Siapa si penulis blog ini? Saya Norhafizah Abdul Hamid adalah owner dan founder bagi mamaffienda.blogspot.com yang mencerita kehidupan yang saya alami sendiri dan juga ingin berkongsi kepada anda ilmu-ilmu yang saya perolehi. Dengan makna nama saya dalam bahasa arab "Cahaya Penjaga", saya sentiasa menjaga apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya. Keluarga saya, rumah saya, barang-barang saya dan tidak dilupakan diri saya sendiri.
Antara prinsip saya ialah menjaga masa itu emas jadi jangan di sia-siakan dengan pembaziran, seperti berfoya-foya di luar tanpa faedah. Selain itu saya juga seorang yang utamakan keluarga dan menjaga kesihatan. Saya berpendapat kecantikan itu adalah perkara nombor dua dari menjaga kesihatan kerana kecantikan itu biarlah dari dalam. Bagaimana kita menjaga dalaman kita? Kita mestilah beristiqomah dan melakukan apa yang disuruh oleh Allah swt dan rasulnya. Selain itu, menjaga kesihatan dalaman kita juga perlu dilakukan, kerana jika kita hanya meminta dari tuhan tanpa melakukan sebarang usaha kita tentu tidak akan dapat. Cuba kita lihat pengemis, mereka berusaha berjalan jauh memakai baju buruk, berwajah comot , semua itu adalah usaha mereka untuk lebih nampak mereka ini layak untuk dikasihani. Walaupun ada diantara mereka yang bertalam dua muka, kejap mengemis kejap lagi makan di restoran mahal-mahal.
Anda tahukah selain kecantikan, kesihatan itu juga yamat penting dalam hal lain. Seperti dapat menjalani hidup yang harmoni dan gembira. Contohnya, bila kita sekeluarga ingin bercuti ke luar negara, tiba-tiba salah seorang ahli keluarga jatuh sakit selsema. Pasti pihak kastam di pintu masuk ke kapal perlu rekod kesihatan dari doktor untuk mengatakan selsema yang dihadapi adalah selsema biasa sahaja. Bukan selsema yang berjangkit seperyi influenza H1N1 yang kini dikenali H7N5. Jika mereka ditahan, maka kegembiraan mereka terbantut disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Begitu juga kepada mereka yang mengerjakan umrah dan haji. Mengerjakan umrah dan haji perlukan fokus yang tinggi dan tenaga yang banyak. Kerana itulah syarat yang diwajibkan oleh Tabung Haji, hanya yang berkemampuan dari segi wang dan kesihatan yang dibenarkan oleh doktor sahaja mendapat green light ke tanah suci Mekah. Haji dan umrah ini banyak dugaannya, Allah sentiasa menguji mereka yang melakukan kebaikan. Tanpa iman yang kukuh dari awal sudah tentu dugaan yang dihadapi amat dasyat sekali. Banyak kisah dari tanah suci yang mereka kongsikan di dalam majalah Mustika. Bagaimana kita dapat menjaga iman kita? Sudah tentulah kita perlu tunaikan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt dan rasulnya. Selain itu, kita perlulah berfikir secara positif apa yang berlaku di sekeliling kita. Kesihatan juga penting di sini, bagaimana kita melakukan solat dalam keadaan yang sakit. Tentu tidak selesakan, sedangkan bila hanya selsema sahaja kita susah untuk mendapat solat yang kusyuk. Kenapa? Kerana kita tidak dapat fokus dalam melakukan ibadah.
Saya dari tadi asyik bercerita mengenai kesihatan kan. Kerana di sini saya ingin sharing dengan anda mengenainya. Saya suka sharing dengan orang lain mengenai apa yang saya tahu. Saya juga ingin membantu kepada mereka yang sudi. Hanya diri anda sahaja yang perlu bantu diri anda sendiri, adakah anda terima atau menolak apa yang saya kongsikan dengan anda.
Anda boleh hubungi saya di 0168364486. Saya sedia membantu anda, hanya anda yang menentukan hidup anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan