"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Bila kah kesuburan anda?

Anda sudah berkahwin dan inginkan anak yang comel.. namun segala usaha yang anda lakukan tidak berhasil.. kata orang kesuburan selepas 10 hari habisnya haid, namun ada juga yang mengatakan 7 hari. Mungkin betul bagi diri mereka, tapi bagi diri kita adakah boleh terima. Apa yang anda perlu lakukan ikuti sahaja cadangan mereka. Jika masih lagi tidak berhasil cuba anda lakukan test ini melalui internet, anda boleh klik link ini untuk melakukannya, test anda <<< link untuk anda. Gambar di bawah adalah contoh bagi keputusan setelah anda memasukkan hari terakhir anda habis haid.


* Selamat mencuba pada isteri dan bakal ibu-ibu :)

Salahkah aku?

Hari semakin tua, status sudah bertukar... namun kenapa kehidupan masih seperti yang dahulu, kenapa kehidupan seharian masih tetap sama? adakah aku yang salah tidak membimbingmu? 

oh tidak! wanita bukan sebagai pembimbing, wanita hanya lah sebagai penasihat dan pengingat. Namun, mulut ini bagai tebal mahu katakan perkara yang sama. 

Kemudian bila di bicarakan, kenapa perlu diulang kata katanya. Aku tahulah jangan di ulang lagi, katanya lagi.

Namun saban hari mata ini melihat hati pula terasa sakitnya. Lagi parah bila orang lain melihat tidak lupa ditegur. 

Apakah yang harus aku lakukan... adakah sekadar duduk diam memendam rasa??

Penenang hati yang mujarab

Hati jadi tak tentu? hati kacau? fikiran tak dapat berfikir secara rasional? mungkin tips ini boleh membantu anda... tips ini bukan dari melodi yang selalu di dengar di mana-mana radio atau pun sesuatu perbuatan seperti termenung, bersenam atau menangis. Tips ini juga pengalaman saya dan ianya berkesan.

Tips ini senang sahaja. Pernahkah anda mendengar atau mengalunkan Zikir Munajat? kalau pernah itu lah tipsnya. anda hanya perlu mengalunkan zikir tersebut ketika anda rasa tidak tentu arah, dalam kesedihan, dalam kemarahan, kalau boleh dalam kegembiraan yang melampau juga boleh. Ini kerana dalam kegembiraan melampau seperti mendapat hadiah atau mendapat berita gembira yang mengejutkan anda, ia akan membawa kepada kealpaan.

Bagaimana anda mengalunkan? dan apakah itu Zikir Munajat? anda boleh alunkan ketika anda sedang merehatkan diri atau sedang melakukan kerja-kerja ringan yang tidak memerlukan pengiraan atau mengingati sesuatu atau dalam pembelajaran. Sesetengah orang boleh, tapi sesetengah orang akan menjejaskan penerimaan. Apa itu Zikir Munajat? zikir itu adalah ayat-ayat yang memuji Allah s.w.t dan rasulnya. Dan ianya satu doa keampunan dan doa berterima kasih kepada Allah s.w.t. Di bawah adalah antara contoh Zikir Munajat yang kita boleh gunakan.


Zikir Munajat ini telah saya amalkan sejak di sekolah menengah lagi dan ianya mempunyai cerita tersendiri. Ya, cerita ini mungkin akan menyeramkan anda. Cerita ini berlaku pada sekolah berasrama penuh yang saya diami, ianya bermula setelah sekolah kami berpindah ke bangunan baru yang lebih luas dan terpinggir dari pekan. Baru beberapa bulan pindah, terjadi suatu kejadian, kalau setakat kena rasuk dan histeria tu perkara biasa bagi penghuni asrama ini apa lagi asrama puteri. Namun kejadian ini menggemparkan sekolah-sekolah jenis berasrama penuh, kejadian ini melibatkan kekuasaan Allah s.w.t, seperti mencabar kuasa yang ada pada Tuhan. Pada mulanya saya tidak percaya cerita mereka, cerita kononnya jin makhluk yang kita tidak nampak dengan mata kasar ini ingin menghamilkan penghuni asrama. Memang seram, tapi saya yang tidak pernah alami kerasukan atau histeria ini tidak percaya. Namun saya turuti juga arahan dari Ustazah dan Ustaz yang ada di sekolah tersebut. Kami terpaksa bermalam di surau sekolah selama 3 malam, pada siangnya kami akan balik ke asrama dan bersekolah seperti biasa. Namun malamnya akan bermalam di surau bersama lelaki yang hanya di pisahkan dengan langsir kain. Dalam masa yang sama kami akan membacakan Surah Yaasin dan Zikir Munajat ini sehingga jam 12 tengah malam, setelah itu boleh lah kami melelap kan mata. Ada diantara pelajar masih berjaga dan ada yang terlelap dalam telekung. Keadaan ketika itu memang amat menyeramkan, tambah lagi kerasukan dan histeria dua tiga orang, termasuk lelaki. Begitulah kisahnya sehingga ketiga harinya, setelah itu kehidupan berasrama berjalan seperti biasa seperti tiada perkara yang berlaku.

Dalam saya bercerita, terbayang jelas keadaan masa itu. Biarlah ianya menjadi kenangan bagi yang mengalaminya dan menguatkan iman yang merasainya.

Kisah lelaki

Suatu hari saya beli majalah wanita.. baca-baca... terbaca hal lelaki, hmmm baik baca mungkin berguna ni.. setelah saya baca, ingin bacakan untuk suami, so kelmarin semasa dalam kereta dengan gurau senda saya bacakan untuknya... apa yang saya bacakan????


  • Ejakulasi cepat/awal ketika melakukan persetubuhan menyebabkan sperma tidak matang.
  • Pemakanan yang tidak seimbang melemahkan dan mengurangkan pembiakan sperma.
  • Pemakaian sempit mengurangkan pembiakan sperma.
  • Kerap melakukan persetubuhan contohnya setiap hari atau dua hari sekali melemahkan sperma dan ianya tidak matang.
Mungkin ini antara penyebab kenapa belum hamil lagi hihi... mungkin suami isteri yang berkahwin dan belum punya anak punyai masalah yang sama. Oleh itu, mari lah kita berubah untuk mencapai hasrat kita.

Belajar bahasa dusun..

Mari kita belajar bahasa kita sendiri.. Bahasa Dusun antara bahasa rakyat Sabah..
Anda yang lain boleh juga belajar bersama...

Bulan dalam bahasa Dusun

  • Januari   = Milatok
  • Februari  = Mansak
  • Mac   = Gomot
  • April    = Ngiop
  • Mai   = Mikat
  • Jun   = Lumahas
  • Julai     = Madas
  • Ogos   = Magus
  • September   = Manom
  • Oktober    = Gumas
  • November   = Milau
  • Disember   = Momuhau

Di katakan bulan dalam bahasa dusun tersebut mengikut masa mereka menanam padi, bila padi itu di tanam, bila ianya masak dan bila mereka memproses padi ke beras dan seterusnya kepada minuman yang bernama tuak ...


Di bawah pula hari dalam bahasa dusun

  • Ahad   = Tiwang
  • Isnin   = Tontolu
  • Selasa  = Madsa
  • Rabu = Tadtaru
  • Khamis   = Kurudu
  • Jumaat   = Mirod
  • Sabtu  = Kukuak
Untuk hari pula saya tidak mengetahui namanya sempena apa.. hehe...
Harap info ini boleh meningkatkan lagi pengetahuan kita dalam pembelajaran bahasa dusun :)

SiHat ItU BaHaGia: Kempiskan perut mu

SiHat ItU BaHaGia: Kempiskan perut mu: Mahu kempiskan perut anda yang buncit.. saya ada tips yang senang... anda hanya perlu beli nestum original seperti gambar di atas dan di ...

Kemerdekaan Negeri Sabah

Dalam sejarah hidup saya.. inilah pertama kali saya melihat gambar ini.. bukan di Buku Sejarah tetapi melalui laman sosial FACEBOOK.. gambar ini mengatakan ketika ini lah KEMERDEKAAN NEGERI SABAH.. pada tanggal 31hb OGOS 1963... ada khabar mengatakan Sabah merdeka ketika gabungan dengan Malaya pada 16hb September 1963, tapi gambar ini adalah bukti Sabah mempunyai hari kemerdekaan sendiri.. Namun kita belum mengetahui secara keseluruhan cerita yang sebenar... bolehkah pengkaji sejarah Sabah menyebarkan perkara ini supaya tidak di salah anggap oleh rakyat Sabah terutamanya yang kurang dalam hal ehwal Sabah.. dan tidak di pertikaikan di dalam politik...

Siapakah anda?

Different between Boss and Leader

Boss............Leader

Drives Employees..............Coaches them

Depends on authority.................On goodwill

Inspires fear............Generates enthusiasm

Says "I"..........Says "WE"

Places blame for the breakdown.............Fixes the breakdown

Knows how it is done...........Shows how it is done

Uses people...........Develops people

Takes credit..........Gives credit

Commands.................Asks

Says "GO"...............Says "LET'S GO"

Hujung minggu yang kurang sibuk

Assalamualaikum ku mulakan bicara hehe...

Apa aktiviti hujung minggu kamu yang lalu???

Boring, meriah atau mempunyai kenangan tertentu.. yang boleh di kenang :)

Kalau saya pula...

Pada petang hari jumaat lepas dari kerja.. balik kampung Tamparuli.. sampai di kampung sudah jam 8 malam huh!!!!! penat lah plak....

Siang sabtu.. cuci kain di kampung..kemas2 rumah... tengahari mandi sebab rasa betul2 tidak selesa.. petangnya melihat pasukan bola sepak Kg. Kiwoi berjersi hijau bermain di padang sekolah cina...di kalahkan 10-3 oh tidak!!! selepas tu pergi ke Kota Kinabalu.. hanya untuk makan sup kaki ayam dekat KK Plaza.. hmm husband yang mahu makan ni :P pastu balik Tamparuli...

Hari ahad.. pagi jam 8 bertolak pergi memancing di Tanjung Badak.. jam 1 petang balik Tamparuli.. makan tengahari.. tidur depan TV.. aduiiii inda sopan tul tapi.. amat selesa hehe... nasib rumah sendiri dan tiada orang datang ke rumah :) ... kira-kira jam 5 petang bertolak ke Kota Kinabalu balik Petagas.. singgah Rohayu Cafe makan tom yam... sampai jak rumah lepas mandi.. tidur time....

Itu la kisahnya.....

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news