Sila lihat Video di bawah untuk melihat cara-cara menghidupkan kembali laptop anda.


Sesuai untuk semua jenis laptop. 
Selamat Berjaya!


Pulau Mamutik

Pada 13hb October 2012 saya dan my darling berserta teman-teman pergi ke salah satu pulau di Sabah yang terbersih, iaitu Pulau Mamutik. Di sana kami seronok snorkling melihat ikan-ikan di dasarnya. Bajet untuk ke sana lebih kurang RM50.00 seorang termasuk menyewa peralatan mereka, namun makanan mestilah bawa sendiri. Pada mulanya saya tidak menyelam, sebab saya ni seorang yang tidak pandai berenang hihi.. Oleh sebab si hubby kesiankan saya, di pun pinjamlah safety vest dengan kawan yang ada menyewanya. Setelah itu, saya pun tidak henti-henti me-round melihat ikan berenang. Di sini saya kongsikan gambar-gambar kenangan kami, semoga anda pun terhibur.

Ketika di dalam Bot ke Pulau Mamutik

Menunggu teman-teman yang lain sampai

Selamat Datang ke Pulau mamutik (entrance)

Di sini lah kami berkelah 

Pemandangan yang di sukai oleh lelaki

Entah apa yang tiga orang ini buat...mengumpat kali kan

Melihat si ibu dan si anak membina castle sand

yeahhhh ...... jom jadi model (yang tidak menjadi hihi)

Orang korea mari hihi....

Sorang relaks.. sorang tarik nafas kempiskan perut... sorang lagi tutup perut hiiiiii

Azam di Akhir Tahun

Assalamulaikum w.b.t... Sudah lama saya tidak meng update cerita saya di sini.. mungkin saya rasa tidak ada apa mau dikongsikan . tapi kali ini ada sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama.. iaitu azam... apakah itu azam??? Azam adalah sesuatu keinginan  Ia lahir daripada kesedaran seseorang untuk membuat anjakan pada suatu keadaan yang lebih baik dan akhirnya membenihkan cita-cita (sumber erti Wordpress-azam). Namun, selalunya orang akan membuat azam mereka pada awal tahun supaya pada akhir tahun ini ianya sudah di kecapi. Berlainan pula dengan saya, mungkin keinginan ini diperlukan segera :).
Apa azamnya? Pertama, saya berazam nak kempiskan sedikit perut ini hihi.. setelah bergambar di pulau hari tu, ternampak pula perut ku yang buncit ini, macam orang pregnant pula. Kerana itulah mau kempiskan sedikit, badan berisi tidak menjadi masalah, cuma bahagian perut sahaja, semoga azam ini tercapai sebelum berakhirnya tahun 2012 ini.
Kedua, saya ingin meneruskan pengajian, pengajian ini untuk menambah kehendak pekerjaan yang bakal dipohon nanti. Di mana pekerjaan ini dapat menumpukan lebih banyak masa dengan keluarga. Langkah pertama sudah dilakukan iaitu mendaftar secara online di web EDU OUM. Dan bulan depan akan membuat pendaftaran, jika di terima, pengajian diteruskan serta merta.
Ketiga, ingin mendapatkan zuriat. Saya berharap rezeki zuriat akan datang dalam masa terdekat ini, kerana usaha telah ditingkatkan. Dan selepas Raya Haji nanti akan saya jumpa tukang urut yang mengurut sedara saya untuk menigkatkan lagi keberhasilan nanti. Keinginan mendapatkan zuriat bertambah-tambah ketika ini setelah melihat sedara, kawan-kawan, dan kenalan bercerita mengenai kandungan mereka dan mengenai perangai anak mereka. Orang kata kucing boleh mengurangkan stress, perangai anak, keletah anak juga boleh hilangkan stress yang kita hadapi. Dan dari segi pengurusan dan penerimaan orang rumah, mereka akan lebih kepada anak berbanding kucing.
Itulah sahaja azam saya setakat ini, ianya sudah dalam progress, dan berharap berhasil dan tercapai dalam masa yang terdekat ini. Jika terbawa ke tahun hadapan, tidak mengapa, kerana progress itu diteruskan sehingga ianya tercapai. Aminnnn.....

Belajar Bahasa Dusun

Untuk mereka yang berbangsa dusun namun tidak fasih dalam perbualan dusun.. Bagi mereka yang sudi belajar bahasa Dusun, salah satu bahasa di Malaysia.. dan untuk mereka yang takut di seleweng dengan bahasa Dusun ini hihi...

Jom belajar bersama saya...


Hai..!!                                                                                         Hai..!!
Oboleh oku mintutun dika' ?                                               Boleh saya berkenalan ?
Isai ngaran nu ?                                                                     Siapa nama awak ?
Hinonggo'o kampung nu ?                                                   Kampung awak kat mana ?
Soira ko muli' ( mulig ) kampung ?                                    Bila awak nak balik kampung ?
Andadon ku'i koulian nu                                                       Saya nantikan kepulangan awak ?
Ba.. om kopiruba'i kawagu suwai tadau...                        Baiklah.. ( ok ) semoga bertemu 
                                                                                                    di lain waktu...




Itu adalah antara perbualan seharian... menurut pemilik laman muka buku (facebook) Belajar Bahasa Dusun,  terdapat Kamus Dwibahasa Melayu Dusun. Dimana  kah boleh dapat kamus ini?

Contoh intisari dalam Kamus Dwibahasa Melayu Dusun


a
  I.Huruf yang pertama dalam abjad rumi
 a  II. Jika disebut dengan intonasi menaik, akan melahirkan rasa ingin kepastian, ingin 
          tahu sebab perkataan seseorang yang diucap tidak difahami atau kurang jelas.
 Ahaba', aaba' I. perkataan dasar, rebah, tidak boleh berdiri ditempat asalnya. Sesuatu 
objek yang mempunyai bentuk fizikal yang tinggi dan panjang, tidak ada sokongan untuk
terus stabil pada kedudukan asalnya. ~ Ahaba' nolo walai atau aaba' nolo walai...
Rumah itu rebah. 2. Orang rebah yang disebabkan pitam kerana berdiri terlalu lama
umpamanya askar yang berbaris dalam satu upacara perbarisan.
Aarau, aarau-arau. tergesa-gesa. perihal tingkah laku perbuatan yang menunjukkan
situasi semasa bagi seseorang yang sedang menghadapi situasi kesuntukan masa.
Akarau, akarauan. Perihal rasa,geli, rasa nikmat. I. rasa geli yang timbul disebabkan
ada binatang seumpama lipas, gonggok. sesuatu yang merayap dibahagian tubuh atau
rasa geli di tapak kaki apabila disentuh seseorang yang lain dengan tujuan mengeletek.
2. Perihal rasa geli kenikmatan yang dirasai, dinikmati oleh seorang wanita pada saat ia
mencapai kemuncak kepuasan dalam satu hubungan senggama dengan pasangannya.
Akatol. gatal. I. Perihal rasa gatal yang disebabkan gigitan serangga. 2. cecair atau
getah yang keluar dari pokok keladi yang boleh menyebabkan rasa gatal bila tersentuh pada
kulit.3. pangilan iaitu dengan perasaan menyampah atau meluat yang ditujukan kepada
seseorang yang sedang naik miang gatal,kemaruk ~ untuk mendapatkan perhatian daripada
seorang lelaki atau perempuan. Akatol kono kopio kio!! 
Aakal.licik. licik merancang satu pekerjaan agar tidak diketahui orang lain dan lazimnya
rancangan ini hanya memberi kelebihan kepada sebelah pihak. 
Aakalan, terpedaya, tertipu. Perihal agenda, rancangan sulit daripada rakan sendiri
 tetapi kita sendiri tidak menyedari rancangan itu. Akal panjang. kebolehan membuahkan 
perancangan ( buah fikiran ) untuk menjayakan usahanya.
Akalab. menyilaukan. pantulan cahaya daripada sesuatu benda seumpama cermin 
 yang terkena sinaran cahaya matahari yang terang bertentangan dengan mata kita.
Akapang. suara kuat. Perihal suara yang keluar dari mulut seseorang dengan nada yang
 menggambarkan rasa marah dan melebihi daripada had tatasusila atau nilai kesopanan.
 e 

 p/s: harap entry ini dapat menigkatkan tatabahasa kita dalam bahasa dusun >__<

Diari 21 hb September 2012

Hari ini adalah hari Jumaat.. penghulu segala hari. Apa yang saya lakukan setiap hari di pejabat? Setiap hari bekerja pasti saya akan buka facebook, bukan apa.. sekarang ini hanya saya seorang saja yang masih bekerja di syarikat ni. Saya lah admin, saya juga lah accountant, tidak dilupakan saya juga seorang cleaner. Kalau dipendekkan cerita, saya lah serba serbi di office sekarang ini. Nasib baiklah kemudahan internet tidak disekat, tidak lah boring untuk melayari laman-laman yang diminati hihi...
September ini simpanan saya kurang disebabkan belanja raya yang tidak lah juga berlebihan dan juga gaji belum di bayar sepenuhnya.. melihat iparku menukar kereta mereka, membuat pinjaman peribadi, dan memberi wang belanja pada mak mertua membuatkan saya rasa cemburu.. cemburu hati mak mertua di tawan hihi.. dikatakan pada hari tersebut adalah hari jadinya dan saya tiada apa-apa yang mahu diberikan.. bayaran bulanan kereta untuk bulan ini belum dibayar lagi.. dan akhir bulan ini saya mula bayar bayaran bulanan untuk television Sony.. nak ke kursus berbayar mengenai LCCI subject pun tertangguh.. pusing juga lah kepala ni... tapi itu lah kehidupan... nak senang kena belanja lebih.. nak berseronok simpanan kena lah stanby... :)
Bulan Oktober akan tiba tidak lama lagi, lepas tu November dan tidak lama lagi Disember. Tarikh ulang tahun perkahwinan pun tidak lama lagi.. 17 hb Disember nanti genaplah 2 tahun bersama si darling... Namun hati ini dirundung kesedihan.. rezeki anak belum tiba lagi.. melihat teman-teman di facebook membuat kan rasa cemburu.. ada teman menunggu untuk melahirkan, ada teman baru kelmarin melahirkan anaknya.. syukurlah mereka berdua selamat. Baca berita sana sini, ada orang buang anak. Sungguh menyedihkan hati.. dalam hati berdoa.." Wahai TuhanKu yang Maha penyayang, Engkau lah yang mengetahui segala hikmah atas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawap ini.. mudah-mudahan mereka akan insaf dan bertaubat suatu hari nanti.. Ya Allah Ya TuhanKu.. Murahkanlah rezeki hambaMu ini.. moga dikurniakan anak sebagai penyambung zuriat umat Nabi Mu.. "... dalam berdoa hati ini berbisik, adakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawap untuk mendidik seorang anak? Sebagai seorang isteri pastinya sentiasa bersedia untuk menjadi seorang ibu... saya menjawap sendiri persoalan tersebut....
Usaha untuk mendapatkannya pastinya ada.. mengurut sudah dilakukan.. namun mereka kata perlu lah berulang kali.. pergi ke klinik cek kesihatan rahim pun sudah.. tiada jangkitan mahupun penyakit, sekarang ini saya membeli satu produk yang saya dapati ramai penggunanya berhasil mencapai kemahuan mereka.. produk ini berasaskan krim, perlu sapukan di bawah pusat (kawasan terletaknya rahim).. ianya bernama LuminGlow.. sesiapa yang pernah mencubanya sila tolong  share kan pengalaman anda.. mungkin cara penggunaan dan berapa lama perlu di gunakan barulah mendapat hasilnya..

Hadiah di Hari Raya

Hari Raya tahun ni tidak lah semeriah sebelumnya.. tapi tidaklah seboring dirasai.. sebab setiap tahun di kampung memang ramai tetamu sehingga jam 10 malam.. menu di Hari Raya mesti lah Soto Rabiah aka Munawwarah.. itulah yang  mereka sebut-sebut selalu sebelum puasa.. mahu tukar menu.. tetap itu juga yang dicari mereka..
Tahun ni kebanyakanya beraya di kampung saya la.. sebab di kampung si abang kurang tetamu.. petang raya pertama kami sudah bertolak balik kampung saya.. di pagi raya kami tidak ke masjid kerana hujan dan masa tu juga saya temankan abang dan mak bapa mentua ke kuburan Petagas.. kemudian beraya di rumah kazen-kazen si abang.. Raya ketiga dan keempat kami ke Lohan, Ranau beraya di rumah kazen si abang sana.. mak saya kata ada sedara sana tapi tak kenal... Raya seterusnya sehingga pada 26hb Ogos di kampung sahaja melayan tetamu..besalah ambil cuti seminggu beraya hihi..
Eh.. lupa pula mau cerita pasal hadiah raya.. hadiah ni tak la besar tak la mahal.. tapi berguna.. bila si abang nampak saya ni suka main kucing dan pada hari tu mandikan kucing sebab berkutu.. maka si abang pun belikan ubat sembur di bulu kucing untuk hilangkan kutu... pada pertama kali semburan.. saya lihat kucing tu tidak habis-habis kegatalan sana sini... pada kali kedua dan ketiga.. alhamdulilah.. kutu hilang kegatalan pun tidak lagi.. Terima Kasih Abangku...

Computerize Accounting Courses (UBS acctg.) level 2

Kursus ni sinambungan dari level pertama...dihadiri pada 18hb dan 19hb Julai.. percuma juga.. tapi bagi level 3 belum ada lagi.. tahun depan baru la ada... dan saya tidak akan lepaskan peluang itu nanti... sementara itu saya akan mengambil kursus berbayar.. kursus LCCI.. yg sememangnya di kehendaki dalam permohonan pekerjaan sekarang ini..

Bagi Computerize Accounting Course (UBS Acctg.) level 2 ni banyak perkara yang saya pelajari.. kali ini teacher yang berlainan.. orangnya lebih tua.. lebih pekat dalam berbahasa melayu dan english.. sehinggakan apa yg disebutnya itu di salah ertikan... seperti sebutan prove dalam english... bukti dalam bahasa.. yg pelajar dengar putih.. sebutan prove dan bukti dia tidak jelas hihi.. setelah dia tulis di papan barulah kami faham hihi.. satu lagi kelucuan teacher ni  apabila dia menyebut... "nanti kamu pengsan ooo.." hihi mungkin sebelum ni banyak pengalaman dia mengajar dan asyik banyak masalah sahaja... dia pun solve maslah tu dengan cara dia.. dan setiap langkah dia misti diikuti step by step kalau tidak nanti ada orang pengsan pula hihi... yang paling saya suka kalau dia jadi teacher pabila dia memberi tips .. di mana tips tersebut tidak ada dalam buku atau silibus pembelajaran...

ok sekarang akan saya kongsikan apa yang telah saya pelajari dalam kelas ini..

Hari pertama 18hb Julai 2012 ...
>> Di beritahu link download dan step download.. kalau mahu beli full package ada dengan beliau..
>> Setelah daftar/membuka syarikat baru.. kami diajar bagaimana mengisi data penghutang dan pemiutang (debtor & creditor)
>> Mengisi data dalam "maintain general ledger" dan diterangkan apa gunanya general ledger, debtor, creditor dalam akaun.. begitu juga dengan batch, opening balance dan stock value... dan diberikan maksud dalam akaun sistem apakah itu transaksi dan report....
>> Diajar bagaimana membuat department dalam syarikat
>> Membuang dan menukar data-data yang diperlukan dan tidak diperlukan.. dan memasukkan data untuk batches
>> Memasukkan data berdasarkan bill yang diberikan... setiap bill berlainan transaksi..
>> Membuat stock akaun dan memeriksa data-data yang telah di masukkan...
>> Membuat Profit & Loss Account ... simpan dalam PDF file format.. dan backup data..

Hari Kedua 19hb Julai 2012...
>> Membuat data syarikat baru... jenis manufacturer (pengilang)
>> Menukar nama.. menukar nombor... membuat baru dan delete data yang diparlukan dan tidak diperlukan
>> Mengisi data opening balance mengikut debtor, creditor dan trial balance data..
>> Membuat batches..dan mengisi data mengunakan Bank payment voucher,cash payment voucher, debit note dan credit note..
>> Membuat pengiraan dalam Depreciation (susut nilai<< didengar susu nilai hihi) dan memasukan data tersebut dalam sistem
>> Melihat report dalam manufacturing account, trial balance, income statement dan balance sheet
>> Bab terakhir tidak sempat dipelajari mengenai Special Account, Fixed Assets dan Foreign

Computerize Accounting Courses (UBS acctg.) level 1

Hari kedua bagi sesi kedua untul level 1 belajar akaun... tidak banyak yg di pelajari... lagi pula tidak ramai yang hadir ke kelas... hanya segelintir sahaja.. kelas-kelas yang lain juga kurang.. mungkin ada sebabnya.. mungkin juga mereka mengumpul pelajar.. atau kerana perlawanan bola sepak antara Sabah dan QPR.. saya tidak sempat melihat permainan tersebut... namun ketika melalui jalan stadium memang banyak sangat kereta berparkir.. sudahlah parkir atas divider , ada lagi yang  double park kereta sana... kalau habis perlawanan ini.. tentu jalan balik sungguh jem....

Berbalik pada topik asal... apa yang saya telah pelajari kali ini...

>>> Kelmarin sudah membuat satu data mengenai syarikat baru.. jadi kali ini kami teruskan dengan sign in syarikat baru tersebut... [ namun ketika ini komputer saya mempunyai masalah .. kerana  directory untuk syarikat yang telah saya buat tu... tidak ada dalam data.. dan terpaksa saya buat balik... nasib baik saya ingat apa yang perlu dilakukan ]

[] Mengetahui siapakah debtor & creditor... dan creditor boleh dibuat 2 kumpulan akaun...
[] Memasukan data untuk permulaan tahun.. dimana ianya pengakhiran tahun pada tahun lalu... opening stock 2012 was closing stock for 2011 same with monthly closing and opening stock.
[] Membina data bagi creditor & debtor
[] Memasukkan data berdasarkan bill yang diterima dan bill yang dikeluarkan cthnya ; invoice, credit note, official receipt, payment voucher, journal voucher.
[] Kemudian memasukkan data opening balance berdasarkan  last year trial balance...
[] Setelah selesai.. sebelum closing stock.. beberapa perkara perlu dilakukan..
......backup data
......all amount and description o.k.
.....check cash on hand as at [end year/month]
....check cash at bank as at [end of year/month]
......check net profit of the month & year
.....check working capital as at [end of year/month]
[] Akhir sekali sebelum memulakan transaksi untuk tahun baru... perlulah lakukan  year end processing...

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya atau boleh terus ke website mereta AMC Accademy [link lihat entry sebelum ini]

Computerize Accounting Courses (UBS Acctg.) level I

Kursus percuma yang diadakan di AMC Academy, Likas Square.. telah saya hadiri pertama kalinya semalam.. dengan kursus peringkat pertama sesi yang pertama... subjeknya adalah Computerize Accounting (UBS Acctg.). Masanya bermula pada jam 6 petang sehingga ke jam 9:45 malam untuk yang sedang bekerja.. ada voucher makan free pada jam 7:00 malam...

Kursus ini adalah anjuran Kementerian Teknologi Maklumat... Terdapat banyak kursus yang mereka tawarkan.. terdapat juga kursus yang berbayar... anda boleh memasuki website mereka di AMC Academy..

Apa yang telah saya pelajari semalam ????

>>> Bagaimana hendak menggunakan UBS programe dalam memproses kewangan syarikat.. bermula dengan...
[] Membina dan merekod data syarikat seperti nama, alamat, telefon dan etc..
[] Mendaftar data syarikat dalam sistem UBS..
[] Membina data utama dalam akaun syarikat seperti capital, asset, expencess, cash, purchases, bank dan etc.. berserta dengan kodnya
[] Membina kumpulan untuk memasukkan data
[] Memasukkan data dalam kumpulan dengan menggunakan data akaun utama berserta aliran keluar dan masuk kewangan tersebut.
[] Melihat data tersebut dalam program lain seperti PDF format.. dan bagaimana hendak menyimpannya.
[] Menukar dan membuang data yang dikehendaki...
[] Backup data untuk emergency..


Jika anda berminat... bolehlah memasuki laman web yang telah saya berikan diatas...

Ilmu dicari.. Pengetahuan bertambah :)

Cursor untuk Blog anda

Ini pertama kali saya buat entri mengenai mencantikkan blog .. memang banyak yang perlu di pelajari lagi.. ini cuma antara perkara yang simple saja...

Apa yang anda mahukan?? Menukar Cursor atau tanda arrow mouse kepada lebih cantik dan beranimasi...

Bagaimana hendak lakukannya??

Pertama ; cari </head> dalam html blog anda.. ( untuk lebih senang tekan ctrl + f dan taip </head> kemudian  enter )

Kedua ; copy & paste link  ini sebelum tanda ini </head>

 <style type='text/css'>body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/nature/images10/nat945.gif), progress;}</style>

Ketiga ; bagi  link http://cur.cursors-4u.net/nature/images10/nat945.gif   anda perlu mencari gambar kesukaan anda... anda boleh memasuki google image dan taipkan cursor atau star/ butterfly/ cat/ cute dan etc... setiap gambar itu perlulah 100 pxl x 100 pxl besarnya... setelah anda menjumpai yg berkenan di hati.. anda  copy link kemudian paste ke bahagian yang saya tandakan kuning diatas..


Keempat ; sebelum anda save...preview dahulu untuk kepastian...




Selesai......


Selamat mencuba....

Cuti Pesta Kaamatan

Apa yang telah berlaku pada cuti kali ni??? tentu anda mahu tahu bukan.. kali ini cuti amat panjang, kami suami dan isteri bercuti selama 5 hari berturut-turut... di ikutkan pada 1hb Jun adalah hari bekerja, oleh kerana di pejabat suami (Si Darling saya hiihii) semuanya bersuti dan dia pun ambil cuti... dan secara sukarela saya juga mengambil cuti :)...
Untuk 30hb dan 31hb kami tidak ke mana-mana kecuali pada malam selasa sebelum bercuti kami ke 1 Borneo untuk menonton wayang.. pada masa tu tidak ramai orang kesana kecuali ke FunFare.. jadi tidak la sesesak orang di 1Borneo... Wayang yang di tonton adalah Man In Black 3. Jalan ceritanya agak menarik..akan di post kan summary ceritanya nanti... Dikesempatan itu juga, saya membeli 2 helai selendang dan gaun. Bertambah lah koleksi di almari saya hihiii
Pada 1hb pula saya, my darling, kakak dan sepupu keluar shopping. Destinasi pertama ke kilang papan membeli keperluan untuk melengkapkan rumah. Kemudian makan di restauran. Kemudian ke klinik gigi Dr. Prisca. Namun kami terpaksa menunggu giliran sehingga ke jam 2:30 petang. Dalam masa 2jam setengah menunggu, kami sempat membeli belah di kawasan Tuaran. Kami ke kedai pakaian, beli pakaian dalaman dan seluar rumah (bertambah lagi koleksi almari). Berjalan lagi ke kedai One Stop (kedai RM2) membeli beberapa barangan. Kemudian jumpa kedai kasut, si kakak membeli sepasang kasut untuk dia, sepasang untuk adik bungsu (beli bersaiz besar), dan my darling pula beli sepasang selipar jalan. Tepat jam 2:30 petang kami ke klinik untuk scalling gigi yang sudah banyak karatnya. Tidak sakit tapi ngiiiiiiiilu sangat.
Pada Malamnya my darling pergi main badminton dengan kawan-kawannya di Dewan penjara, Kepayan. Bersama adik lelaki saya dan kawan-kawannya.
Hari Sabtu bersamaan 2hb, kami menghadiri majlis resepsi perkahwinan sedara di Seborong, Tamparuli. Di kesempatan itu juga, saya telah meminta bantuan dengan seseorang untuk mengurut peranakan saya (rahim), katanya rahim saya itu terturun dan terlipat.. mungkin itu sebabnya saya lambat untuk mendapat anak.. alhamdulillah setelah diurut saya rasa selesa. Harap selepas ini rezzeki untuk mendapat zuriat itu cerah amin.....
Pada 3hb pula adalah hari berkemas dan kembali ke rumah di Petagas. Sempat pula my darling buat lukisan rumah. Petangnya kami makan di beach 2, Tanjung Aru. Banyak kereta ke Tanjung Aru pada ketika itu, sehinggalah jalan sesak. Yang membuat saya tidak puas hati, layanan di restauran beach 2 itu sangat lambat. Bayangkan kami sampai jam 6:50 petang dan pesan makanan... makanan sampai hampir jam 7:30 malam.. mungkin sebab rasa lapar.. masa pun terasa amat lambat :)

Pelakon Budak CJ7

Pelakon budak CJ7
Di facebook sekarang sedang hangat pasal ini budak.. gambar-gambar dia di post kan di page dan wall... bahawa dia ini seorang perempuan bukannya lelaki, saya pun baru saja tau... padahal diorang bilang sebelum pembikinan ada preview... kita yang sibuk kerja ni mana ada kesempatan mau tinguk-tinguk tu semua kan hihi..... 

Gambar yang tertera antara gambar yang famous di facebook... di bawah ni link-link yang akan membawa kamu ke gambar-gambar yang lebih menarik lagi pasal ni budak....


Itu diantaranya.. kalau kamu taip di google image.. CJ7 girl... banyak lagi gambar-gambar dia yang lawa lagi menarik :)

Ini pula profile  dia.... klik saja link ini....Xu Jiao Profile.

Selamat membongkar hihiiiiiii...............................

Wallpaper untuk Komputer



Warna Hijau warna kegemaran Ku...
Warna Lambang keagamaan..

Warna Hijau menyejukkan pandangan..
Hati turut tenang melihat dunia...

Bunga putih cantik sekali..
Menjernihkan hati yang gelap...

Nama bunga: [sedang mencari] >_<
sumber gambar:  J Resident, Penginapan di Kundasang
Masa: Ketika Mendaki Gunung Kinabalu 1 & 2 haribulan Januari 2012
Bunga sama seperti  link small-white-flowers .

Tips Ibu Hamil

Tips ini saya copy and paste dari status Facebook kakak sepupu saya.. dia ni sudah mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan.. memang comel dan chubby anak dia... tapi anak dia ni tidak la manja dengan kami sebab jarang jumpa.. lagi pun tempat tinggal kami berjauhan dengan mereka... oklah... tanpa penjelasan lebar, baca la info berguna di bawah ini.. semoga ianya bermanfaat bagi diri kita...


Tips untuk ibu hamil bagi mengelakkan masalah sembelit : 
-Makan makanan berserat tinggi(buah,sayur,bijirin,roti berserat)
-Minum banyak air
-senaman dan pergerakan tubuh
-elakkan makan pil-pil yang boleh menggalakkan pembuangan air besar kerana ia boleh menyebabkan sakit/kontraksi ketika hamil.


p/s: selamat mengamalkannya......  peace

Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar


Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Solat Zuhur dan Asar
Waktu Zuhur
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.

1)“Usolli fardhu zuhri rokataini Qosronn majmuua’n ilahill a’shri adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

-       kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
-       Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.

2)“Usolli fardhu a’shri rokataini Qosronn majmuua’n ilahill zuhri adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

-Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
-Doa

Waktu Asar
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.

2)“Usolli fardhu a’shri rokataini Qosronn majmuua’n ilahill zuhri adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.

-       kerjakan solat Asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
-       Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu Zuhur.
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.


1)“Usolli fardhu zuhri rokataini Qosronn majmuua’n ilahill a’shri adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

-Kerjakanlah solat Zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
-Doa


Solat Magrib dan Isyak
Waktu Magrib
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.

1)“Usolli fardhu magriibi i salasa rok aatin Qosronn majmuua’n ilahill I’syaa i adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

-       Kerjakanlah solat Magrib sebanyak tiga rakaat sehingga selesai memberi salam. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu Isyak.
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.

2)“Usolli fardhu I’syaa i rokataini Qosronn majmuua’n ilahill magriibi adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

-Kerjakanlah solat Isyak sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
-Doa


Waktu Isyak
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.

2)“Usolli fardhu I’syaa i rokataini Qosronn majmuua’n ilahill magriibi adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

-       Kerjakanlah solat Isyak sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu Magrib.
-       Berdiri lurus mengadap kiblat.
-       Berniat seperti di bawah.

1)“Usolli fardhu magriibi i salasa rok aatin Qosronn majmuua’n ilahill I’syaa i adaaan lillahi taala”

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

-Kerjakanlah solat magrib sebanyak tiga rakaat sehingga selesai memberi salam.
-Doa


Di ubah suai mudah difahami

p/s: Jika tersilap sila betulkan.

Selamat mengerjakan Solah 

Madu dan Kayu Manis

Info yang berguna untuk kita... Dari bumi ianya berasal.. Pemberian Tuhan yang tidak terhingga keistimewaannya...


 Madu adalah makanan hanya di planet ini yang tidak akan rosak atau reput. Apa yang ia akan lakukan apa beberapa panggilan beralih kepada gula '. Dalam realiti, madu adalah sentiasa madu. Walau bagaimanapun, apabila ditinggalkan di tempat yang sejuk dan gelap untuk masa yang lama ia akan "kristal". Apabila ini berlaku, longgarkan tudung, mendidih sedikit air dan duduk bekas madu dalam air panas, tetapi matikan api dan biarkan mencairkan semula jadi. Ia kemudian sebagai baik kerana ia pernah. Jangan sekali-kali mendidih madu atau memasukkannya ke dalam microwave. Ini akan membunuh enzim dalam madu.
 
FAKTA MADU DAN KOMBINASI kayu manis:
 
Ia mendapati bahawa campuran penyakit yang paling madu dan penawar Cinnamon. Madu dihasilkan dalam kebanyakan negara di dunia. Saintis hari ini juga menerima madu sebagai 'Ram Ban' (amat berkesan) ubat untuk semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains hari ini mengatakan bahawa walaupun madu manis, apabila ia diambil dalam sukatan yang betul sebagai ubat, ia tidak memudaratkan walaupun pesakit kencing manis. Berita Dunia mingguan, sebuah majalah di Kanada, dalam isu yang bertarikh 17 Januari, 1995 telah diberi senarai berikut penyakit yang boleh disembuhkan dengan madu dan kayu manis, seperti yang dikaji oleh saintis barat.
 
MENGUBATI PENYAKIT JANTUNG:
 
Membuat pes serbuk madu dan kayu manis, memohon di atas roti bukan jeli dan jem dan makan dengan kerap untuk sarapan pagi. Ia mengurangkan kolesterol dalam arteri dan menyelamatkan pesakit daripada serangan jantung. Juga, mereka yang telah mempunyai serangan, apabila mereka melakukan proses ini setiap hari, mereka disimpan batu dari serangan seterusnya. Penggunaan yang teratur proses di atas melegakan kehilangan nafas dan menguatkan degupan jantung. Di Amerika dan Kanada, rumah kejururawatan pelbagai telah merawat pesakit berjaya dan telah didapati bahawa sebagai salah satu usia, arteri dan vena kehilangan fleksibiliti mereka dan mendapatkan tersumbat, madu dan kayu manis menggiatkan semula arteri dan vena.
Penyembuh untuk arthritis:
 
Pesakit artritis boleh mengambil setiap hari (pagi dan malam) satu cawan air panas dengan dua sudu madu dan satu sudu teh kecil serbuk kayu manis.Apabila diambil secara tetap walaupun artritis teruk boleh diubati. Dalam kajian baru-baru ini yang dijalankan di Universiti Copenhagen, didapati bahawa apabila doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran satu sudu Madu dan setengah sudu teh serbuk Cinnamon sebelum sarapan, mereka mendapati bahawa dalam tempoh seminggu (daripada 200 orang yang begitu dirawat)hampir 73 pesakit telah betul-betul lega sakit dan dalam tempoh sebulan, kebanyakan pesakit yang tidak dapat berjalan atau bergerak kerana artritis kini mula berjalan tanpa rasa sakit.
 
Mengurangkan JANGKITAN pundi kencing:
 
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu dalam segelas air suam dan minum. Ia memusnahkan kuman di dalam pundi.
 
Menghapus KOLESTEROL:
 
Dua sudu makan madu dan 3 sudu teh Cinnamon Powder dicampur dalam 16 auns air teh yang diberikan kepada pesakit kolesterol telah didapati mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua jam. Seperti yang disebut untuk pesakit artritis, apabila mengambil tiga kali sehari, apa-apa kolesterol kronik sembuh. Menurut maklumat yang diterima dalam Jurnal, madu asli yang diambil dengan makanan harian melegakan aduan kolesterol.
 
Menyembuhkan selsema:
 
Mereka yang menderita selsema biasa atau teruk perlu mengambil satu sudu besar madu suam dengan 1/4 sudu serbuk kayu manis setiap hari selama tiga hari. Proses ini akan mengubati batuk yang kronik, sejuk, dan, membersihkan sinus.
 
Melegakan sakit perut:
 
Madu yang diambil dengan serbuk kayu manis sakit perut penawar dan juga akan menilai ulser perut dari akar.

Mengurangkan GAS:
 Menurut kajian yang dilakukan di India dan Jepun, ia menunjukkan bahawa apabila Madu diambil dengan serbuk kayu manis perut lega gas.

Meningkatkan SISTEM IMUN:
 Kegunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus. Saintis telah mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Digunakan secara berterusan bagi sesuatu madu menguatkan butir darah putih (di mana DNA terkandung) untuk melawan penyakit bakteria dan virus.

Melegakan senak:
 Serbuk kayu manis yang ditaburkan ke atas dua sudu besar madu yang diambil sebelum makanan dimakan melegakan keasidan dan mencernanya yang paling berat makanan.

Mengurangkan INFLUENZA:
 Seorang saintis di Sepanyol telah membuktikan bahawa madu mengandungi semulajadi 'Ramuan' yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari selesema.

Memberikan umur panjang:
 Teh yang dibuat dengan madu dan serbuk kayu manis, apabila diambil secara tetap, penahanan kebinasaan usia tua. Menggunakan empat sudu madu, satu sudu teh serbuk kayu manis, dan tiga cawan air dan didihkan untuk membuat teh.Minum 1/4 cawan, 3-4 kali sehari. Ia menyimpan kulit segar dan lembut dan umur tangkapan lama. Jangka hayat meningkat dan walaupun berusia 100 tahun akan mula melaksanakan kerja berusia 20 tahun.

Melegakan Kerongkong parau atau sakit:
 Apabila tekak mempunyai geli atau adalah parau, ambil satu sudu besar madu dan meneguk sehingga pergi. Ulangi setiap tiga jam sehingga tekak adalah tanpa gejala-gejala.

Menghapuskan jerawat:
 Tiga sudu madu dan 1 sudu teh pes serbuk kayu manis. Memohon pes ini pada jerawat sebelum tidur dan membasuh ia keesokan harinya dengan air suam.Apabila dilakukan setiap hari selama dua minggu, ia membuang semua jerawat dari akar.

Menurangkan JANGKITAN KULIT:
 Memohon madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang sama yang menyembuhkan bahagian yang terjejas ekzema kurap, dan semua jenis jangkitan kulit.

Membuatkan KEHILANGAN BERAT:
 Harian di pagi setengah jam sebelum sarapan pagi dan pada masa perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis direbus dalam satu cawan air. Apabila diambil secara tetap, ia mengurangkan berat walaupun orang yang paling gemuk. Juga, minum campuran ini tidak membenarkan lemak terkumpul di badan walaupun orang itu boleh makan makanan yang berkalori tinggi.

Mengelak KANSER:
 Kajian terbaru di Jepun dan Australia telah mendedahkan bahawa kanser maju perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit yang mengalami jenis kanser ini setiap hari perlu mengambil satu sudu besar madu dengan satu sudu teh serbuk kayu manis tiga kali sehari selama satu bulan.

Memlegakan rasa LESU:
 Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kandungan gula madu adalah lebih membantu berbanding menjejaskan kekuatan badan. Warga emas yang mengambil madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang sama adalah lebih peka dan fleksibel. Dr Milton, yang telah melakukan kajian, berkata bahawa setengah satu sudu madu yang diambil dalam segelas air dan ditabur dengan serbuk kayu manis, walaupun kecergasan badan mula berkurangan, apabila diambil setiap hari selepas memberus gigi dan pada sebelah petang pada kira-kira 3:00 PM, kecergasan badan bertambah dalam masa seminggu.
 
Tarik nafas LAPUK:
 
Orang Amerika Selatan, berkumur dengan satu sudu teh serbuk madu dan kayu manis dicampur dalam perkara air panas pertama di pagi hari sehingga nafas mereka tetap segar sepanjang hari.

Mengelak KEHILANGAN PENDENGARAN:
 Harian madu pagi dan malam dan serbuk kayu manis, yang diambil dalam bahagian yang sama mengembalikan pendengaran. Ingat apabila kita adalah anak-anak? Kami mempunyai roti bakar dengan mentega sebenar dan kayu manis ditabur di atasnya!


Sumber fropki
Translate by Google

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news