"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Perjalanan.... di awal pagi Jumaat

  Sejuk pagi membuat kan selimut ditarik kemas menutupi tubuh yang kekurangan lemak (betul ke tu hahah).., sang suami bangun mencari selimut, melihatkan isterinya kesejukan, dia pun mengarahkan supaya kipas yang tergantung di syiling di matikan suisnya.. dilihat jam masih menunjukan jam 5:30 pagi.. (waktu sebenar jam 5 pagi.. segaja jam di cepatkan supaya tidak kelam kabut)... mimpi diteruskan... pelbagai cerita di gambarkan.. seperti melihat wayang di pawagam yang besar... hanya seorang diri sebagai penonton... setelah puas bermimpi.. si isteri pun membuka matanya melihat dunia yang nyata... di lihat jam dah menunjukan jam 6:15 pagi... cepat2 si isteri bangun.. hidupkan lampu... matikan suis lampu tidur... lampu tidur ini wajib ada.. jika tidak si suami tidak dapat melelapkan matanya hehhe... terbalik pula kan... pikir si isteri ni penakut... rupanya si suami lebih penakut dalam bab2 sebegitu heheheh....

   Si isteri pun terus mencari tualanya, dan turun ke bilik mandi untuk membersihkan diri... si isteri melihat kedua-dua mentuanya sudah pun bangun dan sedang menonton rancangan drama melayu di television. Setelah selesai si isteri membersihkan dirinya, dia pun ke bilik tidur untuk mempersiapkan dirinya pula. Hujan yang sudah pun reda diluar menyebabkan cuaca sejuk dan membuatkan si isteri mengigil kesejukan. Dengan tidak membuang masa si isteri pun menyalin pakaian kurung hijau untuk menghangatkan tubuhnya.. melihat si suami masih tidur nyenyak, si isteri pun menggerak-gerak kan tubuh suaminya untuk bersiap ke bilik mandi. Seperti biasa, si suami menghulurkan tangannya untuk di tarik bangun dari pembaringan nya.. nasib baik isterinya itu tidak kurus kering, kalau ya.. pasti tak tertarik badan suaminya itu..

   Si suami pun bangun, mencapai tuala orennya yang dihadiahkan pada hari perkahwinan mereka yang lalu, dan dia pun turun ke tingkat bawah. Tak tahu la apa yang si suami itu lakukan setelah itu, selalunya yang pernah di lihat oleh si isteri, suaminya itu akan ke bilik air untuk membuang air kecil dahulu, kemudian ke dapur mencari kopi.. orang bajau seperti mereka ini tak sah jika tidak menghirup kopi di awal pagi. Kalau waktu masih awal lagi, si suami akan duduk sebentar di sofa, kalau dah lambat pasti dia terus sahaja ka bilik air untuk mandi.. Melihat pula keadaan si isteri di bilik tidur, si isteri akan membelek2 mukanya, menyapu mukanya dengan pelembab, kemudian bedak asas, dan beralih pula dekat matanya.. selalu dia akan padankan pembayang mata dengan pakaian yang dipakai hari tersebut.. oleh kerana si isteri mengenakan baju kurung kehijauan, dia akan letakan pembayang hijau muda dan hijau tua untuk matanya yang kecik dan sepet itu. Sedang si isteri menyolek, si suami pula masuk ke bilik, dan terus memakai pakaian yang telah disediakan oleh isteri sebelum itu.

  Setelah selesai mempersiapkan diri masing2, mereka pun turun ke ruang tamu untuk menunggu adik si suami, adik si suami ni akan pergi kerja bersama2 dan dia yang memandu kereta, namun tempat kerja nya jauh di Putrajaya sana.. dekat dengan pejabat pendaftaran negeri. Dan waktu masuk kerjanya juga awal, iaitu jam 7:30 pagi.. so sepasang suami isteri ini pun terpaksa awal untuk mengurangkan kos belanja tambang bas. Oleh kerana masih awal lagi sepasang kekasih yang baru berkahwin ini (dah hampir 3 bln lebih pun heeee) mereka pun duduk di sofa, si isteri pula mencari minuman di dapur, namun pada hari ini susu yang selalu di minum setiap pagi tersebut sudah habis, susu nesvita omega3, susu yang boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Khasnya susu itu untuk mentua si isteri, namun yang meminum susu tersebut adalah hanya si mak mentua sahaja, sepasang suami isteri ini turut meminum susu tersebut. Hasil dari minum susu, buncit perut si suami berkurangan, baju si isteri pun terasa longgar dan baju yang ketat2 dah boleh di pakai oleh si isteri ini.

  Tidak lama selepas itu.. apabila si adik ipar kepada si isteri telahbersiap ke kereta.. mereka pun turut menaiki kereta tersebut dan meneruskan perjalanan ke pejabat....

Ini cerita pada hari ini.. macam mana pula cerita pada hari esoknya.. dan hari-hari seterusnya.. kita lihat sahaja di masa akan datang.....

1 ulasan:

  1. Suka pula saya menceritakan seperti ini... macam dalam cerpen tanpa perbualan hehheheheh.. boleh la ni kan jadi cerpenist hahahahha

    BalasPadam

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news