"Selamat Datang, terima kasih kerana melawat saya, moga anda mendapat info yang anda cari di sini"

Punch Lady [Korean Movie]

Punch Lady  [Korean Movie]


Saya sebenar suka menonton wayang dari Korea dan Japanese, sebabnya? saya pun tidak tahu kenapa.. mungkin kerana paras rupa saya ni seperti orang sana :) .. mungkin juga kan.. lagipun sedara-sedara yang telah mengenali saya memanggil saya ni korea la jepun la sehingga la sekarang.. tapi nama saya mereka tidak ingat hihiii . Kerana minat saya ini, saya telah memuat naikkan mungkin lebih dari 10 drama dan movie dari dua negara tersebut. Setengah darinya saya telah memuat naikkan (burn) dalam CD... Antara Drama yang telah saya tonton adalah Full House yang sememangnya terkenal, Chung Yang, Yoo Hee the Witch, My wife is a gengster, dan banyak lagi sehingga saya pun tidak ingat tajuk-tajuknya... Bagi movie pula Punch Lady adalah yang terbaru saya tonton iaitu semalam.. Untuk ketahui jalan cerita movie ini.. bolehlah scroll kebawah membaca sinopsisnya..


Sinopsis Punch Lady [Korean Movie]

Cerita ini berkisar mengenai trauma yang dihadapi oleh seorang isteri yang mempunyai seorang fighter boxing di luar dan di dalam rumahnya sendiri. Mereka mempunyai seorang anak remaja perempuan. Demi menjaga anaknya dari dipukul dan takut tidak mempunyai seorang ayah seperti yang dia alami sebelum ini, si isteri terpaksa menanggung segala kesakitan akibat dipukul oleh suaminya sendiri. Trauma si isteri bermula ketika dia masih kanak-kanak lagi. Pada anggapan si isteri ini, bapanya adalah seorang hero yang telah selamatkan nyawanya dari seorang pencuri, dan ketika dalam kejar mengejar itu, bapanya mati dilanggar. Namun setelah ibunya mendapat kanser yang teruk, barulah perkara sebenar terungkai. Rupanya semasa dia masih kacil, sebenarnya dia nampak bapanya memukul ibunya, oleh kerana pandangan mata ibunya kepadanya ketika itu amat tajam sekali membuatkan ingatan dia hilang. Ibunya telah membunuh ayahnya demi menjaga keluarganya, namun si anak (ketika ini sudah menjadi isteri dan ibu) merasa kehilangan seorang bapa. Dan dia tidak mahu anaknya merasai apa yang dia rasa sehingga dia sanggup menanggung di pukul dan ditendang sehingga berdarah demi seorang ayah kepada anaknya.

Bermulanya si isteri ini menjadi seorang Punch Lady apabila suaminya menumbangkan lawannya di gelanggang boxing sehingga mati. Ketika temuramah dengan wartawan, si isteri yang sudah hilang kesabaran dan akalnya mencabar suami berlawan di gelanggang dalam masa 3 bulan akan datang. Maka hebohnya berita ini. Ada diantara penduduk menyokong niatnya, dan ada yang mahu si suami membatalkan perlawanan tersebut kerana dia menyalahi atau menyimpang dari erti kemanusiaan. Ditambah lagi, si fighter yang telah mati adalah bekas boyfriend si isteri. Itupun selepas harta warisan lelaki tersebut di wariskan sepenuhnya kepadanya.

Dalam 3 bulan latihan si isteri, pelbagai rintangan yang telah dia hadapi. Pada mulanya dia masih takut untuk berhadapan dengan suaminya walaupun dia sudah mempunyai keberanian untuk berlawan. Namun setelah dia mengetahui bahawa ayahnya dulu adalah seorang pemukul seperti suaminya juga, dia mendapat keberanian yang membimbangkan si suami. Sehingga, si suami membuat pelbagai cara untuk merosakkan dan mencederakan si isteri. Si suami mengugut dan membuat perjanjian jika dia menang dia akan dpat hak penjagaan anak, selain itu dia pernah memukul jurulatih si isteri dengan teruknya. Si suami juga pernah melanggar kereta yang di naiki isterinya dengan sebuah lori kontena. Kerana nasib menyebelahi si isteri, dia tidak cedera malah keberanian dia bertambah setelah mengetahui orang yang melanggarnya itu suaminya sendiri.

Di kemuncak cerita, perlawanan di antara isteri dan suami di adakan juga walaupun banyak protes dari penduduk. Dalam perjanjian di hadapan wartawan sebelum ini, si suami perlu mengikat tangan kanannya supaya tidak bergerak. Pada round yang pertama, penumbuk pertama dari si suami menyebabkan ketakutan menyelubungi si isteri, sehinggakan si isteri terpaksa melarikan diri dan takut di herdik serta di hentak oelh suaminya. Perlawanan sebegini berlangsung sehingga ke akhir masa pertama. Pada  round  kedua pula, si isteri cuba melawan, namun si suami bertindak ganas dengan memukul secara berterusan kepada isterinya, si isteri tumbang beberapa kali, namun keinginanya untuk menjatuhkan suaminya dia tetap bangun. Si suami bertambah berang dengan sikap isterinya yang enggan mengaku kalah dan tunduk padanya. Pada akhir round 2, si suami dapat satu pukulan padu dari isterinya. Mereka meneruskan perlawanan ke  round ke-3, dengan semangat yang ada pada si isteri selepas memberi tumbukan sebelum ini, dia meneruskan pukulannya, setiap pukulan dan tedangan tidak dapat suaminya elak kerana tangan sebelahnya di ikat. Si suami ingin meleraikan ikatan pada tangannya itu supaya dia dapat membalas balik, setelah ikatan itu terbuka dia pun ingin menyerang, namun si isteri terlebih dahulu membuat serangan  high kicknya...Setelah terkena serangan isterinya, si suami berkeadaan longlai. Si isteri tidak melepaska peluang ini dengan membuat serangan secara berterusan, sehinggalah si suami pengsan di hadapan khalayak ramai. Tamatnya kiraan 10 oleh pengadil perlawanan menyebabkan kemenangan si isteri, dan semua orang bersorak kegembiraan termasuk lah yang menonton di luar mahupun di rumah mereka.

Begitulah cerita penindasan terhadap seorang isteri yang amat tulus menjaga keluarganya, namun tidak dihargai oleh si  suami malah bertindak ganas. Ingin melihat sendiri.. anda boleh melihat di youtube ... hanya perlu menaip tajuk kepada entri ini sahaja... Selamat menonton...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Translate

Teman-teman

Apa??

Perjalananku Hobi ku Shaklee Kesihatan kehidupanku ESP Lucu informasi facebook azam kelakar sabah tips B-complex Berhibur Cuti Gambar KinabaluFM Ostematrix diari hati kata-kata kehamilan mentua puisi AMC Accounting Alfalfa Kenangan UBS bulan dapur sihat vitamin 2012 Bola Sepak Diet Dr. Azizan Osman Hari Pekerja Hari Raya Herbal Blend Meal Shake Shaklee Sabah Study Vita-Lea baby bcomplex bebas dari toksin bercuti blog blogger breastfeeding cantik detox dusun family gerhana hamil isteri kerja kerjaya kesuburan luahan hati makanan mimpi movie perasaan protin rahim rumah sedih sekolah asrama sistem imun stress suami tanda-tanda teknologi terima kasih toksin video vita-c vivix wanita 100% 11 April 2012 130 channel 1434 Hijriah ASNB Adenomysis Al-Quran Anjakan paradigma Battleship Belajar Burger Bakar CJ7 Captain Amerika Chelsea Chew Vita-C Criminal Case DHA Detoks Dilema wanita Doa.. Dr. Fadhilah Kamsah EPF English Language GLA Complex GST Games Gmart Gunung Kinabalu Haapy New Year 2013 Hadiah Haha Hari Guru Hari Ibu Hari Jururawat Hari Kaamatan Hari Wesak Health Care Hulk IMKK Iron Man Istimewa JKR Jadual Shaklee Ogos Jalanraya Jee Seok Jin Kebaikan Kelas Nutrisi Shaklee Kemerdekaan Kidney Kim Jong Kook Korean Drama Krim Kucing Kulit LCCI Class Line Lirik lagu MIL Madu Matlamat Mei Menu sarapan pagi Nabi Muhammad sebagai peniaga berjaya Niat Solat Jamak dan Qasar dan Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Ostematrixshaklee PCOS Pemeriksaan Peppermint Perdana Park Politik Poring Pulau Mamutik Punch Lady Running Man SMUIP SOCSO SQL Accounting Set ESP Set pantang Song Ji Hyo Syukur Thai Ann The Avenger 2012 Thor UPT Xu Jiao Yorut Orut Zinc Zinc Complex account agar-agar sago air air kencing air susu badan akauntan akhirat aktiviti amalan anugerah anugerah blogger asid folik astro ayah ayam ayam bakar ayam goreng ayam kicap ayam masak sedap ayam panggang ayam percik ayat kursi badan sakit bahasa balik kampung bantu bas batuk bayi beli 6 percuma 1 bersalin boss buah pinggang buang angin business car bonus cerpen chinese new year 2015 christmas 2014 collagen cursor cuti umum cyst deliver demam diabetis doa dosa dugaan duit syiling dunia endometriosis enjoy your life feminin fibroid fikiran negatif free channel fun gaji garlic gergous di tahun baru ginjal girl haid haji hati terluka herba hips fracture hujung minggu ibu ibubapa ikan ikan lengkunis ilmu jimat jobs joran jutawan kaki ayam kalsium kari kayu manis kehami kelebihan keletihan keluarga kenapa cepat marah kencing manis kepak ayam keputusan kerajaan kesabaran kesan masa panjang keselamatan keyboard khasiat untuk bayi dalam kandungan khasiat untuk ibu mengandung kolagen kolesterol komplikasi komputer kuning bayi kurang air dalam badan laptop lelaki lemak jahat lemak tepu loan luka lukisan maaf maggi makan makanan bayi malas marriage masa masak masakan master melahirkan memory menawan menu menu ikan mohon monopous mother mother in law motivasi diri muda nasi goreng new life obesiti office pahala pancing pantang penat penenang penenang hati pengalaman penghadaman tidak baik penulis penyakit penyakit jantung penyelidikan peranakan percuma persetubuhan perut pesta kaamatan pil perancang pilihan warna pinjam wang preggy pregnant produk promosi ogos protin untuk ibu mengandung punca-punca air susu sedikit racun rakan niaga rambut relationship resepi ikan restaurant ruang sakit hati saluran penghadaman self selsema sembuh kan luka senang sendiri set brestfeeding sex shopping shortcut sinopsis software sperma steroid surah tahun baru 2015 tanda-tanda selsema batuk dan demam test testimoni vivix tingkatkan kesihatan tips untuk berjaya tips untuk ibu mengandung trigliserida tua tulisan jawi umrah umum usus utusan online vitaC vitalea vitamin C wayang. movie whatsapp zikir zikir munajat zinc.

Internet radio

Blogger news