Hmmm.... nak expresskan melalui puisi la ni kono... heeeeeee... tapi saya cari dulu tajuk yang sesuai...
Tajuk; Pagi yang Muram
Setiap pagi menjadi rutin,
ketika kehidupan berubah warna,
Ketika kekasih menjadi satu,
tanggungjawap diri bertambah,
Di mana dia, di situ kita berada,
apa diperutnya, ada juga di perutku,
Cuma apa di tubuhnya, tidak ada di tubuhku,
namun... di tubuhnya itu tanggungjawapku..
Pagi yang sejuk bak malam baru berlabuh,
yang telah di sirami hujan,
Pagi yang ceria bertukar suram,
bila dua insan memendam rasa,
Di luahkan, di khabarkan, di ucapkan,
setiap kata bertukar nada,
setiap nada menjadi tinggi,
Perasaan bertukar hiba,
Rajuk pasti kan datang.....
Pantulan wajah di cermin berubah,
Dari senyum ke muram,
dari ceria ke tidak bertenaga,
segala perancangan terbantut,
segala perlakuan tak tentu,
segala kemahuan tidak tertunai,
Terlupa, Tertinggal, Terlambat,
Kata sahaja hari menjadi tak penting,
Hari menjadi semakin gelap,
harap kegelapan ini tak berpanjangan,
harap kesuraman ini hanya di pagi hari,
harap kegilaan ini, menjadi pengajaran,
untuk berkata-kata,
untuk luahan rasa,
untuk sebuah pertanyaan,
bagi sebuah persoalan.
fie!
BalasPadam"i mana dia, di situ kita berada,
apa diperutnya, ada juga di perutku,
Cuma apa di tubuhnya, tidak ada di tubuhku,
namun... di tubuhnya itu tanggungjawapku.."
aku suka yang tu fie!
fieee!
BalasPadam"Di mana dia, di situ kita berada,
apa diperutnya, ada juga di perutku,
Cuma apa di tubuhnya, tidak ada di tubuhku,
namun... di tubuhnya itu tanggungjawapku.."
aku suka yang ini!!
mohon izin ct letak di gapusite ya. credit to you fie. :)
mohon izin ct kopi masuk gapus site ar fie ^_^
BalasPadamBoleh ba............ heeeeee
BalasPadam