Cerita burger ni bermula apabila ada kedai burger baru dibuka.. dan burgernya ini lebih unik dari Burger Giant, mungkin ilham dorang buat burger tu dari Burger Giant tu juga dan daging sate yang dibakar.. namanya pun pelik Burger Bakar hihi.... Sapa mau cuba boleh lah datang di Tanjung Aru Plaza Food Court.. mereka mula beroperasi dari jam 5:30 ke tengah malam. Ketika bersantap malam bersama suami tercinta di Food Court sana, kami ternampak dan ingin mencuba, tapi masa tu dah kenyang dan kami akan kembali suatu hari nanti..
Semalam, saya membawa si tercinta pergi shoping di Servay Putatan, mau tambah point la kan hihi... oleh kerana siang tadi sudah makan di KFC (order menu baru lagi tu).. kami masih kenyang lagi... selesai sahaja shoping kira-kira jam 9 malam... si sayang pun berasa lapar... mungkin demam dia belum sembuh lagi... , so kami order 1 wafle coklat ..oleh kerana ada perkara urgent perlu diuruskan, kami membatalkan lah order tersebut. Maka kami pun rushing untuk menunaikan perkara yang amat mustahak... sambil-sambil kami order Burger Ramli yang ada berdekatan (di Kg. Petagas, dekat dengan masjid).. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami, penjual tu kata,"Sorry kak, roti dah habis.." oh no!!!!.... nak cari mana lagi ni, si abang pula kurang sihat, dan seleranya hanya pada burger..... Setelah selesai urusan, kami pun menuju ke Tanjung Aru Plaza, nak tunaikan hasrat lama dan keinginan si abang. Kami pun meng-order di pondok khas, bayar dan diberikan nombor pesanan.. Setelah menunggu 2-3 minit maka sampailah pesanan yang unik hihihi (sila lihat gambar).. bersantaplah kami dengan Bismillah...
Burger Bakar - Double + telur + bacon + cheese |