Jom belajar bersama saya...
Hai..!! Hai..!!
Oboleh oku mintutun dika' ? Boleh saya berkenalan ?
Isai ngaran nu ? Siapa nama awak ?
Hinonggo'o kampung nu ? Kampung awak kat mana ?
Soira ko muli' ( mulig ) kampung ? Bila awak nak balik kampung ?
Andadon ku'i koulian nu Saya nantikan kepulangan awak ?
Ba.. om kopiruba'i kawagu suwai tadau... Baiklah.. ( ok ) semoga bertemu
di lain waktu...
Itu adalah antara perbualan seharian... menurut pemilik laman muka buku (facebook) Belajar Bahasa Dusun, terdapat Kamus Dwibahasa Melayu Dusun. Dimana kah boleh dapat kamus ini?
Contoh intisari dalam Kamus Dwibahasa Melayu Dusun
a I.Huruf yang pertama dalam abjad rumi
a II. Jika disebut dengan intonasi menaik, akan melahirkan rasa ingin kepastian, ingin
tahu sebab perkataan seseorang yang diucap tidak difahami atau kurang jelas.
Ahaba', aaba' I. perkataan dasar, rebah, tidak boleh berdiri ditempat asalnya. Sesuatu
objek yang mempunyai bentuk fizikal yang tinggi dan panjang, tidak ada sokongan untuk
terus stabil pada kedudukan asalnya. ~ Ahaba' nolo walai atau aaba' nolo walai...
~ Rumah itu rebah. 2. Orang rebah yang disebabkan pitam kerana berdiri terlalu lama
umpamanya askar yang berbaris dalam satu upacara perbarisan.
Aarau, aarau-arau. tergesa-gesa. perihal tingkah laku perbuatan yang menunjukkan
situasi semasa bagi seseorang yang sedang menghadapi situasi kesuntukan masa.
Akarau, akarauan. Perihal rasa,geli, rasa nikmat. I. rasa geli yang timbul disebabkan
ada binatang seumpama lipas, gonggok. sesuatu yang merayap dibahagian tubuh atau
rasa geli di tapak kaki apabila disentuh seseorang yang lain dengan tujuan mengeletek.
2. Perihal rasa geli kenikmatan yang dirasai, dinikmati oleh seorang wanita pada saat ia
mencapai kemuncak kepuasan dalam satu hubungan senggama dengan pasangannya.
Akatol. gatal. I. Perihal rasa gatal yang disebabkan gigitan serangga. 2. cecair atau
getah yang keluar dari pokok keladi yang boleh menyebabkan rasa gatal bila tersentuh pada
kulit.3. pangilan iaitu dengan perasaan menyampah atau meluat yang ditujukan kepada
seseorang yang sedang naik miang gatal,kemaruk ~ untuk mendapatkan perhatian daripada
seorang lelaki atau perempuan. Akatol kono kopio kio!!
Aakal.licik. licik merancang satu pekerjaan agar tidak diketahui orang lain dan lazimnya
rancangan ini hanya memberi kelebihan kepada sebelah pihak.
Aakalan, terpedaya, tertipu. Perihal agenda, rancangan sulit daripada rakan sendiri
tetapi kita sendiri tidak menyedari rancangan itu. Akal panjang. kebolehan membuahkan
perancangan ( buah fikiran ) untuk menjayakan usahanya.
Akalab. menyilaukan. pantulan cahaya daripada sesuatu benda seumpama cermin
yang terkena sinaran cahaya matahari yang terang bertentangan dengan mata kita.
Akapang. suara kuat. Perihal suara yang keluar dari mulut seseorang dengan nada yang
menggambarkan rasa marah dan melebihi daripada had tatasusila atau nilai kesopanan.
e
p/s: harap entry ini dapat menigkatkan tatabahasa kita dalam bahasa dusun >__<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan