"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Bingung

Katanya rindu. Tapi rindu pada orang dia. Rindu pada tanah dia. Bosan tinggal di sini. 

Ya, memang bosan jika tidak mahu berkawan. Dengan anak dihalau. Apalagi dengan membantu dan cucu. Sebelum dihalau, dihina dahulu, sakitkan hati. Siapa yang mahu dekat.

Sebenarnya, dia rasa sunyi. Tiada teman. Tapi suka sakitkan hati orang lain. Bangun terlalu awal. Jam 12 - 1 malam. Sampai ke pagi keseorangan di ruang tamu. Jam 4 pagi sudah hesteria. Mengamuk. Fikir macam-macam. 

Kesihan memang. Tapi sangat sakit hati. Itu memang perangai dia dari kecil. Saya tidak dapat terima. Ya, siapa yang suka dibuli. Dibuli dirumah tempat berlindung. 

Bila saya diam, tulikan telinga, tapi kata-kata dia tu sangat menusuk di hati. Boleh lah lagi keluar senyuman. Tidak. Apa lagi kalau 24 jam tinggal sebumbung. Jika bumbung beratus meter berlainan, saya tak kisah pun dibuli kalau jumpa. Sebab ditengah jalan boleh tinggalkan mana-mana ingatan dan emosi tu.

Saya bingung. Jaga hati orang, hati saya yang merana. Jaga hati sendiri, tetap fikir pasal hati orang. 

Buat baik, bukannya saya nak dibalas baik. Tapi jangan buat jahat. Sebab saya juga 


Trauma

Dari jam 4 pagi dengar bising di ruang tamu. Tidur pun tidak lena. Sekejap bangun sekejap terlelap. Rasa risau. Risau yang amat.

Sekarang hampir jam 6 pagi. Hati ni makin rasa risau. Sarapan pagi? Macamana mahu masak dengan hati yang tenang. Pelbagai kata yang didengar. Rasa lemas dan lemah.

Perangai maknya menjadi-jadi. Maki, cemuh, pentingkan diri. Berpura-pura, talam dua muka. Depan anaknya, baik. Tapi bila saya atau anak-anak di rumah, macam-macam dia cakap. 

Saya diamkan diri, diherdik sampai ke muka. Saya tulikan telinga, hati ini sakit bagai dihiris. Lebih baik saya hiris badan hilangkan kesakitan hati. Sakit di hati bekasnya memakan diri. Luka di badan bekasnya kelihatan jelas. 

Anaknya tidak faham situasi. Tidak faham perasaan hati ini. Dia tegur maknya sekejap. Tidak selesaikan masalah. Kemudian tinggalkan diri ini ditindas. Dimaki. Dihina.

Saya tahu dia kerja. Tapi tenangkah bekerja jika saya ditindas dirimah ini? Maybe ya, tenang. Sebab saya tidak disayang pun. Sebab dia pun menindas diri saya juga. Dari kata dia yang keluar mulut selalu tidak fikir perasaan ini. Dia hanya fikir dia saja.




Tidak tahu siapa yang salah.

Kami sekeluarga berusaha untuk menjaga MIL. Makan dan ubat dia. Pakaian dan rumah, bilik dia, MIL gajikan orang buat. 

MIL jenis orang tidak puas hati apa yang orang lain buat. Kalau boleh dia yang nak buat sendiri. Tapi kudrat dah tidak larat.

MIL juga tidak mahu dengar cakap orang lain. Cakap dia sahaja dia mahu kena dengar. Walaupun dia pakai alat pendengaran, tapi nasihat dan fakta dari orang lain dia tidak mahu dengar.

Sedangkan doktor pun dia cakap buruk, bukan depan doktor, cakap dengan kami. Apalagi kalau anaknya yang bercakap, di bidas balik anak derhaka.

Derhaka kah kalau ubat dijaga. Baru saja makan ubat, diminta. Cakap sudah makan ubat, tidak boleh lagi, bengkak kaki. Di cakap anak derhaka tidak beri ubat. Cakap kaki bengkak bukan sebab ubat.

MIL sudah mencecah umur 76 tahun. Organ dalaman badan kurang berfungsi. Tapi bila diberitahu, dia tidak terima cakap dan nasihat. Dibidas balik dengan kata kesat.

Ya kami bersabar. Sentiasa dalam kesabaran. Tapi kami juga manusia yang kekurangan. Kesabaran kami ada limitnya. Bila saat sabar kami hilang, BOM nuklear meletup di rumah ni. Jiran sebelah rumah yang jauhnya hanya sekali dua pun dengar.

Pernah jiran tanya, siapa yang gaduh tu. Keras betul suara. Teriak macam hesteria. Saya nak meluah, tak boleh. Itu aib rumah ni. Saya cakap mungkin rumah belakang. Kesihan orang rumah belakang, tidak tahu menahu. 

MIL juga seorang yang sangat suka duit. Tak suka memberi. Bila memberi dia akan mengungkit. Anaknya minta duit beli ubat dan makanan. MIL bising. Kalau bukan kerana repair kereta, husband tidak juga minta duit dengan maknya. 

MIL pernah kena scammer disebabkan perangai suka duit dan tidak suka terima nasihat. 1k lebih lesap begitu sahaja. Buat laporan polis? Apa guna. Duit bukan boleh dapat balik. Malu ya. Salah siapa? Sendiri. Tidak terima nasihat and stubborn. 

MIL juga think highly of her self. Semua orang below her. Sedangkan doktor dia boleh cakap, keluarga saya ada doktor tidak pun begini. Ya, in what specialist of them. 

Speaking in english, macam kami ni orang bodoh tidak faham apa yang dia cakap. Kami cuma hilang confident diri disebabkan kata-kata dia. Bertahun tinggal bersama MIL, jati diri kami makin menghilang. Kami dibuli setiap masa.

Jika saya memasak, pasti ingat MIL. Boleh makan kah. Suka makan kah. Apalagi Jika nak duduk dalam rumah ni. Dalam bilik tidur pun tidak senang hati. 

Aturan masa dan tempat MIL yang atur. Saya atur? Kejap lagi melenting lah MIL tu. Saya bangun awal pagi. Jam 4. MIL lagi awal jam 1-2 pagi. Nak bersihkan rumah, cakap tidak perlu, ada amah dia. Tapi cakap saya ni pengotor.

Ya Allah...bantulah hamba Mu ini selesaikan masalah. Saya sudah tidak dapat menahan jiwa ini yang sakit.

Saya tidak mahu terbuat dosa dengan MIL yang sakit.

Pembuli dan Pembohong

"mama..... tadi nenek minta telephone dia. Sudah Irfan bagi. Tapi nenek cakap, keluar kamu dari rumah ni. Ada nenek cakap 'bustard' lagi."

Saya yang sedang masak bubur ubi untuk dia makan, naik darah terus.

Saya tidak suka anak kena cakap begitu. Saya pun tidak cakap, apalagi kalau perkataan b*d*h, memang saya akan marah.

Cakap lah dengan saya, tapi jangan sesekali depan anak saya. Saya tidak mahu mereka cakap yang tidak baik.

Bila nenek tu minta maaf, tapi cakap main-main saja, cakap dia yang keluar rumah, mahu jual ni rumah.

Saya dan anak sudah terluka dengan cakap dia. Ya it's heal. Tapi bekas masih ada. 

Ditoreh lagi bekas luka tu. Makin lah sakit. Makin dalam luka. Makin lah tidak dapat sembuh tu luka.

Datang anaknya. Nenek tu cakap, Irfan yang salah, tidak mahu tolong ambilkan telephone. Irfan ada cakap dengan nenek, suruh ambil sendiri. Konon.

Bila tanya Irfan. Tiada Irfan cakap apa-apa.

Biar lah saya saja yang stress dengan nenek tu. Jangan Irfan yang stress. Dia masih muda. Dia belum tahu nak release stress.

Kesihan Irfan.


Sakit Menyakiti

Saya tidak tahu, antara Saya atau MIL, siapa yang sepatutnya perlu jumpa dengan pakar jiwa. Atau kami berdua yang perlu di runding dengan pakar psikiatri.

Tak tahu lah. Hanya mereka yang pakar saja yang tahu.

MIL sememangnya tidak suka saya. Dia cakap suka sebab dia tidak mahu ditinggalkan seorang diri. Di dalam hatinya dia simpan ketidak sukaan pada saya. 

Saya pula, ketidak selesaan dengan MIL. Banyak kali hati ini disakiti olehnya, ditambah dengan perangai husband yang buta nak support bagaimana dan siapa.

Bila saya sakit, pastinya muka tak bermaya. Melayan pun sekadar kudrat yang ada. Bukan sorang perlu dilayan, anak dan laki lagi. Walaupun sakit, saya tahan sendiri. Saya rasa sakiti badan sendiri buat saya rasa ada suatu kepuasan.

Tapi bila saya sakit, sebelum ni MIL akan cakap tak tentu dan hina saya. Macam saya seorang yang hina sangat di mata dia. Dia banggakan diri dia yang educated. Tapi less in attitude. Kali ni, dia tahan nak cakap semua tu, dia pendant, sebab dia tahu bila dia cakap, saya akan lari dari ni rumah. 

Itu yang saya pernah buat sekali. Untuk tunaikan permintaan MIL yang selalu cakap nak halau saya. Tapi masa tu dia cakap bila Saya dan anak di rumah. Anaknya di tempat kerja. Beberapa kali ni bila dia nak cakap jual rumah, ertinya dia tidak mahu saya tinggal dengan dia, saya ugut nak keluar rumah. MIL stop.

Bila saya mula sihat. Badan rasa segar. Muka nampak ceria. Perangai lama MIL datang kembali. Bila anaknya kerja, dia cakap nak jual rumah ni, cakap kita ni bustard. Kenapa tidak cakap semasa ada anaknya. Hairan kan. Dan saya ugut seperti biasa, nak keluar dari rumah ni.

MIL minta maaf. Risau saya tinggalkan dia seorang. Ok lah. Dimaafkan. Tapi...

Belum keluar kata maaf, MIL cakap dia saja nak main cakap dia nak jual ni rumah. Tersentap hati saya. Sakit. Rasa sakit sangat. Geram. Nak marah. Tapi tak boleh nak keluarkan kemarahaan pada orang tua. Nak tuju kemarahan tu pada siapa?

Marah pada diri sendiri. Masih bersama orang yang sakiti hati ni. Segaja masuk dalam kandang harimau yang kelaparan.

Marah pada diri. Pukul diri sendiri seperti monyet Kong kemarahan. Semakin MIL bercakap, makin meluap kemarahan, makin nak pukul diri. Sekarang dah malam rasa kesakitan bekas memukul diri.

Tidak tahu nak cakap dengan siapa. Cakap dengan laki, selalu sangat ada balasannya. Bukannya nak support or comfort. Rasa sedih sangat. Nak cakap dengan keluarga, dorang pun ada masalah tak nak ganggu atau libatkan mereka.

Kalau seorang pakar jiwa baca statement saya ni, saya yang perlu jumpa mereka bukannya MIL. Sebab bagi mereka MIL ni berkelakuan okay sahaja, tapi bagi saya tidak.

MIL seorang yang tidak suka bergaul sama orang, tidak suka jumpa orang yang dia tidak suka, bukan standard dia. MIL fikir dia high standard, dari kecil dia dimanjakan. 24 hours dengan amah.

MIL hanya ada 3 beradik dan dia seorang saja perempuan. Of course dimanjakan sangat. Semua yang dia nak, dibagi.

MIL hidup dalam zaman sebelum merdeka. Tapi semasa Sabah dalam perang, MIL di Brunei study dan tinggal bersama keluarga. MIL tidak pernah cerita suasana dalam perang. Ceritanya hanya yang dibanggakan sahaja. Keluarganya yang berduit. 

Bila dalam kesusahan, MIL selalu lepaskan kemarahannya dengan orang lain. Terutamanya saya. MIL nak, Saya ni ikut seperti dia. Tidak bercampur dengan orang. Arggg...bercerita pun tak boleh. Dengan jiran atau sepupu perempuan sebelah laki pun tak boleh. Apalagi jika saya balik kampung, banyak dicakapkannya. Tuduh saya ni burukkan MIL dengan keluarga sana. Allahu...

Saya pun buntu. Dengan siapa saya nak lepaskan rasa amarah, sedih, geram, kecewa, rindu. Semua perasaan ni makin hilang dalam diri. Saya risau saya hilang harga diri suatu hari nanti.

Ya Allah...bantulah hambamu ini.

Tanda-tanda

Bila saya sudah berumur, perkara utama yang Saya akan lakukan ialah menambah pahala. Semoga akan dipanjangkan umur. Biarlah anak boleh berdikari. 

Kerana masa muda, banyak ibadah yang ditinggalkan. Banyak masa digunakan untuk orang lain. 

Masa itu nanti, solat taubat, tahajjud akan saya lakukan tanpa henti. Qodo ibadah yang telah banyak tertinggal. Semoga saya di ingatkan waktu itu.

Perkara kedua ialah keluarga. Keluarga juga sumber pahala nanti. Selagi kita hidup, kita boleh ingat mengingati, nasihat menasihati sesama keluarga. 

Kalau bukan keluarga, siapa lagi. Tak kan orang luar. Rasa malu menebal kan nanti.

Tapi masa tu kita tak dapat paksa. Hanya tunjukkan dan nasihatkan saja. Sepatutnya, masa mereka membesarkan kita perlu tunjuk, ajar, paksa, anak buat ibadah.

Paksa, bukan sampai nak tanam benci. Paksa untuk mereka rasa ibadah itu rutin harian mereka. Bila sudah jadi rutin, mereka sendiri akan rasa kosong bila tak beribadah.

Ketiga, silaturrahim. Dunia perhubungan. Tak perlu jauh. Hanya jiran. Hanya dikalangan keluarga besar saja. Tidak perlu lah 1 Dunia tahu siapa kita.

Kenapa perlu silaturrahim?
Bila sampai masa nyawa kita diambil. Waktu itu kita perlukan kudrat mereka.
Kita dimandikan oleh saudara perempuan.
Kita juga dikafankan.
Di sembahyangkan oleh jiran tetangga.
Digali kubur kita oleh saudara lelaki.
Diangkat dan ditanam.

Kita tidak tahu bila tiba masa itu.
Hanya dapat memohon kepada Yang Maha Berkuasa Allah swt. Mohon dipanjangkan umur untuk dapat beribadah kepadaMu Ya Allah Ya TuhanKu.

Aamiin Ya Rabbal Aalaamiin
🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲

Diari bersama MIL

Mentua. Umurnya hampir mencecah 80. Kudratnya tidak macam dulu lagi. Hanya mampu berjalan dari bilik ke tempat duduknya berulang alik. Sehari berkali-kali, tak terkira. Bayangkan, dalam masa saya menyiapkan untuk hidangkan makanan untuk mama, sempat mama keluar masuk bilik 2 kali.

Kudratnya dan perangai tidak seiring. Kudratnya perlukan bantuan dari orang lain. Siapa nak bantu selain saya. Adalah amah yang tolong bersihkan dan cuci kain dia. Tapi hanya sekejap saja di rumah. Kenapa dia ada amah? Sebab dia tidak percayakan orang lain urus ikut kemahuan dia. Amah dia pun selalu dimarahi oleh mama. Nasib baik amah ni bertahan dengan perangai majikan dia sorang ni. Terima kasih kak.

Kerana perangai mama yang tidak mempercayai orang ini, segala pertolongan dan nasihat dari anaknya dan menantunya dia tak hiraukan. Cakap amah tu pun dia tahan hati saja, kena paksa mandi sedangkan dia tidak mahu mandi. 

Mama akan cepat membenci orang jika cakap dia tidak dituruti. Sedangkan apa yang dia cakap tidak selalu betul. Bayangkan, baru diberi ubat, dia nak ubat lagi. Bila cakap sudah diberi makan, tidak percaya. Tapi kadang dia akan cakap, kami ni mahu kasi mati dia beri makan ubat banyak kali. 

Saya pun dalam dilema dengan perangai dan keadaan dia ni. Nak tolong, mama tidak mahu terima bantuan. Tak ditolong, kesihan dengan keadaan mama. Saya bingung, saya risau.

Kalau mak saya, sedegil macam mana pun kena urus dan nasihat baik-baik. Bukan untuk ketenangan mak saja, malah untuk ketenangan anak yang mengurus. Kerana bukan dia seorang saja perlu difikirkan. Anak dan laki iaitu anaknya yang sama perangainya perlu diatur juga.

Ya Allah swt, saya mohon kepadaMu yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui. Lembutkan hati mentua saya ini untuk menerima bantuan dan nasihat dari anak dan menantunya.

Aamiin Ya Rabbal Aalaamiin..

My diary with MIL

31st July 2023
Mama mengalami vertigo.
Makan sarapan 2 kali. Saya dan Limah yang hidangkan. Nasi goreng dan burger ayam.
Ubat blood pressure dan pening sudah diberi oleh Pandey anaknya.
Mama sepertinya ada yang tidak puas hati.
Keluar masuk bilik dan hentak pintu.
Katanya panas. Tapi tidak duduk diam2.
Bila mama masuk bilik dia biarkan waterfan ber on.
Bila saya off, dia keluar duduk sana.
Bila diberitahu, bill mahal bayar jika biarkan on. Mama tidak peduli. Sampai tangannya mahu menyubit saya. Rasa panas muka ni.😡
Entah berapa kali off on. Penat saya melayan.😔
Rasa ikhlas, lama sudah hilang. Sebelum ini, langsung saya tidak dihargai. LANGSUNG TIDAK.
Saya on aircond dalam biliknya. Tapi, masih keluar masuk lagi.
Apakah maknanya? Saya cuba untuk memahami walau tiada keikhlasan.

Kali ini mama cakap, biarkan waterfan tu on nanti dia akan keluar lagi. 

Tapi bill letrik akan naik. Aircond dalam biliknya on, waterfan tu pun on juga.

Saya cakap, duduk dulu baru lah saya on waterfan. Dia duduk juga. Tapi tidak lama. Keluar masuk lagi dia.

Saya pula makin bingung.

Jika lapar. Cakap lah. Ada makanan di dapur.

Jam 11 pagi, sebelum saya jalan ambil anak dari sekolah, saya hidang bubur dahulu. 

Hati saya pun rasa tenang. Tidak risau. Tidak banyak fikir. Saya juga sengsara, anxiety coming say hi!

Petang nanti, kami akan berkurung dalam bilik. Bukan tidak mahu melayan mama tu. Penat. Dan tidak dihargai pun apa kami buat. Dihina adalah. Tidak kah hati sakit begitu.

Petang nanti bila saya masak malam, selalu nya dia akan panggil minta itu ini. 

Sekali kau layan, berkali-kali dia akan minta itu ini. Bukan tidak mahu tolong, penat, kerja kau tidak akan siap. Dan bukan dia seorang sahaja perlu dilayan. Semua ahli keluarga minta perhatian.

Kadang rasa marah juga, anaknya ada, anaknya suruh lagi saya atau cucu maknya itu yang layan. Dia anaknya, sibuk dengan HP. Ya, zaman sekarang ni HP jadi TUAN.

Setiap hari keadaan akan begini. Kadang lagi teruk. Tidak boleh kau rasa ada ketenangan.

Mungkin perlu pindah jauh dari dia? Tapi siapa lagi mahu menjaga dia? Siapa?

Dalam keluarga ni, hanya saya saja ada kelapangan.
Harap ada solution lain, untuk kami dapat ketenangan. Saya amat mengharap.


Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news