Mata sepet bersaiz kecil,
boleh dipandang tak boleh disentuhi,
Mata luaran hadiah pacaindera,
Mata hati menyimpan perasaan,
perasaan pilu di pagi hari,
kenang kan kisah di awal subuh,
Mata sepet melihat dunia,
melahirkan segala perasaan di kalbu,
Orang melihat mata yang suram,
mata yang pedih, lagi tajam,
menandakan si dia marah di hati,
mulut berkata menafikan diri,
namun mata menampakan segalanya,
Kata boleh membohongi,
Pandangan menjadi bukti segalanya,
Mata dihias pelbagai warna,
pelbagai cara, pelbagai bahan,
Mata dijaga penuh teliti,
Untuk mendapat kualiti,
Orang kata lobak berkhasiat,
untuk si mata yang penat bekerja,
tidak dilupa eyemore yang berjasa,
untuk segarkan mata yang letih.
Pandangan mata tak selalunya benar,
tanpa khidmat telinga dan mulut,
untuk mendengar dan bertanya,
ini la dinamakan sebuah kerjasama,
bersatu padu, tegakkan prinsip hidup,
bekerjasama jalani kehidupan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan