"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Bayiku sudah masuk 7 minggu

MUHAMMAD IRFAN ARIF, itu lah nama yang diberikan,
Umurnya kini hampir ke 2 bulan,
Wajahnya yang comel mencuit hati sesiapa yang melihatnya.
Karenah nya pula galak tak dapat di sangkalkan,
Di buai dia tidur, di susu dia kenyang,
Di mandikan dia rasa tenang bagai di perut mamanya,
Kadang dia senyum, kadang ketawanya kedengaran,
Dia menangis hanya manjakan dirinya,
Pada mamanya, babahnya,
Kepada kedua nenek dan atuknya,
Kini mamanya, babahnya, atuknya kerja,
Mencari nafkah teruskan kehidupan,
Neneknya di rumah menjaga Irfan ku,
Di bantu atuknya yang balik dari kerja pada siang hari,
Mamanya bekerja namun rindu padanya,
Apakah Irfan sedang buat sekarang ini?
Adakah dia sudah menyusu?
Sudahkah dia mandi berubatkan minyak air putih?
Adakah cukup tidurnya?
Bila petang menjelang, rindu mamanya terubat,
Ketika balik dari tempat kerja yang jauh,
Malamnya, mamanya dan babahnya menjaganya,
Di buai, di susu, kadang bersengkang mata di tengah malam,
Kadang di awal pagi,
Namun semuanya ditabahkan hanya kerana bayiku Irfan,
Semoga dengan dugaan ini, dia membesar dengan kasih sayang,
Dari mamanya, babhnya, dan kedua neneknya dan atuknya.




Pengalaman dan komplikasi ketika melahirkan

Hampir dua bulan sudah berlalu selepas saya melahirkan seorang hamba Allah S.W.T yang comel dan sihat. Saya melahirkan seorang anak lelaki yang cukup sifatnya ... alhamdulillah... yang memang pertama kali merasakan bagaimana pengalaman melahirkan.. walaupun sudah berkali-kali bertanya dengan orang dan baca blog-blog mengenai pengalaman melahirkan., saya tetap nervous menghadapi situasi.
Sebenarnya, ketika saya melahirkan, saya mempunyai komplikasi tertentu, masalah-masalah seperti date due untuk melahirkan telah lebih sehingga ke lima hari, jika sampai ke tujuh hari pasti di masukkan ke wad, dan akan di paksa beranak. Setelah  due date melahirkan telah sampai, anda perlu ke klinik setiap hari untuk review. Pada hari  yang ke lima, ketika tekanan darah di check, saya pun di kabarkan oleh nurse akan di  admit  terus ke Hospital Likas. Tekanan saya ketika itu 140/90 lebih kurang, dan kepala pun ada rasa pening-pening. Sebelum ke hospital, saya di rehatkan di klinik KD Petagas. Saya di beri 2 suntikan untuk mengelak dari sawan. Sambil menunggu saya pun maklumkan dengan  husband mengenai keadaan saya dan dia perlu terus ke hospital kerana saya akan menaiki ambulan.

Siapa pernah naik ambulan? anda yang jadi pesakit atau anda menaiki untuk temankan pesakit? kalau yang kerja sebagai  nurse tentu selalu naik ambulan kan hiiiiii...... Ketika pertama kali menaiki ambulan, saya di papah masuk dan di beri keutamaan.  Syoknya... macam raja pula kan hiiiiii... saya tidak berbaring, hanya duduk di kerusi ambulan sahaja. Oleh demikian, perjalan ke hospital boleh di lihat. Semua kereta di jalan raya mengelak, ada pula yang buat hal, ketika ada ambulan, di situ dia tukar arah, dari laluan ketiga sebelah kanan ke laluan pertama sebelah kiri. Sampai pemandu ambulan membunyikan  hon nya.

Sesampai di Hospital Likas, saya di ambilkan kerusi roda untuk naik ke tingkat 2, maybe takut saya pengsan. Di tingkat 2,  nurse  dari Petagas  handover  semua dokumen, saya pula ditempatkan di salah sebuah katil. Setelah  nurse di sana  check, doktor pula datang check. Kali ini doktor ala-ala pondan, mungkin dia lembut sahaja, dia datang check sambil tanya itu ini. Ketika ini juga saya sms my husband,  yang belum ada kesempatan bertemu. So, doktor tu pun menyibuk juga "sms siapa tu,  husband ka....  eiiii...  romantiknya". Dengan intonasi lembutnya itu, membuatkan saya rasa geli geliman. Ketika ini, doktor  check bukaan sudah mencecah 5 cm, sakit juga masa doktor check bukaan kan....,  so saya di pasangkan saluran kencing. Ketika ini lah juga saya merasa yang dipanggil 'pecah air' dan 'kontraksi', mengeras dan keluar air. Rasa tidak selesa pula, sebab air kencing keluar membasahi tilam, tidak masuk ke kantung kencing. Doktor  check sudah 'pecah air', dia pun pecahkan ketuban saya dan saya di hantar ke wad bersalin. Saya masih juga belum bertemu sua dengan husband saya huuuuu......

Saya di masukan ke wad bersalin kira-kira jam 12 tengah hari 27hb Mac 2014. Badan terasa lemah, sebab hari tersebut hanya segelas air suam sahaja di minum sebelum ke klinik. Dalam perancangan, lepas dari klinik saya akan beli bun di kedai kaling. Tapi belum sempat isi perut, sudah di kejarkan ke hospital pula. Dalam wad, saya menunggu sambil di check oleh nurse dan doktor, ada juga doktor pelatih.Sehingga lah masuk jam 5 petang, bukaan itu masih lagi 5 cm. Saya ditambah ubat pengalak bukaan lagi. Dari masa ini la, kesakitan mula terasa, doktor beri oksigen tahan sakit, suntik tahan sakit, masih lagi terasa. Dalam bukaan 8 cm, saya cuba meneran. Nurse,  yang menjaga mengajar cara meneran. "Azan! azan!... macam kau berak tahi keras!" itulah yang  nurse cakap. Dalam keadaan meneran, saya masih sedar dan perasan, doktor keluar masuk, bukan sikit, tapi ramai, teutama doktor lelaki, mungkin ada diantara mereka yang hanya doktor pelatih. Nurse yang menjaga suruh teran berterusan, tapi saya maklumkan, saya tidak punya tenaga kerana tiada makan hari itu. "Kami tambah air ini pun bikin tenaga juga itu! jangan kau bilang begitu, saya sudah ramai anak pun memang rasa sakit juga! dalam fikiran saja itu!"  nurse marah-marah. Oh... tidak! kenapa saya rasa sakit hati betul ini, cuba lah bagi saya minuman atau sedikit makanan. Bukan kah air tambahan itu untuk menambah air ketuban supaya baby tidak kekeringan? saya hanya mampu menangis dalam hati sahaja... huuuuu.... dengan kepayahan dan semangat yang tinggal, saya pun kuatkan hati untuk teruskan usaha mengeluarkan baby.

"Azan! azan!.. teran! teran!" suara nurse dan doktor didengar. "Anak pertama ka mama, pandai ooo kan si mama ni meneran." sempat lagi berbual sama  saya. Ketika terasa kepala baby, doktor pun suruh meneran terus terusan. Terdengar lagi suara, "jangan tutup tu mata! buka mata! tengok sini!". Orang mau consentrate meneran pun inda jadi.Terpaksa doktor-doktor guna vacum untuk tarik kepala si baby, sebab saya sudah tidak bertenaga lagi. Apabila kepala baby sudah keluar, makin ramai doktor berkumpul di bilik saya. Tinggal bahunya lagi mahu di keluarkan, mereka-mereka pun suruh meneran lagi. Kali ini doktor-doktor itu buat bising, macam sesuatu yang berlaku. dua orang doktor naik atas katil tekan-tekan perut, adjust something. Dengan kudrat yang hanya tinggal sejengkal, maka kedengaran la tangisan  baby. Saya nampak kepala baby panjang, mungkin sebab vacum. Saya mahu sentuh baby, tidak dibenarkan. "Ini jantina baby mama, nampak ka?". Saya tidak mahu tahu itu sebab saya sudah tahu, saya hanya mahu sentuh dia sahaja! Tapi dengan secepat kilat mereka membawa si  baby  pergi. Dalam fikiran mungkin hanya sementara sahaja. Hampir jam 11:00 malam si baby merasa alam dunia.

Sementara menunggu baby, rahim dibersihkan dan dijahit. Pada mulanya, doktor lelaki cina yang menguruskan. Tidak lama kemudian, datang seorang dotor lelaki melayu. Doktor cina seperti tiada rasa confident untuk jahit. Maka bertukar tangan la, dalam hati 'tiada doktor perempuan ka, nurse pun jadi lah'. Rasa malu pun ada juga, tapi semua itu saya bayangkan mereka perempuan. Setelah selesai, saya direhatkan, ditukarkan pakaian, dan diberikan segelas milo suam. Oh leganya... akhirnya dapat isi perut, dapat sedikit tenaga. Makan bun yang husband kirimkan, dan minta lagi segelas milo suam.

Jam 2 lebih saya pun berpindah ke wad Kenanga 2, baby masih tidak kelihatan,  husband  pun belum dapat bertemu.. huuuuu.....sesampai di wad no.5, di hujung katil, rasa sayu tanpa baby. Melihat mereka yang lain masing-masing mengendong bayi, rasa jelous yang teramat sangat. Kebanyakan di wad mereka melahirkan secara bedah, ada yang pertama kali, ketiga kali, yang saya tabik sangat yang anak dia yang ke sepuluh. Pagi sudah tiba, jam 6 lebih dah ada orang melawat, sms husband, bawa barang-barang. Husband tanya mana baby, dorang masih belum bagi lagi la. Masa melawat tengahari, baby belum lagi kelihatan. Sebelum itu, doktor yang menyambut dan menjahit untuk saya ada datang, bagi tau, bahawasa nya si  baby ada masalah, bahu dia terkehel ketika dikeluarkan, dia di letakkan di tingkat 5 untuk pemeriksaan, akan di scan. Masa ini saya dan husband naik melihat baby  sambil cuba menyusukan. Orang kata '1st skin contact' akan menggalakan pengeluaran susu. Ketika ini barulah saya dapat '1st skin contact' dengan baby.. huhu kesiankan... Petangnya baru dapat peluk cium si baby... Doktor kata tiada malasah juga, tiada juga tulang yang patah, cuma tertarik urat/ otot sahaja, cuma kena review fasiologi di Hospital Likas setiap 2 minggu kemudian setiap bulan. Syukur.. setakat ini perkembangan bahu tangan nya bergerak aktif. Hanya 1st menjadi seorang ibu untuk memahami baby nya perlu kekuatan dan sekongan dari semua pihak terutamanya husband... betulkan ... hiii... doakan semoga anak saya yang bernama Muhammah Irfan Arif kekal sihat dan menjadi anak yang soleh.. amin.....

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news