"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Hatiku

Kehidupan suami isteri memang penuh dengan cabarannya, apa lagi kalau sesuatu kehidupan itu terdapatnya kekurangan dan berwarna kelabu sahaja. Berwarna kelabu? dalam fikiran kamu apa yang terlintas... kelabu adalah campuran hitam dan putih, ianya seperti pandangan yang kabur dan suram, tidak ada penyerinya. Begitu juga kehidupan yang saya alami sekarang. Setiap hari perkara yang sama saya lalui, setiap hari tidak ada yang istimewa atau kejutan yang saya dapat. Walaupun di hari ulang tahun kelahiran yang lepas, tidak ada apa-apa yang terjadi. Memang seorang suami bertanggungjawap mencari rezeki, namun bagi kehidupan berkeluarga tidakkah dia bertanggungjawap mewarnainya juga.

Di hujung minggu yang lalu, sambil menonton televisyen, saya round channel astro tiba-tiba saya ternampak satu channel ni, rancangannya bagus untuk kaum wanita dan juga lelaki untuk menyedari kesilapan mereka terhadap wanita. Rancangan ini bertajuk "Dilema wanita"... naa ngam la dengan situasi saya sekarang hihi... Dalam cerita kali ini, si isteri makan hati dengan perangai suaminya yang tidak menunaikan puasa, katanya sakit gastrik tapi kalau di rumah mentua dapat puasa pula. Anak mereka lebih tahan berpuasa dari ayahnya. Banyak perkara yang dapat diambil iktibar dalam cerita tersebut. Dr. Fadhilah Kamsah sebagai pengulas cerita akan menasihati dan memberi petunjuk sesiapa yang menonton cerita tersebut. Kata beliau, jika mahu mengajar anak untuk membuat kebaikan, kenalah ibu bapa sebagai role model.. ibu bapa perlu lakukan perbuatan tersebut baru lah anak boleh percaya perkara itu baik. Begitu lah sebaliknya, jika si ibu atau bapa melarang anaknya melakukan sesuatu perkara seperti merokok, jangan ibu bapa tersebut merokok. Jikalau tidak dapat menahan dari merokok, jangan lah ada kotak rokok atau pun merokok depan anak.

Dalam rancangan lain pula yang di host kan oleh Dr. Fadhilah Kamsah di dalam sebuah rancangan talk show atau ceramah bebas, beliau menceritakan kehidupan suami dan isteri. Rancangan tersebut bernama Anjakan Paradigma, rancangan ini membincangkan isu semasa dalam konteks islam, dan cara penyampaian beliau amat santai dan dekat di hati. Namun masa saya buka channel tersebut, rancangan yang saya maksudkan tadi berada di akhir sudah, hanya ulasan dan kata-kata nasihat yang dapat saya lihat dan dengar. Apa yang saya dapat? Kata beliau, jika hendak berjalan berpeganglah tangan (suami dan isteri), begitu juga jika hendak tidur bersentuhanlah jika boleh berpeganglah juga tangan, kerana jika kita berpegangan tangan dengan suami atau isteri kita, gugurnya segala dosa di celah-celah jari ini..Subhanallah.... Selain itu, jika si isteri ingin lakukan sesuatu perkara untuk memperbaiki dirinya seperti ingin belajar memasak, kata beliau sokong lah berilah semangat berilah bantuan, bukannya melemahkan akan kehendaknya... dan begitulah yang terjadi pada diri ini.. bila saya katakan mahu senam aerobik berbayar untuk kesihatan badan dan dia ke gimnasium.. tiada kata yang keluar darinya tiada tindakan yang berlaku..

Saya bukan sendirian ketika mononton dua rancangan tadi, my darling jauh nun sofa yang satu lagi. Dalam hati memang segaja mahu lihatkan dia apa yang sepatutnya dia perlu tahu dan perlu buat. Kalau katakan saya tak pernah menasihati atau mengingati, mungkin saya sudah puas kalau boleh mahu naik angin dah. Tapi ada cara lain lagi, seperti yang saya lakukan hari itu, menonton rancangan-rancangan yang membuka minda. Dalam hati saya juga, saya memang suka menonton rancangan-rancangan seperti itu, dan saya rindukannya sepertimana saya rindu membaca zikir munajat. Hal-hal tersebut sudah tertanam dalam diri ini, tapi kadang tidak di sokong dan tidak diambil peduli.. hanya Tuhan saja yang tahu....

2 ulasan:

  1. biasa la tu, fiza.. dalam rumahtangga, memang ada pahit manisnya. sesudah kahwin, baru kita tau perangai suami kita yang sebenar. tapi, jangan pernah putus asa berdoa pada Allah agar diberi keberkatan dalam rumahtangga kita. sama-sama la kita belajar mencintai kelemahan suami, sememangnya tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni, kan??

    BalasPadam
  2. heeeeeee... betul lah syarat2 dalam pemilihan suami/isteri.. lihat keturunannya (keluarga).. baru lah dapat yg dikehendaki.. skrg ni kalau bilang menyesal inda juga >.<... semoga usaha ku ini membuahkan hasil, terima kasih atas nasihat :)

    BalasPadam

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news