Dipetik dari Facebook dan di dalam link ini .
Wanita itu telah diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan, berbeza dengan lelaki, dari segi fizikal mahupun rohaninya. Diantaranya adalah rahim, di mana rahim ini lah salah satu perbezaan yang besar antara 2 jenis makhluk Tuhan ini.
Apakah keistimewaan rahim yang ada pada wanita?
- Wanita bekerja dengan Allah s.w.t dengan menjadi 'kilang manusia' (beranak). Setiap bulan telah diberi 'gaji penuh' (keperluan untuk hidup) walaupun mendapat cuti (haid) beberapa hari antara 4 hingga 15 hari. Kerana ketika itu wanita tidak diwajibkan menunaikan perkara2 tertentu seperti solat dan puasa.
- Selain itu, wanita juga mendapat cuti bersalin selama lebih kurang 60 hari dan ketika itu mereka juga tidak di wajibkan menunaikan perkara2 tertentu seperti solat dan puasa. Berbeza dengan lelaki, mereka diwajibkan menunaikan kesemua kewajipan sejak mereka baligh sehingga mereka menghembus nafas.
- Sepanjang wanita itu mengandung Allah s.w.t akan mengampunkan dosa2 mereka kerana dia telah menjaga bayi tersebut dan bertarung ketika melahirkannya. Malah, sekiranya si ibu itu meninggal sewaktu melahirkan, dia akan dianggap mati syahid.
- Kehormatan wanita ini perlu dijaga dari segala anasir jahat sehinggalah dia berkahwin dengan suaminya. Hal ini kerana, suami akan menampung segala dosa-dosa isterinya dan isteri tidak akan menampung dosa suaminya, malah pahala suaminya pula dikongsi bersama. Oleh itu, suami sebagai ketua wajib mengajar dan memberi panduan pada isterinya mengenai agama. Seperti kata pepatah, isteri dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok dan diluruskan oleh suaminya. Akan tetapi, jika si suami sendiri bengkok akan ada pula pepatah seperti ini, jika kayunya bengkok dan bercabang mana mungkin bayangnya lurus.
Kesimpulannya, suami pemimpin rumahtangga perlu melihat keadaan isterinya selalu untuk mengimbangi permintaan dan kehendak zahir dan batin. Si isteri pula perlu bertimbang rasa dengan suami ketika ada masalah. Dan kepada yang belum berkahwin, jangan cuba untuk merosakkan diri, fikir masa depan, fikir keluarga dan yang penting fikir agama.
p/s: Jika anda mempunyai infomasi mengenai kelebihan seorang wanita anda boleh kongsikan bersama disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan