Bermulanya ekspidisi kami ini dengan rancangan dari pejabat suami saya bekerja.. saya sebagai isteri dan teman-teman mereka mengikuti secara rasmi ekspidisi ini.. walaupun terdapat beberapa masalah kewangan dan masalah lain namun ekspidisi ini berjalan dengan lancar...
Ekspidisi ini di anggotai seramai 12 orang....
1- Mat Oming (Kawan sekerja suami saya)
2- Messeh (Kawan sekerja suami saya)
3- Andy (Suami saya)
4- Katty (Kawan sekerja suami saya)
5- Chin (Bekas kawan sekerja suami saya)
6- Fieza (saya)
7- Ct (Kawan saya)
8- Wan (bekas kawan sekerja suami saya)
9- (Isteri Mat Oming)
10- Susan (kawan isteri Mat Oming)
11- Raymon (kawan sekerja Chin)
12- Dey (Kawan Mat Oming aka juruphoto dan juruvideo)
Ekspedisi bermula pada....
31 hb December 2011
- Sebulan, seminggu, sehari sebelum persedian dilakukan.. barang-barang dibeli.. joging memantapkan otot-otot kaki... pagi hari sabtu ikut suami pergi kerja diwaktu pagi.. barang-barang diangkut terus... [jam 10 pagi] berangkat ke rumah teman bernama Wan di K.K. dan terus singgah lagi rumah si Ct di Telipok.. namun pada hari ini perasaan saya amat takut sekali kerana awal pagi saya sudah demam, mungkin semalam perasaan takut menaiki gunung telah kuasai diri kot... hehe.. dan masalah cirit birit hmmm hanya sebiji penadol penahan diri...[jam 12.30 thgari] sampai di kinabalu park restaurant terus ke tandas membuang.. sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu suami saya pertama kalinya memandu keretanya sejauh itu.. saya menahan kesakitan... Ct menahan kencing.. Wan menahan kelaparan yang belum menjamah apa-apa makanan sejak bangun pagi...
Selasai menunaikan hajat.. terus manjamah selera sambil menunggu rombongan satu lagi.. [jam 1;30 ptg] rombongan kedua sampai (rombongan Mat Oming) mereka juga menjamu selera dan kami terus ke penginapan pertama D'Villa Lodge.. selesai check in, pilih bilik dan menikmati keindahan alam dan juga tidak dilupakan menunaikan hajat sekali lagi.. setiap lodge terdapat 2 bilik.. 1 bilik katil quen size, bilik satu lagi single size tapi 2 katil...hanya 3 lodge diperlukan... bilik saya dan berkongsi dengan Ct mempunyai kakilima.. sepatutnya itu untuk lelaki hehe... untuk mereka merokok... setelah merehatkan badan dan mandi dan makan malam di sana.. kami pun tidur awal lebih kurang jam 9-10 malam untuk menyimpan tenaga.. bunyi mercun menandakan tahun baru hanya sayup-sayup didengar...
1hb Januari 2012
-[jam 5 pagi] Bangun awal untuk membersihkan diri... (awal mandi nanti kehabisan air panas hehe).. setelah mandi dan menguruskan diri dan bilik .. bersedia untuk bersarapan percuma di lodge ini... bersarapan 3 keping roti, sebijik telur masak mata kerbau separuh masak, sebijik sausage, semangkuk kecil kekacang hijau, sedikit majerin dan mentega... air minuman layan diri... tea dan neskafe... setelah selesai kami pun ke Kinabalu Park. [jam 8 pagi] Pendaftaran dan perkenalan dengan guide kami... oleh kerana kami hanya ada 12 orang, kami ada 2 orang guide.. Elson dan John... dorang ini orang tempatan ya hehe....selesai urusan di Kinabalu Park dengan berbekalkan makan tengahari sandwich 4 keping, 2 biji epal, 2 biji telur dan sebotol air... kami menaiki bas ke Timpohon gate... dan bermula lah pendakian sepanjang 6 km ke Laban Rata.. setiap kilometer terdapat perhentian dan tandas.. dan perkhidmatan itu saya gunakan sebaiknya.. tahu saja lah... sakit perut masih lagi kuasi diri ini.. memang seksa.. mendaki gunung dalam keadaan sakit perut.. hanya semangat saja yang membawa saya ke puncak...kilometer pertama berjalan dengan lancar.. dikuti kilometer 2, 3 dan 4... perjalanan dari pondok kilometer 4 ke 6 (Laban Rata) adalah yang paling mencabar.. keadaan sejuk dan hujan sekejap-sekejap..nasib baik kasut dan baju tidak basah... kami mengambil masa hampir 8 jam untuk mendaki setinggi 6 km ini..sepanjang perjalan kami bertemu dengan mereka yang menuruni gunung (baru sampai di puncak).. dan dalam kepayahan dan kepenatan kami diucap dan ucap salam new year dengan mereka....[jam 5 petang] Tiba di Laban Rata... terus mencari tempat duduk dan ke tandas lagi... selepas itu mengisi perut... waduh!!!!! ketika ini hanya mereka yang mendaki dan diriku dan tuhan saja yang tahu bagaimana rasa menelan makanan.. walaupun perkhidmatan makanan di sana dikatakan 5 star.. namun untuk menelan makanan dalam keadaan penat amat menyeksakan.. ketika itu dalam fikiran saya hanya lah tenaga untuk esok hari... makanan di sana disediakan secara buffey... untuk menyenangkan pengunjung untuk menambah lagi.. namun maacam mana mahu menambah kalau tidak dapat menelan makanan itu...huh...hanya sup penolong untuk menelan makanan ketika itu... jika anda berpeluang ke sana nanti.. ambillah makanan yang senang ditelan... setelah selesai makan.. kami pun bertolak lagi ke penginapan Gunting lodge.. disini sebuah bilik mempunyai 4 katil...dapur disediakan..tandas perempuan dan lelaki... tiada water heater namun dengan inisiatif teman-teman mereka menggunakan tong sampah kecil dijadikan baldi. Mereka memasak air panas dan dengan menggunakan "baldi" tersebut mereka pun mandi :) .... [jam 9 malam] Pada masa ini, kami selesai membersihkan diri masing-masing dan siap sedia untuk tidur merehatkan badan yang kepenatan menaik gunung.. namun dengan selimut yang tebal itu kami kesejukan, kenapa? ya kenapa, sebab selimut itu memerangkap haba sejuk dan kami dengan berselimut dalam kesejukan. Tidur pun tidak nyenyak, kalau boleh mahu sahaja berjaga sampai pagi. Sebelum saya sambung tidur, sempat lagi saya menguyah coklet hehe...
2hb Januari 2012
[jam 1 pagi] Oleh kerana tidak nyenyak tidur, saya pun terbangun pada jam 1 pagi dan memakan coklet dan juga epal dan meminum air tea. Setelah itu saya mengejutkan suami saya yang tidur di bilik lain untuk siap sedia kerana kami akan memulakan perjalanan pada jam 2 nanti. Barang-barang yang perlu dibawa disediakan untuk bekal ke puncak nanti. [jam 2;30 pagi] Taklimat pagi dilakukan, sepanjang perjalanan akan diharungi dengan gelap gelita, oleh itu lampu perlu ada, dan kurangnya oksigen ketika pendakian, dan juga hanya satu pondok yang dinamakan "Sayat-sayat checkpoint" untuk ke tandas. Tidak dilupakan terdapat perjalanan bertali sepanjang perjalanan sehingga ke punjak, wajib untuk mengikutinya kerana anda akan sesat. Apa yang di beri taklimat semuanya benar. Dalam taklimat juga mengatakan, jika anda rasa pening-pening dan ingin muntah itu tandanya anda kekurangan oksigen, dan sesiapa yang tidak dapat daki lagi perlulah kembali ke pondok tempat tidur. Namun dengan semangat juang saya dan kawan-kawan yang lain akhirnya kami sampai juga ke puncak. Daripada 12 orang dalam kumpulan kami dan berbekalkan 2 orang penjaga, 9 orang telah sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada jam 7:30 pagi. Dan kenangan-kenangan kami diabadikan dalam gambar (akan di tampilkan kemudian) dan juga video yang diambil oleh teman bernama Dey. hehe terdapat kenangan yang tidak dapat dilupakan diantara saya dan juga suami saya ketika mencapai ke KM 8 Gunung Kinabalu... ceritanya bermula begini, si suami pada mulanya mendahului saya ketika pendakian jam 2:30 pagi, sehingga pada pendakian bertali dan juga checkpoint tidak kelihatan, namun dengan semangat juang saya terus kan perjalanan seorang diri yang banyak kali di limpas (bahasa sabah) oleh orang-orang korea, china, jepun, orang putih yang memang tidak ku kenali lah, ketika menghampiri KM 8 saya ternampak bayang-bayang teman yang lain, semakin dekat semakin jelas suara mereka, saya ternampak suami saya duduk berehat di batu-batu, dan saya pun berhenti berehat dihadapannya, tiba-tiba dia bersuara "Palan-palan ya" saya pun menjawap "ya" dalam fikiran saya ooo dia tahu siapa berdiri depan dia.. lalu tiba-tiba dia bertanya lagi "laki-laki ka perempuan ni... mesti perempuan ni kan" saya kebingungan, dan suami saya berdiri dan berjalan tempat teman yang lain berehat. Disana mereka bercerita lagi, suami saya berkata dengan mereka "tengok tu orang saturang dia jalan... perempuan lagi tu.." ketika ini saya menuju ke tempat mereka... sebenarnya saya ada teriak memanggil dorang, tapi mungkin tidak didengari... sesampai sahaja ke tempat mereka tiba-tiba suami saya bercakap "Oh... bini aku rupanya ni.." kawan-kawan yang lain terus ketawa dalam kepenatan hehe... itu lah kenangan paling tidak dapat dilupakan... dalam pendakian bertali ini juga angin kencang bertiup dan mengeringkan tekak.. air dalam botol pun tidak mencukupi dan angin tersebut telah menerbangkan snowcap saya huhu... setelah perjumpaan yang melucukan diantara kami berdua.. maka kami sepasang sejoli ini pun perlahan-lahan mendaki sehingga ke puncak walaupun dalam kepayahan hehe... [jam 7:30 pagi] diPuncak Gunung Kinabalu... dalam sejarah hidupku... disini lah aku berdiri.. tertinggi di Asia Tenggara... setelah selesai ambil gambar dan video... kami pun memulakan perjalanan menuruni Gunung yang kami daki...kami tiba di laban rata pada jam hampir 11 pagi bersarapan dan rehat (sepatutnya pakej sarapan hanya sampai jam 10:30 pagi namun dengan bakti teman-teman mereka telah tapaukan sarapan untuk kami). [jam 12 tenghari] kami memulakan perjalanan menuruni gunung dari Laban Rata ke Timpohon gate, pada ketika ini suami saya demam dan perjalanannya perlahan.. setelah makan ubat dan berehat di pondok pertama dari Laban Rata.. (sempat lagi tidur hehe...) dia pun mendapat tenaga untuk meneruskan jalan.. pada ketika ini juga kaki saya yang sakit dari perjalanan menuruni dari puncak ke Laban Rata telah sihat dan tongkat telah ku berikan kepada suami saya... namun setelah sampai ke KM 1 kaki saya terasa longgar dan hampir tidak dapat berjalan, dan ku pinjam balik tongkat tersebut... kenapa? hehe.. tangga-tangga yang tinggi-tinggi telah merosakkan perjalanan dan melambatkan perjalanan kami... [Jam 5 petang] Kami sampai di Timpohon dan terus menaiki bas ke Kinabalu Park.. kami terpaksa membayar RM10 seorang untuk bas tersebut kerana kami lambat, sepatutnya kami perlu ada di Kinabalu Park sebelum jam 4:30 petang.... setelah kami mengambil segala barang-barang kami, kami pun berangkat ke penginapan yang bernama J.Resident... disana saya membersihkan diri lagi... sebelum itu saya mengisi perut yang kosong.. huh punya berselera ketika itu.. di sini saya berkongsi bilik dengan Ct lagi yeahhh... namun yang membuatkan saya tidak puas hati kemudahan amat kurang dan waterheater tidak berfungsi... dengan kesejukan saya mandi... tidak apa besok akan pergi ke Hot spring... setelah membersihkan diri, saya berehat sambil menonton CD yang disediakan, dalam ketidak sedaran saya pun tertidur... sehingga jam menunjukkan jam 5 pagi saya terbangun dan tidak dapat melelapkan mata lagi disebabkan kesakitan kaki :)
3hb Januari 2011
[jam 7 pagi] Saya membuat massage dan hantar ke my bos bahawasanya saya ingin bercuti selama seminggu.. tahu je la kan kaki masih sakit dan saya pun masih di Kundasang dan akan ke Ranau sebentar lagi... sebelum ke Air Panas poring.. kami singgah di Ranau untuk menjamu selera... sesampai sahaja di Poring kami pun dengan tidak membuang masa memilih tempat dan juga bermandi manda.. yang membuatkan rasa kurang selesa.. hujan mencurah-curah...[jam 5 petang] Perjalanan kembali ke rumah telah bermula... kali ini teman bernama Raymond yang memandu kereta suami kerana ketika itu suami saya juga kesakitan kaki, sepanjang pemanduannya saya tidak dapat melelapkan mata kerana pemanduannya menakutkan saya.. ketika itu sesiapa didalam kereta dan tuhan saja yang tahu akan perasaan ini..[jam 8:15 malam] Singgah di kedai mamak di Kepayan untuk makan malam... makan sup panas.. semua orang tengok sebab kami berjalan terincut-incut hehe lucu pun ada juga...[Jam 8:50 malam] tiba dirumah Petagas... simpan baju dalam baldi.. naik kebilik tukar baju dan tidur.................
p/s: Gambar-gambar dan video kenangan akan ditampilkan kemudian di post yang lain.. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan