sekarang banyak informasi boleh kita cari melalui internet, hanya perlu taip banyakkan air susu badan. Di sini saya ingin kongsikan bersama anda kenapa air susu jadi sikit.
Punca-punca air susu sedikit.
- Kekurangan air dalam badan - ini adalah perkara utama yang perlu kita atasi, biarlah kita balik-balik ketandas, asalkan air dalam badan kita mencukupi untuk menghasilkan air susu untuk si manja.
- Keletihan - Semestinya selepas melahirkan anak, badan kita rasa teramat letih. Di mana darah nifas ( darah lepas beranak) keluar dengan banyaknya, tenaga semasa mengeluarkan si bayi telah digunakan sepenuhnya, kekurangan jumlah darah dalam badan dll. Oleh itu ketika berpantang perlu ada penolong atau mengambil sebrang penambah tenaga.
- Vitamin dalam badan berkurangan - Apabila darah keluar dari dalam badan maka vitamin-vitamin juga ikut serta. Pengambilan protin yang banyak amat diperlukan untuk cover balik yang terbuang dan memekatkan air susu untuk santapan si manja. Multi vitamin dan vitamin c juga diperlukan untuk mengekalkan dan meningkatkan sistem imun dalam badan kita dan menyalurkan ke bayi kita melalui air susu.
- Stress - Siapa yang tidak stress selepas melahirkan. Di sana anda perlu menguruskan diri anda, anak anda, suami anda, rumah anda, keluarga anda yang lain. Jika ada diantara mereka yang menolong dan boleh meringankan beban kita sudah tentu hati kita senang dan tidak perlu fikir banyak hanya perlu tumpukan ke arah si bayi. Tapi jika semuanya bergantung kepada kita, apakah kejadiannya? Di sini orang sekelilingnya perlu peka untuk membantu si ibu, apatah lagi jika si ibu baru.
- Penghadaman tidak baik - Sistem penghadaman akan berkurang kerana kekurangan enzim yang memproses makanan di dalam perut dan tenaga banyak digunakan di untuk pergerakan. Penghadaman yang baik akan memproses makanan yang diambil untuk menambah vitamin dan kandungan air susu badan kita. Oleh itu, pengambilan makanan tambahan diperlukan, bukan sahaja untuk menambah vitamin dalam badan malah untuk melancarkan sistem penghadaman dalam badan.
Anda juga boleh bertanya dengan saya untuk mendapatkan konsultasi.
Pena by Fie Norhafizah Ahr (FB)
Si ibu full breastfeeding 2nd child
Tiada ulasan:
Catat Ulasan