![]() |
Banner of movie Battleship 2012 |
Hujung minggu yang lalu, secara tidak segaja dan disegajakan juga, saya dan suamiku yang ku panggil darling pergi menonton wayang. Wayang ini baru saja keluar di pawagam pada bulan April ini, jalan cerita memang syok sangat. Pengarah untuk movie ini pula adalah orang yang sama mengarah movie "Transformer". Jadi segala efek dan pengambarannya hampir sama dengan movie sebelum ini. Termasuklah sound dam muziknya, cuma terdapat beberapa tambahan dan perbezaan dan cara mereka adaptasikan muzik tu dalam movie baru ini.
Sesiapa belum pernah tengok movie ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmatinya. Hari tu kami tengok ala 2D saja, kalau 3D lagi gempak. Kalau mahu tahu macam mana gempaknya, pergi la panggung wayang hihi....
Wayang ini juga seperti permainan game battleship di handphone dan di pc.. saya pernah main game ni.. jadi kegairahan ketika menonton tu memang tinggi la hihi... mulut ni pun pandai jadi mulut murai, asyik mahu bercakap saja.
Di sini saya ceritakan sedikit mengenai movie ini.. orang bilang sinopsis la kan. Cerita ini bermula ketika adik kepada kapten kapal laut mengurat kepada jeneral kepada abangnya. Hanya kerana Burito (makanan barat) dia sanggup menggadai nyawa dia demi untuk mendapatkan cinta perempuan itu. Kerana masalah yang di timbulkan oleh Hopper (adik kapten), dia terpaksa ikut serta menjadi seorang navy the sailorman (hihi macam popoye pula kan). Si Hopper ini memang pandai dan terror dari serba serbi, cuma amat cuai dan dari segi leadership dia tidak dapat handle. Terjadi lah cerita perang ini di sebabkan alien datang ke bumi untuk mencari tempat baru mereka. Dengan kecanggihan kapal alien ini, berlakulah beberapa scene perang di laut. Yang membuatkan kami lebih teruja, kapal laut yang mereka ada hancur, dan mereka menggunakan kapal laut lama dimana kapal tu sudah menjadi muzium dan cara penggunaan kapal itu pun dari zaman sebelumnya, nasib baik ada askar tua berpencen yang menjaga muzium kapal tu. Di tempat perempuan pula (kekasih si Hopper a.k.a anak Jeneral) sedang membawa askar yang kudung berjalan di gunung, di mana tempat tu adalah tempat mereka berkomunikasi dengan dunia luar. Ketika mereka berjalan, alien itu menawan tempat itu untuk berhubung dengan markas mereka. Maka terjadi lah scene yang mendebarkan dan tidak lupa juga melucukan hihi...
Kalau boleh mahu pergi menonton lagi movie ni, tapi masa kena la bersesuaian. Kalau downloadnya sudah ada, tengok di rumah saja hihi..
Tidak dilupakan, pengalaman berada dalam panggung wayang yang berkeadaan cemas. Tiba-tiba saja wayang terberhenti, masa tengah serang menyerang lagi tu hishhh orang tengah high mood ini tiba-tiba pula buat masalah. Mula-mula kami pikir tiada karen, tapi penjaga wayang tu tidak muncul depan kami. Rupanya filem bermasalah, ketika menunggu filem tu disambungkan balik, ada orang lain di sebelah saya menyampuk, dia kata "ada disk 2 tu, baru dia mau tukar".. lucu juga tu kenyataan hahhaahh ...
Apapun yang saya kongsikan di sini dapat menghiburkan anda, untuk lebih lagi hiburan pergi la tengok wayang ya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan