![]() |
The Avengers 2012 |
The Avengers movie adalah tidak asing lagi bagi peminat panggung wayang pada bulan May ini. Saya pun tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton wayang ini. Setelah melihat dan membaca entri kengkawan di blog mereka, hati ini kuat untuk ke panggung wayang.
Cerita Sebelum Menononton...
Sebelum saya dan my darling menonton ini wayang, kami terlebih dahulu balik ke kampung dan bermalam semalam di sana. Walaupun minggu lalu, atau pun 3 hari yang lalu baru balik dari kampung, kami balik juga dengan sebab pergi ke rumah cousin kawin. Keesokan harinya barulah kami pergi menonton wayang selepas lunch di rumah.
Kami berdua memilih Panggung di Suria Sabah, kerana di Centre Point tentunya parking sesak dan terlalu ramai orang pergi menonton. Itu jangkaan kami. Rupanya jangkaan itu sedikit sahaja kebenaranya, kerana di Suria Sabah kami amat susah mencari parkir, terpaksa kami ke tingkat 6 untuk memarkirkan kereta. Ketika membeli tiket wayang, kami tidak berbaris panjang, dalam hati tentu tidak ramai yang pergi menonton di sana. Jangkaan kami meleset lagi, tiket untuk The Avenger jam 3:30 petang tinggal 2 tempat duduk lagi, itupun tempat paling hadapan sebelah kanan screen. Terpaksa juga kami ambil kerana next wayang jam 5:30 petang.. lama lagi. Badan terpaksa dibaringkan sedikit untuk mengelakkan sakit tengkuk untuk mendongak. hmm...
Synopsis The Avengers 2012
Bagi open story untuk movie ini kurang menyegat. Cerita berkisarkan satu kiub yang boleh buka laluan bagi dua demensi. Dan kemunculan "Dewa" Loki ke Bumi dan bermula cerita penggabunga hero-hero setelah Loki mencuri kiub tersebut. Tujuan si Loki adalah membuat peperangan diantara Bumi dan puak msusuh (lupa nama tu puak), dengan kiub tersebut si Loki boleh membuka ruang lebih besar untuk kemasukan puak itu nanti. Isu penggabungan diantara hero-hero juga merumitkan keadaan, kerana mereka tidak mempercayai persatuan (bolehlah di katakan persatuan yang menguruskan mereka) tersebut yang diketuai seorang yang berkulit hitam bermata seperti lanun hihi...
Dalam perjumpaan hero-hero tersebut, terdapat konflik diantara mereka dan konflik penubuhan persatuan yang telah menyatukan mereka. Terjadilah satu pergaduhan diantara mereka dan mereka telah berpecah ikut haluan masing-masing. Dan di sini lah peluang si Loki si penjahat melaksanakan rancangannya. Namun sebagai manusia yang berfikiran, hero-hero ini tidak berputus asa, atas ehsan masing-masing mereka bersatu kembali untuk menentang penjahat alam semesta ini. Dengan bantuan Thor saudara angkat kepada Loki, mereka berjaya mengalahkan rancangan jahat Loki. Tidak dilupakan pengaturan yang sistematik ala perang dari Captain Amerika yang amat berguna. Begitu juga kekuatan Hulk menandingi kekuatan Thor. Kecanggihan alat perang dan komputer dari Tony the Stark amat mengagumkan penonton di wayang. Dan si perempuan yang bernama Ramanofh (kalau saya tidak salah eja) yang mempunyai kebolehan dalam pergaduhan bersama seorang lelaki yang pada mulanya di pukau oleh Loki berlawan dengan panahnya.
Untuk ending story ni, ianya tidak tergantung seperti movie yang akan ada sambungan. Setelah kemenangan dari war between two world ini, Thor membawa Loki balik ke Asgard (tempat asal mereka) untuk di hukum. Disebalik lakonan serius, terdapat unsur komedi yang amat melucukan hihi... sehinggakan satu panggung yang penuh itu ketawa, ada ketikanya hanya suara saya yang kedengan kerana yang lain asyik menonton wayang :p .... Mahu tahu bagaimana komedi yang mereka lakukan? tempah lah tiket wayang anda di pawagam (wink)....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan