Hati jadi tak tentu? hati kacau? fikiran tak dapat berfikir secara rasional? mungkin tips ini boleh membantu anda... tips ini bukan dari melodi yang selalu di dengar di mana-mana radio atau pun sesuatu perbuatan seperti termenung, bersenam atau menangis. Tips ini juga pengalaman saya dan ianya berkesan.
Tips ini senang sahaja. Pernahkah anda mendengar atau mengalunkan Zikir Munajat? kalau pernah itu lah tipsnya. anda hanya perlu mengalunkan zikir tersebut ketika anda rasa tidak tentu arah, dalam kesedihan, dalam kemarahan, kalau boleh dalam kegembiraan yang melampau juga boleh. Ini kerana dalam kegembiraan melampau seperti mendapat hadiah atau mendapat berita gembira yang mengejutkan anda, ia akan membawa kepada kealpaan.
Bagaimana anda mengalunkan? dan apakah itu Zikir Munajat? anda boleh alunkan ketika anda sedang merehatkan diri atau sedang melakukan kerja-kerja ringan yang tidak memerlukan pengiraan atau mengingati sesuatu atau dalam pembelajaran. Sesetengah orang boleh, tapi sesetengah orang akan menjejaskan penerimaan. Apa itu Zikir Munajat? zikir itu adalah ayat-ayat yang memuji Allah s.w.t dan rasulnya. Dan ianya satu doa keampunan dan doa berterima kasih kepada Allah s.w.t. Di bawah adalah antara contoh Zikir Munajat yang kita boleh gunakan.
Zikir Munajat ini telah saya amalkan sejak di sekolah menengah lagi dan ianya mempunyai cerita tersendiri. Ya, cerita ini mungkin akan menyeramkan anda. Cerita ini berlaku pada sekolah berasrama penuh yang saya diami, ianya bermula setelah sekolah kami berpindah ke bangunan baru yang lebih luas dan terpinggir dari pekan. Baru beberapa bulan pindah, terjadi suatu kejadian, kalau setakat kena rasuk dan histeria tu perkara biasa bagi penghuni asrama ini apa lagi asrama puteri. Namun kejadian ini menggemparkan sekolah-sekolah jenis berasrama penuh, kejadian ini melibatkan kekuasaan Allah s.w.t, seperti mencabar kuasa yang ada pada Tuhan. Pada mulanya saya tidak percaya cerita mereka, cerita kononnya jin makhluk yang kita tidak nampak dengan mata kasar ini ingin menghamilkan penghuni asrama. Memang seram, tapi saya yang tidak pernah alami kerasukan atau histeria ini tidak percaya. Namun saya turuti juga arahan dari Ustazah dan Ustaz yang ada di sekolah tersebut. Kami terpaksa bermalam di surau sekolah selama 3 malam, pada siangnya kami akan balik ke asrama dan bersekolah seperti biasa. Namun malamnya akan bermalam di surau bersama lelaki yang hanya di pisahkan dengan langsir kain. Dalam masa yang sama kami akan membacakan Surah Yaasin dan Zikir Munajat ini sehingga jam 12 tengah malam, setelah itu boleh lah kami melelap kan mata. Ada diantara pelajar masih berjaga dan ada yang terlelap dalam telekung. Keadaan ketika itu memang amat menyeramkan, tambah lagi kerasukan dan histeria dua tiga orang, termasuk lelaki. Begitulah kisahnya sehingga ketiga harinya, setelah itu kehidupan berasrama berjalan seperti biasa seperti tiada perkara yang berlaku.
Dalam saya bercerita, terbayang jelas keadaan masa itu. Biarlah ianya menjadi kenangan bagi yang mengalaminya dan menguatkan iman yang merasainya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan