"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Gerhana Bulan 8th Oktober 2014

Sebentar tadi office mate tanya di mana boleh nampak gerhana berdarah ni? Eh gerhana lagi ka? bukan sudah ka yang awal tahun hari tu? saya dengan pantasnya cek google... ya ramai yang post entry akan berlaku hari ni.. malam ni.. starting petang la... 

Di Sabah, di manakah tempat sight seeing untuk nampak dengan jelas fenomena ini?
- Pertama - tempat  yang lapang la... tidak dilindungi oleh bangunan tinggi2 dan pokok2..
- Kedua - tempat yang tinggi dari tempat lain... seperti puncak bukit.. menara2...
- Ketiga - tempat tengok anak bulan syawal (tengok anak bulan hari raya)...



Bagaimana Gerhana Bulan Terjadi?



Gerhana bulan terjadi apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya

Jenis Gerhana Bulan



Gerhana bulan penuh - Pada gerhana ini, bulan akan tepat berada pada daerah umbra.

Gerhana bulan sebahagian - Pada gerhana ini, tidak seluruh bahagian bulan terhalang dari Matahari oleh bumi. Sedangkan sebahagian permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra. Sehingga masih ada sebagian sinar Matahari yang sampai ke permukaan bulan.

Gerhana bulan penumbra - Pada gerhana ini, seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra. Sehingga bulan masih dapat terlihat dengan warna yang suram.

Gerhana Bulan pada 8 Oktober 2014




Berikut maklumat mengenai gerhana bulan tersebut:

Gerhana Penumbra bermula                  :           4.15 petang
Gerhana Bulan Penuh bermula               :           6.25 petang
Kemuncak Gerhana Penuh                     :           6.55 petang
Gerhana Bulan Penuh tamat                   :           7.23 malam
Gerhana Bulan Penuh tamat (umbra)      :           8.34 malam
Gerhana Penumbra tamat                      :           9.33 malam

Solat Sunat Gerhana

Sebagai seorang Muslim, apa yang kita boleh lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Seluruh umat Islam adalah digalakkan (sunat muakkad) menunaikan solat sunat gerhana beserta khutbah gerhana di antara jam 7.30 malam hingga 8.34 malam. Selain itu, kita juga digalakkan untuk bersedekah dan berzikir.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bacaan bagi gerhana bulan juga hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Solat gerhana bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

(Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua).

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Cara Solat Sunat Gerhana

1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
 " الص ـلة جامـ عة " 
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana:
    Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya)

CATATAN :
  1. Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
  2. Tidak perlu Iqamah cukup sekadar ucapan: " الص ـلة جامـ عة "
  3. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
  4. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر)
  5. Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news