*Gambar hanya sekadar hiasan
Ya!!!!!!! seperti gambar diatas.. aktiviti kami pada hujung minggu yang lalu adalah berjoging di tepi pantai.. tak lain tak bukan pantai Tanjung Aru manjadi lokasi kegemaran.. namun cerita sepanjang pergi, masa berjoging dan balik itu amat la tidak dapat dilupakan.. mari ikuti kisah selanjutnya...
Kisah ini berlaku pada hari sabtu yang lalu... pada awal pagi si abang pergi kerja dengan menaiki motor.. walau pun dia tidak punyai lesen motor, dia tetap gunakan juga, untuk kesenangan pergi dan balik. Sebenarnya bapa si abang tak benarkan guna motor keluar dari kampung, namun pada sabtu yang lalu bapa pergi memancing di laut selama 2 hari, so berani la si abang guna tu motor pergi kerja heeeeee.... balik dari kerja si abang hanya perlu 20 minit sahaja sampai kat rumah, itu pun dia ambil masa berborak dengan kawannya kat office pasal motornya...
Sebelum ini kami pernah berjanji nak joging bersama.. so hari ini nak tunaikan perjanjian tersebut.. dah beli kasut joging.. dah ada kenderaan walau teda lesen heheee... helmet pun pinjam dari kazen .. so kami pun pergi pantai Tanjung Aru.. kami menuju ke 3rd beach... pada mulanya kami nak joging kat pantai.. namun terasa panas kami joging di taman2 tu je... mula2 berjalan2 sahaja melihat orang..ada yang sedang berbarque (panggang makanan), mandi manda, dating, duduk sorang2, duduk berduan di hujung...... jauh dari orang heheee ini bahaya kalau di cubuk apa dorang buat, dan sesampai dekat kolam2.. ada orang tengah tangkap gambar 3 orang.. lenser kamera dorang bukan alang2.. panjanggggggggg.... selepas rehat2 dekat kolam ikan tu... kami pun mula la berjoging.. oleh kerana hari dah mendung.. kami pun berjoging kat tepi pantai plak.. kami tengok teda sorang pun yang berjoging di sana.. maybe dorang pi tempat joging yang baru.. kalau masuk sana mereka cakap ada bayaran.. tapi berapa ya bayaran masuk sana tu... mahu juga merasa joging di sana... heheee .. Dah penat kami berjoging.. kami berjalan la plak.. nak teruskan segala otot2 ni bergerak la katakan... tiba2 terasa plak hujan nak turun.. so kami pun bersiap nak balik.. sebelum balik kami ke 2nd beach.. nak beli buah plak... cari parking.. dapat parking kat luar ja.. beli buah jambu air dan jambu batu dicampur dengan amoi sahaja... kembali ke parking... semasa melintasi jalan raya... saya hampir dilanggar oleh lori.. dan di marahi plak oleh si abang... marah sayang tu heheee... saya tak tau la apa yang saya tengah fikirkan masa tu.. macam saya rasa bigung.. melihat keadaan saya begitu si abang pun bawa la kat Tanjung Aru Plaza food court.. untuk tenangkan fikiran sebelum balik kerumah.. dan dalam masa yang sama boleh tapau kan mak mentua saya mihun goreng ayam yang dipesannya... so semetara menunggu kami pun memesan air minuman untuk legakan kepenatan.. si abang order Cola dan saya plak order Cincau.. yaa lama tak minum cincau.. cincau yang paling sedap saya rasa kat restaurant Pappermint kat KK.... kalau ada masa nak juga ke sana.. nasi ayam mereka pun sedap2 belaka... Sambung cerita.. dalam kami minum2 tu.. kami bercerita la pasal hal saya hampir dilanggar tadi... bercerita la dua pasangan ni di meja kayu ... heee.. ketika tapau yang di pesan sampai si abang pun membayarnya dan kami pun balik.........
Nasib kami baik... dalam perjalanan balik, hujan tidak turun, kalau tak macam mana nak balik dengan motor ja... pada malamnya.. kepala rasa pening sangat.. saya fikir saya sorang ja yang rasa.. rupanya si abang pun rasa juga.. maybe kerana lama tidak kena angin laut.. kot... pada keesokan harinya.. kami dua2 pun demam.. tapi tak la teruk sangat.. boleh juga buat kerja heheeeee......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan