"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Joging time!!!

Hmmmm dah berapa lama tak update ye....boleh la sebulan kan hehehhe... sejak kebelakangan ni memang sibuk, bukan sibuk kerja, bukan juga sibuk menguruskan sesuatu majlis... tapi sibuk pasal menguruskan diri sendiri. Ya!!! aktiviti terbaru adalah berjoging, tempat? dekat saja dengan tempat kerja.. di Perdana Park Tajung Aru.. setiap petang tapi tak la hari-hari, seperti hari selasa , khamis, dan juga hujung minggu adalah masa berjoging. Jika hari isnin berjoging hari selasa pula rehat heee... jadi la tukang masak kat rumah tu hehe... ok tak nak taip bebanyak jom enjoy dengan gambar-gambar dan video di bawah...
 Sedang berjoging namun sempat lagi ber possing di bawah lampu hehe...

 Hmmmm... dah penat ke... hehe..

 Memang penat pun ......kan dah terlentang...

 Pemandangan senja di Perdana Park...Tanjung Aru...

 Salah satu pemandangan di waktu senja yang indah di Perdana Park Tanjung Aru.

 Penat berjoging singgah sebentar menikmati alam semula jadi ciptaan tuhan.. Subhanallah... sungguh indah..

 Ni kes minta puji plak hehehhehe...

 Tengah joging ka tu.. atau jalan jak hehehhehe...

Hmmm... ni macam berlari tapi macam berjalan juga.......

Dalam Park tersebut ada air pancut yang berlampu dan mengikut alunan lagu... pelbagai lagu di mainkan...
Sila la lihat video di bawah ye untuk tatapan bersama...



p/s: mari la kita beriadah beramai-ramai ya....heee pastu pergi makan di Tanjung Aru  Plaza food court... hehhehe



Lelaki.. Suami... Bapa...

Apakah peranan mereka ini dalam alam semester..dalam sistem kemanusian.. dalam sebuah keluarga... setahu saya tanggungjawap mereka amat lah berat namun ada isteri sebagai penolong.... kadangkala bkan setakat penolong, malah pengganti serba sedikit tanggungjawap mereka ini... Namun yang membuatkan saya nak kongsi sekarang ini baru-baru terdapat berita menyayat hati mengenai mereka terutama yang sudah berkeluarga.. anda boleh lihat terus ke Anak MATI di DERA oleh BAPA tiri dan Bayi 23 hari DILIWAT oleh BAPA. Setelah anda baca tentu banyak komen yang menghukum mereka, sedangkan di laman facebook juga pelbagai cemuhan mereka apalagi anda.

Lawak Istimewa..

Cerita ni saya petik dari Facebook.. alaaa tempat biasa tu... kalau nak tahu di mana... baca cerita-cerita lucu sebelum ini tentu anda dapat melihatnya.. di bawah ini cerita yang membuatkan anda berfikir ke arah lain... Macam mana? baca lah dulu ya heheee...


Lawak Lucu atau Lucah ?

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).
Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di Tahun 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”
Cikgu Murni sudah tidak tahan lagi, lalu membawa Abu ke pejabat GURU BESAR. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada GURU BESAR. GURU BESAR mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di Tahun 4 dan berkelakuan baik.

Abu dibawa masuk ke pejabat GURU BESAR dan Cikgu Murni menerangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

GURU BESAR: Apa 3 x 3?
Abu: 9

GURU BESAR: Apa 6 x 6?
Abu: 36

GURU BESAR terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu GURU BESAR memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di Tahun 6″,

Lalu Cikgu Murni berkata pada GURU BESAR, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. GURU BESAR dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata GURU BESAR terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata GURU BESAR sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
GURU BESAR kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
GURU BESAR semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi GURU BESAR rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras.. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

GURU BESAR menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

p/s : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan GURU BESAR yang mempunyai pemikiran kuning…..hehehe :)

Cerita Hantu

Kali ini ingin bercerita mengenai hantu... tapi cerita lucu la... dan juga dipetik dari  post kawan-kawan di Koleksi Cerita Lucu Yorut Orut di facebook.. sudah terlalu banyak cerita lucu yang mereka kongsikan bersama.. namun kadang-kadang cerita mereka mempunyai pengajaran.. cerita kali ini mengenai hantu, mari ikuti kisah mereka ketika masih hidup

Cerita hantu yang tidak seram
Alkisahnya, bertemu 2 ekor hantu mengisi borang keahlian sebagai persatuan hantu-hantu antarabangsa. Kita namakan hantu A dan B.. mari ikuti perbualan antara mereka berdua.
Hantu A: Eh..tarikh kematian kita sama la...tapi kenapa kamu kelihatan pucat kebiru-biruan sahaja ini.
Hantu B: Saya sebenarnya mati dalam kesejukan.
Hantu A: ohhhh... patutlah...
Hantu B: hmm..kamu mati macam mana pula, tengok tak ada pun putus sana sini, macam orang sihat sahaja..
Hantu A: Ini yang saya kesalkan, ssebenarnya saya sihat walafiat tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, grastrik pun tidak ada, tapi saya mati kerana serangan jantung tiba-tiba.
Hantu B: Macam mana pula boleh jadi demikian?
Hantu A: Sebenarnya begini ceritanya, saya mempunyai isteri yang cantik dan tidak bekerja. Tapi saya sangat curiga dengannya.
Si hantu B sangat teruja mendengarkan cerita si hantu A ini, apa lagi kalau mengenai perempuan cantik.
Hantu B: Apa terjadi?
Hantu A: Pada suatu hari, saya berpura-pura keluar bekerja tetapi saya menyorok di belakang rumah jiran sebelah, tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki menuju kerumah saya, dia masuk kedalam rumah, dalam 5 minit kemudian saya pun menyerbu rumah untuk menangkap lelaki tersebut.
Dengan penuh kusyuk si hantu B mendengarkan cerita si hantu A. Hantu A meneruskan ceritanya lagi.
Hantu A: saya terus masuk ke bilik tidur, saya nampak isteri saya berbogel, nampak baju lelaki bertempiaran, tapi tak nampak orangnya, lalu saya berlari laju-laju keliling rumah supaya dapat kejar lelaki itu tapi tak dapat juga, belum sempat saya nak minum air dah mati diserang lemah jantung.
Hantu B: kenapa kamu tidak cari di aisbox, tentu saya masih lagi hidup lagi selepas itu.

p/s: kuang kuang kuang.... rupanya keduanya mempunyai kaitan hehe....

Lawak keluarga..

Ya.. lawak kali ini masih lagi dipetik dari Koleksi Cerita Lucu Yorut Orut ... tapi kali ini berkisar dalam cerita keluarga.. dan diantaranya ada cerita 18 sg :P... ok ikuti cerita selanjutnya... (cerita dibawah tidak mengikut sepenuh perkataan atau ayat cerita asal)

CURANG
 Di kisahkan seorang nenek dan datuk yang bergelar Tan Sri sedang bercerita di luar halaman rumah sambil menikmati keindahan alam yang semakin tua seperti mereka. Cucu cicit kedengaran di halaman lain bermain di kolam air bermain tennis di gelanggang peribadi mereka. Si datuk tiba-tiba bertanya pada isterinya yang hampir seusia dengannya, "yang.. kita ini semakin hari semakin tua. Cucu cicit cuit biut sudah ramai. Villa ini juga sudah bertahun-tahun kita diami. Hari untuk bertemu Ilahi sudah hampir. Abang ada mau tanya ni... tapi ayang kena la jujur ya.. abang tak akan marah juga..." si isteri ni pun terharu dan mengiyakan kenyataan suaminya ini. "Yang... dari kita berkahwin sehingga sekarang pernah ayang curang dengan abang?" si isteri pun menjawap "Pernah bang 3 kali je.."
"Bila yang pertama kali tu yang..." suami bertanya dengan lembut, dia tidak marah sebab benda tersebut dia yang bertanya. "Abang ingat tak ketika baru-baru kita berkahwin, pada masa itu kita baru beli rumah dan tidak lama selepas itu kita kesusahan dalam kewangan dan hampir-hampir bank mahu rampas rumah tu.."
"ingat.." si isteri menyambung lagi " pada suatu petang, saya pergi berjumpa manager bank tersebut, dan keesokannya bank tidak jadi rampas rumah dan menambah pinjaman untuk perniagaan abang...". Si suami tersenyum "oh.. itu kerana ayang menjaga masa depan kita.."
Si suami bertanya lagi, "bila yang kedua yang.." si isteri tanpa segan silu menceritakan kisah tersebut.. "Dulu abang pernah kemalangan dan ada pendarahan di kepala abang... abang ingat tak..?" "ya itu abang ingat sangat.." isterinya meneruskan cerita lagi.. "kalau begitu tentu abang ingat ayang pergi jumpa doktor pakar tersebut pada malam itu, dan keesokanya doktor tersebut membuat pembedahan tanpa membayar sesen pun.." si suami terharu dengan pengorbanan isteri.. "sungguh bertuah abang miliki ayang.. ayang lakukan sebab ayang sayang pada abang", sambil mencium dahi isterinya.
Si isteri teruskan lagi cerita curangnya kepada suaminya..."Kali ketiga pula, tentu abang ingat perkara ini, ketika abang bertanding untuk merebut kerusi bahagian, dan ketika itu abang mahu kan beberapa lagi kerusi untuk memenangi pertandingan tersebut. Abang perlukan 246 undi untuk menang...." belum sempat si isteri bercakap tiba-tiba......Suaminya bergelar Tan Sri tersebut jatuh pengsan....

p/s: Berapa kali kah kecurangan sebenar si isteri tersebut hehheheh :P

Info penting untuk si isteri

Kepada isteri-isteri di luar sana dan tidak dilupakan juga kepad bakal isteri yang ingin mendirikan rumah tangga bersama dengan insan yang disayangi, dikatakan disayangi dan di cintai dunia dan akhirat.. baru sebentar tadi saya ada membaca mengenai hal si isteri pada suaminya yang bertajuk "Dosa gugur apabila suami dan isteri bersalaman"di link Isteri dan Suami. Di link tersebut anda juga boleh membaca lebih banyak lagi, kerana yang saya berikan ini hanya pandangan juga pendapat saya. Dalam artikal tersebut di katakan ketika si isteri bersalaman dengan suaminya ketika pulang dari kerja, maka gugur lah atau hilang nya dosa-dosa yang ada atau sebelumnya yang ada pada kedua mereka. Ketika si suami balik dari kerja ataupun berkeadaan tidak tentu arah atau kebigungan atau keadaan yang merunsingkan atau tidak gembira, bertemu dengan si isteri dengan bermuka ceria, senyum dan akan menggembirakan si suami. Selepas itu, bertemu keduanya, dan apabila si suami merasa gembira dan lapang dada setelah melihat isterinya tersenyum, maka berkurangan lah segala dosa-dosa yang lalu. Itu kefahaman saya setelah membaca link tersebut. Ia juga termasuk anak-anak mereka. Perkara ini amatlah berguna dan penting dalam kehidupan, kerana mengelakkan pergaduhan antara suami isteri dan penderaan kepada anak-anak.
Cuba anda bayangkan, ketika suami anda bermasam muka ketika balik kerja, anda pula bermasam muka juga, kedua-dua pendam amarah, ketika bertemu berfikir kedua mereka bahawa si suami marah si isteri tak tentu pasal begitu juga si suami, pergaduhan tercetus antara mereka, tidak mahu mengalah keduanya, cerai berai. Itu semua hanya perkara kecil sahaja, berfikiran negetif dan bermasam muka ketika bertemu. Jika yang mempunyai anak, jadi lah mangsa pukul sana sini, yang kesiannya di dera sehingga meninggal anak itu, nauzubillah... hanya kerana bermasam muka masaalah yang kecil menjadi besar... astagfirullah... Moga Allah jauhkan perkara demikian dari hidup kita... Maka senyumlah cerialah untuk suami dan keluarga tercinta.

Raya 2011!!!

Ya.. raya sudah berlalu... sekarang orang sibuk bercerita mengenai orang pergi Mekah mengerjakan haji dan umrah... dan tidak lama lagi Hari Raya Haji akan tiba... mari kita doakan perjalanan pergi dan balik kepada mereka yang pergi Mekah selamat dan ibadah haji mereka diterima Allah s.w.t.. amin!!! heee Saya pula nak cerita pasal raya tahun ni... ya sebelum ini ada juga saya ceritakan serba sedikit... namun kali ni bersertakan dengan gambar.. di bawah adalah serba sedikit infomasi mengenai aktiviti saya ketika raya tahun ni...
- Raya bersama suami tercinta, yang pertama kali nya.
- Raya pertama bersama mentua di rumah mereka...
- Raya pertama di awal pagi pergi ke servay belikan barang dapur yang kurang...
- Gambar bersama kucing di atas adalah gambar beraya di rumah jiran, kazen my husband. Kiutkan kucing tu heeee ... tp kan kalau tu kucing tidak suka orangnya.. dia akan gigit hehhe hati-hati la anda dengan kucing ni kucing parsi :P
- Raya kedua bersama si abang balik kampung Tamparuli... beraya di sana.. raya open house seperti biasa "SOTO" tak akan lari dari permintaan orang kampung. Namun pada hari ini kejadian tidak diduga terjadi dalam keluarga, pak cik saya buat hal pula, hancurkan cermin lori nak cerita full lain kali la... nasib baik kami lambat sampai kampung kalau tidak kereta baru 2 minggu dibeli tu hancur olehnya ...
- Ketika kami sibuk di dapur memasak dan melayan tetamu... ini la kerja si abang ketika boring tidak tahu apa yang perlu dilakukan.. sebuah pondok ditepi tebingan sebelah rumah dekat kolam ikan heeeee
- Raya ketiga, round kampung beraya di rumah terbuka. fuuuhhhh memang kenyang gila hanya minum air dan hanya makan sesuap 3 suap jak....
- Raya seterusnya... menghadiri rumah terbuka dan sekaligus makan belanja kawin...
- Raya seterusnya pula... balik ke rumah mentua... rehat-rehat.. cuci kain... dan besoknya akan bekerja pula..
- Setelah 5 hari bekerja...saya menghadiri Dinner  PAM (ikut acara si abang jak!) dan bisuknya saya buat open house khasnya untuk teman-teman dan pertama kalinya menguruskan sendirian open house dari pagi sehinggalah petang.. harapan tinggi kawan-kawan lama datang melawat namun yang hadir cuma segelintir sahaja... amat mengecewakan...
- Besoknya pula balik kampung... kat rumah buat kenduri doa selamat... pulang alik Tamparuli -KK... penat juga sebab pertama kali si abang bawa kereta macam itu.

Setakat ini sahaja cerita dan perjalanan ketika berhari raya pada tahun 2011.. saya berharap pada tahun hadapan hari raya ini lebih ceria lagi...

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news