"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Saya bermimpi lagi...

Apa perkara yang membuatkan kita bermimpi... setiap kali saya bermimpi, mesti perkara tersebut yang keluar dari kotak pemikiran.. adakah kerana perut kosong atau badan terlalu penat. Selalu orang akan cakap "tidak membasuh kaki". Adakah kenyataan tersebut masih lagi releven pada zaman sekarang ini. Mari saya cerita kan pula mimpi saya pada malam semalam, mimpi kali ini tidak berulang dari mimpi-mimpi sebelumnya, namun terdapat kepelikan pada mimpi tersebut, kadang boleh membuatkan saya ketawa sendiri hehee.........
Ceritanya bermula apabila saya dan beberapa orang sampai ke pejabat ejen pelancongan, selepas itu kami diberikan satu sampul dan dalam sampul itu memberitahu apa yang kami lakukan selepasnya. Cerita ini hampir sama dengan rancangan television di channel astro 701 iaitu rancangan "Amazing Race". Pada mulanya saya tak perasan, bila saya nak samakan cerita saya dengan mana-mana perkara yang hampir sama, teringat pula mengenai rancangan tersebut. Sebelum tu pula memang saya ada menonton rancangan Amazing Race, rancangan tersebut amat menyedihkan hati kerana yang kalah itu adalah pasangan ibu dan anak, si anak pula seorang yang bisu dan amat berkeinginan untuk sertai program tersebut. Mungkin kerana saya menonton rancangan tersebut mempengaruhi saya bermimpi yang pelik. Berbalik pada cerita mimpi tadi, setelah saya dan beberapa teman mendapat sampul tersebut, kami pergi ke sebuah bank untuk memasukkan sejumlah wang, mungkin wang yuran untuk program kami tersebut. Saya sempat duduk di dalam bank tersebut untuk menunggu peserta yang lain sampai. Tiba masanya, kami dikehendaki berlumba (berlari) ke suatu tempat. Namun apa yang saya lakukan berbeza dengan peserta yang lain, saya mengilingi bangunan terlebih dahulu, naik ke suatu papan, di mana ada seorang peserta juga naik sama bersama seekor kucing (kucing???? kenapa tetiba ada kucing pula ni... itu antara perkara pelik dalam mimpi).. dan kami terus berlari ke suatu lubang atau gerbang atau gua.. (saya pun tidak pasti bendanya apa) berbentuk empat segi sebelah kiri jalannya gelap dan makin sempit dan sebelah kanan pula terus menembusi ke sebelah. Setelah saya tembusi gua atau gerbang tersebut, maka saya pun terbangun dari tidur. Dalam keadaan kebingungan saya terus mencapai tuala ke tandas ... (hehe... sampai sini  sahaja mimpi kali ini)..

p/s: hmmmm..... apa yang pelik anda sendiri la yang pikirkan...

Harimau Malaya bertemu Singapura

Diantara harimau dan singa, manakah lebih kuat, lebih pantas atau lebih pintar. Harimau mempunyai beberapa kelompok atau jenis, diantaranya harimau belang dan harimau bintang, itu tidak dikira habitat harimau itu hidup. Tabiat bagi harimau dan singa ni hampir sama, seperti memburu dan menerkam. Bagi harimau bintang tabiatnya suka menangkap mangsanya dari atas pokok dan dahan-
dahan kayu. Kadangkala ia memburu di tanah. Binatang yang menjadi mangsanyatermasuklah kera, burung, babi hutan, rusa dan landak. Namun begitu yang selalu kita lihat habitat singa berada di kawasan lapang dekat pergunungan seperti di negara Afrika.
Itu sebahagian daripada infomasi mengenai binatang harimau dan singa, macam mana pula pasukan pemain bola sepak yang menggelarkan mereka harimau dan juga singa seperti pemain dari negara kita sendiri Harimau Malaya dan juga pemain dari Singapura yang melambangkan binatang Singa. Beberapa hari yang lalu saya ada terlihat permainan antara kedua pasukan untuk kelayakan ke permainan peringkat antarabangsa (worldcup). Sebelum ini pemain dari beberapa kelab pasukan bola sepak telah membuat perlawanan persahabatan dengan Malaysia. Perlawanan diantara Malaysia dan Singapura baru-baru ini mendapat kekalahan 3-5. Saya tak pasti la perlawanan mereka pada masa itu, sebab saya hanya terlihat pada minit ke 70 dan keatas sahaja. Perlawanan kedua pula akan diadakan pada malam khamis, di mana dikatakan perancangan untuk perlawanan pada hari tersebut telah diatur. Mereka merancang mendapatkan gol pada awal perlawanan, dan mengekal kan pertahanan selepas dapat menyamakan atau mendapat kelebihan dari jaringan mereka. Antara sebab permainan pemain Malaysia kurang menyengat kerana ramai diantara pemain-pemain dalam keadaan injured sehingga mereka perlu merehatkan dari bermain. Mungkin disebabkan mereka terlalu berusaha untuk perlawanan persahabatan antara kelab-kelab besar bola sepak sebelum ini. Atau ianya hanya gimik semata-mata untuk mengelirukan pihak lawan, hanya jurulatih dan pemain-pemain yang tahu apa yang perlu mereka lakukan.
Harapan saya, juga  harapan setiap rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak ini (saya tak la suka sangat, tapi dah laki dan mentua tengok sukan ni,suka tu adalah juga hee) kami semua berharap pasukan bola sepak Malaysia dapat mengalahkan pasukan dari Singapura dan seterusnya. Supaya pasukan Malaysia dapat kelayakan di peringkat antarabangsa.... (huh!!! sapa tidak bangga)  go! go! go!.. Yakin Boleh! Malaysia boleh!

p/s: Majula sukan untuk kesihatan diri.

Bola Sepak!!!!!

Malaysia XI VS Chelsea

Diatas adalah video masa-masa yang penting bagi perlawanan bola sepak diantara Malaysia XI dan Kumpulan Chelsea yang terkenal diantara bangsa. Pemain-pemain yang terkenal dan handal juga mereka turunkan untuk perlawanan semalam (9:00 malam, 21 Julai 2011). Saya seorang wanita pun teruja melihat perlawanan tersebut, apa tidaknya orang barat berbadan sasa, berkaki panjang, stamina yang banyak, terkenal di seluruh dunia dan mereka mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pemain-pemain Malaysia. Kalau anda melihat perlawanan sepenuhnya semalam, pemain Malaysia bertungkus lumus mengejar bola, mereka berusaha berlari labih laju untuk mengambil atau merebut bola tersebut. Walaupun ada kejadian-kejadian yang amat kasar, namun itu adalah lumrah permainan bola sepak ini. Mana-mana perlawanan, kejadian seperti demikian tidak dapat dielakkan. 
Saya mengucapkan syabas kepada pemain bola sepak Malaysia, walaupun mereka tidak mendapat sebarang jaringan, namun pengalaman yang mereka lalui melalui beberapa perlawanan dengan pemain-pemain gergasi ini membolehkan mereka terus maju untuk mendapatkan kejuaraan seterusnya. Setahu saya, selepas perlawanan dengan Chelsea ini, pemain bola sepak Malaysia bertemu pula dengan pemain dari Singapura. Harap mereka dapat  kekal kan corak permainan dan tingkatkan lagi serangan-serangan untuk menjaringkan gol. Walaupun bola itu tidak memasuki ke ruang gol, mereka dapat membuat strategi untuk melakukan kembali dengan lebih efektif.

p/s: Malaysia BOLEH!!!!!!!!!!

Trip to Kundasang, KinabaluFM event 16-17th July

Disini kami menginap.. ada 2 bilik.. Masteroom dan bilik 2 katil bertingkat...


 Gambar bunga diatas antara bunga yang tercantik dekat sana.. (diambil pada waktu malam)

 Antara kawan-kawan yang menyertai event tersebut.. (dalam permainan "Patung-patung" di mana mereka wajib menjadi patung ketika lagu dihentikan)




Jejaka-jejaka yang masih mencari teman hidup... tapi yang depan sekali berbaju hitam tu dah berpunya..  hehe.....


Antara pemandangan yang sempat diambil sebelum perjalanan balik...

Ini dia member yang bertungkus lumus menjayakan  event  pada kali ini.. terima kasih atas segajanya... hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi mu... lain kali kita kerjasama dengan lebih lagi  kio...

Naaaaaa.. Si abang juga tidak ketinggalan meletakkan kenangan pada banner KinabaluFM...

Ini la banner KinabaluFM yang disiapkan oleh DeeJay Shah....

Keadaan ruang rumah macam-macam ada... yang tin tu si cina yang minum tu heheh....



Animation.. Slideshow

Slideshow animation
Ya!!!!!!!!!!!!!!... saya sudah berjaya melakukannya.. begini lah  slideshow  yang saya cari untuk buat video gambar-gambar perkahwinan saya... harap anda sabar menunggu kerana banyak lagi perkara perlu dipelajari ini....

Dan tidak dilupakan.. saya dapat meletakkan gambar ber format "gif" di blog ini... anda tidak perlulah menekan gambar terlebih dahulu untuk melihat animasinya...

p/s: banyak perkara perlu dititik beratkan dalam mengubah suai animasi... saya hanya tahu perkara yang utama sahaja... semoga anda berjaya melakukannya.

Cerita Lucu: Krim Pelembab

Papa & Mama

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

kamu rasa apa dah jadi sama papa dan mamanya ??? Anak bagi super Glue...haha



p/s: Cerita ini dipetik dari Koleksi Cerita Lucu Yorut Orut.

Koleksi cerita lucu..Yorut Orut namanya...

Heheeeehehee..... boleh saya ketawa dulu kemudian cerita dengan kamu  ka ini?... ceritanya bermula dari melayari  facebook,   sekarang ini kalau tidak adanya laman tersebut tidak lah sempurna hidup seseorang itu (orang kata la).  So, tiba-tiba ada orang add saya di kumpulan yang amat asing bagi saya, nama kumpulan itu "Koleksi Cerita Lucu Yorut-Orut". Buat masa ini saya hanya bagi  Link untuk anda membaca sendiri di laman kumpulan tersebut. Hal tersebut kerana terlalu banyak cerita-cerita yang mereka post di sana. Anda hanya perlu klik sahaja Koleksi Cerita Lucu Yorut-Orut. Di masa akan datang saya akan post di sini untuk tatapan anda semua.. (menaip sambil ketawa ingat cerita-cerita di laman Si Yorut-Orut).

Animation... just learn hehe...

Gambar bertukar... apa dah jadi !!!!!!

Ya ini kali kedua menggubah gambar menggunakan Photoshop Animation harap saya akan  belajar dengan lebih tekun lagi ....

Banyak lagi perkara yang perlu di pelajari.. terutama dalam kehidupan seharian kita.. ehemm!! itu cerita lain hehe... ok la jangan lupa klik gambar untuk melihat bagaimana gambar ini boleh bertukar...

p/s: Jika anda hendak ketahui bagaimana ianya berlaku... sila la komen :P

Gambar beranimasi

Gambar diatas adalah di bina oleh tuan blog ini sendiri dengan menggunakan software photoshop. Namun photoshop ini tidak lengkap kerana ianya hanya portable sahaja.

Ini hanyalah suatu permulaan bagi langkah seterusnya. Saya akan lebih tekun belajar melalui Web Youtube untuk pelajaran seterusnya.

p/s: Sila tekan gambar untuk melihat animasinya. Harap Maklum. :)

Berpuasa bersama suami

Untuk yang baru berkeluarga, banyak perkara yang belum diketahui ketika bersama. Apatah lagi perkara-perkara yang mengenai hukum hakam agama. Pada tahun ini, adalah tahun pertama bersama suami, semua perkara wajiblah di lakukan bersama-sama. Jika sebelum ini kita lakukan sendiri, seperti solah, tidur, makan, berjalan, berbelanja dan pelbagai lagi, kini semua perkara tersebut dikongsi bersama suami tercinta. Dalam fikiran ini selalu memikirkan bagaimana hendak tingkatkan ukhwah dan iman bersama suami, dan bagaimana hendak menangani perkara-perkara baru dalam menjalani kehidupan seharian. Di bawah adalah sebuah artikel yang wajib di baca oleh suami isteri yang belum mengetahui hukum hakam persetubuhan ketika di bulan puasa. Artikel ini mempunyai unsur-unsur seks, namun ianya tidak melampaui batasan dalam menulis sebuah artikel. Ianya hanya panduan dan peringatan kepada mereka yang tidak mengetahuinya dan yang baru mengalami dunia berkeluarga seperti diri ini. Artikel ini juga dipetik dari blog lain, namun blog tersebut penuh dengan gambar-gambar yang tidak senonoh. Oleh demikian, saya akan post kan artikel tersebut di sini sahaja. Di bawah adalah pertanyan dan jawapan bagi persoalan yang telah saya maklumkan sebelum ini.

Hukum berpuasa tidak mandi wajib

Assalamualaikum

Ustaz, adakah sah puasa seseorang sekiranya dia masih belum mandi wajib sehingga terbenam matahari??

Assalamualaikum,Ustaz.

Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ 

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.

Ummu Salamah menjawab :-


كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )

Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

TRANSFORMER: The dark of Moon...

Transformer.. the dark of moon...

Cerita ni bukan mengenai bulan sepenuhnya.. cuma  mengenai ship transformer terhempas di bulan bertahun2 yang lalu sehingga la terperginya manusia yang pertama ke bulan...  hanya kerana mengambil sample dari ship yang terhempas tersebut... jalan cerita yang menarik... cuma jalan cerita antara Sam dengan kekasihnya itu tidak di minati.... tiba2 jak muncul tidak tahu dari mana datang.. oleh kerana pelakon perempaun asalnya sibuk dengan penggambaran filem yang lain... pelakonnya digantikan dengan rupa tak berapa menarik heee tidak sepadan dengan si Sam ini konon heheeee....
Ceritanya bercampur2.. jika orang yang kurang meminati movie-movie sebegini.. pertama kali tengok memang tidak faham jalan ceritanya... dia mesti tengok dua tiga kali baru akan faham sepenuhnya... hehee kalau saya pula tidak puas tengok hheee Transformer yang pertama tu jak hampir 5 kali kena ajak tengok di panggung masih juga tidak puas-puas... ada di cd... di ulang2 sahaja hehe...
Cerita bermula mengenai ship terhempas di bulan yang dimiliki oleh robot dari Keluarga "Prime" Otobot Bernama Sentinal (kalau tidak silap la)... yang mencipta dan mengawal sesuatu teliport ( alat pemindahan cepat.. kalau yang suka main game caracter atau strategi tentu faham).. manusia mendapat 5 alat untuk teliport tersebut namun si jahat Decepticon dapat beratus-ratus.. Decepticon perangkap Optimus Prime hidupkan Sentinal yang sudah lama terkubur dan mati di bulan... kerana Optimus ada alat untuk hidupkan robot yang sudah mati hanya perlu ada rangka badannya...<<< rujuk episod Transformer yang ke-2...  setelah hidupnya Sentinal... dia berpaling tadah kepada Decepticon.. ni yang saya buat geram..kalau bukan kerana Ketua askar perempuan tu berlagak.. Sentinal boleh pertimbangkan tawaran dari Decepticon untuk menakluk bumi... saat-saat untul Decepticon untuk membebaskan Sentinal.. Otobot pula berfikiran mereka mahu menghapuskan Sentinal sehingga pergaduhan mengorbankan Ironhide... sodihnya......
Dalam cerita ini juga... Ketua Decepticon.. Si Megatron ada manusia suruhan...penjual kereta-kereta mewah dan antik di mana GF si Sam bekerja... orang ni bekerja untuk mendapatkan info-info dari kerajaan... dengan lebih tepat dari NASA... dari sana juga orang ini mengugut si Sam menggunakan GFnya untuk mendapatkan sebarang informasi..setelah kecurangan si Sentinal.. Otobot di halau keluar oleh manusia.. tapi bagi orang-orang hero macam si Sam.. perkara tersebut bukan jalan penyelesaiannya.. kerana bila Sentinal dan Megatron berkuasa.. mereka akan takhluk bumi dan gantikan bumi dengan dunia mereka... semasa roket Otobot dilancarkan.. roket mereka di bom oleh Decepticon.. uihhhhhhh.. sudah la sedih pemergian dorang.. di bom lagi... nasib baik Optimus pintar.. dorg bersembunyi di bawah roket tempat pembakarn pertama.. yang telah jatuh di lautan sebelum di bom...
Perang bermula..... Kota hancur habis oleh Decepticon.. orang di bom hanya tinggal tulang.. ada yang tinggal abu sahaja... manusia bersembunyi di dalam bangunan... mission bermula bila Sam hendak selamatkan kekasihnya... di sokong oleh tentara lama (dari Transformer pertama) .. Sentinal pula mula mengaktifkan toolsnya untuk teliport..  Otobot muncul menjatuhkan Sentinal dan megatron... tentera khas muncul untuk memberikan bantuan ketenteraan... cara mereka  berlawan amat mengasyikan.. (untuk orang yang suka aksi memang amat siok.. apa lagi 3D)... kalau di ceritakan setiap detik memang panjang lebar.. saat yang penting Sam mematikan Starstream dengan bantuan bom dari Otobot.... pergaduhan 3 penjuru antara Sentinal.. Optimus dan Megatron.. first pergaduhan antara Sentinal dan Optimus memihak kepada Sentinal... setelah hasutan GF si Sam.. Megatron menyerang Sentinal...  Sentinal kalah namun masih hidup... dalam masa yang sama Optimus menyerang Megatron sehingga penghabisan nyawa... Optimus juga membunuh Sentinal kerana kecurangannya...

p/s kalau tidak puas dengan sinopsis di atas.. tengok la kat wayang sendiri hehe... 

Perancanganku...

Bulan Julai 2011...
Oleh kerana Si abg lambat gaji bulan ni mungkin dapat pada pertengahan bulan atau next bulannya.... so kena la tolak-tolak perbelanjaan yang dah dirancang..
Rancangan yang di tolak... Menservice laptop... Pergi manjakan diri di Spa... Beli barangan bilik..
Rancangan yang amat diperlukan...
- Membayar test driving JPJ Si abg...
- Simpan untuk persediaan bulan ramadhan ( oh!!! tidak hanya tinggal sebulan lagi.. macam mana mau buat ni ya...buat kuih muih sendiri atau main tunjuk jak... maklum la pertama kali beraya dengan keluarga baru ni)
- Hmmm pembayaran pinjaman.... perlu di bincangkan... :-(

p/s: rancang la demi masa depan .. hehee

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news