Transformer.. the dark of moon...
Cerita ni bukan mengenai bulan sepenuhnya.. cuma mengenai ship transformer terhempas di bulan bertahun2 yang lalu sehingga la terperginya manusia yang pertama ke bulan... hanya kerana mengambil sample dari ship yang terhempas tersebut... jalan cerita yang menarik... cuma jalan cerita antara Sam dengan kekasihnya itu tidak di minati.... tiba2 jak muncul tidak tahu dari mana datang.. oleh kerana pelakon perempaun asalnya sibuk dengan penggambaran filem yang lain... pelakonnya digantikan dengan rupa tak berapa menarik heee tidak sepadan dengan si Sam ini konon heheeee....
Ceritanya bercampur2.. jika orang yang kurang meminati movie-movie sebegini.. pertama kali tengok memang tidak faham jalan ceritanya... dia mesti tengok dua tiga kali baru akan faham sepenuhnya... hehee kalau saya pula tidak puas tengok hheee Transformer yang pertama tu jak hampir 5 kali kena ajak tengok di panggung masih juga tidak puas-puas... ada di cd... di ulang2 sahaja hehe...
Cerita bermula mengenai ship terhempas di bulan yang dimiliki oleh robot dari Keluarga "Prime" Otobot Bernama Sentinal (kalau tidak silap la)... yang mencipta dan mengawal sesuatu teliport ( alat pemindahan cepat.. kalau yang suka main game caracter atau strategi tentu faham).. manusia mendapat 5 alat untuk teliport tersebut namun si jahat Decepticon dapat beratus-ratus.. Decepticon perangkap Optimus Prime hidupkan Sentinal yang sudah lama terkubur dan mati di bulan... kerana Optimus ada alat untuk hidupkan robot yang sudah mati hanya perlu ada rangka badannya...<<< rujuk episod Transformer yang ke-2... setelah hidupnya Sentinal... dia berpaling tadah kepada Decepticon.. ni yang saya buat geram..kalau bukan kerana Ketua askar perempuan tu berlagak.. Sentinal boleh pertimbangkan tawaran dari Decepticon untuk menakluk bumi... saat-saat untul Decepticon untuk membebaskan Sentinal.. Otobot pula berfikiran mereka mahu menghapuskan Sentinal sehingga pergaduhan mengorbankan Ironhide... sodihnya......
Dalam cerita ini juga... Ketua Decepticon.. Si Megatron ada manusia suruhan...penjual kereta-kereta mewah dan antik di mana GF si Sam bekerja... orang ni bekerja untuk mendapatkan info-info dari kerajaan... dengan lebih tepat dari NASA... dari sana juga orang ini mengugut si Sam menggunakan GFnya untuk mendapatkan sebarang informasi..setelah kecurangan si Sentinal.. Otobot di halau keluar oleh manusia.. tapi bagi orang-orang hero macam si Sam.. perkara tersebut bukan jalan penyelesaiannya.. kerana bila Sentinal dan Megatron berkuasa.. mereka akan takhluk bumi dan gantikan bumi dengan dunia mereka... semasa roket Otobot dilancarkan.. roket mereka di bom oleh Decepticon.. uihhhhhhh.. sudah la sedih pemergian dorang.. di bom lagi... nasib baik Optimus pintar.. dorg bersembunyi di bawah roket tempat pembakarn pertama.. yang telah jatuh di lautan sebelum di bom...
Perang bermula..... Kota hancur habis oleh Decepticon.. orang di bom hanya tinggal tulang.. ada yang tinggal abu sahaja... manusia bersembunyi di dalam bangunan... mission bermula bila Sam hendak selamatkan kekasihnya... di sokong oleh tentara lama (dari Transformer pertama) .. Sentinal pula mula mengaktifkan toolsnya untuk teliport.. Otobot muncul menjatuhkan Sentinal dan megatron... tentera khas muncul untuk memberikan bantuan ketenteraan... cara mereka berlawan amat mengasyikan.. (untuk orang yang suka aksi memang amat siok.. apa lagi 3D)... kalau di ceritakan setiap detik memang panjang lebar.. saat yang penting Sam mematikan Starstream dengan bantuan bom dari Otobot.... pergaduhan 3 penjuru antara Sentinal.. Optimus dan Megatron.. first pergaduhan antara Sentinal dan Optimus memihak kepada Sentinal... setelah hasutan GF si Sam.. Megatron menyerang Sentinal... Sentinal kalah namun masih hidup... dalam masa yang sama Optimus menyerang Megatron sehingga penghabisan nyawa... Optimus juga membunuh Sentinal kerana kecurangannya...
p/s kalau tidak puas dengan sinopsis di atas.. tengok la kat wayang sendiri hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan