Setiap hari bertemu,
bertemu kita hanya berbual kata,
cerita diungkap satu persatu,
gelak ketawa hanya di ruang maya,
hanya gambar jadi santapan mata,
Tibanya hujung minggu yang penuh rancangan,
rancangan diatur satu persatu,
pada mulanya ia berjalan lancar,
setiap perjalanan, setiap jam diatur rapi,
maka tiba halangan yang tak diduga.
Pagi hari uruskan diri,
tidak lupa pada si abang tersayang,
jangan lupa pada keluarganya,
tiba2 masalah menimpa,
ketika hendak menguruskan diri,
AIR..!!!! AIR..!!!
kenapa la hari ini...
kenapa tidak besok,
atau pun kenapa tidak pada malamnya,
macam mana kah ini,
hendak menumpang di rumah jiran,
mereka juga perlukannya.
Setiap detik, saat, minit dan juga jam,
dinanti tidak juga muncul,
AIR!!!!!!! AIR!!!!!!
cepatlah engkau..
hendak ku bersihkan diri,
bertemu teman,
teman yang telah kujanjikan..
betul kata orang,
bila berjanji memang senang sahaja,
bila nak tunaikan,
amatlah payah..
bila nak batalkan perjanjian,
itu memang senang,
namun hati tidak la tenteram.
Jam menunjukkan hampir jam 3 petang,
tika ini badan rasa lemas tak dibersihkan seharian,
si abang sudah lama kembali dari kerja,
ketika ini hendak buang air pun susah,
kerna AIR!!!!!! AIR!!!!!
kepala paip diputarkan,
wah!!!! air la..
namun itu hanya sedikit jak..
boleh la tunaikan hajat,
jam terus berdetik,
masa berlalu pantas,
air pun semakin deras,
boleh la ku bersihkan diri ini,
dari hujung rambut ke hujung kuku kaki ku,
syukur alhamdulillah,
mohon ampun dan maaf ku pinta,
pada insan yang ku berikan janji,
namun diri ini tak dapat tunaikan,
hu hu hu hu hu...
p/s: hu hu hu puisi ini khas untuk teman KFM yang telah kujanjikan bertemu pada hari sabtu yang lalu hu hu... haraf maaf tak dapat tunaikan hu hu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan