Masa tu masih bekerja, belum punya anak lagi. Saya bawa laki keluar dari rumah tu. Si laki tiada respond. Mungkin dia bagitau FIL, then FIL dan MIL bergaduh. Ok la reda sementara. Bila masa saya berseorangan bersama MIL, disana saya dihentam balik. "Ni rumah atas nama anak sulung saya, kamu tiada hak, SUNDAL! Wore! stupid! This is my house! You didn't understand what I say hahaha I went to overseas college"
Macam saya tidak faham dia speaking. Kalau dia speaking mandarin, itu memang lah saya tidak faham 😅
Mahu bantu didapur pun tidak disuruh nya. Tapi kalau kami berdua pun didapur, mulutnya memang keluar kata yang sakit kan hati saja. Saya tidak suka gaduh, tapi bila saya mengadu, tidak dipujuk hati ni. Tidak masuk akal pujukan tu bah. Tapi bila FIL datang ke dapur, baru lah saya senang hati masuk dapur bantu apa yang patut. Apa pun saya mahu buat didapur, tidak disuruhnya. Barangnya rosak lah oleh saya. Pengotorlah kata dia. Kalau bersihkan rumah, tidak perlu katanya, ada tukang amah dia gaji. Mahu susun itu ini dalam rumah ni berfikir beribu kali, sampailah sekarang.
Setelah FIL meninggal, makin teruk perangai MIL. Bebas sudah dia membantai saya. Apalagi kalau saya dirumah jaga anak tidak kerja. Laki pergi kerja. Sampai muka ke muka makian dia. Tidak kah sakitnya tu hati begitu. Berapa kali dihalau keluar dari rumah. Masa mengandung anak kedua, pernah angkut barang balik kampung tidak tahan perangai MIL. sebelum anak kedua ke sekolah, beberapa bulan tinggal asing. Kalau tidak kerana Si laki tidak tahan hantar anak ke sekolah, tidak kami balik ke rumah MIL ni lagi.
Perangai laki ni pun bikin geram, sampai saya tiada perasaan kasih dan sayang. Semua kerja saya kena buat. Yang difikiran dia, dia hanya pencari nafkah saja. Pernah saya minta cerai kalau masih jadikan saya amah dia. Apa tidak, saya masak, mak mak...tu anak panggil, padahal dekat tu anak dengan bapanya yang sedang main game HP. Masa saya mandi pun begitu juga. Sekarang saya terpaksa bertegas, bukan marah, perlu tukar tugasan jika tidak mahu layan anak. Kalau saya sedang masak, anak perlu perhatian, kalau si laki tidak mahu urus anak, saya akan cakap, dia masak saya urus anak. Then barulah dia akan bertindak, mengurus anak. Selagi tidak buat begitu, perangai laki masih kebujangan. Saya pernah cakap, kalau sayangkan saya kenapa buat saya merana. Alhamdulillah ada perubahan sedikit.
Tapi MIL langsung tiada perubahan. Makin tua makin menjadi. Nampak macam nyanyuk tapi dendamnya, masih lagi. Entah apa yang didendam kan sangat. Banyak kali Saya dikata membodek harta dia kalau saya bantu sesuatu sama dia. Kalau dia datang gout tidak dapat berjalan, saya bantu. Hidang ke kerusi khas dia, sebab risau tumpah di pertengahan. Bantu cuci piring dia. Anaknya jalan pergi kerja, sana dia buat perangai. Bila ada anak nya behave dia. Cakap dia bergurau saja cakap hina, herdik dan mencaci semua tu. Takut kena marah.
Saya di rumah ni sentiasa dalam kerisauan kerana risau BOM meletup. Pagi siang malam, tidur pun dalam kerisauan. Buat itu ini rasa berat hati. Silap sikit, kena bising. Kalau kena bising atas kesalahan yang dibuat dan tunjuk cara yang betul itu boleh difahami lagi. Tapi bising dendamnya selama saya dalam rumah ni. Point yang perlu di bisingkan tiada keluar. Macam mana saya mahu memahami MIL begitu. Anaknya sendiri pun tidak faham perangai mak dorang, 4 orang anak lelaki, sebulan sekali pi tengok pun tidak. Apalagi saya mahu balik kampung, tidak boleh! Risau MIL saya cerita buruk dengan mak dirumah. Saya bukan jenis asyik mengadu dengan mak. Mengadu dengan laki sebab tu mak dia adalah. Apalagi kalau saya pegang HP, call atau msg. Risau saya cerita pasal dia. Padahal main Facebook dan TikTok baini saya.
Saya pun makin tidak faham. Suka betul MIL cari kesalahan. Sama dengan si laki. Kalau sorang saja menukul, boleh lagi ditepis. Kalau 2 orang menukul, kesana ditukul, ke sini ditukul. Jadi mana lagi tempat yang tidak ditukul ni. Kalau bukan lari dan berpisah dari tempat dan si penukul.
Rasa lapar pula bila meluah walau dalam tulisan ni. Heeiii ni lagi buat stress. Bila nak kurus asyik makan disebabkan stress kehidupan!