Disini saya mahu kongsikan bersama anda mengenai cara berjimat cermat. Tidak semua benda, keadaan yang dapat kita jimatkan. Apalagi kalau kita ni tidak tahan melihat benda atau kita ini seorang yang mudah jealousmudah tertarik dengan sesuatu. Berjimat cermat memang baik tapi jangan terlalu sangat sampai memudaratkan kesihatan dan menyinggung orang lain. Seperti satu program di Astro, cheapskate ka tu. Di program ni kita nampak orang yang terlalu berjimat, kadang ada juga cara mereka yang boleh kita ikuti.
Berjimat di dapur memang senang. Kalau ada tanah atau dapat menanam di dalam pasu segala sayuran, memang kurangkan kos pembelian sayuran. Membela ayam, ikan untuk dimakan pun boleh juga. Hobi sebagai memancing juga boleh kurangkan kos pembelian ikan. Tapi si ahli kelaurga mestilah yang tidak cerewet dalam pemakanan dan membersihkan bahan-bahan makanan. Sebab sesetengah orang cerewet dalam jenis ikan yang dimakan dan tidak suka untuk membersihkan ikan. Sayur pula yang dia mahu semestinya yang segar bugar dan gemuk-gemuk belaka.
Kadang bukan sahaja cerewet, tapi membazir. Masak banyak-banyak tapi makan sikit atau makan diluar dengan alasan bosan dengan lebihan makanan tengahari. Bagaimana mahu elakan keadaan membazir ini? Anda tidak perlulah menjadi seorang yang terlalu memilih, pengeli dan sebagainya. Jika 'terlalu' itu sudah melekat, maka pembaziran pun berlaku. Dan kos makanan pun meningkat. Sebagai contoh, nasi yang semalam boleh digoreng untuk sarapan pagi. Jika tidak digoreng, panaskan supaya dapat dimakan sehingga tengahari.
Menu jimat di dapur yang saya mahu kongsikan ialah nasi yang semalam tidak habis di campur dengan sotong masak sos dari semalam juga. Tips supaya sotong masak sos tidak basi sehingga kepagi ialah sotong tersebut perlulah diletak keadalam aisbok setelah tiada siapa lagi hendak makan pada malam itu. Keluarkan sotong jika hendak dimakan pada pagi, boleh juga hanya dipanaskan. Tapi untuk memeriahkan nasi goreng kita, sotong diperlukan sebagai inti-inti. Jangan buangkan kuah sos pada sotong tersebut atau bawang. Buang benda seperti kayu manis, asam keping atau bahan-bahan yang tidak boleh dimakan. Kalau tidak dibuang, semasa makan nasi goreng tersebut, termakan pula benda-benda itu.
![]() |
Gambat diambil kurang jelas disebabkan kamera tablet yang kurang pixcel. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan