Ribuan terima kasih kerana menerima saya sebagai ahli Shaklee yang sah dan juga terima kasih kepada my master, my idols and my cousin Abby Misaha kerana menjadikan saya sebagai cucu cicit anda. Kepada my head and my cousin juga Hanidah Abin saya telah menjadi ekor anda sekarang ini hiiiiiiiii
Shaklee? MLM? memang sekarang banyak perniagaan seperti ini. Sebelum ini pun saya ada ikut satu program perniagaan, namanya MyFirst. Perniagaan ini dikenalkan dari mak saya, tapi saya tidak bergiat aktif masa dulu-dulu, yang saya tahu beli barang saja, tu pun tidak ikut piawaian target untuk dapatkan bonus. Kalau ikutkan, memang malas mau ikut-ikut berniaga dengan cara ini, tapi kerana kos untuk teruskan hidup sekarang ini tinggi, saya pun tidak melepaskan peluang yang ada. Kalau boleh, berjaya seperti master saya tu hiiiiii...... amin........
Hari ini adalah hari pertama kali membuka langkah ke branch Shaklee Iramanis. Orang bilang setapak anda kedepan akan membuahkan hasil yang positif kan. Apabila anda memulakan sesuatu yang tidak pernah anda lakukan, akan memberikan anda semangat dan jalan untuk ke arah tuju yang anda ingin capai. Betul kan! cuba anda kata, anda mahu ke shopping mall, atau ke pasar atau paling dekat kedai depan rumah. Anda mahu beli barang atau ingin sesuatu untuk di makan, kalau anda tidak melangkah atau bangun atau bersiap-siap, pasti anda tidak akan sampai ke kedai tersebut kan.
Sekarang adalah hari baru untuk saya, untuk mencapai kejayaan yang pasti. Bulan Jun ini pun sudah saya tetapkan target, di mana saya perlu capai peringkat pertama untuk dapatkan bonus... insyallah... saya berharap sangat, sebab bukan mudah mendapat sesuatu jika tiada usaha. Orang kata Usaha+Tawakal+Doa diperlukan setiap perkara yang ingin kita capai.
Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan!