Bismillahir Rahmaan Nirrahiim
Ayat Kursi |
Adakah anda selalu membaca Al-Quran Al-Karim, syukur lah jika anda selalu mendekati Allah s.w.t dengan membaca kitab-Nya.
Adakah anda jarang mendekati-Nya, dan apabila anda membaca Ayat Kursi ini atau ayat-ayat Al-Quran yang lain anda akan menguap?? kenapa ianya terjadi. Tidakkah anda terfikir bahawa anda sudah lama tidak mendekati-Nya. Setelah sekian lama syaitan itu terperuk di dalam badan, tiba-tiba anda hujani mereka dengan membaca Ayat Kursi di atas. Maka syaitan-syaitan itu pun kepanasan dan ingin keluar dari badan. Dengan itu terjadinya kelakuan yang tidak menyenangkan dan tidak beradab di depan orang, iaitu "menguap". Itu baru sekali anda membaca ayat tersebut, macam mana pula jikalau anda membaca ayat-ayat yang lain. Mungkin setiap hari, kalau boleh setiap masa. Syaitan-syaitan yang bermaharajalela di dalam badan pun keluar meninggalkan kita, yang ada hanya malaikat pencatit segala keburukan dan kebaikan kita. Boleh kah kita melakukan sedemikian, insyallah, semua itu atas usaha diri kita sendiri bukan...
Rajin-rajinlah membaca Ayat kursi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan