Kudratnya dan perangai tidak seiring. Kudratnya perlukan bantuan dari orang lain. Siapa nak bantu selain saya. Adalah amah yang tolong bersihkan dan cuci kain dia. Tapi hanya sekejap saja di rumah. Kenapa dia ada amah? Sebab dia tidak percayakan orang lain urus ikut kemahuan dia. Amah dia pun selalu dimarahi oleh mama. Nasib baik amah ni bertahan dengan perangai majikan dia sorang ni. Terima kasih kak.
Kerana perangai mama yang tidak mempercayai orang ini, segala pertolongan dan nasihat dari anaknya dan menantunya dia tak hiraukan. Cakap amah tu pun dia tahan hati saja, kena paksa mandi sedangkan dia tidak mahu mandi.
Mama akan cepat membenci orang jika cakap dia tidak dituruti. Sedangkan apa yang dia cakap tidak selalu betul. Bayangkan, baru diberi ubat, dia nak ubat lagi. Bila cakap sudah diberi makan, tidak percaya. Tapi kadang dia akan cakap, kami ni mahu kasi mati dia beri makan ubat banyak kali.
Saya pun dalam dilema dengan perangai dan keadaan dia ni. Nak tolong, mama tidak mahu terima bantuan. Tak ditolong, kesihan dengan keadaan mama. Saya bingung, saya risau.
Kalau mak saya, sedegil macam mana pun kena urus dan nasihat baik-baik. Bukan untuk ketenangan mak saja, malah untuk ketenangan anak yang mengurus. Kerana bukan dia seorang saja perlu difikirkan. Anak dan laki iaitu anaknya yang sama perangainya perlu diatur juga.
Ya Allah swt, saya mohon kepadaMu yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui. Lembutkan hati mentua saya ini untuk menerima bantuan dan nasihat dari anak dan menantunya.
Aamiin Ya Rabbal Aalaamiin..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan