Begitulah kehidupan seorang isteri bekerja. Namun, sekarang walaupun sedang bekerja, saya sedang fikirkan anak saya di rumah. Kesian dia, susah sangat dapat susu ibunya. Apa lagi di jaga oleh ibunya, hanya tengah2 malam sahaja yang betul2 dekat sama ibunya. Di katil. Dua2 tidur nyenyak. Untuk bermain bermanja amat kurang sekali. Apalagi sekarang ini si baby sudah tidak mahu hisap direct dari mamanya. Jadi ada kerengganan hubungan di situ.
Matlamat saya ini adalah, macam mana saya mahu selesaikan masalah si baby yang tidak mahu hisap direct dan saya mahukan full breastfeeding. Kalau dapat bf sepenuhnya, bukan sahaja dapat eratkan lagi hubungan, si baby juga dapat nutrien yang lengkap dari mamanya. Selain itu, belanja untuk beli susu formula juga tiada.
Langkah pertama saya ialah dengan menambah air susu supaya si baby akan kenyang bila bf. Ketika ini lah saya membeli ESP dan menjadi ahli Shaklee. ESP ini adalah sumber protein yang berasal dari kacang soya. Penambah air susu badan, penambah tenaga dan boleh dibuat mask muka untuk lebih putih dan halus. Buat masa ini saya hanya minum 3 sudu makan dicampur dengan minuman lain (tea dan yang berkefien tidak digalakkan kerana kefien ini mengurangkan air dalam badan).
Langkah kedua, oleh kerana air susu masih kurang, saya perlukan Alfalfa sebagai pengurai bahan makanan yang saya makan kepada sumber nutrien dan mudah diserap. Nutrien ini akan diserap ke susu untuk buat iyanya lebih berkualiti. Ia juga dipanggil pembuang bahan toksik dalam badan. Saya akan makan 5 biji lepas sarapan dan 5 biji lagi selepas makan malam. Saya juga mengambil Ostematrix. Ostematrix ini adalah vitamin yang berasaskan tenusu dan untuk kalsium tulang kita. Kalau badan kita menghasilkan susu untuk anak, kalsium untuk kita akan berkurang. Kerana itulah saya mengambil Ostematrix sebagai penambah kalsium dalam badan. Tidak dilupakan B-complex. Dimana semua vitamin jenis B ada dalam suplemen ini. Hanya sebiji sehari sahaja diperlukan ya!
Langkah ketiga, apabila air susu masih kurang dan saya dapati badan saya ini masih terasa lemah longlai, macam baru keluar dari wad beranak. Saya pun mengambil Vita-C (oleh kerana tiada yang besa punya saya pun ambil yang chew punya la... apa buli buat kehabisan stok di branch hiiii) dan Vite-Lea atas nasihat Master Shaklee saya.Vita-Lea ini berfungsi untuk mengembalikan tenaga dan menukarkan karbohidrat kepada tenaga dengan lebih berkesan. Vita-C pula untuk menambah imun dalam badan supaya lebih sihat dan tidak mudah mendapat penyakit.
Lengkah keempat,saya sudah makan suplemen2 di atas namun masih tidak memenuhi kehendak si baby. Kenapa? setelah diselidik rupanya si baby 'sentuhan' dengan mamanya. Dengan itu saya perlu kerapkan direct bf untuk dapatkan 'sentuhan' ajaib. Caranya, ketika si baby tidur2 ayam dan sudah sejam dia menyusu, saya letakkan sedikit madu di puting dan susukan dia. memang dia mahu cuma time2 begini saja. Saya perlu berusaha bahagian ini... cayooo!!!! cayoooo!!! mamanya......
*Peringatan untuk anda dan juga diri sendiri! Kalau hanya ambil suplemen tapi tidak ambil mengikut jadualnya, ikut berapa banyak perlu diambil. Jadi buatlah jadual selepas membeli sebarang suplemen. ok!
Ini adalah contoh untuk anda.. ini adalah jadual saya untuk bulan ramadhan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan