Menu ni senang saja, anda pun boleh create sendiri bahan-bahan.
Bahan-bahan
Maggi kari - berapa sahaja bungkus yang korang nak bergantung kepada berapa ramai oeang yang perlu disuapkan.
Telur sebiji - kalau ada isi ayam lagi baik, dipotong dadu kecil2. selalu isi ayam ni banyak di bahagian dada ayam.
Kicap
Sos cendawan - sos ni tidak lah wajib yang penting sos apa yang ada di dapur anda
Bawang besar sebiji - dihiris2
Cara-cara memasak
1) Sebelum mula menggoreng, maggi perlulah direbus tanpa perencahnya untuk menyenangkan ketika menggoreng. Hanya perlukan 3 minit di air yang mendidih, seperti anda memasak maggi berkuah biasa. Setelah selesai toskan.
2) Apabila anda menggoreng, minyak memang diperlukan, so pandai2 la letak berapa banyak minyak, jangan terlalu banyak, nanti maggi goreng berminyak pula nanti. Kita bukan mahu menggoreng ayam. Letakkan bawang besar, goreng sehingga naik bau. Kemudian letakkan telur atau ayam. Di kacau2. Jika ada ayam, perlulah ditunggu sehingga ayam tu masak.
3) Masukkan perencah maggi, jangan masukkan semua. Jika anda masak dua bungkus maggi hanya sebungkus yang diperlukan. Kalau anda seorang mahukan rasa uhmmmm pada maggi letak lah kesemuanya sekali. Mungkin kali kedua anda memasak maggi goreng anda boleh adjust berapa perencah yang diperlukan.
4) Masukkan sos cemdawan dan sedikit kicap. dikacau2, kemudian masukkan maggi yang telah ditoskan tadi. dikacau sehingga perencah tadi rata keseluruh maggi. Kalau hendak gelapkan maggi, bolehlah tambah kicap lagi. Api perlulah yang sederhana supaya maggi tidak melekat pada kuali.
Setelah siap boleh dihidangkan dan makan!!!