"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Sepanjang kehamilan sehingga ke minggu 27

Assalammulaikum wbt... lama tidak update blog ni, maklumlah busy dengan kerja dan ke klinik checking review. Sudah masuk bulan ke-6 ni, saya ke klinik  2 kali sebulan. Itu belum termasuk lagi semasa nurse suspect  saya tinggi darah di sebabkan kenaikan berat badan. Semasa saya di suspect tinggi darah tu, saya banyak minum sebelum ke tandas, kemudian timbang badan sebelum ke tandas. Lagipun, timbangan di klinik tu macam rosak. Bukan apa, kanak-kanak selalu bermain di timbangan tu. Apa lagi, setiap dua hari sekali saya kena ke klinik check tekanan darah. Tapi, setiap kali check, nurse cakap normal saja, saya makan ubat bikin kurang tekanan darah ka? tu nurse tanya. Saya bilang tidak juga. Tapi, selepas saya kena suspect  tu terus saya beli bunga betik buat sayur dan makan sayur peria banyak-banyak.

Itu baru cerita pertama sepanjang kehamilan saya setakat ini. Cerita kedua pula mengenai checking diabetes (cek gula dalam badan). Pertama kali ketika bulan ke-5, buat checking  di Klinik Kesihatan Putatan. Sebelum buat tu, kena puasa dari jam 7 malam sehingga di ambil darah. Saya hanya di beri tahu hanya minum air gula tu sahaja. Setelah ambil darah pertama, dan saya perlu minum air gula. Pikirkan dah habis procedure, rupanya kena tunggu 2 jam lagi dan kena puasa lagi. Husband saya pun terpaksa ambil cuti setengah hari. Kali kedua ambil darah ok sahaja, tapi dorang ambil hampir di tempat yang sama juga, apa tidak longlai terus tangan sebelah hihihi. Result yang ini ok, so kena suruh check  lagi untuk bulan yang ke-7. Kelmarin, saya ke klinik swasta buat checking tu, tapi service di sana memang kureng  la orang bilang. Masuk daftar, kena tunggu doktor yang tidak tahu jam berapa sampai. Tidak lama lepas tu, pembantu panggil ambil darah, dan minum air gula. Saya pun hairan, dorang hanya ambil darah macam cek HB saja. Tapi mungkin itu cara dorang. Lepas tu, tunggu 2 jam dan balik ke klinik tu. Lepas bayar bil, tanya result, minta result, dorang hanya tulis sahaja. Sekali tanya nurse di tempat review selalu, tidak di terima pula. Ini pun silap dorang  nurse2 sana juga, communication kureng, bilang Health Care tu di Asia City. So, saya cari la di Asia City, yang saya jumpa yang swasta saja, mungkin yang itu la kali. Tadi pagi, check tekanan darah, tanya la sama si nurse, ok ka klu result begini, dia kata 'tidak'. Terpaksa la buat sekali lagi besok huhuuhhu... Kali ni tanya dengan nurse betul2, di mana tu Health Care, rupanya di bangunan pertama Sinsuran dari Centre Point huh! Sudah la kelmarin cirit birit pasal air gula tu, ni besok kena lagi minum air gula tu uweekkkkkkkk!!!!!!!! tapi inda apa la.. kerana kesihatan mu my baby, mummy will do everything for you. Tidak sabar pula baby ni keluar hiii.

Kedua, masalah orang rumah, huh! memang tidak habis-habis pasal orang rumah. Kalau memang tidak di suka tu apa boleh buat kan. Sebelum kahwin tu pernah ke rumah, tapi keluarga ok saja. Itu mungkin luaran saja kali. Sekali dah kahwin ini, kerja, sibuk. Macam-macam perangai pula. Husband memang tidak mau bawa bergaduh, tapi kadang kami yang gaduh. Saya memang tidak mahu jadi punca pergaduhan, tapi kalau memang bukan salah saya, macam mana juga. Husband  pun kadang tidak memberitahu perkara sebenar, dan terangkan secara baik-baik huh!.. (banyak betul keluhan ni hiii). Mungkin sebab saya tidak tolong kemaskan rumah, tapi sebelum ini saya tidak disuruh, sebab ada maid yang bersihkan. Kalau hujung minggu tu, kalau tiada maid, saya memang tolong apa yang mampu. Atau, mungkin kerana husband dan saya tidak bagi duit dapur? saya pun tidak faham sebenarnya hmmmmm... Sekarang ini tengah mengandung, kurang pergerakan, kena banyak rehat. Tidak boleh ini, tidak boleh itu. Tapi kalau terlalu rehat pun tidak bagus juga, nanti orang bilang cepat dapat penyakit obisiti dan sebagainya. Masa mengandung ni pun kena marah-marah, saya memang tidak puas hati, salahkah saya mengandung. Sampai saya cakap dengan husband,  beranak balik kampung. Berpantang di sana. Tapi saya pula kesian tiada tolong masak-masak,  husband pula kena pergi kerja dengan perjalanan yang jauh setiap hari. Pernah sekali, ketika baru sampai dari kerja, kami baru melangkah masuk pintu rumah. Tiba-tiba, di marah. Husband dan saya yang kepenatan ni terkejut, apa lagi salahku! itu la yang bermain difikiran. Saya pun tidak tahu apa puncanya, apa penyebabnya. Sekarang ini, saya hanya berserah kepada-Mu Ilahi. Kepada engkau aku mohon kesabaran atas segala dugaan yang menimpa.

Cukup dengan perasaan tidak enak ini. Beralih la kita ke cerita preggy. Di office, facebook atau terjumpa kawan-kawan, mesti bercerita mengenai preggy. Banyak informasi yang saya dapat. Dari segi penjagaan ketika hamil sehingga beranak. Tapi sekarang ini saya sangat memerlukan majalah PAQMA keluaran bulan Mei. Semua mengenai preggy ada di sana. Siapa yang ada atau ternampak tolong inform  ya! Cerita mengenai preggy ni, saya terbaca di laman facebook. Bayi boleh meninggal dalam kandungan walaupun sudah ke-8 bulan. Punca-puncanya, disebabkan tekanan darah yang tinggi, kencing manis yang tinggi, dan kekurangan air ketuban. Ada kawan-kawan kena paksa beranak sebelum masanya, takut bayi meninggal dalam kandungan. Dalam facebook  tu pula, ada dua tiga  ibu yang sudah mengalami kejadian seperti ini. Hanya tinggal hari lagi melahirkan, tapi tidak kesampaian. Kesian kan. Saya pula sekarang kerisauan, tekut kejadian menimpa diri, sekarang tekanan darah memang di jaga. Sugar Level pun kena check besok. Kalau mengenai air ketuban tu, saya minum air banyak-banyak dan air kelapa sahaja buat masa ini. Itu informasi semasa mengandung. Selepas melahirkan pula mengenai kekuningan anak. Kata kawan, susu kambing kurangkan kuning. Mungkin betul juga. Sebab dari pembacaan saya, isteri Nabil si pelawak dan blog-blog lain memang betul. Mereka banyak minum air susu kambing segar dan makan kurma. Kalau di Sabah memang susah mahu cari air susu kambing segar. Yang dijual pun, yang di awet. Baru-baru ni pula, saya terjumpa di Servay, jenama Good Goat, product of Sabahan. Ladangnya terletak di penampang.  Itu pun baru sekali terbeli. Lagi satu untuk kurangkan kuning bayi, ialah jangan makan jamu, halia dan kunyit ketika berpantang. Ini pernah terjadi dengan kakak saya sendiri. Dia pun first baby, tidak tahu apa-apa. Tapi yang saya hairan lakinya dulu duda beranak dua tak kan tidak tahu. Kakak saya makan jamu, kalau memasak tu halia besar-besar. Kata kawan saya halia tu yang buatkan kuning sebab panas. So, saya pun dengan segeranya buang halia tu, Dan kakak saya terpaksa bagi bayi minum susu tepung dalam usia baru beberapa hari. Sebab dia makan jamu dan bayi tu terkena kuning sehingga ke 200++. Saya ni walaupun banyak informasi pasal ibu dan bayi takut nak inform kakak saya. Difikirnya saya ni apa nanti, sebab sy masih mengandung first baby. Saya hanya dapat bercerita sedikit sahaja informasi dengan dia. Kalau dia bertanya, baru saya beritahu hiiii.....

Hmmm... saya belum habis lagi bercerita ini. mengenai dugaan-dugaan ini, bukan setakat di rumah sahaja. Di pejabat pun ada juga. Pejabat the big boss tu bukannya selangkah dua sahaja, kalau dia minta dokumen-dokumen tu bukan sekali perlu berjalan, berkali-kali. Nasib baiklah ada kawan pejabat yang boleh minta pertolongan. Kalau tidak, sampai rumah ampai-ampai. Sudahlah gaji bulan lalu dengan bulan ni masih belum diberi. Mahu beli baju preggy pun susah. Apa lagi baju baby. Takut nanti bayi keluar awal. Sebagai persediaan, dah masuk ke-7 bulan ni macam-macam boleh terjadi. Sekarang ni pun, bayi pula sangat aktif bergerak. Si mummy  pula keletihan menjaga pergerakan si bayi. Apapun, harap si bayi sihat walafiat didalam sana. Aminnnnn....

Setakat ini sahaja buat masa ini. Pada yang telah melahirkan, ku ucapkan selamat berpantang dan selamat mendidik anak anda. Jangan lupa jaga kesihatan. Pada yang baru berkahwin, selamat melayari bahtera, semoga dikurniakan anak secepat mungkin. Aminn....

Eh... lupa pula... saya belum tahu lagi jantina anak dalam kandungan ini. Tapi 8hb Januari 2014 nanti saya akan buat scan 3D. Bukan setakat mahu lihat jantina. Tapi keadaan bayi sekarang macam mana sudah. Adakah tembuni saya masih di bawah atau kepala bayi di atas. Nama yang bakal dikurniakan kepada si bayi pula ialah, jika lelaki, Mohd Noor Irfan (Noor itu ikut ayahnya hiii...). Jika perempuan pula, Nurhana Delisha. Harap nama ini membawa makna pada hidup mereka seperti mana erti pada nama itu. Aminn.....

Minggu ke 12 - Janin

Wah..... tidak sedar sekrang sudah minggu ke 12 janin saya ini. Macam baru kelmarin tahu yang saya ini hamil. Ertinya sudah 3 bulan kandungan ini. Dalam tidak bulan ini, banyak juga benda yang berlaku, terutamanya kesabaran si abang melayani bininya ini. Pelbagai ragam yang saya terbuat, tapi dia tetap sabar. Kadang ada juga dia marah, tapi sekejap saja. Orang kata time ni la orang yang mengandung akan alami 'morning sickness'.  Tapi bagi saya tidak. Hanya sesetengah time tu tidak tahu mahu makan apa, namun jika di sorong makanan, saya tetap akan makan. Baru-baru ini, saya demam, badan amat lemas sekali, tapi pergi kerja juga, disebabkan banyak kerja mahu dibuat. Namun, selera makan tidak hilang, saya tetap akan makan. Oleh kerana badan lemas, si abang bawa makan luar, supaya tidak penat masak di rumah, jadi saya pesan air kelapa muda, orang bilang kelapa muda ini buang panas dan bagus bagi bayi. Sepanjang 3 bulan ni juga, saya tidak makan makanan asam-asam, kerana yang asam ni akan hasilkan asid dalam perut. Apabila asid itu terkumpul, ia akan menyebabkan mual-mual atau akan muntah-muntah. Pagi-pagi pula, saya suka makan yang masin-masin, tertamanya mee goreng. Kalau mengenai 'mengidam' tu. tak ada la juga. Tapi yang buat saya bingung, si abang mesti mahu cari makanan melayu semenanjung. Ada satu restoran tu yang paling dia suka, di Restoran Singgah Sokmo, di Cyber City Jalan Lintas Kepayan. Kalau boleh, dia mahu lauk2 masakan dorang huhh..... saya pula yang inda menahan, asyik di sana saja tujuan kalau di bawa makan di luar. 
Hari ini nampaknya hujan lagi di awal pagi, nasib saya baik kerana stokin sentiasa di bawa kesana sini. Kalau tidak, demam lah jawapnya. Hari ini, saya perlu gandakan minum air putih, perlu banyak bergerak untuk elak dari kesejukan aircond. Kerana orang mengandung ini, cepat datang penyakit. Imunisasi kurang. Kalau doktor suruh makan ubat tu, makan lah ikut jadual. Kalau tidak, temujanji akan datang akan dimarahi oleh mereka. 
Nampaknya, orang mengandung ini, banyak pantang larangnya. Kalau ikut cara orang melayu, makanan seperti nenas memang tidak dibenarkan makan. Tapi, kebanyakan pantangnya mengenai perbuatan si ibu dan si bapa. Tidak boleh berkata kasar-kasar, tidak boleh mengejek, dan sebagainya. Ada lagi, tak boleh menjahit, tidak boleh mengait dan sewaktu dengannya. Kalau ikut cara orang cina pula. Kebanyakannya mengenai makanan. Banyakkan makan peria pada kandungan mencecah 7 bulan dan keatas. Dilarang makan daging sama sekali. Makanan yang sejuk, berais dan bergas. Banyakkan makan epal juga dari awal kandungan. Elakkan makan sayur kangkung.
Sungguh banyak dugaan ketika mengandung. Oleh demikian jangan memalaskan diri kita untuk mencari info terkini, bertanya pada yang berpengalaman, mencari di laman web dan tidak lupa mendekatkan diri dengan klinik. Semoga kandungan kita sihat dan selamat melahirkan..insyallah... amin......

TIPS HENDAK HAMIL

Di dalam perkiraan kalender sejak hari terakhir saya datang haid, hari ini masuk ke sembilan minggu. Dan kesembilan minggu juga la baby berada didalam. Namun belum juga kami daftarkan ke klinik, kerana temu janji dengan doktor yang ada hanya pada 30hb Ogos. Ketika pendaftaran pertama kali, yang diperlukan adalah, salinan IC kedua bakal ibu dan bapa, salinan Sijil Perkahwinan dan 2 keping gambar keduanya.
Saya menunggu hampir tiga tahun untuk mendapatkan zuriat. Banyak usaha yang dilakukan. Tapi yang penting, usaha perlu diteruskan, janganlah berputus asa. Kerana terdapat banyak cara yang ada di zaman moden ini. Jika keadaan anda sekarang dalam keadaan dan harapan yang amat tipis sekali, anda bolehlah mencuba rawatan IUI, tapi ianya rawatan yang memerlukan kos yang lebih daripada yang biasa tapi hasilnya lebih memuaskan. Ada diantara mereka yang menggunakan rawatan ini mendapat kembar dan ada yang hendak mendapatkan jantina anak. Tapi bagi saya mungkin saya akan menggunakan rawatan ini jika perkahwinan saya sudah mencapai 10 tahun atau lebih.
Apa yang saya dan suami telah lakukan sehingga kini baru saya hamil? ok, jom ikuti tips di bawah ini, mungkin ianya membantu anda dalam merancang untuk mendapatkan anak pula.
- Saya tidak mengambil sebarang ubat untuk merancang kehamilan, ketika kahwin dahulu, jika terus ada anak, itu adalah rezeki tuhan yang amat berharga. Lagipun memang kamahuan demikian hiihih.... Setelah enam bulan usia perkahwinan, hati ini mula risau, apakah sebabnya. Maka saya pun mula bertanya pada teman-teman. Pertama yang saya lakukan adalah stamina, joging sana, joging sini, lagipun masa itu ada perancangan mahu mendaki gunung.
- Setelah pendakian gunung selesai, saya pun memperkasakan lagi usaha, seperti minum jamu mbak @ inodn (jamu kunyit untuk buang angin dalam badan).
- Kemudian melakukan urutan rahim, sampai setakat ini saya lakukan 4 kali urutan, itupun lebih kurang 3 ke 4 bulan sekali. Kata orang yang berpengalaman, selepas mengurut, kena rehat seminggu ke sebulan sebelum bersama dengan suami. Tapi belum sempat saya mempraktikkan, saya sudah disahkan pregnant hiiii....
- Saya juga ada menggunakan krim sapuan untuk hamil, setakat ini 2 botol, krim tersebut adalah berjenama LuminGlow. Suami saya juga menggunakan krim ini. Anda boleh cari ini krim ini dan info lanjut mengenainya melalui facebook Senang Hamil.
- Selain itu saya memakan pil kesuburan dari indon. Saya sudah makan pil ini sebanyak 4 kotak. Pil ini boleh didapati di pasar-pasar di mana jamu dijual. Untuk lelaki pun ada juga. Suami saya ambil pil untuk lelaki, dan telah minum segelas air jamu khas untuk lelaki.
- Tidak dilupakan, saya pergi menjalani ujian pemeriksaan di klinik perancang keluarga dekat dengan Hospital Queen. Bukan saya seorang sahaja yang buat pemeriksaan, suami pun buat juga. Selepas pemeriksaan di sana, saya telah diberi pil asid folic dan suami pil Tribestan dan pil penambah tenaga lelaki (lupa sudah namanya, kalau di farmasi kotaknya berwarna hijau, suami saya sudah 3 kotak makan pil ini, dan masih lagi makan sampai sekarang untuk kecergasan bermain badminton katanya).
- Dan tips yang tidak perlukan duit ada juga, seperti, selepas melakukan hubungan, jangan terus ke tandas, kencing, sebab kencing itu mematikan sperma.
- Selain itu, semasa melakukan itu, tinggi kan punggung supaya sperma masuk terus.
- Bagi si suami pula, kalau hendak kencing kena habiskan, kena bunyi kan 'eheemm...' utk keluarkan semua kencing. Kerana jika tidak habis kencing itu akan keluar ketika hendak pancut, dan ianya akan mematikan sperma.
- Dan yang penting sekali, keduanya kenalah serentak, puas dan pancut. Kata tukang urut indon tu, semasa si isteri pancut dan puas, masa itulah pintu rahimnya terbuka luas. Dan jika si suami pancut ketika itu, ia akan menjadi.
Jika tips di atas ini masih tidak membantu anda, anda mungkin perlu tingkatkan lagi usaha. Jika anda menghampiri kepada putus asa, jangan lah lupa mencuba rawatan IUI iaitu pemanian di luar rahim. Kepada anda yang ingin sangat zuriat, selamat mencuba semoga anda berjaya di suatu hari nanti. Amin......

Azamku

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah lama saya tidak mencoretkan sebarang cerita dalam blog saya ini. Hampir empat ke lima bulan rasanya. Mungkin disebabkan sibuk bekerja, ditambah lagi bulan kita berpuasa dan sambutan hari raya. Hari ini, saya mengambil sedikit kesempatan sebelum memulakan pekerjaan saya setelah bercuti hari raya, saya ingin menyambung cerita mengenai azam yang telah saya azamkan pada akhir tahun lalu. Hampir kesemua azam saya tertunai, azam untuk sambung pelajaran sedang berjalan. Belajar bahagian akaun, iaitu LCCI Book-keeping Level1, setiap malam hari isnin, di AMC College, Likas. Setakat ini, pemahaman boleh tahan la, tapi masih banyak lagi mahu di ulangkaji, apa lagi kalau banyak kelas asyik ponteng. Kalau azam mahu kempiskan perut tu dah tak boleh lah sekarang hihiih sebab azam yang satu lagi ni dah nak tertunai, azam mahukan seorang zuriat, alhamdulillah. Azam zuriat kali ni tertunai, hari ini masuk minggu yang ketujuh. Pada malam hari besoknya hari terakhir puasa, saya cek kencing UPT sekali malam sekali lagi pagi (masa sahur), alhamdulillah, 2 line terang lagi tu. Patut lah time puasa kali ini penat yang sesangat, namun ku masih tabah juga sehingga penuh puasa ku tahun ini, alhamdulillah. Hampir setiap hari, balik dari kerja, kalau sempat masak, masak, kadang makan di luar sahaja. Selepas itu, kalau sempat mandi tu, mandi lah, kalau dah tak tertahan atau sejuk sangat, kadang hujan kan siang ke malam, kemudian tidur seawal 8.30 malam, paling lewat pun jam 10 malam. Pada hari terakhir puasa, saya ke klinik swasta scan perut (rahim), kata doktor dah enam minggu, syukur alhamdulillah. Berita gembira ini diketahui mentua dahulu, masa malam raya pertama, keluarga baru tahukehamilan ini. Masa raya ini la banyak bertanya pada yang dah ada anak, dah ada baby, dah merasa pengalaman. Di mana? Apa? dan Bagaimana? segalanya perlu ditanya. Betul kan. Oleh itu, kami ke klinik mahu buat buku, kata mereka, kalau lambat buat, kena marah oleh doktor. Kami ke klinik desa Kampung Petagas sahaja, dekat dengan rumah mentua, jalan kaki sahaja. Orang dalam klinik tu tidak lah ramai sangat, tapi jururawat tu kata mahu buat temu janji. Temu janji kosong pada bulan ini hanya kosong pada pagi jumaat 30hb sahaja. Kena tunggu lagi kan. Sabar sahaja lah, mudah-mudahan tidak ada apa-apa berlaku sebelum itu. Sekian sahaja mengenai azamku pada hari ini.

LCCI Level 1: Book-Keeping: Exercises

LCCI Level 1: Book-Keeping: Exercises: Chapter 1: The Accounting Equation Transactions Through "Double Entry" 1.1 1.2 1.3   1.4   1.5

Can everyone solve this situation?
Now, I can do it. But for all. I have to refer to my book.

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK NEGERI SABAH 2013

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK NEGERI SABAH 2013

Besok sudah disahkan bermulanya bulan Ramadhan. Dimana umat Islam mula menunaikan kewajipan berpuasa. Di sini saya kongsikan bersama dengan anda Waktu Berbuka Puasa dan Imsak di kawasan Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Semoga dengan kongsian ini, ibadah kita akan diredhai Allah. Aminnn....

LCCI Book keeping Level 1

Assalam and happy day to you. Today I want to update my life cycle. During this past two weeks, I have a lot of things happened to my life. Last two weeks, my husband's grandma pass away. She was a great person in my husband's family. She always visiting me to tell a story. She also give me some cloths. When she bought 'lato' (see weed family), she will give to me some because she know that I like to eat it. The day she died, I was take an off from work for half day. The day she was buried, I was there watching for the last moment. I also take off for 3rd and 7th day her funeral. All that day was effected to my LCCI class. I didn't come to my class for 2 times. I feel sorry to my lecturer and of course for my self. For this next class, I will ask my teacher to give me the previous notes. My English class effected too. I didn't come only one time for this class.

Aiseh.... buli tahan jugakah my english ini. Macam ada saja yang kurang kan. Kalau ada silap dan salah sila betulkan.. :)

LCCI Book Keeping Level 1

Setelah berbulan-bulan tidak update entry blog ni..terasa lain saja.. macam ada yang tidak kena..hiiii... besa lah kan sebelum ini saya kata saya mau achieve my goal at end of last year... saya kata nak kurus la.. nak baby la... nak study la... progress tu memang ada terutamanya nak baby.. tapi tu kuasa Allah s.w.t .. kalau ada rezeki dia akan berikan.. kalau belum ada.. kita hanya boleh usaha, doa, dan tawakal kepada-Nya. Nak kurus pula.. lain ceritanya.. mulanya memang excited sangat.. tapi bila dah sibuk ni dan jadual kerja dah berubah dan tempat kerja pula dah bertambah jauh.. maka progress untuknya diberhentikan hihi...
For further Study, especially in English Language.. eisehmen... baru jak beberapa lesson dah mau berlagak hihi.. bukan mau berlagak tapi nak practise la kan.. orang bilang jika tidak practise apa yang di belajar macam mana mau maju... saya belajar English ni pun atas sebab si big boss take over English Centre di Kolombong, dia pindahkan office di Tanjung Aru tu di sana juga... bertambah lah jauh si Abang mengambil dan menghantar diriku ini setiap hari.. si boss beri free class kepada employee nya yang lemah seperti saya hihi..
Other than that, I'm studying LCCI Book Keeping for Level 1 at AMC Likas. Where, I was studied for UBS Accounting last year. This course not the free courses, it was cost me around RM800 for 6 month lesson. They will give certificate for student who pass the exam. My ex-accountant also studied there and my friend studied there too for the same course. Now, she is study for ACCA course for become registered accountant. Who want to learn, to improve own ability, to gain ability for yourself, you can contact AMC centre at Likas Square. ...promote >_< .....

Cerita Suami Isteri

Suatu hari saya ternampak ibu mertua menangis di sebabkan anaknya mahu kahwin lagi... abang ipar saya ni berbinikan seorang guru dan mempunyai seorang anak yang bakal berumur 3 tahun pada bulan June ini. Dia juga seorang yang panas baran (bagi saya la). Dia mengatakan, bahawasanya, kekasihnya itu telah berbadan dua. Kerana itulah dia ingin menikah. Saya memikirkan, jika bininya mengizinkan saya tidak kisah. Kerana itu adalah kehidupan mereka.
Pada hari-hari seterusnya, bininya merangkap birasku bercuti sekolah dan menetap sementara di rumah, dia khabarkan dia telah mengandung. Oh! syukur lah... tapi... lakinya itu seperti tidak peduli akan bininya. Mungkin dia belum mengetahui cerita lakinya itu, sebab dia buat selamba sahaja. Pada hari kenduri cukur jambul sepupu laki, dia pun buat selamba sahaja seperti tidak ada perkara yang berlaku.
Pada malam sabtu yang lalu, saya mendengar cerita lagi, bahawasanya dia (abang ipar) belum lagi menyentuh perempuan itu. Atau dia berbohong. Pada keesokannya, dia beria-ia hendak menghantar duit dan hantaran tunang kepada perempuan itu. Setelah mereka kembali dari rumah perempuan itu, cerita mengenai mereka makin meluas. Dikatakan, si abang ipar ini terkena buatan perempuan itu. Perempuan itu tidak lah selawa mana, dan yang menakutkan, ketika dalam majlis, nenek kepada perempuan itu seperti membaca sesuatu dan melihat dengan pandangan tajam kearah mereka.
Kini, sudah jelas. Pertama, si abang ipar telah di pugai sehingga kononnya ingin bunuh diri jika tidak dapat berkahwin dengan perempuan itu. Mungkin itu caranya dia memujuk isterinya.Dan benarlah abang ipar saya ini belum menyentuh perempuan itu.
Kedua, rupanya isterinya sudah ketahui cerita itu, kerana itulah dia lebih suka balik kampung nya sendiri. Dan pada mulanya lakinya beritahu bahawa dia dan perempuan itu hanya adik angkat sahaja.
Ketiga, keluarga perempuan itu tahu mengenai status abang ipar saya ni. Dan mereka tidak memperdulikan nya. Malah mereka lebih menekan lagi. Apalagi mereka mengetahui bahawa bakal biras mereka adalah ketua jabatan.
Saya kesihankan biras saya ini, terpaksa menanggung derita, di kala dia hamil. Jikalau, ada diantara kalian boleh ubati... tolonglah... Jika tidak pun mari kita doakan supaya tidak berlakunya perkahwinan diantara mereka. Dan perkara ini, tidak berlaku pada diri kita.

Kisah "Burger"

Burger... salah satu makanan orang putih dan di komersialkan di negara kita... macam-macam burger yang pernah saya jumpa.. dan salah satunya Burger King dan yang paling unik Burger Giant.. kalau makan order 1 untuk 4-6 orang hihihi...
Cerita burger ni bermula apabila ada kedai burger baru dibuka.. dan burgernya ini lebih unik dari Burger Giant, mungkin ilham dorang buat burger tu dari Burger Giant tu juga dan daging sate yang dibakar.. namanya pun pelik Burger Bakar hihi.... Sapa mau cuba boleh lah datang di Tanjung Aru Plaza Food Court.. mereka mula beroperasi dari jam 5:30 ke tengah malam. Ketika bersantap malam bersama suami tercinta di Food Court sana, kami ternampak dan ingin mencuba, tapi masa tu dah kenyang dan kami akan kembali suatu hari nanti..
Semalam, saya membawa si tercinta pergi shoping di Servay Putatan, mau tambah point la kan hihi... oleh kerana siang tadi sudah makan di KFC (order menu baru lagi tu).. kami masih kenyang lagi... selesai sahaja shoping kira-kira jam 9 malam... si sayang pun berasa lapar... mungkin demam dia belum sembuh lagi... , so kami order 1 wafle coklat ..oleh kerana ada perkara urgent perlu diuruskan, kami membatalkan lah order tersebut. Maka kami pun rushing untuk menunaikan perkara yang amat mustahak... sambil-sambil kami order Burger Ramli yang ada berdekatan (di Kg. Petagas, dekat dengan masjid).. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami, penjual tu kata,"Sorry kak, roti dah habis.." oh no!!!!.... nak cari mana lagi ni, si abang pula kurang sihat, dan seleranya hanya pada burger..... Setelah selesai urusan, kami pun menuju ke Tanjung Aru Plaza, nak tunaikan hasrat lama dan keinginan si abang. Kami pun meng-order di pondok khas, bayar dan diberikan nombor pesanan.. Setelah menunggu 2-3 minit maka sampailah pesanan yang unik hihihi (sila lihat gambar).. bersantaplah kami dengan Bismillah...
Burger Bakar - Double + telur + bacon + cheese

Happy New Year 2013 / 18 Safar 1434 Hijriah

Happy New Year..  setiap tahun di awal tahun pasti ucapan ini yang keluar.. sepanjang 2012 tahun yang lalu pelbagai kisah yang dilalui, ada yang sedih, gembira, dan macam-macam la.. Astro kata. "macam-macam ada" hihi... pada tahun ini (2013) apa pula yang anda ingin lakukan? mahu jalani kehidupan lebih santai atau mahukan sesuatu yang baru ... Teringat pula saya di awal tahun 2012... kenangan yang pasti saya tidak lupakan adalah kisah ketika mendaki Gunung Kinabalu hihihi.. (refer entry saya sebelum ini jika ingin tahu ceritanya :) )....ketika pendakian bertemu dengan bermacam-macam bangsa, dalam kepenatan mendaki, kami semua masih mampu tersenyum dan mengucapkan "Happy new Year" hihi...
Kenangan pada tahun 2012 yang saya tidak dapat lupakan.. ketika di puncak Kinabalu.. Si Abang kagum dengan bininya ini ... dan saya rasa bertuah dapat sama-sama ke puncak Kinabalu bersama suamiku...

Mengenai azam yang telah saya usahakan, kini digandakan lagi usahanya...terutamanya untuk mendapatkan zuriat pada tahun ini .. Insyallah...Amin... ketika saya dengar teman saya.. yang sama-sama bernikah pada tarikh yang sama, namun dia dikatakan bunting pelamin setelah itu.. dan setelah setahun umur anaknya.. apatah lagi kini dia disahkan bunting lagi.. oh! sungguh cemburu hati ini :) Saya berharap usaha kami kali ini berhasil.. Apa yang telah berlaku setelah berjumpa doktor hari tu? pada 24hb December 2012 (Isnin) kami ke klinik lagi untuk mengambil keputusan mengenai sperm Si Abang... kata doktor kuantitinya kurang dan doktor pun syorkan beli vitamin berharga RM200++ total ...(2 jenis vitamin) .. dan saya pula dikehendaki cek UPT lagi .. dan hasilnya tetap sama negative... dan doktor syorkan pada saya pil penambah hormon.. Namun pada petangnya.. ada darah haid keluar.. coklat-coklat (biasalah hari pertama).. keesokkannya masih lagi darah kecoklatan namun ada darah cair sedikit.. ketika ini saya fikir ianya akan keluar banyak.. sehingga hari keempat.. hanya darah kecoklatan sahaja yang keluar... dalam pembacaan saya mengenai kehamilan, saya sedang alami tanda pertama kehamilan iaitu pendarahan akibat implantasi (telur melekat pada dinding rahim)... selain itu tanda-tanda seperti haid lewat dan payudara sensitif juga sedang saya alami... UPT test.. belum saya lakukan... akan saya genapkan 10 hari barulah di cek balik .. moga apa yang diharapkan adalah benar amin....

Untuk azam kempiskan perut, saya lupakan sebentar kerana takut ada isi... namun sekarang ini saya kerap dapat cirit-birit... kejap-kejap ke tandas, buang air besar...

Azam tambahkan skill pula... akan diteruskan perlahan-lahan... oleh kerana pejabat dikatakan akan berpindah.. maka setelah pindah baru azam ini diteruskan... jikalau tidak.. akan diteruskan juga...

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news