"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Berpuasa bersama suami

Untuk yang baru berkeluarga, banyak perkara yang belum diketahui ketika bersama. Apatah lagi perkara-perkara yang mengenai hukum hakam agama. Pada tahun ini, adalah tahun pertama bersama suami, semua perkara wajiblah di lakukan bersama-sama. Jika sebelum ini kita lakukan sendiri, seperti solah, tidur, makan, berjalan, berbelanja dan pelbagai lagi, kini semua perkara tersebut dikongsi bersama suami tercinta. Dalam fikiran ini selalu memikirkan bagaimana hendak tingkatkan ukhwah dan iman bersama suami, dan bagaimana hendak menangani perkara-perkara baru dalam menjalani kehidupan seharian. Di bawah adalah sebuah artikel yang wajib di baca oleh suami isteri yang belum mengetahui hukum hakam persetubuhan ketika di bulan puasa. Artikel ini mempunyai unsur-unsur seks, namun ianya tidak melampaui batasan dalam menulis sebuah artikel. Ianya hanya panduan dan peringatan kepada mereka yang tidak mengetahuinya dan yang baru mengalami dunia berkeluarga seperti diri ini. Artikel ini juga dipetik dari blog lain, namun blog tersebut penuh dengan gambar-gambar yang tidak senonoh. Oleh demikian, saya akan post kan artikel tersebut di sini sahaja. Di bawah adalah pertanyan dan jawapan bagi persoalan yang telah saya maklumkan sebelum ini.

Hukum berpuasa tidak mandi wajib

Assalamualaikum

Ustaz, adakah sah puasa seseorang sekiranya dia masih belum mandi wajib sehingga terbenam matahari??

Assalamualaikum,Ustaz.

Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ 

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.

Ummu Salamah menjawab :-


كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )

Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news