Sebelum tidur malam, teringat masak sarapan besok. Kalau ada barang dibeli kurang lah sedikit beban fikiran. Bila suruh laki anak kepada MIL belikan, ada keluhan, tidak ikhlas kah? Atau saya ni segaja kah suruh beli untuk saya? Anaknya macam tidak pedulikan maknya. Begitulah selalu. Geram. Layanan anak terhadap orang tua.
Sudah sarapan, fikir pula makanan tengahari. Banyak sangat mahu di masak. Barang dapur sorang saja tanggung. Tukang masak macam tukang masak direstauran. Siap masak dan hidang panas-panas. Bukan cara saya. Sebab penat itu lebih dari masak dan kemas dapur. Cara saya, masak banyak sekali sehari, panaskan dan boleh hidang.
Pikir masak ni senang! Dari ayam tu keluar freezer, tunggu dari beku ke separuh beku lah...sementara potong bawang dan sayuran. Masak sambil kemas. Masak sambil layan anak. Masak sambil cuci barang di sinki...masak sambil layan laki berceloteh. Sepatutnya saya yang berceloteh. Kurangkan stress. Ini pula terbalik. Saya kena dengar celotehnya. Bila saya berceloteh, tidak mahu didengari. Kadang masuk bilik alasan ngantuk.
Begitu juga malam. Lambat sikit masak, ikut masa MIL, mula sudah mengamuk. Paling saya tidak suka, mulutnya suka mencaci, menghina, cakap perkataan yang negatif. SUNDAL, BASTART, RUMAH INI SAYA PUNYA, SAYA KELUAR DARI INI RUMAH TIADA SIAPA BOLEH TINGGAL SINI, SAYA JUAL INI RUMAH, MELUDAH, MAHU BUNUH, DOAKAN ORANG MATI. Terutama sama saya dan anak-anak. Kalau ada anaknya, kadang senyap, kadang bila anaknya dengar dan tegur, keluar juga semua tu. Itulah cara anaknya tegur pun terus teriak, bila dorang tiada saya tempat dilepaskan segala kemarahan.
Apa tindakan saya?
Ya pada mulanya, tidak dilawan. Kena cakap, Saya balas cakap baik-baik.
Tapi masih di caci maki juga.
So saya diam dan pendam. Suatu hari telah memakan diri saya. Kenapa? Bila saya mengadu sama laki, saya pula yang kena balik. Makin lah tiada hati dan perasaan. Sampai tahap ada rasa ingin bunuh diri.
Setelah tragedi menimpa, saya kuatkan diri. Semasa MIL meradang, meletup bomnya, jika Si laki tidak selesaikan, SAYA MINTA CERAI. ok lah, laki akur selesaikan masalah. Tapi kadang MIL Ni tidak dapat bawa bincang, tindakan nya angkut barang masuk kereta. Ya pernah berbulan tinggal asing, namun hanya kami saja harapan MIL untuk terus urus makan nya. Baju dan bilik? Dia ada duit pencen upah orang, tidak dia percaya saya boleh buat untuk dia. Dia pernah cakap dengan saya PENGOTOR, ORANG KAMPUNG, ORANG HUTAN.
Begitu juga kejadian baru sahaja beberapa hari lalu, saya terpaksa cuci baju di laundry, laki makan di restaurant, padahal sarapan sudah di hidang di rumah. Laki terpaksa ambil cuti emergency. Kerana HP MIL rosak yang dihempap dibuang. Hancur screen. Tau lah HP Zaman sekarang ni, sensitif. Tapi MIL bagi alasan, jatuh. Bila tidak dipercayai, pusing saja masuk bilik, dihempas HP tu lagi. Bila di tengok, MIL cakap terjatuh. Bunyi jatuh dan dihempas lain bah kan. MIL fikir orang sekeliling dia bodoh, sekolah tidak sampai ke luar negara.
Banyak lagi cerita, tapi fikir mahu masak untuk dia saja. Kalau tak BOM meletup lagi.