"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Rumah dan MIL

Ada kenyataan mengatakan,

Setelah berkahwin eloklah tinggal di rumah sendiri. Tinggal dengan mak atau dengan MIL, tidak lebih dari 2 bulan.

Memang ada benar jugalah kenyataan tu. Bukan semua orang berkemampuan untuk ada rumah sendiri. Menyewa atau beli rumah.

Begitu juga dengan saya.

Saya terpaksa duduk serumah dengan mentua atas sebab kemampuan inilah.

Jika dahulu, semasa masih bekerja dan belum ada anak. Bolehlah. Tapi laki pula tidak mahu. Arwah FIL pun mahu kami tinggal serumah. Katanya membazir saja. Kalaulah dulu saya tekad mahu tinggal sendiri bersama laki, tidak lah saya bermasalah dengan MIL sekarang.

Setelah ada kereta dan anak satu, kamudian bakal ada anak kedua. Makin lah mustahil untuk tinggal berasingan. Lagipun FIL sudah tidak ada. Teman MIL dirumah hanya kami saja. Ada juga si bujang ipar. Orang bujang selalu lah keluar bah. Balik jam 1 pagi. Hihi.

Maafkan aku my MIL

Saya minta maaf my MIL. Bukan niat saya mahu buruk kan diri MIL dengan orang lain. Tapi saya tiada lagi tempat untuk mengadu. Hanya pada Allah SWT saja selalu tempat luahan hati ini.

Wahai my MIL. Sejak kali pertama bertemu, sememangnya saya segan dengan MIL. Dan saya tekad untuk menjadikan MIL macam kawan dan mak saya. Sehinggalah hari perkahwinan saya dan anak MIL. Saya tidak tahu keadaan sebenar siapa MIL.

Setahun perkahwinan tu memang saya perasan perangai MIL yang tidak menyenangkan hati ni. Apabila ipar ada seorang anak dan dibawah jagaan MIL. Masa tu pun saya masih bekerja, so full story saya kurang pasti.

Tapi yang saya pasti sangat, ipar ni ambil bininya yang bekerja di kawasan jalan raya yang terkenal sesaknya. So, kelewatan balik ke rumah itu sudah lah pasti kan. Tapi MIL ni asyik membebel. Segaja balik lambat kononnya ipar saya ni. Segaja biarkan anak tu kelaparan, disebabkan anak tu hanya menyusu badan saja. Sehingga dimaki anak kecil tu bila anak tu menangis. Kadang tentang barang keperluan dapur lah, tidak dibeli tapi makan. Tidak mahu memasak, dan asyik makan luar saja.

Sebenarnya semua itu alasan saja untuk dia ambil perhatian. Entah dengan siapa. Sedangkan kami tidak kisah, sebab kami boleh tolong apa yang patut.

Akibat kelakuan MIL saya begitu. Saya pun rasa risau. Ya risau macam mana lah bila saya anak kecil nanti. Saya bertahan tidak berkata. Yang penting saya tidak curahkan minyak dalam api yang membara.

Pada masuk tahun keempat perkahwinan saya. Alhamdulillah kami dikurniakan anak. Tahun 2014 dia lahir. Syukur ya amat. 3 tahun penantian akhirnya berhasil. Itu pun selepas buat check up kesuburan laki bini. Buat urutan naikkan rahim dan makan supplemen. Masa ni belum kenal Shaklee lagi.

Semasa saya mengandung, saya tidaklah ada alahan teruk. Cuma ruam biasa saja. Itu pun akibat cuaca panas. Masa ni pun saya masih bekerja lagi. Tapi pejabat sudah berpindah kawasan. Biasalah kan kalau syarikat swasta ni, asyik pindah randah saja untuk jimat kos. Tapi kawasan pejabat baru ni kawasan lalu lintas yang sesak juga. Sekarang mungkin ok sudah, sebab flyover dah ada.

Seperti yang biras saya lalui, saya juga lalui benda yang sama juga. Mengenai balik lambat dan barang dapur. Aduhai my MIL. Fahamilah kami. Yang buat saya terkejut lagi bila saya awal bangun pagi. Ya mesti lah kan biasakan bangun awal dari sebelumnya untuk mengurus apa yang patut. Tapi kejadian ini buat saya terkejut.

Setiap kali hanya kami berdua saja, dimakinya saya. Kata saya gemuklah. Muka macam hantu lah. Dan macam-macam lagilah. Nasib baik saya ni bukan jenis kuat melawan. Tapi saya suka mengadu lah. Hihi.. kurangkan stress kan. Tapi bila ada anaknya dan my FIL tidak pula dia bising. Hairan.

Bila saya mengadu pada laki, saya pun suggest lah selepas bersalin nanti tinggal bersama mak saya. Ya jawapannya. Ya saya tinggal dengan mak juga semasa pantang, tapi hanya 2 minggu saja. Selebihnya dan sehingga sekarang masih dengan MIL. Huhu. Saya sedih pun sehinggalah sekarang.

Perkara yang berlaku dengan biras saya semestinya telah berlaku dan masih berlaku dengan saya. Ya selagi saya masih tinggal bersama dengan MIL.

Banyak lagi perkara yang terjadi antara kami berdua. Perlahan-lahan lah saya luahkan ya. Banyak yang saya lupakan begitu saja kerana ianya menyakitkan hati.

Ada banyak perkara yang tidak masuk akal juga dengan MIL ni. Pernah dia tuduh saya mencuri tudung pink nya. Mentang lah saya bertudung so saya lah yang curi. Saya pun tidak minat warna pink ni, apalagi mahu curi. Dan asyik diungkit lagi walaupun tiada bukti. Dia lebih percaya pada kawan halusnya tu dari bukti depan matanya. Tu pun dia sms. Dia takut my FIL tahu. My FIL selalu bela kami menantunya. Tapi sekarang dia dah tiada. Huhu. Sudah 2 tahun lebih dia pergi. Al-Fatihah.

Hari raya 2018 ni, kenangan pahit juga bagi saya. Ya MIL ambil orang untuk digaji bersihkan rumah dan cuci kain. Dia tidak harap cara saya bersihkan rumah. Tapi orang digaji ni bercuti bermula sebelum puasa sehingga hampir tamatnya raya Aidilfitri. Saya yang ketika ini sudah jadi suri sepenuh masa sejak anak pertama berumur 6 bulan berbagi tugas dengan MIL.

Ya bajunya, dia lah yang bersihkan sendiri. Biliknya dan bilik anak bujangnya. Saya pula bersihkan lantai, mop, sapu dan vakum. Wajib vakum ya, kalau tidak bising lagi MIL tu. Dan saya tidak akan bangun seawal yang dia mahu. Jam 2 pagi tu. Saya tidur baru jam 11 malam. Kadang jam 2 pagi baru dapat tidur. Dia masuk tidur jam 9 malam.

Bila masuk bulan Ramadhan. Cabaran makin terasa. Ya lah. Dia sahur jam 2 pagi. Saya sahur jam 4 pagi. Hmmm .. siapa berani bagi information atau kita bilang tegur. Saya tidak berani. Dimaki lagi kita adalah. Dengan anaknya pun dia mahu menang saja, dia fikir dia yang betul sentiasa sebab dia lebih tua.

Minggu pertama saya bersahur, bersihkan rumah dan mencuci kain dengan tangan saja seawal jam 5 pagi. Bukan tidak mahu guna mesin tapi MIL cakap saya ni tumpang kemewahan di rumah ni saja. Dan bila rosak, saya yang salah semuanya. Padahal bila dia basuh guna mesin, berkali-kali dipusing wash dia tu. Sekali baju masuk. Pusing full wash. Kesian juga saya bila tu orang digaji ya dimarahi kerana koyakkan baju dia padahal dia yang asyik memusingkan wash tu. Dan sebelum ni pun dia asyik bandingkan saya dengan menantu dia yang lain pasal cuci kain. Ya mereka cuci kain awal, tapi guna mesin dan mereka tinggal berlainan. (Biras saya sudah pindah sejak anak pertama dia berumur 5 bulan lagi).

Minggu pertama ok lah saya. Tapi minggu seterusnya badan masuk angin. Ya lah kan, lepas cuci kain mesti mahu mandi dan bersihkan tandas tu. Awal bah jam 5 setengah lagi. Mahu juga saya telan Alfalfa tu semasa bersahur, tapi bulan puasa ni sangatlah saya kurang minum air kosong. Takut saya yang tidak tertahan puasa nanti. Saya batalkan niat. Lagipun saya suspek saya hamil. Tidak lah boleh makan Alfalfa tu. Laki pun tidak mahu saya makan Shaklee ni sejak saya keguguran hari tu. Bila saya terangkan bukan sebab Shaklee, dia tidak percaya. Keguguran tu mungkin disebabkan saya setiap hari makan peria. Ya peria kurangkan HB ibu hamil. Tidak boleh dimakan diawal kehamilan. Ketika daging embrio baru mahu membentuk. Peria boleh dimakan di akhir fasa kehamilan untuk mengelak darah tinggi berlaku.

Sepanjang bulan Ramadhan, saya teruskan rutin membersih rumah cara saya dan cara MIL. Kenapa perlu ikut cara MIL walau tahu cara sendiri pun bersih juga. Ya bila mulut MIL mula berkata, hati saya yang sakit. Siapa sanggup. Pernah kami dihalau nya. 2 hari saja di rumah mak, dah memanggil lagi. Katanya dia tiada kawan. Anak bujangnya asyik balik lambat saja. Aduh MIL hati saya belum pulih lagi dari di halau. Kalau boleh mahu berbulan tinggal dengan mak. Huhu.

Kadang memang ada saya tersalah. Tapi itupun berkaitan dengan anak kecil. Apalah anak tu tahu. Dia masih kecil lagi. Perlu ajaran lagi. Dan juga kebebasan untuk kembangkan otaknya. Kesian anak ku. Semoga jangan lah anak ku ini meniru perbuatan neneknya yang berlaku depan matanya. Nauzubillah.

Selalunya dia marah sebabkan orang lain. Tapi diarahkan pada saya yang memang dibencinya. Saya pun tidak tahu kenapa dia membenci begitu. Yang saya pasti, dia asyik banggakan dirinya dan orang lain yang punya duit. Bukan sekali dua bercerita mengenai mereka yang berduit. Berkali-kali. Sampai saya naik muak. Dengan arwah FIL pun dia kesal sebab duit dia buat rumah ni dan rumahnya dijual. EPF dia diguna untuk beli kereta. Banyak perkara dia cerita dia kesal dengan arwah. Astaghfirullah. Semoga FIL ditempatkan orang yang soleh.

Tibanya raya aidilfitri. Mohon kemaafan itu ada, tapi hati ini tidak seikhlas dulu lagi. Sengsara perasaan tiada keikhlasan ni. Ketika ini saya sudah sah kan kehamilan saya. Yeah, masuk 7 minggu sudah. Alhamdulillah.

Setiap raya pertama, MIL akan open house di rumah ni. Bermacam menu dia mahu ada. Tapi yang mengurus dan memasak bukan dia. Saya dan biras. Biras yang seorang lagi lambat sampai pada raya pertama. Itupun ada kisah menyayatkan hati. Huhu. Bayangkan mahu 6 menu dia mahukan kami buat. Aduh...fikir kami ni tiada anak jagaan kah.

Malam raya tu saya siapkan apa yang patut dan sudah di sediakan untuk keperluan besoknya. Begitu juga dengan biras. Penyediaan keperluan ni pun ada kisahnya. Barang basah seperti ayam dan daging sudah dibeli sehari sebelum raya. Tapi pada puasa hari terakhir seawal jam 6 pagi sudah dikeluarkan semuanya dari peti ais. Belum lagi masak untuk sarapan. Saya ikut saja cara MIL. Malas mahu bising. Laki pun bukan mahu support pun. Dan kesannya, bahan mentah 'berwangi' sebelum saya masukkan kembali dalam peti.

Seawal jam 4 pagi di pagi raya saya bangun untuk selesaikan tugas memasak saya. Diikuti oleh biras. MIL? Siapkan pinggan mangkuk dan susun atur di ruang tamu. Untuk bersihkan ruang tamu, MIL dan dibantu laki saya.

Siap saya masak, saya uruskan anak. Meragam lagi anak ni. Geramnya saya. Beli lolipop baru kurang ragamnya. Selesai anak dan laki. Saya pula uruskan diri. Tiada makeup segala ya. Sorry. Tiada masa langsung.

Sepanjang hari rumah terbuka ni, tempat utama saya adalah dapur. Asyik basuh itu ini. Terutamanya basuh gelas kaca MIL yang bergaya. Bayangkan tetamu ramai datang guna gelas kaca. Apa dalam fikiran korang? Tentulah amat payah diurus. Takut terpecah lagi. Tambah dibencinya, barangnya segaja dipecahkan. Huhu.

Tetamu datang sehingga ke malam hari. Tapi selepas saya urus anak mandi malam. Makan malam tidak sempat. Saya pun urus diri, bersihkan diri. Saya dengan berat hati berehat dalam bilik. Ph tilam. Oh bantal. Seronoknya baring. Saya baring saja, tidak dapat bangun balik. Tiada tenaga untuk bangun balik. Macam saya pengsan, tapi saya masih boleh  mendengar anak dan laki keluar masuk bilik. Sehinggalah besok pagi. Kepala saya masih pusing lagi. Nasib saya baik 2 orang biras saya memahami. MIL? Tiada saya kesah awal pagi tu.

Malam kedua raya. Meletus lagi lahar MIL. Bila saya duduk berehat di ruang tamu, biras seorang di dapur sedang memasak ketika anaknya menangis hendak tidur. Sedangkan lakinya ada duduk dekat anaknya tu. Demam saya belum sembuh lagi, belum cukup rehat dari beraya tempat sepupu MIL. Dimakinya saya ni Queen dirumah ni. Duduk saja dan bukan saya yang memasak di dapur. Di masak ni pun kerana dia juga. Dalam kereta kata tidak lapar, tidak perlu singgah di kedai makan atau masak lagi dirumah. Tapi bila sampai rumah, di beri hingga yang dia tu lapar. Saya pun tidak faham. Bila ditanya kata tidak, tapi bila tidak dibuat dimarahi pula. Aduh tambah sakit kepala saya.

Kisah bertambah lagi. Setelah seminggu lebih beraya. Badan saya masih lagi recover dari demam. Orang yang digaji untuk bersihkan rumah pun belum balik dari Indonesia lagi. MIL memang sudah maklumkan bahawa semua ahli keluarganya perlu ikut event susur galur keluarga besarnya. Oleh kerana badan saya masih lemah, saya maklumkan pada laki saya tidak dapat pergi. Biarlah dia dan mak dia saja. Saya dan anak di rumah saja. Apa kata MIL? "Biarlah ganti sama orang lain tapi mesti perempuan juga." Apa pemikiran begitu? Tidak boleh absent kah? Bukan wajib pun. Tidak boleh lelaki yang ganti kah? Terpaksa hati yang berat saya pergi juga event tu. Senangkan hati dia. Ya jaga hati MIL kan. Nasib baik semasa event tu dapat tiket bertuah berupa wang, walau sedikit bolehlah sedapkan hati saya sedikit. Walaupun sepanjang event muka saya murung. Senyum pun terpaksa. Huhu.

Aduh banyak sangat perkara yang saya mahu luahkan ni. Takut pembaca tidak dapat menahan emosi pula. Sedangkan emosi saya sekarang ni pun tidak stabil sudah. Nasib baik tengah malam.

Baiklah ni kisah terakhir untuk kali ni. Kisah ni baru saja berlaku. Tidak pun sampai 12 jam lagi.

Tadi siang MIL jalan dengan sepupunya. Dan saya khabarkan pada laki saya akan anak dia. Saya hanya beritahu MIL jalan dengan sepupu dia. That's it. No more. Tujuan saya untuk laki siap sedia untuk menerima panggilan dari mak dia untuk diambil. Tapi lain jadinya.

MIL balik hanya beberapa minit saja dari anak dia. Tapi bila anak dia tanya dia berjalan ke mana siang tu dengan nada gurauan, terus mak dia melenting. Katanya, dia sudah berumur 70an lebih tidak perlu ambil kisah, dia bukan pi keluar dating pun. Terkejut kami berdua. MIL ke dapur. Ya ketika tu saya berada di dapur. Dihentak nya penutup mesin basuh tu, memang dia begitu kalau sudah marah, habis semua dihentak nya. Nanti saya yang dituduh merosakkan barangnya. Sambil dia kata, tidak perlu jadi orang busy body dalam rumah ni. Pandailah dia urus diri dia sendiri. Tahulah tu siapa dimaksudkan olehnya. Saya. Kerana saya saja yang tahu dia jalan.

Laki yang baru balik dari kerja. Di pejabat pun dia dalam tekanan. Ya saya tahu sebab saya dimarahnya dalam whatsapp. Hihi. Dia pun meletus macam gunung berapi. Tapi sekejap saja. Anak prihatin pada dia tidak perlu kan. Ya tahulah MIL ada darah tinggi. Cepat baran. Tapi pemikiran bolehkah positif sikit. Bila disiasat, dia upset pasal kisah sepupunya. Hmmm... marahnya ke tempat lain pula.

Cukuplah setakat ini. Kata si peluah. Sambil dia menangis depan saya.

Aduh kisahnya ni buat saya bertambah emosi. Fikirkan dalam drama saja. Rupanya real life lagi teruk.

Semoga si peluah dalam kesabaran sentiasa. Kerana itu saja benteng yang dia ada sekarang. Harap kesabaran itu sentiasa teguh sehingga dia melahirkan dan selamanya.

Selepas ini mahu dengar pula kisah dia dan lakinya dan anaknya. Hihi. Harap dia sudi kongsikan bersama-sama dengan kita.

Kenangan tidak dapat dilupakan

Lama tidak mendengar selawat nabi ni. Bila didendangkan di hari Jumaat yang mulia ini untuk tidurkan si anak yang kurang tidurnya, ibunya pula yang tiba-tiba rasa sebak.

Ya, rindu mendengar selawat nabi ni. Antara perkara yang ingin dilakukan setiap masa jika ada rumah sendiri, bukannya 'menumpang'. Sampaikan air mata mengalir dengan sendirinya. Huhu...

Sudahlah kehamilan kedua ni lebih banyak cabarannya berbanding yang pertama. Walaupun saya hanya suri rumah saja.

Emosi yang tidak stabil dan goyah ini menambah lagi kesebakan dalam diri. Aduh... Ya Allah SWT ampunilah dosa hamba MU ini. Berikan lah rezeki untuk saya mendapatkan sebuah rumah yang boleh saya abadikan diri ini dan keluarga ku kepada MU ya Allah SWT.

Sedang emosi dalam diri ini sedang goyah, saya teringat zaman sekolah dulu.

Ya saya bersekolah di sekolah agama penuh. SMUIP. Pelajaran akademik hanya yang basic sahaja. Hanya ada 1 aliran saja berbanding sekolah menengah lain. Tiada pilihan. Malah ditambah dengan mata pelajaran agama yang sama banyak dengan mata pelajaran akademik.

Dari tingkatan 3 sehingga tingkatan 6, setiap tahun ada peperiksaan besar. PMR, SMU, SPM & STAM. Belum lagi peperiksaan di peringkat sekolah. Fokus tu kurang.

Semasa saya masuk tingkatan 1, saya rasa seronok juga sebab saya berada di tempat yang baru. Lagipun ada saudara juga bersekolah tempat yang sama. Kerisauan tu kuranglah.

Tapi bila dengar saudara ni pindah ke sekolah biasa, saya pun teringin juga sebenarnya. Bukan sebab saya tidak suka sekolah SMUIP ni. Bukan saya mahu ikut ikutan mahu pindah. Bukan saya tidak suka tinggal di asrama. Tapi saya rasa diri ini lebih kepada akademik.

Ya saya lebih suka akan nombor-nombor. Saya suka melihat kakak saya belajar prinsip akaun. Suka melihat seni lukisan. Dua subjek ini tiada di sekolah SMUIP. huhu...saya mahu pindah bapa.

Setelah saudara saya tu berpindah sekolah. Saya dengar betapa susahnya bapanya turun naik pejabat untuk urus tukar sekolah. Ya lah kan. Kami tinggal di Tamparuli. Sekolah berada di Papar. Jauh tu ulang alik. Lainlah yang berkenderaan. Saya rasa pernah bapa saya naik motor hanya untuk melawat saya saja. Huhu.. sedih terkenangkan kisah lalu..

Bapa saudara ni kerja pejabat. Untuk buat urusan pemindahan sekolah tu memang ada kesenangan sedikit. Tapi bapa saya hanya penoreh getah saja. Huhu...sebak lagi hati ni.

Bayangkan beza pekerjaan tu. Kerja pejabat ada duit setiap bulan. Kerja penoreh bergantung kepada cuaca dan keadaan pokok getah. Belum lagi kira kesihatan si bapa. Huhu...sedih oh.

Disebabkan keadaan si bapa. Saya batalkan niat untuk berpindah sekolah. Saya teruskan saja bersekolah di SMUIP. Ya sehingga tamat ke tingkatan 6. Dari sekolah lama di Kampung Buang Sayang, Papar, sehinggalah ke sekolah baru di kampung Kuala, Papar. Di tepi pantai saja.

Setiap kali cuti, balik rumah. Saya kurang merungut jika buat kerja-kerja. Saya ni lebih suka tolong mak dan bapa buat kerja di kebun berbanding di rumah. Dirumah ada kakak sudah. Mungkin inilah penyebab saya kurang arif mengenai mengurus rumah dan masak memasak ni. Hii...

Ya saya selalu ikut mereka ke kebun. Hantarkan bekalan makanan untuk mereka dan sekaligus menolong mereka dikebun. Bila mak dan bapa ke kebun seawal jam 4 pagi, kami sangatlah wajib bawakan bekalan mak bapa. Mak bapa bukan terus balik rumah setelah siap menoreh, kadang bapa akan ke kebun buah untuk bersihkan rumput. Mak pula ke kebun sayur, ambil sayur dan lengkuas.

Setiap tamu banyak juga sayuran mak jual. Lengkuas berkilo2. Seingat saya satu plastik besar hampir 40 kilo. Kadang kala mak jual 4-5 plastik. Tapi sekilo lengkuas tidak pernah capai RM 2, yang dahulu. Murah kan. Sedangkan mengurus untuk mengambil dan membersihkan lengkuas amatlah payah. Saya sendiri merasa. Kebanyakan orang kampung saya yang mengusahakan kebun sendiri merasa kepayahan ni.

Hish...makin lancar pula air mata ni mengalir. Bandingkan kehidupan orang rumah dan kehidupan saya sekarang ni amatlah berbeza. Kalau boleh saya mahu sentiasa berada dekat dengan mereka untuk senangkan mereka. Walaupun saya ada adik beradik yang tinggal bersama mereka. Ya Allah SWT, berkatilah kehidupan kedua orang tua ku. Berilah mereka kesihatan selalu. Ampunkan lah dosa2 mereka seperti mana mereka ampunkan dosa anaknya ini.

Setakat ini sajalah saya mengenang kisah lalu. Makin lama mengenang, makin sebak hati ini. Tidak baik untuk bayi dalam kandungan. Semoga baik2 sahaja.

Aamiin.

Senangnya masak kari ikan

Bertahun saya masak kari ikan, inilah saya rasa yang pertama kali menjadi. Bagi saya lah.

Tapi bila siap masak saja, husband terus saja makan. Hiii... Tidak tunggu kita makan lagi bah..

Saya suka masak tapi tidak pandai sangat masak. Perlu banyak lagi latihan memasak. Latihan buatkan kerja jadi bertambah baik kan.

Senang saja cara saya masak kari ikan ni. Saya ikut saja cara masak yang ada dalam paket kari babas tu. Cumanya bahan tidak cukup lah.

Bahan-bahan yang ada dirumah saja saya guna. Antaranya..

10 ulas bawang putih, ditumbuk.
5 ulas bawang merah, ditumbuk.
7-10 biji tomato kecil, dipotong.
3 sudu makan serbuk kari babas, dicampur air sedikit.
1 sudu makan asam jawa.
1 ekor ikan lengkunis.
Minyak, garam, maggi secukup rasa ikut suka anda.

Cara masak pun senang saja.

1 - Bawang putih dan merah yang sudah ditumbuk ditumis dengan minyak sederhana panas. Tumis sehingga naik wangi. Kemudian letak tomato yang sudah dibersihkan. Tumis sehingga layu.

2 - Tuang kari yang telah dicampurkan dengan air ke dalam tumisan. Masak sehingga naik minyak. Saya guna air panas untuk campurkan kari sebelum dimasak.

3 - Masukkan asam jawa yang telah dibuang bijinya. Masak lagi sehingga naik rasa.

4 - Masukkan potongan ikan ke dalam kari. Ikan dimasukkan di akhir sekali kerana takut ikan akan hancur nanti. Didihkan lagi sehingga ikan tu masak.

5 - Letakkan perisa sesuka hati. Rasa sebelum angkat ya. Husband saya adalah mangsa tukang rasa saya. Hiii... Bila katanya cukup, saya pun angkat dan hidangkan.

Senang saja kan.

Selamat mencuba semua.

Follow FB saya Fie Norhafizah Ahr.

Usaha membuahkan hasil

Setiap apa yang kita inginkan, idamkan dengan sepenuh hati kita, mesti kita akan berusaha untuk mencapai dan mendapatkannya. Betul kan?

Begitu juga dengan saya. Si ibu anak satu dan bakal dapat nombor dua dalam empat bulan akan datang.

Anak saya yang pertama ni agak cerewet dalam pemakanan. Pemilih orangnya.

Tidak mahu makan sayur. Hanya makan ayam dan ikan sahaja. Digoreng atau dimasak sup. Makanan kesukaan dia adalah nasi ayam.

Cukupkah nutrien yang dia dapat? Risau saya dibuatnya. Nasib baik ada chew vitamin C Dan chew Vita-Lea dari shaklee. Ter 'top up' juga apa yang dia kurang.

Saya rasa bersyukur juga kerana supplemen ni buatkan anak saya yang sangat aktif kurang jatuh sakit. Kalau sakit pun, cepat baik. Alhamdulillah.

Ya, pemakanan sihat wajib diterapkan dari mula anak kita ni mula menjamah makanan. Tapi banyak faktor yang mengganggu gugat keputusan yang kita buat. Apalagi bila tinggal bersama orang tua.

Matlamat saya pertama dan yang utama adalah menjadikan anak saya bukan jenis pemilih dalam makanan.

Usaha pertama saya adalah memberi makan makanan yang lain selain yang selalu dia makan. Tapi mestilah makanan sihat. Terutamanya sayur. Saya selalu ajak anak makan sayur. Beritahu bahawa makan sayur badan akan kuat macam ultramen. Si anak kan suka tengok rancangan ultramen. Tapi masih tidak berkesan.

Setiap pagi saya cuba beri dia makan apa yang kami makan. Mee goreng, sandwich, nasi goreng. Tapi masih tidak berkesan. Mee goreng, dia akan makan 3 suap sahaja. Nasi goreng, langsung tidak makan. Sandwich? Bread diletak susu pekat atau nutella mahu lah dia makan.

Beberapa minggu ni dia asyik kelaparan malam. Selalu saya akan bagi makan biskut. Biskut kosong tu saja. Dia makan sebab saya biasakan dia makan biskut dari awal lagi. Keropok memang saya akan jauhkan dari dia. Syukur sekarang bila ke kedai runcit dia tidak capai keropok.

Satu malam tu, dalam jam 11 malam, anak saya ni kelaparan, tapi biskut tu kehabisan. Yang ada nasi dan lauk ayam masak kicap. Dia tidak suka makan ni. Tapi saya cuba bagi dia makan. Sebelum dia makan, saya akan tanya dulu, ada ayam kicap saja, boleh kan. Mungkin dia kelaparan dia cakap ok saja.

Dua tiga suap. Dia makan. Saya suap lagi. Ok, dia makan. Sehinggalah dia cakap kenyang barulah saya berhenti. Kalau saya paksa dia makan sehingga habis pun nanti dia tidak akan suka kan nanti. So lebih baik berhenti kan.

Bukan sekali, berulang kali kejadian begini. Asal dia kelaparan tengah malam, saya beri makan apa yang ada. Tapi yang hairannya, mesti semasa saya masak ayam kicap dia buat perangai. Hiii..

Begitu juga jika ada sepupunya dirumah. Apa yang dimasak saya akan beri dia makan. Budak ni kalau ada kawan dia akan makan apa yang kawan tu makan. Pada mulanya, sikit saja dia makan. Makin lama makin banyak pula.

Baru-baru ni, dia buat kejutan buat saya. Bila saya masak ayam kicap, dia mahu makan pula. Dua kali tambah nasi lagi tu. Tidak kah kita hairan tu. Saya masak kicap senang saja. Guna kicap saja. Tiada chili, sos mahupun rempah. Kadang ada juga saya letak sos tiram. Kalau berempah dia tidak suka, pedas katanya.

Balik kampung hari merdeka 31 Ogos hari tu, makan malam kami adalah sup daging korban. Apalah saya mahu bagi dia makan ni? Tawakal saja saya beri dia makan daging diletak kuah sedikit di nasi dan ditambah kicap.

Syukur Alhamdulillah. Dia makan juga. Opss dia minta tambah nasi pula, padahal tadi tengahari tu dia ada makan nasi ayam di restaurant. Mungkin dia kepenatan bermain dan tiada tidur siang kot? Mungkin lah kan.

Tapi perasaan saya masa tu sungguh lah saya gembira. Ada juga makanan lain yang boleh dia makan. Tidak perlu saya masak banyak jenis lauk lagi untuk puaskan hati semua orang. Kecuali bila ada request makanan yang pedas. Barulah saya masak khas untuk dia.

Matlamat saya seterusnya adalah buatkan dia makan sayur dan telur. Dua makanan ni sangat wajib dalam memberi nutrien pada tubuh badan kita. Selain tu ia makanan jimat. Ya lah kan, saya si suri yang hanya bergantung pada gaji laki sahaja. Apalagi anak kedua bakal lahir tidak lama lagi. Moga dipermudahkan. Aamiin.

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news