Keciknya kaki.......heheee sebahagian kaki ditutupi seluar...
Pengalaman menaiki bas balik dari kerja memang perkara biasa bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.. kereta mahupun motorcycle.... kadang ada juga orang menumpang kereta keluarga atau pun kawan-kawan mereka.. untuk senang la katakan.. saya juga begitu.. saya dan Si abang menumpang adik kepada Siabang pergi kerja dan balik dari kerja setiap hari... namun apabila si ipar saya itu masih belum mahu balik maybe ada overtime ataupun berjalan-jalan bersama kawannya ataupun bermain bola... terpaksa la kami menaiki bas balik.. kalau kami berjalan-jalan kat bandar.. kami tumpang juga balik jika si ipar balik lamabat... Hari ini saya nak ceritakan betapa meriahnya terminal wawasan kita ni.. apalagi jika cuacanya hujan.. berduyun-duyun la orang diterminal... sementara menunggu Si abang di terminal.. saya suka melihat gelagat orang yang lalu lalang ... lelaki tak la dipandang.. nanti perasan plak mereka.. hehe... saya tengok yang perempuan hmmm pelbagai fesyen baju yang mereka pakai... kadang saya akan bandingkan dengan diri saya.. adakah saya sesuai untuk memakai baju demikian.. kalau saya nampak yang berbaju kurung pula.. saya akan lihat design bajunya.. cantik juga design baju kurung yang dia pakai ni.. boleh ka saya pakai begitu.. semuanya itu dalam hati sahaja... sudah banyak baju kurung kat almari tu.. tapi satu pun teda yang berdesign2 ni heheh...
ini la sebahagian daripada situasi di terminal tersebut..ada yang menunggu teman.. ada yang menunggu bas sampai.. ada yang memilih bas... tau2 la kan.. ada orang ni tak suka berebut bas.. so dia tunggu sampai sedikit orang naiki bas tersebut baru la dia nak naik.. kalau gitu makin lambat la balik kan... kalau saya.. selagi ada kosong saya akan terus naik bas tersebut.. tapi jika balik bersama Si abang... kami akan memilih tempat duduk berdekatan supaya senang nak lentokkan kepala hehhe..
Ni pula aktiviti wajib bagi pemandu2 bas... di terminal ni kena la tunggu giliran mereka untuk bawa penumpang.. sebab mereka ini berada dalam syarikat pengangkutan so mereka ada rules tersendiri...hanya mereka yang tahu... apa yang mereka buat tu (dalam gambar di atas).. ha!!!! mereka main dam bertapakkan papan buatan sendiri.. buahnya pula tutup botol berwarna putih dan biru... macam mana nak bezakan bila dah jadi raja? hehe.. terbalikan la tutup botol tu...itu la kerja mereka dari pagi sampai la petang.. orang yang main bukannya sama setiap masa.. mereka akan bertukar ganti... sebab mereka akan menjalankan tugas mereka sebagai pemandu.. semoga mereka bersabar dengan karenah penumpang2 yang bermasalah hehe....
Itu baru sebahagian telatah-telatah orang kat terminal... kalau nak di muatkan dalam buku.. mungkin boleh sampai seratus muka surat juga tu hehe..... 101 telatah di terminal wawasan... boleh ka buat judul buku macam tu... hahaha boleh bakan... hanya usaha untuk mengkaji sahaja yang diperlukan..
ni video pula diambil melalui hanphone... hahah lihat la macam mana keadaan ketika itu... selamat berhibur eh betul ka tu heeee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan