Namun yang penting di sini, kini saya sudah sebelah kaki ke DUNIA BARU. Apa itu dunia baru saya? Dunia dimana saya menjalani kehidupan yang lebih pentingkan kesihatan badan dan minda (cara berfikiran). Juga ke arah kehidupan yang lebih harmoni. Mahu hidup ini rasa lebih FUN bersama keluarga tercinta. Tidak dilupakan, dapat lebih rapat dengan yang Maha Esa.
Kalau kita ingin lakukan sesuatu yang kearah kebaikan, mesti ada halangannya, itu la ini la...... hati kita sahaja mahu tahan. Kalau ikutkan hati, semua yang baik2 tu tidak akan terjadi... tidak akan ada sesuatu yang baik akan datang jika kita tidak berusaha! Kita ingin sihat, kita usaha dari segi pemakanan kita. Kita ingin cantik! kita usaha untuk mencantikkan diri kita. Kita ingin mendapat yang pertama dalam kelas, kita perlu bertungkus lumus belajar, fokus apa yang diajar dalam kelas, cari informasi di library dan internet. Kita ingin kaya, kita perlu berusaha mendapatkan wang (perlu cari dengan cara yang halal, kerana rezeki yang halal membawa keberkatan, tanpa keberkatan hati tidak tenteram).
Mari kita berfikir sejenak, besok kita mahu kita ini menjadi orang yang bagaimana? adakah kita ingin sesuatu yang sama sahaja seperti hari ini atau ingin sesuatu yang lebih baik lagi. Berfikir lah secara positif untuk mendapat hasil yang lebih positif. Percaya pada diri kita untuk mencapai matlamat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan