Sana sini barang dihentak-hentak. Nasib baik tidak ada yang pecah memecah. Ada juga lah barang berterbangan. Eh barang terbang? Macam tidak masuk akal pula ceritanya ni hihi...
Saya di dalam bilik tidurkan anak pun jadi kecut perut. Aduh... Apalagi masalah ni? Apa yang saya buat salah ni? Apa!!!! Fobia dengar barang dihentak-hentak ni. Mesti ada sesuatu yang salah di mata dia.
Arggggg!!!.. saya tidak suka ada perasaan macam ni. Mahu hidup pun susah. Mati? Saya belum bersedia. Bekal pahala belum cukup. Entah ada atau tiada. Asyik pahala berkurangan saja rasanya. Top up pahala? Pernahkah?
Bila laki baru habis menghabiskan hajatnya di tandas, menanya lah dia dengan maknya.
Masa barang dihentak-hentak tu, nama saya yang disebut. Sampai anak saya sorang tu panggil turun tengok neneknya sebab sebut nama saya. Laki Dalam tandas pun dengar.
Tapi bila ditanya, bilangnya tukang gaji tidak buat kerja dengan betul. Itu salah ini salah. Then biras saya lagi disebut. Kononnya tidak mahu anak. Kononnya mahu bawa lakinya masuk agama lama dia.
Ya Allah. Dari mana datangnya fikiran begitu. Kalau cakap bawa bincang dengan anaknya, dia tidak mahu pula. Sedih. Dia tidak mahu betulkan fikiran dia. Asyik fikir negatif saja.
Bila saya tanya biras, dia makan supplemen penyubur. Dia ikhtiar mengurut. Tapi baru setahun bah dorang kahwin. Kami tunggu 3 tahun baru berhasil dapat zuriat. Itu pun banyak usaha. Begitu juga anak kedua ni. 5 tahun tiada makan perancang. Usaha itu ini, termasuk supplemen penyubur shaklee dan detox. Dapatlah zuriat girl. Alhamdulillah...
Bila dia dah cool down dalam bilik. Dia sms anaknya. Yang saya tidak suka guna kontena Yang dia buang sampai depan pintu bilik. Kononnya saya tidak mahu dia berkawan dengan anak saya. Aduh... Fikiran yang tidak munasabah.
Dia nenek kepada anak saya, kenapa saya perlu halang dia mahu berkawan pula. Cuma ada cara dia yang tertentu tidak saya sukai bila dia manjakan dorang. Terutama pasal telephone. Saya juga disalahkan bila anak tu tidak belajar kerana asyik telephone. Siapa juga pujuk guna telephone. Dia juga.
Mengenai kontena tu. Saya nampak anak saya main di lantai. Dibukanya sudah isinya. So, saya nampak ni barang neneknya. Saya tolong simpankan. Tapi tidak tahu mana anak saya ambil. Umurnya baru setahun lebih, tahu main saja. Saya letak atas mesin basuh supaya neneknya nampak dan boleh simpan. Disalah ertikan pula... Aduh..
Disuruhnya lagi saya dikampung anaknya sini dan anak saya sorang lagi. Fikirnya saya senang hati begitu. Oh tidak. Lagi susah hati saya. Fikir makan minum anak laki dan dia. Mungkin dia kuranglah, sebab dia berduit bawa makan diluar. Asyik makan luar saja, duit simpanan pun tiada huhu..
Pernah sekali terjadi. Tapi cukuplah. Tiada selera saya makan bila kejadian tu berlaku. Fikiran tidak tenang. Mak bapa di kampung mesti fikir lain bila laki saya tiada bersama. Hendak berceraikah dorang ni? Nauzubillah... Semoga dijauhkan.
Saya duduk di rumah ni seperti saya hadapi penyakit anxiety. Takut sesuatu akan terjadi. Takut akan saya buat sesuatu yang tidak sepatutnya. Ya Allah jauhkan diriku dari fikiran negatif ini. Huhu....
Stress level? Maybe red line? Gunung berapi bakal meletus. Tunggu laharnya meledak saja. Cuma ditahan dalam hati saja sentiasa, tidak suka bawa gaduh. Tapi lagi sakit sebenarnya disimpan, sampai beranak pun saya minta bedah. Kerana hati terlalu banyak menyimpan sehingga sakit beranak tidak tertahan. Entah selepas ni apa lagi kejadian yang saya tidak tahan jika masih menyimpan sakit hati.
...................................................
Cerita benar atau hanya khayalan ni. Hihi.. kalau cerita buatan... Mungkin ada sambungannya. Tunggu saja ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan