Malaysia XI VS Chelsea
Diatas adalah video masa-masa yang penting bagi perlawanan bola sepak diantara Malaysia XI dan Kumpulan Chelsea yang terkenal diantara bangsa. Pemain-pemain yang terkenal dan handal juga mereka turunkan untuk perlawanan semalam (9:00 malam, 21 Julai 2011). Saya seorang wanita pun teruja melihat perlawanan tersebut, apa tidaknya orang barat berbadan sasa, berkaki panjang, stamina yang banyak, terkenal di seluruh dunia dan mereka mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pemain-pemain Malaysia. Kalau anda melihat perlawanan sepenuhnya semalam, pemain Malaysia bertungkus lumus mengejar bola, mereka berusaha berlari labih laju untuk mengambil atau merebut bola tersebut. Walaupun ada kejadian-kejadian yang amat kasar, namun itu adalah lumrah permainan bola sepak ini. Mana-mana perlawanan, kejadian seperti demikian tidak dapat dielakkan.
Saya mengucapkan syabas kepada pemain bola sepak Malaysia, walaupun mereka tidak mendapat sebarang jaringan, namun pengalaman yang mereka lalui melalui beberapa perlawanan dengan pemain-pemain gergasi ini membolehkan mereka terus maju untuk mendapatkan kejuaraan seterusnya. Setahu saya, selepas perlawanan dengan Chelsea ini, pemain bola sepak Malaysia bertemu pula dengan pemain dari Singapura. Harap mereka dapat kekal kan corak permainan dan tingkatkan lagi serangan-serangan untuk menjaringkan gol. Walaupun bola itu tidak memasuki ke ruang gol, mereka dapat membuat strategi untuk melakukan kembali dengan lebih efektif.
p/s: Malaysia BOLEH!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan