Sekarang hampir jam 6 pagi. Hati ni makin rasa risau. Sarapan pagi? Macamana mahu masak dengan hati yang tenang. Pelbagai kata yang didengar. Rasa lemas dan lemah.
Perangai maknya menjadi-jadi. Maki, cemuh, pentingkan diri. Berpura-pura, talam dua muka. Depan anaknya, baik. Tapi bila saya atau anak-anak di rumah, macam-macam dia cakap.
Saya diamkan diri, diherdik sampai ke muka. Saya tulikan telinga, hati ini sakit bagai dihiris. Lebih baik saya hiris badan hilangkan kesakitan hati. Sakit di hati bekasnya memakan diri. Luka di badan bekasnya kelihatan jelas.
Anaknya tidak faham situasi. Tidak faham perasaan hati ini. Dia tegur maknya sekejap. Tidak selesaikan masalah. Kemudian tinggalkan diri ini ditindas. Dimaki. Dihina.
Saya tahu dia kerja. Tapi tenangkah bekerja jika saya ditindas dirimah ini? Maybe ya, tenang. Sebab saya tidak disayang pun. Sebab dia pun menindas diri saya juga. Dari kata dia yang keluar mulut selalu tidak fikir perasaan ini. Dia hanya fikir dia saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan